Travelog Hidayah

Oleh : Zulkifli Bin Mohammad

-Kehidupan di alam jahiliah

Jalan itu banyak sekali
Sedang jalan kebenaran itu hanya satu
Ramai orang yang berangkat pergi
Tetapi yang melalui jalan kebenaran hanya
Satu –satu (jarang)
Mereka tidak tahu
Yang dituju pun tidak diketahui
Mereke terus kelihatan maju
Jalan perlahan ke arah yang mereka mahu
Manusia yang lalai
Terhadap apa yang mereka inginkan
Manusia itu tidur terkulai
Hinggakan jalan kebenaran dilupakan

“Hidup semata-mata mahu hidup” (Syeikh Idris al-Marbawi) adalah satu ungkapan kepada seseorang yang sentiasa terus dengan desakan hawa nafsu, sama sekali memikirkan soal dosa dan pahala, azab dan nikmat, dan syurga dan neraka. Setiap perbuatanyang dilakukan pasti ada pembalasan sama ada baik atau jahat. Visi dan misi seseorang individu itu perlulah diperbetulkan untuk berubah. Dalam kata lain memerlukan keazaman yang kuat.

Setiap perjalanan hidup mesti ada kenangan pahit. Tetapi kenangan pahit itu perlu diambil iktibar supaya tidak mengulanginya kerana setiap kepahitan itu pasti ada kemanisannya. Setiap yang belaku itu pasti ada hikmahnya. Cuma individu itu sahaja yang mampu mengubah dirinya.

Allah menyatakan : “sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”(Surah al-Rad ayat 11)

Saidina Umar al-Khattab berkata : “kita dimuliakan dengan Islam maka jangan cuba-cuba mencari selain dari Islam (agama dan cara hidup), nescaya kita akan mendapat kehinaan. ”

-Jangan ditangisi masa lalu

Mengingati mula lalu dan bersedih hati kerananya, adalah satu tindakan yang sia-sia. Hal ini kerana boleh mematikan keinginan. Sebaliknya kenangan yang mengecewakan, menyedihkan dan menggagalkan seharusnya disimpan dan di penjarakan kerana ianya tidak akan mungkin akan kembali mahupun di ubah.

Iman al-Gazhali menanyakan soalan kepada anak-anak muridnya : “apakah yang paling jauh?” pelbagai jawapan yang diberikan, kemudian beliau menjawab, “yang paling jauh adalah masa lalu (yang telah berlalu)”.

Tidak salah meratapi masa lalu, tetapi tidak perlu bersedih sebaliknya perrlu mengambil iktibar dan pengajaran yang bermanfaat.

Nabi Muhammad mengingatkan kita : “orang yang beriman, sekali-sekali tidak akan masuk kedalam lubang biawak (kebinasaan) sebanyak dua kali”.

Meratapi masa lalu dan bersedih kerananya akan menjadikan seseorang itu lupa, tidak bersedia dan tidak berusaha menghadapi masa kini. Boleh menghilangkan keyakinan diri dan terkongkong dengan masa lalu.

-Masa hadapan adalah kepastian

 Kehidupan di hadapan adalah lebih pasti. Kebahagian hakiki berada di hadapan. Alam roh dan alam kandungan sudah dilalui, kini hanya mampu melihat perjalanan dan nasib di alam seterusnya :- alam barzakh, alam mahsyar dan alam akhirat.

Allah menyatakan, “wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu memerhatikan apa yang kamu sediakan bagi hari esok (hari kiamat), dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuan-Nya terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Hasyr ayat 18)

 Setiap kesedihan dan kekecewaan harus dihadapi dengan sabar dan reda. Allah akan menyediakan kesudahan yang terbaik. Orang Islam mempunyai kitab terbaik, nabi dan rasul terbaik, agama terbaik, dan sesungguhnya janji Allah adalah janji yang terbaik.

Janji Allah adalah mentadbir sekalian alam adalah pasti. Sentiasa melangkah ke hadapan dengan tuntutan yang Allah sediakan. Kegagalan, kekecewaan dan kesedihan dijadikan motivasi untuk melangkah kehadapan.

Allah menerangkan, “boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jua yang Maha Mengetahui (semua itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya. ”
(Surah al-baqarah ayat 216)

-Islam, selamatkah kita?

 Perkataan Islam berasal dari perkataan as-salam yang bermaksud selamat atau sejahtera. Ini sudah menjelaskan bahawa orang yang menganut agama Islam itu sudah pasti selamat. Persoalannya, adakah penganut agama yang selamat itu maka selamatkah mereka?

 Diri, keluarga, masyarakat, dunia Islam. Hakikat yang tiada jaminan untuk selamat, selagi kita tidak kembali kepada Islam yang syumul. Jadikan Islam sebagai satu cara hidup dan bukan hanya sebagai agama semata-mata. Realitinya, mereka hanya berbangga dengan sejarah kegemilangan Islam yang tidak mereka pelajari, hayati dan laksanakan kembali. Islam mengajar dan mendidik umatnya bermula sekecil-kecil sehingga sebesar-besar perkara. Bermula daripada membasuh kedua belah tangan apabila bangun dari tidur, sehingga kepada persiapan bagi menghadapi mati.

-Salah siapa?

 Subhanallah, hebatnya bumi Palastine dimana tempat adanya Baitulmaqdis, Masjidil al-Aqsa, masjid yang pernah merakamkan persinggahan Nabi Muhammad ketika perjalanan Isra dan Mikraj, tempat Allah mengumpulkan Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad pernah mengimamkan solat pada malam tersebut. Allahu akbar!

 Puluhan tahun bumi Palastine diceroboh, rakyatnya ditindas dan dizalimi dan diperlakukan separti binatang. Pelbagai bantuan telah telah diberikan seperti bantuan kewangan, perubatan, pendidikan, dan majlis rundingan damai (sudah berpuluh atau ratusan kali dijalankan). Tapi, hasilnya tetap sama, malah hari ddemi hari semakin diperbesarkan. Astagfirullah al-adzim!

 Anehnya, negara-negara Islam yang berbangga dengan pencapaian ekonomi, pembangunan, sistem pertahanan dan lain-lain, mengapa bumi Palastine tetap terus dijajah dan Israel tetap dengan keangkuhan mereka?

-Kesilapan penilaian

 Isu yang dapat dilihat sebagai suatu konflik atau krisis yang parah dalam Islam iaitu kekuatan. Bemula sebagai Muslim yang lemah, arus perubahan masa menjadikannya seorang pemimpin aras bawahan, akhirnya menjadi pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara kerana “majoriti” adalah kalangan umat Islam.

Prof. Syeikh Dr. Yusof Qardhawi berkata, “negara Islam, negara yang diperintah oleh kaum Muslimin dan dilaksanakan dalamnya undang-undang Islam. ”

 Sejarah peperangan di zaman Raulullah membuktikan bahawa “minoriti” mampu menewaskan “mejoriti”, ekonomi dimonopoli oleh pedagang-pedagang Yahudi yang menjadi imigran di negara orang, dan di Malaysia, masyarakat Cina telah menguasai kuasa ekonomi berbanding dengan golongan Bumiputera yang mempunyai pelbagai keistimewaan.

 Berbalik kepada Islam, hal ini telah di tunjuk dan dididik oleh Nabi Muhammad melalui ajaran Allah, dalam amal ibadah, Allah tidak melihat kepada kuantiti, tetapi kualiti yang menjadi isu utama dan inilah asasnya.

 Umat Islam yang majoriti tapi tiada kualiti. Kualiti adalah umat Islam dan pemimpin yang mempunyai kekuatan, bukan Islam hanya pada nama sahaja.
 “Banyaknya masjid yang dibina”, “banyaknya kos membina masjid itu” adalah antara soalan yang hanya mampu diberikan oleh pemimpin sesebuah negara itu. Mereka terlupa tentang penilaian di sisi Allah. Imarahkan masjid yang dibina tersebut.

Saidina Ali bin Abi Thalib berkata, “sudah hampir sampai masanya di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali namanya, dan tidak tinggal al-Quran itu kecuali tulisannya (mushaf). Masjid mereka tersegam indah tetapi ianya kosong dari hidayah. Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu akan kembali. ”
(Direkod al-Baihaqi)

 Orang Kristian tidak pernah bermegah-megah dengan gereja mereka. Tetapi perkara yang menjadi keutamaan adalah pengisian yang perlu dilaksanakan sepanjang minggu, bulan dan tahun tersebut.

Nabi berkata: “tidak akan berlaku hari kiamat sehingga manusia (umat Islam) bermegah-megah (dengan binaan) masjid. ”
(Direkod oleh Imam Abu Daud)

-Islam tanpa kekuatan

 Banyak kecaman pemimpin-pemimpin Islam terhadap pemimpin negara Israel. Namun semua itu hanya tindakan yang sia-sia. Tiada tindakan yang benar-benar mampu menggugat kedudukan pemimpin Israel, malah mereka hanya mentertawakan sahaja tindakan-tindakan pemimpin Islam tersebut. Namun pada masa yang sama boleh menjalinkan hubungan dengan sekutu-sekutu mereka. 

 Pemimpin Turki iaitu Recep Tayyip Erdogan dan Abdullah Gul adalah antara pemimpin yang harus dicontohi oleh umat dan pemimpin Islam zaman sekarang yang secara terang menunjukkan kecaman terhadap Israel melalui ucapan dan tindakan. Tidak lupa juga kepada Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

Nabi berkata: “apabila umatku memperbesarkan urusan dunia, maka dicabut daripadanya kehebatan silam. Dan apabila mereka meninggalkan amar makruf nahi mungkar, maka diharamkan daripadanya keberkatan wahyu. ”
(Direkod oleh Imam Tarmidzi)

 Wajib seorang umat Islam itu membina kembali kekuatan untuk menentang orang kafir dan amat memerlukan kepada hijrah.






 Imam Hassan al-Banna seorang tokoh yang amat besar sumbangannya terhadap Islam. Beliau pernah memasuki kedai-kedai kopi, restoran, kelab-kelab malam, lorong-lorong kota dan desa untuk mengetahui cara hidup manusia pada abad ini. Beliau menggunakan segala ruang yang ada di rumah Allah dan rumah pendukung gerakan beliau untuk menyebarkan ajaran Islam dan terus berjihad. Namun, akhirnya beliau syahid apabila telah ditembak di depan pejabat beliau. Usaha As-Syahid Imam Hassan al-Banna merupakan satu usaha untuk menghijrahkan individu, masyarakat, negara dan dunia Islam.

Kata Imam Hassan al-Banna, “saudara-saudara sekalian, kamu bukanlah sebuah perrtubuhan kebajikan, bukanlah sebuah pertubuhan politik, bukanlah satu pertubuhan yang diasaskan dengan tujuan yang terbatas. Tetapi kamu adalah satu roh baru yang mengalir dalam urat nadi umat ini, lalu kamu menghidupkan mereka dengan al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang memacar, yang dapat menghilangkan kegelapan fahaman kebendaan dengan makfirat kepada Allah dan kamu adalah suara-suara lantang yang akan menghidupkan kembali dakwah Rasulullah. ”

 Mustahil kekuatan dalam Islam itu boleh hilang. Kekuatan yang dimiliki perlulah dimanfaatkan dengan bijak. Antara kekuatan yang perlu dimiliki oleh umat Islam adalah:
• Kekuatan Akal
• Kekuatan Spiritual
• Kekuatan Tenaga
• Kekuatan Amalan
• Kekuatan Ekonomi

-Bicara tentang hijrah

Allah menyatakan: Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya disisi Allah dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberi rahmat daripadanya, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah pahala yang besar.
(Surah at-Taubah ayat 20-22)

 Hijrah dari segi bahasa bermaksud keluar dari satu negeri ke nageri yang lain, atau perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Perkataan hijrah berasal dari perkataan “hajara” yang bermaksud menjauhi, meninggalkan atau berpisah.

 Dalam sejarah Islam hijrah akan merujuk kepada perpindahan Rasulullah dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah. Saidina Abu Bakar juga sanggup berkorban mendedahkan dirinya kepada ancaman bahaya yang datang dari musyrikin Makkah demi menegakkan iman dan Islam yang lebih syumul dan luas. Penghijrahan dapat menunjukkan bahawa masa depan yang bakal dilalui sama ada rela atau terpaksa, terlalu besar pekerjaannya, terlalu keras perintah-Nya.



Lakukan persediaan bagi menghadapi masa hadapan dan melangkah dengan penuh keyakinan dan yakin Allah sentiasa bersama umat-Nya dan yakin bahawa dirimu adalah sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan dan yakin dirimu adalah dalam kalangan umat yang terbaik, nescaya jihad dan hijrah yang dilakukan akan diberkati Allah.

 Tiada alasan untuk tidak berhijrah dan melakukan yang terbaik demi masa hadapan kerana Allah telah menurunkan para utusan-Nya sebagai pedoman untuk berjaya.

-Hilangnya jati diri

 Saban tahun umat Islam menyambut Maal Hijrah. Ramai umat Islam berazam untuk berhijrah. Tapi malangnya hanya sedap kedengaran di telinga sahaja, namun tidak diketahui kesudahannya. Gembira apabila kedengaran di kalangan artis yang bercerita tentag hijrah. Malah artis juga didahulukan daripada para ulama. Ketika sudah terhantuk barulah mencari para alim ulama, ketika itu hanya mampu melepaskan tembakan melalui mata pena sahaja.

Kata Saidina Umar al-Khattab: “ ikatan yang ada pada Islam ini akan terungakai satu demi satu. (Puncanya) Apabila muncul dalam kalangan umat Islam, yang mereka itu tidak kenal apa itu jahiliyah. ”

 Anehnya, ketika orang kristian menyambut Hari Krismas, mengapa masih lagi perlu mereka yang beragama Islam menyambut perayaan tersebut malah diadakan konsert dan menunggu detik 12 tengah malam juga, diikuti dengan dentuman bunga api. Sehingga kelihatan pemimpin-peminpin berada di pentas utama bersama-sama menyaksikan lenggang-lenggok para artis yang berpakaian menjolok mata.

Daripada Abdullah bin Umar: “sesiapa yang meniru sesuatu kaum yang lain, maka ia adalah daripada (termasuk dari kalangan) kaum itu. ”
(Direkod oleh Imam Abu Daud dan Imam Ahmad)

Al-Alqami berkata: “sesiapa yang meniru golongan yang soleh, maka dia akan dimuliakan seperti mana mereka dimuliakan. Sesiapa yang meniru golongan yang fasik, dia tidak akan dimuliakan. ”

-Mengapa sukar berhijrah?

Nabi berkata: “sesungguhnya segala amal itu bergantung dengan niat dan bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkan. Maka barang siapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang berhijrah bagi dunia yang dia akan memperolehinya atau perempuan yang ingin dia kahwini, maka hijrahnya kepada apa yang dia berhijrah kepadanya itu. ”
(Direkod oleh Bukhari dan Muslim)

 Hijrah merupakan satu tuntutan yang amat besar di sisi Islam. Allah sendiri memerintahkan Rasulullah supaya berhijrah untuk mendirikan sebuah negara Islam yang berpaksikan system pemerintahan kesempurnaan agama Islam.
 Sumber kekuatan untuk berhijrah adalah melalui keyakinan dalam diri seseorang yang menjadi keinginan yang kuat bagi menegakkan agama Islam. Penghijrahan bukan membabitkan soal kehidupan semata-mata, tetapi juga melibatkan soal soal pegangan agama.

 Keyakinan akan membuatkan seseorang itu tidak menoleh kebelakang dan hanye membiarkan kesenangan lalu terus berlalu. Kepayahan di hadapan pasti akan melahirkan kemanisan dan kebahagiaan. Hal ini akan menjadikan umat Islam itu berada di landasan kebenaran.

Nabi berkata: “setiap orang yang telah mendapat petunjuk, kemudian menjadi sesat dikeranakan suka membantah-bantah, kerana yang dituju para mujahadah (pejuang) itu kemenangan dan bukannya kebenaran. ”

“Ya Allah singkapkanlah kebenaran ini di hati kami, mudah-mudahan kami dapat melihat dan merasai keindahan Islam dan janganlah kiiranya Engkau hijabkan dari mata kami dan hati kami. ”

-Hijrah memerlukan pengorbanan

 Renungi dan insafi kembali betapa Saidina Ali sanggup menggantikan tempat pembaringan Rasulullah, sedangkan perbuatan itu seperti menyerahkan nyawanya bagi ditamatkan oleh orang kafir. Saidina Abu Bakar sanggup menemani Rasulullah, sedangkan beliau tahu perjalanan itu melibatkan pertaruhan nyawa dan sanggup meninggalkan tanah air, harta perniagaan dan anak kesayangannya. Abu Salmah sama sekali tidak membatalkan hasratnya untuk berhijrah walaupun isterinya dirampas dari tangannya dan tangan anaknya disentap sehingga putus di hadapannya. Suhaib ar-Rumi menawarkan seluruh harta kekayaannya kepada musyrikin Makkah semata-mata kerana ingin menyertai penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah.

Pengorbanan bagi menuntut keredhaan Allah tidak ternilai harganya. Hijrah untuk diri sendiri, masyarakat, dan yang paling penting hijrah bagi menjaga dan menjunjung kesucian dan ketinggian Islam.

Nabi berkata: “Islam itu tinggi, dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. ”

 Pengorbanan amat menuntut kepada kemantapan iman dan mujahadah yang tinggi.

Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com