Hak Asasi Manusia -

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Ahmad Fadzrul Bin Fadzir
Matrik No: 2012665974
Program: Bm114
Kumpulan: Bmd1bh

Tajuk: Hak Asasi Manusia

HAK ASASI MANUSIA
(ISLAM VS BARAT)

“Seorang yang berkulit putih tidak lebih mulia daripada seorang
yang berkulit hitam, Tidak pula seorang yang berkulit hitam
lebih mulia daripada seorang yang berkulit putih; Kecuali
ketaqwaan dan amal kebajikannya”

“Janganlah kamu menghukum seseorang kerana
Kesalahan seorang yang lain. Dengan itu, jangan
Dipertanggungjawabkan seorang anak kerana jenayah
Yang telah dilakukan oleh bapanya, begitu juga jangan
Dipertanggungjawabkan seorang bapa di atas jenayah
Yang telah dilakukan oleh anaknya”

“Janganlah kamu melanggar batas-batas yang telah
Ditetapkan oleh islam. Sesungguhnya kaum-kaum yang
Lalu telah dimusnahkan kerana pelanggaran seumpama itu”

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang
Menyeru Allah, mengerjakan amal soleh, dan berkata
‘sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri”

KUASA POLITIK DAN ISU HAK ASASI MANUSIA
“ Negara-negara kuasa dunia sedia maklum bahawa Israel mempunyai senjata nuklear, tetapi mengapa perkara ini tidak pernah sedikit pun ditimbulkan.
NIAT ISRAEL TIDAK PERNAH DIPERSOALKAN ”


Ahmedinejad (presiden iran) dan program nuklear
 Pada tahun 2006, dunia menanti-nantikan ucapan daripada ahmedinejad, Presiden Republik Islam Iran. Tidak seperti yang diharapkan, beliau tidak menyentuh isu program penyelidikan tenaga nuklear Iran. Beliau hanya menghuraikan perkara tersebut dalam sesi soal jawab.
 Sebaliknya, dalam ucapan yang tidak menggunakan teks dan dilakukan secara bersahaja itu, Presiaden Ahmedinejad menegur sikap Amerika dan Negara-negara barat yang mahu memaksakan nilai-nilai mereka ke atas Negara lain. Katanya, Amerika sering menggunakan isu hak asasi manusia terhadap Negara-negara lain semata-mata mahu menekan Negara tersebut. Iran sering menjadi sasaran kecaman Amerika berkenaan isu hak asasi manusia.

Dialog Hak Asasi Manusia Iran – Amerika
 Ahmedinejad yang menyokong dasar presiden sebelumnya, menegaskan bahawa iran sudah lama menawarkan kepada Amerika dan Negara-negara barat untuk datang sendiri ke Iran bagi membuat kajian dan menyediakan laporan berkenaan status hak asasi manusia di Iran. Tetapi pada masa yang sama, Iran juga hendaklah dibenarkan masuk membuat kajian tentang kedudukan hak asasi manusia di Amerika dan Negara-negara barat
 Setelah kedua-dua kajian disempurnakan, maka laporan status hak asasi masing-masing hendaklah dibentang dan dibahaskan secara terbuka. Amerika dan Negara-negara barat boleh mengkritik status hak asasi Iran manakala Iran juga berhak mengkritik status Hak Asasi manusia di Amerika dan Negara-negara Barat. Menurut Ahmedinejad sehingga kini Amerika dan Negara- Negara Barat membisu tidak menyambut tawaran Iran. Sebaliknya, secara sebelah pihak, Negara-negara ini melolong dan melalak mengatakan banyak pencabulan hak asasi manusia berlaku di Iran

Kuasa-Kuasa Barat Mencabul Hak Asasi Manusia
 Menyentuh program penyelidikan Nuklear Iran, Presiden Ahmedinejad menegaskan sebenarnya Amerika dan Negara-negara Baratlah yang mencabul hak asasi Iran. Menurutnya, kuasa-kuasa besar dunia ini bertindak menghalang Iran dan umat Islam meningkatkan Ilmu pengetahuan mereka dalam bidang tenaga nuklear. Amerika dan Negara-negara Barat tidak mahu umat islam mempunyai pengetahuan yang lebih maju daripada mereka dalam apa-apa bidang sekalipun

Rejim Zionis-Israel
 Negara-negara kuasa dunia sedia maklum bahawa Israel mempunyai senjata nuklear, tetapi mengapa perkara ini tidak pernah sedikit pun ditimbulkan. Niat Israel tidak pernah dipersoalkan. Mengetahui sikap double-standard Amerika dan Barat inilah yang membuat Ali Larijani menegaskan dalam siaran TV Iran, jam-e-jam bahawa program penyelidikan tenaga nuklear Iran adalah ( not negotiable ). Katanya penggangtungan program penyelidikan nuklear Iran adalah suatu kesilapan dan ia adalah keputusan yang tidak rasional. Memang dari segi menegakkan keadilan khususnya terhadap umat ISLAM, Amerika dan Negara-negara Barat memang sering bertindak secara tidak rasional. Lihatlah apa yang berlaku di Iraq, Somalia, Sudan, Libya, Palestin dan Afghanistan.

UDHR 1948
 Piawaian barat berkenaan hak asasi manusia adalah Universal Decleration of Human Right atau UDHR 1948 yang diluluskan oleh PBB pada tahun 1948. Tetapi pada tahun yang sama Negara haram Israel diwujudkan di Palestin dengan restu PBB. Pelbagai pencabulan hak asasi manusia dilakukan oleh rejim zionis terhadap umat Islam Palestin. Namun, PBB berpeluk tubuh. Dulu, sekarang dan selamanya. Apakah piawaian seperti ini layak dijadikan kayu ukur bagi menentukan betul salahnya amalan hak asasi manusia di kalangan Negara-negara umat Islam

UIDHR
 Dengan suntikan semangat tertegaknya Republik Islam Iran, aktivis Islam melalui Islamic Council of Europe member respon kepada UDHR 1948. Pada tahun 1981, Universal Islamic Decleration of Human Rights diisytiharkan di London. UIDHR secara umumnya diasaskan daripada pemikiran ulama besar India-Pakistan, Sayyid Abul A’la al-maududi berkenaan prinsip dan konsep hak asasi manusia menurut Al-Quran dan as-Sunnah
 Mendefinisikan ‘Human right’ daripada perspektif Islam memang menimbulkan beberapa masalah. Ini kerana tidak terdapat istilah yang sama dan tepat bagi ‘Human rights’ dalam peristilahan Islam. Dalam penggunaan moden Bahasa Arab, al-huquq al-insani bolehlah dianggap sebagai terjemahan Literal kepada istilah ‘human rights’. Namun penggunaan istilah haqq (pluralnya huquq ) dalam Islam membawa pengertian yang lebih luas daripada istilah ‘rights’ yang terdapat dalam konsep barat terhadap hak asasi manusia.

Adakah Hak Asasi Manusia Bersifat Universal ?
 Persoalan yang timbul kini, apakah semua manusia mendukungdan berjuang untuk ‘Hak asasi’ yang sama ? jawabnya tidak! Walaupun UDHR 1948 secara umumnya diterima namun terdapat pelbagai interpretasi terhadap peruntukan yang terkandung di dalamnya. Di kalangan Negara-negara Barat sendiri terdapat kekaburan dan kekeliruan ini. Itulah sebabnya di kalangan mereka ada yang menolak hukuman bunuh dan ada pula yang mempertahankannya. Amerika dan Negara-negara Eropah sendiri bertelagah dalam hal ini.
HAK ASASI MANUSIA DAN DIALOG PERADABAN
“Membela dan mempertahankan hak Muhammad SAW beerti mempertahankan dan memajukan hak asasi manusia. Mempertahankan hak asasi Muhammad SAW beerti membela hak asasi manusia seluruhnya!”


Keunggulan Andulusia
 Sembilan ratus tahun lalu lahir seorang anak di suatu tempat bernama Sebtah. Setelah dewasa beliau mengembara ke Andalusia dan Kordoba untuk menuntut ilmu. Beliau menjadi tokoh besar Islam bernama Qadi Iyad bin Musa al-Yahsubi. Beliau menghasilkan beberapa karya bermutu yang sekali gus melambangkan tingginya pencapaian ilmu dan budaya masyarakatnya pada masa itu. Karya agung beliau berjudul Asy-Syifa’ bi-ta’rif Huquq Mustafa yang bermaksud ‘Penawar dengan Mengiktiraf Hak-hak Nabi Muhammad SAW’. Dalam Asy-Syifa’ terdapat bab bertajuk ‘Hukuman terhadap mereka yang mencaci dan menghina Rasulullah SAW’. Ia mengumpulkan apa yang dipersetujui oleh masyarakat Islam kurun demi kurun sehingga ke kurunnya, yaitu kurun ke-5. Hukum qat’ie pada masa itu, sesiapa yang didapati menghina dan mencela Rasulullah SAW akan menerima hukuman bunuh dan diterima oleh masyarakat disitu walaupun umat Islam adalah golongan minority dan masyarakat di situ majoriti kristian. Pemerintahan Islam diterima disebabkan keadilannya. Convivencia atau dialog peradaban wujud dalam masyarakat Eropah yang menganut pelbagai agama berkenaan isu ini.

Dialog agama sudah diabaikan kini
 Dialog agama dan budaya yang telah wujud ratusan tahun dahulu hancur berkecai diatas nama kebebasan media dengan tindakan akhbar Dernmark yang menyiarkan 12 kartun yang menghina Rasulullah SAW. Kerana terlalu gelojoh dengan kebebasan tanpa batasan kononnya hak asasi mereka.
SAHIFAH AL-MADINAH DAN PRINSIP-PRINSIP HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT
“Ummah tidak terbatas kepada kepercayaan agama, tetapi berpaksikan kepada iltizam untuk memajukan kemaslahatan dan menghidari kemudaratan kolektif”


UDHR Menjustifikasi kewujudan ISRAEL
 Dalam kenyataan terbukanya, Condoleeza Rice menegaskan program nuclear iran mesti disekat jika tidak Timur Tengah akan dibentuk mengikut acuan Iran. Katanya, dia mahu Timur Tengah dibentuk mengikut acuan Amerika. Rice secara celupar mengatakan Iran mengancam keselamatan dunia. Ini menyebabkan Iran semakin tersisih dari masyarakat antarabangsa. Seluruh dunia mengecam rekod hak asasi manusia Iran yang dikeluarkan oleh Amerika. Rice pernah berkata “Security of Israel is the key to security of the world” dan Rice juga mengakui “a deep bond to Israel” semasa dia menjadi penasihat keselamatan Negara
 Inilah yang dikatakan oleh Presiden Ahmadinejad di Kuala Lumpur bahawa ada Negara yang melantik dirinya sebagai juara hak asasi manusia tetapi pada hakikatnya adalah penyokong kuat rejim Zionis Israel. Negara ini jugalah yang menyokong kuat rejim Shah Pahlawi yang ganas dan kejam. Apabila rakyat Iran bebas dari rejim Shah Pahlawi, Rakyat pula dimusuhi oleh Negara ini. Mereka sering menggunakan perisytiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 sebagai kayu ukur di segi amalan hak asasi manusia. Namun piagam yang sama lah digunakan bagi menghalalkan pencerobohan Israel keatas hak asasi masyarakat asal bumi Palestin yang kebanyakkannya orang islam.
Zionis dan pencerobohan Hak asasi Manusia
 Golongan penceroboh ini berbohong dengan mengatakan Zionism adalah ajaran agama yang menuntut orang-orang yahudi menubuhkan Negara mereka sendiri di bumi Palestin. Bahkan mereka mendakwa bahawa hak ini diperuntukkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Aktikel 13 dalam perisytiharan tersebut berbunyi; “ setiap orang berhak kepada kebebasan bergerak dan bermastautin di dalam sempadan sesebuah Negara. ” Seperti Condoleeza Rice, dengan hujah yang pincang ini mereka mendakwa Negara Israel wajar diwujudkan di bumi Palestin.
Hak Asasi Pertama di Dunia
 Perisytiharan Hak Asasi pertama didunia adalah SAHIFAH AL-MADINAH yang dirintis oleh Rasulullah SAW bersama-sama kaum Ansar, Muhajirin dan kabilah-kabilah Yahudi di kota Madinah lebih empat belas abad yang silam. Rasulullah SAW yang berhijrah ke Madinah hasil daripada kontrak sosio-politik dengan golongan Ansar melalui dua Bai’atul Aqabah telah mewujudkan konsep baru dalam penyusunan ketatanegaraan. Konsep ini adalah konsep Ummahyang tidak terbatas keatas kepercayaan agama, tetapi berpaksikan kepada iltizam untuk memajukan kemashalatan dan menghindari kemudaratan kolektif. Istilah Ummah merangkumi Muhajirin dan semua kabilah Ansar tanpa membezakan di kalangan mereka yang islam dan bukan islam. Terangkum juga dalam pengertian Ummah adalah kabilah-kabilah Yahudi. Dalam Sahifah al-Madinah ini, semua pihak tanpa mengira agama diberi jaminan perlindungan yang sama. Bahkan terdapat dua peruntukan khas iaitu Artikel 25 dan Artikel 45 yang member jaminan kebebasan beramal dengan ajaran agama kepada semua. Malangnya dengan peruntukan-peruntukan yang begitu adil masih terdapat beberapa puak Yahudi mengkhianati Sahifah al-Madinah
 Pengkhianatan ini berlaku ketika Ummah berdepan dengan ancaman untuk dilenyapkan dari muka bumi oleh musyrikin Quraisy dalam perang Badar. Pengkhianat ini mengadakan konspirasi dengan ejen-ejen musyrikin untuk melemahkan Rasulullah SAW dan kaum muslimin dari dalam. Selepas perang Badar, Rasulullah SAW meminda pengertian ummah yang terdapat dalam Sahifah al-Madinah. Kali ini ia hanya dikhususkan bagi mereka yang beriltizam kepada aqidah tauhid dan kerasulan Muhammad SAW. Dalam Islam, perisytiharan hak asasi manusia adalah suatu aqad atau perjanjian. Al-Quran memerintahkan Rasulullah SAW dan umat Islam menjaga aqad yang telah dibuat. Melanggar aqad disisi Islam adalah kaba’ir atau berdosa besar yang diancam dengan kemurkaan Allah dan azab yang pedih dineraka kelak. Perisytiharan hak asasi manusia tajaan Amerika dan barat tidak mengandungi unsure spiritual. Tiada perkiraan dosa dan pahala. Hak asasi manusia barat hanya satu retorik yang digunakan bagi mengekalkan dominasi dan hegemoni kuasa-kuasa besar serta mengukuhkan rejim Zionis Israel.
Magna Carta
 Samuel P. Huntington menyebut, “ The essence of the west is the Magna Carta” dengan maksud tamadun Barat adalah suatu perjanjian yang telah dimaktubkan pada tahun 1215 di antara raja dengan pembesar di England. Perjanjian tersebut dibuat demi mengelakkan perang saudara kerana kuasa raja yang melampau. Magna carta bermakna perjanjian besar. Ia mengandungi 63 artikel yang menyentuh hak kebebasan dan hak tidak dipenjarakan atau dihukum selain daripada berlandaskan undang-undang. Ketika Universal Decleration of Human Right (UDHR) diluluskan pada 10 Disember 1948 dalam persidangan agung PBB, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi PBB dan juga bekas wanita pertama Amerika, Eleanor Roosevelt menyatakan bahawa UDHR sebagai “ a Magna Carta for all mankind”
Prinsip-prinsip Hak Asasi Barat
 Prinsip-prinsip hak asasi manusia moden yang terkandung dalam UDHR 1948 adalah bersumberkan daripada Revolusi Perancis dan Amerika. Hak Manusia dan Warganegara telah diluluskan di parlimen Perancis pada 26 Ogos 1789, iaitu enam minggu selepas raja digulingkan. Piagam yang didrafkan oleh Lafayette itu mengandungi 17 aktikel menegaskan hak-hak yang terkandung di dalamnya bukan hanya untuk rakyat Perancis, tetapi untuk semua manusia di seluruh dunia. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam piagam tersebut adalah prinsip kontrak social Rousseau dan pemisahan kuasa yang diperjuangkan oleh Montesquieu. Berbekalkan semangan revolusi Perancis, prinsip-prinsip ini dimuatkan dalam United states Bill of Rights yang diluluskan pada tahun 1789. Kedua-dua ‘Bill of Rights’ Amerika dan Perancis diluluskan pada masa yang sama, iaitu pada tahun 1789. Kedua-dua dokumen inilah yang menjadi asas kepada UDHR 1948.
 UDHR 1948 yang bersumber dari Magna Carta dan Bill of Rights diwujudkan oleh kuasa Barat dengan paradigma yang sama. Paradigma golongan yang menang perang. Dengan kemenangan tersebut mereka merangka bagaimana pula untuk terus berkuasa terhadap musuh, lawan dan Negara-negara yang lemah dan masih dijajah.
Prinsip-prinsip Hak Asasi Islam
 Prinsip dan instrumen hak asasi manusia menurut Islam tidak diwujudkan atas dasar mendominasi kuasa. Ia juga tidak diwujudkan selepas menang perang. Prinsip-prinsip hak asasi manusia, keadilan serta penentangan terhadap kezaliman telah wujud dalam Al-Quran diperingkat Mekah lama sebelum Rasulullah SAW dan para sahabat diizinkan mengangkat senjata di Madinah. Prinsip dan instrumen hak asasi manusia dalam Islam berpandukan konsep Ummah, musyawarah dan basyariyah. Dalam Islam, ummah tidak terbatas hanya kepada penganut Islam. Ia adalah suatu yang universal. Begitu juga musyawarah taaruf dan taawun sesama manusia dalam konteks universal. Sekali gus, karamatul insan yang ditegakkan oleh al-Quran menempatkan basyariyah atau kemanusiaan, di tempat yang paling mulia, tanpa batasan kaum, agama, ideologi dan kepercayaan. Prinsipnya berpandukan kepada asas agar jangan ada sesiapa yang menindas serta menyekat kebenaran dan keadilan daripada dinikmati oleh semua insan.

ABU HANIFAH
PERINTIS PERJUANGAN HAK ASASI ISLAM
“Pemerintah wajib bermusyawarah dengan rakyat dan rakyat wajib bermuhasabah dengan pemerintah. Amanah pemerintah terbatal apabila pemerintah membelakangkan musyawarah”

 Imam Abu Hanafiah berpendirian bahawa khalifah-khalifah yang menaiki takhta kekuasaan di kalangan Bani Umayyah berbuat begitu dengan membelakangkan musyawarah. Mereka menaiki takhta tanpa restu dan bai’ah bebas daripada rakyat. Mereka menegakkan sistem dinasti dan menghapuskan sistem khalifah. Sistem khalifah adalah berlandaskan musyawarah rakyat. Sedangkan sistem dinasti berlandaskan kepada ditaktor suku sakat. Bagi Imam Abu Hanifah, merestui sistem dinasti bererti menghapuskan sistem khalifah. Menghapuskan sistem khalifah bererti membunuh musyawarah. Membunuh musyawarah bererti menghancurkan hak kebebasan bersuara milik rakyat yang telah disyariatkan oleh Islam!
 Demi mempertahankan hak kebebasan bersuara inilah Imam Abu Hanifah berfatwa bahawa adalah sah disisi syarak dan menjadi hak rakyat untuk bangkit menggunakan kekuatan senjata memerangi pemerintah yang berkuasa dengan membelakangkan musyawarah dengan ummah. Imam Abu Hanafiah dipaksa menarik balik fatwanya oleh kerajaan Bani Umayyah. Beliau enggan dan terus bertahan. Akibatnya beliau diheret ke penjara dan diseksa semahu-mahunya oleh pemerintah yang zalim. Fatwanya telah mencetuskan kebangkitan Bani Abbasiyyah. Setelah tumbangnya kerajaan Bani Umayyah dan muncul kerajaan Bani Abbasiyyah, sekali lagi Imam Abu Hanifah menegaskan bahawa Bani Abbasiyyah telah membelakangkan musyawarah dengan menegakkan sistem pemerintahan di atas dasar dinasti. Enggan menarik balik fatwanya, beliau sekali lagi disumbat dan diseksa di dalam penjara. Kitab Fiqh Al-Akhbar karangan Imam Abu Hanifah dimulakan dengan persoalan aqidah dan persoalan rububiyyah dan uluhiyyah Allah.
 Dasar hokum Islam dalam ketatanegaraan adalah tentang mendaulatkan mulkiyyah Allah. Ubudiyyah adalah teras utama kepada seluruh persoalan fiqh menurut Imam Abu Hanifah. Termaktub dalam persoalan ubudiyyah adalah tuntutan melaksanakan musyawarah dalam pemerintahan dan kenegaraan Fiqh ad-daulah dalam islam adalah berpandukan kepada aqidah dan syari’ah. Oleh itu bagi Imam Abu Hanifah persoalan musyawarah yang menjamin hak kebebasan bersuara bagi seluruh lapisan masyarakat mesti dipertahankan sehabis-habisnya. Walaupun dengan titisan darah terakhir!

IMAM MALIK
‘MASYARAKAT SIVIL’
“Benar wujud pemerintah. Rasulullah SAW sendiri sebagai ketua Negara. Namunmasyarakat tidak berjalan di atas paksi kuasa pemerintahan”

 Asas masyarakat sivil yang dibina oleh Imam Malik adalah dinamika sosial kota Madinah. Masyarakat Madinah masih kukuh mengekalkan warisan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in. Di Madinah, Imam Malik belajar daripada generasi yang menghayati sunnah Rasulullah SAW daripada para sahabat ataupun daripada pengikut dan murid-murid para sahabat.
 Benar wujud pemerintah. Rasulullah SAW sendiri adalah ketua Negara. Namun masyarakat tidak berjalan di atas paksi kuasa pemerintahan. Pemerintah tidak merajai rakyat. Rakyat pula tidak dicengkam oleh kuasa pemerintah. Benar wujud undang-undang dan peraturan. Tetapi pemerintah tidak berada di atas undang-undang. Rakyat pula tidak hidup dengan sentiasa diburu oleh undang-undang. Undang-undang Islam adalah berdasarkan kepada Hakimiyah Allah. Kuasa yang ada pada Rasulullah SAW hanyalah manifestasi kepada tugas Khalifatullah fil ard (khalifah Allah di muka bumi). Rakyat akur dan taat kepada pemerintah kerana cinta kepada Allah dan rasul-Nya. Rakyat juga menjulang kedaulatan undang-undang kerana ia adalah sebahagian daripada manifestasi pengabdian mereka kepada Allah. Empayar – empayar Rom, Parsi, Hindi dan china semuanya tertegak di atas paksi sistem Monarki feudal yang membataskan hak kebebasan rakyat manakala sistem pemerintahan Islam tidak membataskan hak-hak rakyat. Rakyat pula tidak dibelenggu dengan bebanan tanggungjawab dari pemerintah.
 Imam Malik meneruskan perjalanan masyarakat sivil di tengah-tengah masyarakat yang cuba dikuasai oleh kuasa tirani. Imam Malik dan anak muridnya mempertahankan sistem masyarakat madani yang mewujudkan keseimbangan dan kesepaduan di antara hak dan tanggungjawab. Imam Malik juga mengeluarkan fatwa bahawa khilafah selayaknya berada di tangan Nafs Zakiyyah di kalangan Ahlul Bait daripada keturunan Rasulullah SAW. Hak dan tanggungjawab menurut Islam adalah bersifat Rabbani. Melaksanakannya adalah ibadah. Dengan menunaikan tanggungjawab seseorang itu telah sekali gus memenuhi hak pihak yang layak dan patut menerima haknya. Pada masa yang sama, seseorang yang menuntut haknya bererti telah menjalankan tanggungjawabnya bagi memastikan pihak yang berhak juga mendapatkan hak-hak mereka.
 Imam Malik sendiri telah mengumpulkan 10, 000 hadis dan athar yang sudah sedia diketahui dan diterima oleh penduduk Madinah. Daripada 10, 000 hadis dan athar ini Imam Malik terus menyaringnya menjadai 2000. 2, 000 hadis, athar dan qaul ma’thur inilah yang dibukukan oleh Imam Malik dalam kitab yang dinamakannya sebagai Al-Muwatta’. Al-Muwatta bererti ‘Jalan yang telah ditempuhi berulang kali’. Meniti liku-liku Al-Muwatta’ bereti tidak siapa pun akan mencabuli hak mana-mana pihak dalam masyarakat. Al-Muwatta adalah panduan pembangunan sebuah masyarakat sivil yang menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan bertindak di tengah-tengah kezaliman pemerintah yang cuba membolot kuasa.

IMAM SYAFIE
KEBEBASAN BERSUARA
“Kebebasan bersuara mestilah bersandarkan kepada pertama; Al-Quran, kedua; as-Sunnah, ketiga; al-Ijma’ dan keempat; al-Qiyas”

Pertembungan pendapat
 Aliran pemikiran pengikut-pengikut Imam Abu Hanifah berkembang pesat di kota Baghdad dan Iraq. Aliran ini lebih cenderung menyelesaikan masalah melalui ijtihad yang bersandarkan kepada pandangan yang praktikal. Mereka lebih dikenali sebagai aliran Ahlul Ra’y. Aliran pemikiran Imam Malik pula berkembang di Madinah dan Hijjaz. Mereka menggunakan prinsip asal yang digunakan oleh Rasulullah SAW. Keperluan menggunakan ijtihad kurang diterima berbanding aliran di Iraq. Ulama dan fuqaha di Madinah dan Hijaz lebih dikenali sebagai Ahlul Hadith. Walaupun kaedah mereka berbeza namun matlamat mereka tetap sama.
Imam Syafie pencetus ilmu baru
 Ketika berusia 20 tahun, Imam Syafie pergi ke Madinah untuk menjadi murid Imam Malik. beliau berguru dengan Imam Malik selama 7 tahun. Kemudia beliau berguru kepada Imam Muhammad bin Hassan asy-syaibani. Asy-Syaibani adalah salah seorang daripada dua murid yang paling kanan Imam Abu Hanifah. Daripada Asy-Syaibani, Imam Syafie mempelajari fiqh Imam Abu Hanifah selama dua tahun. Seterusnya Imam Syafie mengajar murid-muridnya di Mekah dan Hijaz. Ketika berusia 45 tahun, Imam Syafie telah ke Baghdad untuk menziarahi kubur Imam Abu Hanifah. Di sana beliau terus mengajar murid-muridnya. Pendedahan Imam Syafie di Hijaz dan di Iraq menjadikan beliau melihat sendiri persamaan dan perbezaan di antara aliran Ahlul Ra’y dan Ahlul Hadith.
 Imam Syafie telah mencetuskan asas-asas ilmu baru iaitu ilmu mengkritik hadis. Munculnya ilmu ini menjadi mercu kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara di kalangan ulama dan fuqaha ketika itu. Menurut Imam Syafie, sunnah yang sahih adalah suatu perkhabaran yang diriwayatkan oleh periwayat yang diketahui keteguhan imannya. Setiap riwayat mesti bersumberkan dari sumber yang sahih, bermula daripada Rasulullah SAW diikuti dengan perawi tanpa sanad yang terputus, Imam Syafie juga menegaskan bahawa sesuatu riwayat ditolak jika ia bertentangan dengan roh al-Quran, serta amalan dan kebiasaan Rasululllah SAW dan juga bercanggah dengan kemaslahatan umum Islam.
 Perkembangan ilmu mengkritik hadis menyebabkan muncul ilmu Jarh wat-Ta’dil dalam bidang Ulumul Hadith. Tidak dipertikaikan oleh ulama dan fuqaha sebelum dan semasa dengan Imam Syafie bahawa al-Quran adalah sumber yang mutlak dan hakiki. Tiada suatu yang boleh membatalkan mana-mana bahagian al-Quran. Namun Imam Syafie menegaskan, hanya al-Quran sahaja yang boleh membatalkan bahagian al-Quran yang lain. Dari ini lah tercetus ilmu baru iaitu An-Nasikh wal-Mansukh. Berdasarkan ilmu ini juga Imam Syafie menegaskan bahawa hanya sunnah Rasulullah SAW boleh di batalkan oleh satu sunnah yang lain.

Asas-asas Kebebasan Bersuara
 Tercetusnya ilmu An-Nasikh wal-Mansukh menjadi kemuncak bagi pemikiran kreatif dan kebebasan bersuara yang diterokai oleh Imam Syafie. Kebebasan ini member ruang kepada seseorang untuk menilai dan meneliti serta mengeluarkan pendapat walaupun terhadap kalam Allah! Ini adalah kemuncak kebebasan yang cukup tinggi! Namun apakah asasnya? Bolehkah seseorang itu mengeluarkan pendapat terhadap al-Quran semata-mata di atas dasar kebebasannya untuk bersuara? Atau apakah ia boleh mengkritik sunnah Rasulullah SAW kerana haknya untuk mengeluarkan pendapat?
 Di sinilah, sekali lagi menampakkan kualiti genius Imam Syafie. Dalam bukunya yang berjudul Ar-Risalah, beliau menggariskan suatu ilmu yang amat sistematik. Ar-Risalah meletakkan asas dam panduan kebebasan berfikir, bersuara dan mengeluarkan pendapat. Asas-asas ilmu dalam Ar-Risalah inilah yang kemudiannya berkembang sebagai ilmu Usul Al-Fiqh. Imam Syafie menegaskan bahawa kebebasan bersuara mestilah bersandarkan kepada pertama; al-Quran, kedua; as- Sunnah, ketiga; al-Ijma’ dan keempat; al-Qiyas. sandaranya mestilah menurut urutan seperti yang ditegaskan.
 Daripada perspektif hak asasi manusia, Imam Syafie telah mengasaskan prinsip bahawa seseorang itu bebas bersuara selagi ianya berpandukan kepada al-Quran, as-Sunnah, al- Ijma’ dan al-Qiyas! Daripada perspektif Ar-Risalah Imam Syafie pula, ijtihad adalah kemuncak kebebasan bersuara!

IMAM AHMAD BIN HANBAL
BERKORBAN DEMI MEMPERTAHANKAN HAK ASASI MANUSIA
“Suara rakyat dimartabatkan. Hak kebebasan bersuara rakyat dikekalkan. Pemerintah gagal mendominasi hak kebebasan masyarakat sivil”

Doktrin Pemikiran Seragam
 Pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Ma’mun tidak lagi membenarkan para ulama dan fuqaha mengembangkan pemahaman islam seperti yang telah dibangunkan oleh imam-imam ini. Al-Ma’mun mahukan suatu doktrin rasmi dan seragam tentang Islam bagi seluruh Negara. Ketika Al-Ma’mun menguatkuasakan dasarnya, zaman ini dipanggil oleh ulama sebagai al-Mihnah. Ia berlangsung selama 16 tahun. Pada masa itu khalifah-khalifah Bani Abbasiyyah memaksa umat Islam menerima interpretasi rasmi Negara. Semua ajaran dan iterpretasi terhadap syariat islam yang dibangunkan oleh imam-imam besar telah diharamkan untuk disebarkan di masjid-masjid.
Golongan Muktazilah
 Pemikiran ini dipelopori oleh golongan Muktazilah. mereka bergantung kepada bahan-bahan falsafah Yunani yang baru diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Umat Islam yang telah bergerak maju dengan dinamisme masyarakat sivil menolak ajaran Muktazilah. Golongan Muktazilah ini tidak lebih hanya sekumpulan intelek yang tidak mempunyai pengikut di akar umbi. Namun apabila Al-Ma’mun menjadikan doktrin Muktazilah sebagai pegangan rasmi Negara dan melancar Al-Mihnah terhadap penentang pegangan Negara, Muktazilah Berjaya bertapak dan menyekat pembangunan masyarakat sivil. Paling kehadapan menentang pegangan Muktazilah ialah Imam Ahmad bin Hambal. Selepas Al-Ma’mun, Khalifah Al-Mu’tasim pula telah memanggil Imam Ahmad untuk memaksanya memperakui doktrin Muktazilah secara terbuka dikhayalak ramai. Al-Mu’tasim mahu Imam Ahmad mengakui bahawa Al-Quran adalah makhluk ciptaan Allah dan bukan Kalam Allah.
Imam Ahmad Wira Hak Asasi
 Imam Ahmad bertahan dengan menegaskan bahawa berdasarkan pegangan Ahlus-Sunnah, Al-Quran adalah kalam Allah yang telah disampaikan oleh Allah kepada manusia melalui lisan Nabinya, Muahammad SAW. Kerana menentang, Imam Ahmad telah dipenjarakan dan diseksa. Setiap kali Imam Ahmad dibawa keluar dengan dirantai, setiap kali itu lah Al-Mu’tasim memaksa beliau memperakui doktrin Muktazilah. Namun Imam Ahmad tetap mempertahankan pendiriannya. Setiap kali itu jugalah beliau disebat dengan cemeti. Mereka yang menyaksikannya menyatakan bahawa setiap libasan cemeti tersebut jika dibuat pada gajah akan menyebabkan gajah tersebut jatuh melutut! Imam Ahmad sanggup menanggung derita demi mempertahankan hak rakyat awam dan kebebasan mendukung kepercayaan masing-masing. Di bawah pemerintahan Al-Mutawakkil, dasar kerajaan bani Abbasiyyah berubah dan Imam Ahmad dibebaskan.

10 PRINSIP HAK ASASI MANUSIA MENURUT ISLAM
“Para qadi itu terdiri daripada 3 jenis. Satu akan masuk ke syurga dan dua lagi akan dicampakkan ke neraka. Qadi yang ke syurga adalah yang memahami kebenaran dan menetapkan hukuman berdasarkan kebenaran”

Prinsip pertama
 Islam melarang sebarang ketetapan, undang-undang ataupun tindakan yang menyalahi dan melanggar prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan yang dituntut oleh Allah seperti
“Dan apabila menetapkan hokum di antara manusia ( Allah menyuruh kamu) supaya kamu menetapkan dengan adil. ”
 (An-Nisa’:58)
Prinsip Kedua
 Hak asasi manusia adalah anugerah Allah. Ia bukan ketetapan daripada akal fikiran manusia. Pemerintah yang dipilih oleh rakyat hanya berperanan mentadbir hal-ehwal hak asasi manusia berdasarkan panduan daripada Allah dan Rasulnya.
“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-nya dan ulil amri di antara kamu”
 (An-Nisa’:59)
Ketaatan kepada pemerintah adalah dengan syarat mereka mematuhi perintah-perintah Allah dan Rasulnya. Kuasa pemerintah adalah tertaluk kepada had batasan yang ditetapkan di atas prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan. Kuasa pemerintah tidak mutlak sifatnya.
Prinsip Ketiga
Dalam menyempurnakan hak sesame manusia, pemerintah mestilah bertindak di atas keyakinan dan bukan di atas keraguan. Rasulullah SAW menegaskan
“Elakkan daripada menjatuhkan hukuman terhadap seseorang jika terdapat keraguan seberapa mana yang kamu mampu, jika kamu temui jalan keluar baginya berilah dia laluan itu. Sesungguhnya kesilapan pemerintah dalam member kemaafan adalah lebih baik daripada kesilapannya dalam menjatuhkan hukuman”
 (At-Tirmidhi)
Prinsip keempat
Demi menegakkan hak sesiapa yang berhak, tidak boleh mana-mana pihak sama ada pemerintah mahupun rakyat bertindak membelakangkan kebenaran ketika melakukan sesuatu tindakan. sabda Rasulullah SAW,
“Para qadi itu terdiri daripada tiga jenis. Satu akan masuk syurga dan dua lagi akan dicampakkan ke neraka. Qadi yang ke syurga adalah yang memahami kebenaran dan menetapkan hukuman berdasarkan kebenaran. Qadi yang menetapkan hukuman secara tidak adil selepas memahami kebenaran, akan dicampakkan ke neraka. Demikian juga, qadi yang menjatuhkan hukuman dalam keadaan jahil turut akan dicampakkan ke neraka”
 (Abu Dawud dan Ibn Majah)
Prinsip Kelima
Urusan hak asasi manusia adalah suatu tuntutan yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah. Mencabulnya akan menyebabkan pelakunya dilaknat Allah. Untuk itu Rasulullah SAW menyeru umatnya agar menjauhkan syubhat iaitu perkara-perkara yang meragukan kerana dikhuatiri akan mencabul hak asasi pihak lain. Sabda Rasulullah SAW:
“Tinggalkan apa-apa yang meragukan dan ambillah apa yang tidak meragukan”
 (Bukhari, Muslim)
“Sesiapa yang meninggalkan perkara syubhat, mensucikan agamanya (imamnya) dan meninggikan kemuliaannya”
 (Ibn Qayyim)
Prinsip Keenam
Demi mengelakkan keraguan segala usaha untuk menyempurnakan hak sesama manusia hendaklah berdasarkan kajian yang teliti ( fatabayyanu) sebelum membuat suatu keputusan dan tindakan. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka janganlah kamu mengucapkan ‘salam’ kepadamu “ kamu bukan seorang mukmin” (lalu kamu membunuhnya), dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia, kerana di sisi Allah ada harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah menganugerahkan nikmat-nya ke atas kamu, maka telitilah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ”
 (An-Nisa’:94)
Prinsip Ketujuh
Islam menuntut supaya ditegakkan prinsip kesamarataan. Berdasarkan prinsip ini tiada siapa pun boleh berada di atas undang-undang. Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya telah musnah umat sebelum daripada kamu kerana apabila orang yang mulia di kalangan mereka mencuri, mereka membiarkannya dan apabila orang yang lemah di kalangan mereka mencuri, mereka melaksanakan ke atasnya hudud(hukuman). Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya. ”
 (Bukhari dan Muslim)
Prinsip Kelapan
Islam menganjurkan al-hisbah dengan mempertahankan prinsip-prinsip amar makruf nahi munkar, iaitu menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran seperti yang dituntut oleh Islam. Prinsip ini juga mengambil kira kebebasan bersuara dan member pendapat dalam erti kata untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Firma Allah:
 “dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-cerai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksa yang berat”
 (Ali Imran:105)
“Kamu adalh umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakkan mereka adalah orang-orang yang fasik. ”
 (Ali Imran:110)
Prinsip Kesembilan
Sahifah al-Madinah berulang kali menegaskan bahawa tiada sesiapapun boleh dihukum disebabkan kesalahan orang lain. Firman Allah:
“dan seseorang yang berdosa(bersalah) tidak akan memikul dosa(kesalahan) orang lain” (Al-An’am:164)
Setiap manusia bertanggungjawab ke atas perbuatannya. Jika seseorang tidak terbabit dengan kesalahan, maka dia tidak boleh disalahkan.
Prinsip Kesepuluh
Hak asasi manusia di dalam Islam adalah selaras dengan maqasid syariah yang amat mengambil berat terhadap permasalahan harta benda. Perlindungan harta benda adalah suatu prinsip mulia yang dilindungi oleh Islam. Untuk itu Islam melarang sesiapa memakan harta satu sesama lain secara tidak sah. Firman Allah:
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil”
 (Al-Baqarah:188)
“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil”
 (An-Nisa’:29)
Bil batil atau dengan jalan yang batil termasuklah apa-apa cara yang salah bertentangan dengan syariat islam dan prinsip-prinsip Islam serta tidak benar dan tidak bermoral. Apa-apa bentuk peraturan atau kuatkuasan undang-undang yang menghapuskan jaminan Islam terhadap keselamatan harta seseorang adalah ditolak didalam Islam




Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com