Fadhilat Solat -

Oleh: Norfazwani Idayu Binti Harun

PENGENALAN

Kami memuji Allah SWT serta memohon selawat dan salam ke atas RasulNya yang mulia, para sahabat dan umatnya yang mempertahankan perjuangan agama yang benar ini. Adapun sikap para Muslimin dan Muslimat yang mencuaikan amalan-amalan dan ajaran-ajaran agama Islam pada hari ini sudah terlalu masyhur, hinggakan solat- tiang agama Islam yang terpenting solat- tiang agama Islam yang terpenting (sesudah iman) dan yang pertama sekali akan disoal pada hari Hisab – sedang diabaikan sama sekali. Walaupun setiap seruan ke jalan yang sia-sia, akan tetapi pengalaman menunjukkan hadis-hadis yang disampaikan oleh Rasulullah SAW pasti memberi manfaat terhadap orang-orang yang berakal waras dan beriman. Kaum Muslimin hari ini mengenai tingkah lakunya terhadap solat dapat dibahagikan kepada tiga golongan. Sebilangan besar darinya sedikit pun tidak mengendahkan langsung akan solat. Sedikit sahaja bilangannya yang menunaikan solat itu pun tidak mementingkan solat berjemaah. Kemudian ada pula yang selalu solat (berjemaah) tetapi solat mereka tidak mengikut rukun-rukun
solat yang telah ditetapkan.

1. PENTINGNYA SOLAT

-PAHALA SOLAT-

Abdullah ibn 'Umar r. a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Islam tertegak di atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hambaNya serta RasulNya; mendirikan solat; membayar zakat; mengerjakan haji dan puasa di bulan Ramadhan. "

Rasulullah SAW mengibaratkan agama Islam itu sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah. Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan. Lima tiang agama Islam yang tersebut dalam hadis di atas menunjukkan kewajipan-kewajipan yang penting bagi seseorang Islam. Tidak mungkin bagi seorang Islam tidak mempunyai mana-mana satu darinya, namun solat dalam ajaran Islam harus mengambil tempat disisi iman. Biasanya di musim daun-daun gugur, lebatlah daun-daun gugur dari pohonnya sehingga pada sesetengah pohon tidak ada sehelai daun pun yang tinggal.

Begitulah kesannya solat yang dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Segala dosa yang dilakukan oleh seseorang yang solat itu dihapuskan. Kita hendaklah diingatkan bahawa menurut pendapat uhlul kalam hanya dosa-dosa kecil sahaja yang terampun dengan solat, manakala dosa-dosa besar tidaklah terampun tanpa bertaubat terlebih dahulu.


Lihatlah pada doa penutup solat yang dilafazkan seperti berikut:

"Wahai Tuhanku, bahawasanya aku telah menganiaya akan diriku aniaya yang banyak. Tidak ada yang sanggup mengampuni dosa melainkan Engkau, maka ampunilah akan daku dengan ampunan dari sisiMu, dah rahmatilah akan daku, bahawasanya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "

Dalam hadis diatas wuduk juga hendaklah sempurna. Oleh itu, kita haruslah mengikuti rukun-rukun berwuduk serta mengerjakannya semua. Misalnya, bersugi adalah sunat dalam berwuduk tetapi ini sering dicuaikan. Tersebut dalam sebuah hadis bahawa solat yang dikerjakan selepas bersugi adalah tujuh puluh kali lebih baik dari solat yang dikerjakan tanpa bersugi.

Selain itu, bersugi mengandungi 10 faedah:

1.    Bersugi membersihkan mulut.
2.    Bersugi menyebabkan keredhaan Allah.
3.    Bersugi memarahi syaitan.
4.    Allah SWT dan para malaikatNya suka kepada orang-orang yang menggosok giginya.
5.    Bersugi menguatkan gigi.
6.    Bersugi menghilangkan gelema
7.    Bersugi mewangikan mulut.
8.    Bersugi menghilangkan ampedu.
9.    Bersugi mencerahkan mata.
10.    Bersugi mencegah bau busuk mulut. Selain itu, ianya adalah satu sunnah.


Terdapat banyak hadis-hadis Rasulullah SAW yang memerintahkan agar solat dikerjakan serta menerangkan pula fadhilat-fadhilatnya. Di bawah terdapat beberapa hadis untuk diperolehi manfaat:

•    Solat adalah julung-julung perintah yang diperintahkan oleh Allah SWT dan solat juga perkara pertama yang akan disoal pada hari hisab.
•    Takutilah Allah dalam perkara solat.
•    Solat adalah satu-satunya yang membezakan diantara iman dan syirik.
•    Solat adalah tanda Islam. Seorang yang bersolat dengan ikhlas dan khusyuk apabila masuk waktunya dan mengambil berat serta mengerjakan segala rukun-rukunnya termasuk rukun-rukun yang penting.
•    Dari segala sesuatu yang telah diperintahkan oleh Allah SWT, iman dan solat adalah yang paling ternilai.
•    Solat adalah tiang agama Islam.
•    Solat menghinakan syaitan.
•    Solat adalah nur bagi orang mukmin.
•    Solat adalah jihad yang terbaik sekali.
•    Allah SWT bermurah hati terhadap seseorang itu selagi dia bersolat.
•    Apabila sesuatu bencana turun dari atas langit orang-orang yang selalu pergi ke masjid akan terselamat.
•    Seseorang dalam keadaan sujud adalah paling dekat kepada Allah SWT.


-AMARAN DAN BALASAN MELENGAHKAN SOLAT-


Buku-buku hadis ada menyebutkan hukuman-hukuman berat bagi orang-orang yang melengah-lengahkan solat. Daripada beberapa banyak hadis mengenai perkara ini hanya sedikit sahaja yang dikemukakan dalam bab ini. Walaupun sudah
cukup satu amaran sahaja dari Rasulullah SAW namun kita dapatikerana cinta dan rahmatnya kepada umatnya berkali-kali agar mereka jangan melengahkan solat dan menanggung akibat buruk kelak.


Jabir bin 'Abdullah r. a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

1.    Meninggalkan solat dikaitkan dengan kufur.
2.    Meninggalkan solat dikaitkan dengan kufur dan syirik.
3.    Meninggalkan solat adalah satu-satunya perpisahan antara iman dan kufur.

Selain itu, ada disebut di dalam hadis bahawa Allah SWT menganugerahkan lima kurnia ke atas orang yang menjaga solatnya iaitu rezeki akan dipermudahkan baginya, dia diselamatkan dari azab kubur, dia akan menerima buku catitan dari tangan kanan pada hari Hisab, dia juga akan melintasi titian Sirat pantas seperti kilat serta dia akan masuk syurga tanpa hisab. Bagi orang yang melengahkan solat mereka akan menerima lima azab di dunia ini. Tiga semasa mati, tiga di dalam kubur dan tiga selepas hari kebangkitan.

Azab ketika di dunia ialah:

•    Tidak dirahmati dalam kehidupannya
•    Kehilangan nur pada muka mereka yang melengahkan solat.
•    Tidak menerima pahala bagi amalan-amalan yang baik.
•    Doa-doanya tidak akan dimakbulkan.
•    Tidak mendapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh.

Azab pada masa hendak mati ialah:

•    Mati dengan keadaan aib.
•    Mati kelaparan.
•    Mati dalam keadaan dahaga sehingga air dalam laut di dunia tidak dapat menghilangkan rasa dahaganya.

Azab ketika berada di dalam kubur ialah:

•    Dihimpit oleh kuburnya hingga tulang-tulang rusuknya berceragah.
•    Api dibakar dalam kuburnya dan dia akan diguling-gulingkan di atas baranya siang dan malam.
•    Ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjangnya sama dengan perjalanan sehari dilepaskan ke atasnya. Ular itu akan bertempik seperti bunyi guruh dan ular itu akan memukul sehingga ke hari kiamat. Setiap pukulan akan membenamkan hingga ke tujuh puluh hasta.


Azab selepas hari kebangkitan pula ialah:

•    Hisabnya amat berat sekali.
•    Allah SWT murka padanya.
•    Dia akan dicampakkan ke dalam api neraka.

Rasulullah SAW bersabda:

“Solat adalah tiang agama dan mempunyai 10 fadhilat”

Iaitu:
•    Daya penarik pada wajah.
•    Teman di dalam kubur.
•    Jalan turunnya rahmat Allah.
•    Anak kunci ke syurga.
•    Timbangan bagi neraca (amalan baik).
•    Jalan untuk mendapatkan keredhaan Allah.
•    Harga bagi syurga.
•    Naungan terhadap api neraka.

2. PENTINGNYA BERJEMAAH

-PAHALA SOLAT BERJEMAAH-

Solat berjemaah di masjid kita memperolehi dua puluh tujuh kali pahala lebih banyak daripada solat bersendirian. Tiada sesiapa yang hendak melepaskan keuntungan yang berganda itu. Ada disebut di dalam hadis bahawa orang-orang yang selalu ke masjid menjadi penduduknya. Malaikat-malaikat adalah sahabatnya, mengunjunginya apabila sakit dan menolongnya apabila kerja-kerja yang dilakukan menghadapi masalah. Rasulullah SAW telah menjelaskan kepada kita bahawa pahala itu akan terus bertambah bagi seseorang yang selepas berwuduk, keluar dari rumah dengan niat semata-mata hendak solat berjemaah di masjid. Maka setiap langkah yang dilangkahinya mendapat pahala dan juga menghapuskan satu dosa. Selain itu, Rasulullah SAW juga menjelaskan satu amalan yang besar nilainya, iaitu selagi seseorang itu beriktikaf di dalam masjid selepas selesai solat, para malaikat akan berdoa memohon ampun dan rahmat untuknya. Malaikat-malaikat adalah makhluk Allah SWT yang maksum. Maka, kesan atau makbulnya doa mereka itu ternyata dengan sendirinya.

Ini menunjukkan betapa teguhnya para sahabat r. a menjaga solat berjemaah. Abu Darba r. a menceritakan bahawa Rasullah SAW pernah bersabda kapadanya:

 “Sembahlah Tuhanmu seolah-olah kamu melihatNya ada di depan kamu; anggaplah dirimu seolah-olah di kalangan orang yang telah mati, berwaspadalah terhadap sumpah orang yang teraniaya dan jika kamu terpaksa merangkak ke masjid janganlah lepaskan solat isyak dan subuh bersama jemaah. ”

Seterusnya, Anas bin Malik menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Seseorang yang selalu solat berjamaah selama empat puluh hari tanpa ketinggalan takbir yang pertama akan mendapat dua jaminan; pertama, keselamatan dari neraka dan yang kedua, bebas daripada nifaq. ”

Jika seseorang itu tidak pernah tinggal solat selama empat puluh hari dan dia menyertai jamaah dari mula, maka dia tidak akan menjadi munafik dan tidak dimasukkan ke dalam neraka. Begitu juga empat orang yang mengerjakan solat berjamaah adalah lebih disukai Allah SWT dari lapan orang yang bersolat secara bersendirian. Lebih besar perhimpunannya lebih disukai oleh Allah SWT. Apabila tujuan kita semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Ada disebut dalam hadis bahawa Allah SWT suka melihat tiga perkara iaitu sebaris orang yang bersolat dengan berjemaah, seorang yang sibuk dengan solat tahajjud di tengah malam dan seorang yang berjuang di jalanNya.

Seterusnya, Sahl bin Sa’ad menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Berilah berita gembira kepada mereka yang pergi ke masjid selalu di waktu malam kerana mereka akan mendapat cahaya yang sempurna di hari Hisad nanti. ”

Dalam hadis tersebut mencerikan bahawa orang-orang yang demikian akan menduduki mimbar cahaya tanpa kesusahan sedangkan orang-orang lain berada dalam kebingungan.

Di antara semua tempat di dunia ini, masjidlah yang paling disukai oleh Allah SWT. Masjid juga dipanggil sebagai Taman Syurga.

Beberapa hadis mengenai fadhilat-fadhilat solat secara berjamaah:

“Ada tiga perkara dalam dunia ini di mana orang-orang akan berlumba-lumba merebutnya jika diketahui pahalanya. Ini ialah: azan, pergi ke masjid untuk solat zuhur dalam panas terik dan berada dalam barisan pertama dalam solat dalam solat berjamaah. ”

“Tujuh macam orang yang akan ditempatkan di bawah naungan kerahmatan Allah SWT pada hari Hisab apabila semua yang lain di dalam kebingungan di bawah panas matahari yang terik. Salah satu darinya ialah orang yang hati sanubarinya sentiasa terpaut pada masjid. ”

Tiap-tiap satu rukun Islam itu adalah sumber rahmat dan pahala yang tidak terhitung banyaknya daripada Allah SWT dan membawa keuntungan yang tidak terbatas kepada mereka yang berpegang teguh padanya. Selain itu, tidak ada satu pun dari perintah Allah SWT yang tidak ada falsafahnya. Kerana itu amat sukar untuk memahami falsafah perintah Allah SWT itu kerana tidak ada seorang pun yang dapat meliputi pengetahuan dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Allah SWT.


3.    KEPERLUAN YANG BAIK DIANJURKAN AHLI SUFI.


Ahli-ahli Sufi menulis bahawa ada dua belas ribu fadhilat yang dapat dicapai dalam solat melalui dua belas perkara. Jika sesorang itu ingin mendapat manfaat yang penuh dalam solatnya, dia mestilah menjaga perkara-perkara tersebut dan ikhlas pada setiap langkah. Antara perkara-perkara tersebut adalah:

1. Ilmu: Sesuatu ibadah yang diamalkan tanpa ilmu amatlah rendah mutunya daripada ibadah yang diamalkan dengan ilmu yang cukup. Oleh itu, kita haruslah tahu bahawa:

•    Amalan-amalan yang manakah dari fardhu dan sunat.
•    Dapat membezakan antara fardhu dan sunat dalam wuduk dan solat.

2. Wuduk: Dalam wuduk kita mestilah cuba:

•    Membersihkan hati kita dari hasad dengki.
•    Membersihkan anggota-anggota tubuh kita yang lain.
•    Tidak membazir dalam penggunaan air.

3. Pakaian: Sebagai seorang muslim, pemakaian kita hendaklah:

•    Diperolehi daripada sumber yang halal.
•    Bersih daripada sebarang kotoran.
•    Sederhana supaya tidak menimbulkan sifat berlagak dan megah.

4. Waktu: Kita hendaklah:

•    Memberitahu waktu yang betul pada sebilangan masa.
•    Sentiasa peka dalam waktu-waktu solat lima waktu.
•    Bijak membahagikan waktu antara solat dan kerja.
5. Qiblat: Ada tiga perkara yang mesti dilakukan semasa manghadap qiblat antaranya ialah:

•    Kita hendaklah menghadap qiblat dengan jasad.
•    Hati kita mestilah sentiasa mengingati Allah kerana qiblat hati ialah Allah.
•    Taatilah Allah sepertimana hamba mentaati tuannya.

6. Niat: Antara perkara-perkara yang harus dititikberatkan adalah:

•    Kita mestilah yakin dengan solat yang kita hendak ditunaikan.
•    Kita hendaklah sentiasa sabar bahawa kita sedang menghadap Allah yang maha esa.
•    Kita mestilah yakin bahawa Allah SWT mengetahui segala apa yang terlintas di hati kita.

7. Takbir tahrima: Keperluan takbir tahrim adalah:

•    Dilafaz dengan betul.
•    Kedua-dua belah tangan hendaklah diangkat hingga ke telinga. Ini menandakan bahawa kita sudah memutuskan segala hubungan kita dengan segala-galanya kecuali Allah SWT.
•    Kebesaran Allah SWt terasa di dalam hati semasa melafazkan Allahu Akbar.

8. Qiyam: Semasa qiyam kita hendaklah:

•    Pandang ke tempat sujud.
•    Bayangkan kita sedang berdiri di hadapan Allah SWT.
•    Elakkan daripada berfikiran yang tidak berfaedah.


9. Rakaat: Keperluan-keperluan rakaat adalah:
•    Membaca al-Quran dengan tajwidnya.
•    Faham dengan setiap ayat al-Quran yang dibaca.

10. Ruku’: Keperluan-keperluan dalam ruku’ adalah:

•    Bahagian belakang mestilah lurus iaitu seluruh tubuh dari atas hingga ke kaki.
•    Lutut dipegang kukuh dengan jari-jari direnggangkan.
•    Mengucapkan tasbih dengan penuh khusyuk dan tawaduk.

11. Sujud: Keperluan-keperluan sujud adalah:

•    Tangan diletakkan berhampiran telinga.
•    Siku ditinggikan dari bumi.
•    Mengucapkan tasbih dengan khusyuk.

12. Tahiyat: Keperluan-keperluan tahiyat ialah:

•    Duduk diatas kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan.
•    Membaca tasyahud dengan khusyuk serta mengingati maknanya kerana ia mengandungi selawat ke atas Rasulullah SAW serta doa bagi saudara-saudara Islam.
•    Menganggap bahawa satu ucapan salam kepada para malaikat serta juga orang-orang di sebelah kanan dan kiri kita.

Sepertimana yang telah dikatakan diatas keikhlasan adalah intisari bagi segala perkara maka kita perlu:

•    Solat lima waktu untuk mencapai keredhaan dari Allah SWT.
•    Memahami bahawa hanya kerana rahmatNya kita dapat bersolat.
•    Mengharapkan pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT.

KESIMPULAN

Menurut para ahli sufi solat merupakan satu permohonan serta satu percakapan di antara makhluk dengan Khaliqnya. Dalam ibadah-ibadah lain kita tidak perlu begitu berhati-hati. Misalnya, intisari zakat ialah membelanjakan wang kerana mencari keredhaan Allah SWT.

Berbelanja dengan sendirinya adalah sukar bagi seseorang. Meskipun dia melakukan dengan secara tidak sedar, dia akan merasa pedihnya. Begitu juga dengan puasa di bulan Ramadan kita dikehendaki menahan diri dari makan, minum dan jimak. Segala larangan ini benar-benar berat meskipun tidak disertai dengan perhatian yang sempurna serta taat. Sebaliknya, zikir dan membaca al-Quran adalah unsur-unsur utama dalam solat.

Allah SWT juga tidak mengendahkan sesuatu solat yang dipersembahkan dengan tidak berhati-hati dan lalai. Tetapi sekiranya solat kita sedarjat dengan solat orang yang soleh, maka janganlah kita meninggalkan ibadah ini. Janganlah kita berfikir bahawa solat tidak membawa sebarang faedah jika tidak dikerjakan dengan sempurna. Solat dengan kurang kesempurnaan adalah lebih baik daripada tidak solat. Kerana akibatnya ialah siksa yang paling pedih di akhirat kelak. Para ulama juga akan bersependapat mengatakan bahawa kafirlah orang yang meninggalkan solat dengan sengaja.

Kerana itu jelaslah bahawa kita semua haruslah berusaha seikhlas-ikhlasnya untuk mengerjakan solat dan berdoa ke hadrat Allah SWT agar Dia memberi kita taufik dan hidayah supaya kita dapat mengerjakan solat sepertimana orang-orang soleh yang solat pada masa dahulu, sekurang-kurangnya satu solat yang sedemikian itu ada pada kita untuk dipersembahkan ke hadrat Allah SWT.


************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com