Akhlak Terpuji Kunci Ke Syurga

OLEH :    NOOR AINNUL MARDIYA BINTI SHAFUL BAKRI

ABSTRAK
Secaara keseluruhannya, tugasan ini berkisar tentang akhlak-akhlak yang harus di contohi yang sememangnya telah mengikut garis panduan dalam agama kita iaitu agama Islam. Akhlak yang baik adalah satu perkara yang wajib dituruti atau diikuti, contohnya melibatkan diri dalam kebaikan, saling bantu-membantu dan tolong-menolong. Ingin sekali mengingatkan bahawa wanita muslimah berkewajipan memiliki sifat malu :
•    Menutup aurat
•    Tidak mempamerkan perhiasan yang dikenakan
•    Menundukkan pandangan
•    Tidak bersesakan dengan kaum lelaki
Kelalaian seorang wanita yang tidak mempunyai etika kesopanan ketika sedang berinteraksi dengan lelaki, bermakna ia tidak menunjukkan perilakunya pada sifat malu tetapi dari sikap khajal dan ketakutan. Namun semua ini tidak menghalang para wanita untuk terlibat dalam kehidupan social bermasyarakat, politik dan pelbagai aktiviti. Adab dan etika Isalam adalah tunjang dalam tingkah laku san sifat malu adalah penjaganya.
PENDAHULUAN
Akhlak dalam bahasa Arab adalah Khulu,bererti kebiasaan atau perangai. Perkara ini dapat diketahui dalam jiwa seseorang yang terpancar daripada perilaku yang dipaparkan, bukan rekaan dan sengaja dibuat-buat. Sifat malu adalah akhlak terpuji dan sebahagian dari tanda keimanan seseorang.
Akhlak adalah ilmu yang berkaitan dengan hukum-hakam dan prinsip yang dapat membantu kita untuk mengetahui keutamaan segala perkara agar dapat diikuti dan mengetahui keburukannya agar dapat dihindari. Juga bertujuan untuk membersihkan jiwa agar berada di atas landasan wahyu Ilahi.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan
akhlak manusia…….
Sebagai makhluk yang telah diciptakan oleh Allah SWT mari kita renungkan sejenak hadis Rasulullah SAW di atas dengan penuh rasa kekaguman, di mana kekasih Allah itu menggemakan seruannya (bahawa baginda diutus sebagai rahmat bagi alam semesta, membawa petunjuk dan keselamatan bagi seluruh manusia) dengan satu tujuan iaitu untuk menyempurnakan akhlak manusia agar kelihatan lebih indah menghiasi peribadi mereka serta akan menawan sesiapa yang melihatnya.
Allah Azza wa Jalla juga memuji Rasul-Nya dan meninggikan darjatnya melalui firman-Nya : Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.
(al- Qalam, ayat 4)
Ketika Rasulullah SAW menyaksikan kerinduan para sahabat terhadap syurga, bahkan mereka merindukan untuk mendampingi baginda di sana, maka kita juga akan mendapat penjelasan Rasulullah SAW tentang jalan yang dapat menghantar merekan ke syurga adalah berbasarkan akhlak yang baik dan terpuji.Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mahukn kemakmuran bagi semesta alam, menjadikan manusia sebagai penguasa di bumi-Nya, juga menjadikan interaksi di antara mereka dapat berdiri di atas prinsip-prinsip yang kukuh dan akhlak yang baik.Sabda Rasulullah SAW :
Tidak ada yang lebih memberatkan timbangan kebaikan seseorng mukmin itu melainkan akhlak yang baik dan sesungguhnya Allah Azza wa Jalla murka kepada orang yang kerap berkata buruk dan hina.
Walaupun sikap berakhlak mulia telah menjadikan sebahagian daripada hidup seorang muslim dan muslimah,namun begitu sikap tersebut lebih tersemat kuat dalam diri seorang muslimah.Walaupun akhlak mulia adalah seruan bagi setiap yang melakukan kebaikan, namaun sesungguhnya Islam menyeru kepada para muslimah untuk sematkan akhlak yang kukuh dalam keperibadian,mengikatnya kuat-kuat agar tidak terlepas oleh pelbagai kepentingan dan tidak lemah serta kendur kerana permusuhan dan berusahah agar kebangkitannya tidak hancur hanya kerana pujian atau ancaman.

Akhlak Mulia Adalah Misi Utama
Kita sebagai umat Islam mestilah menjadikan Rasulullah SAW yang mulia sebagai tauladan kita semua dan berusaha untuk mengikutinya, maka kita akan mendapat pahala dari Allah SWT. Walaupun seluruh manusia berkiblat ke dunia timur dan barat, berjalan di belakang mengikut negara-negara tersebut dengan mencari nilai dan prinsip-prinsip di dalamnya, maka kita sebagai umatnya berjalan langkah kaki Rasulullah SAW seorang kekasih yang tercinta.Rasulullah SAW adalah manusia terbaik dan paling berani.Beliau akan berada di hadapan sekiranya ada bahaya yang bakal mengundang. Selain itu, baginda juga sentiasa memperlihatkan wajahnya yang berseri-seri dan mudah bergaul dengan setiap orang. Perangainya lembut, tidak kasar dank eras, tidak suka menjerit, tidak pernah berkata buruk, tidak lekang dengan pujian, tidak suka mencela, akan berusaha menghindari jika baginda tidak menginginkan perkara tersebut dan tidak pula menghalang orang orang lain bila menginginkannya.Itulah akhlak Rasulullah SAW dan itulah teladan yang ditunjukkan oleh baginda.
Sesungguhnya Islam tidak hanya memotivasikan umatnya agar memiliki akhlak yang mulia tetapi juga menjelaskan bahawa lemahnya akhlak merupakan bukti lemahnya keimanan seseorang kepada Allah Azza wa Jalla.Hal ini dapat dilhat apabila N abi Muhammad SAW selalu menggabungkan antara peribadi dan keimanan seseorang.
Seandainya segunung lautan sekalipun beribadat tetapi masih menyakiti hati dan perasaan orang lain nescaya akan ke neraka jualah perginya. Golongan yang berakhlak buruk akan menjadikan ia sebagai seseorang yang munafik. Baginda Rasulullah SAW telah menggambarkan rumah yang tertinggi (syurga) sebagai ganjaran terbesar dari tiga peringkat tersebut iaitu akhlak yang mulia dan untuk tingkat yang pertengahan iaitu meninggalkan kata dusta dan yang paling rendah iaitu meninggalkan perselisihan faham dan perdebatan walaupun ia berada di pihak yang benar. Memang tidak dapat diragukan lagi bahawa akhlak mulia meliputi semua perilaku ini.Rumah-rumah di syurga kelak akan memilih penghuninya sesuai dengan tingkat kemulian akhlak mereka. Demikianlah halnya dengan rumah-runah yang menjulang tinggi sekalipun juga akan memilih penghuninya dari para pemilik akhlak yang agung. Ketika akhlak semakin agung dan terpuji, maka kediamannya di syurga juga semakin tinggi.Jadi persiapkan diri anda untuk menjadi jiran tetangga seorang kekasih,Rasulullah SAW di syuraga kelak.

Menghentikan Kejahatan Adalah Sedekah
Nabi Muhammad SAW ada menjelaskan bahawa peringkat paling rendah dalam keimanan seorang muslim adalah menyingkirkan gangguan, maka akhlak kedua yang ingin dipaparkan kepada anda adalah Sifat Malu Sebahagian dari Keimanan. Kedua perkara ini tiada bezanya antara satu sama lain bahkan saling berhubungan.Sifat malu merupakan perhiasan paling indah bagi seorang wanita, bahkan Rasulullah SAW menganggapnya sebagai salah satu cabang keimanan sebagaimana keistimewaan baginda dari manusia yang lain disebabkan rasa malu baginda yang sangat tinggi. Perbualan atau perbincangan boleh menjadikan salah satu unsur mengeratkan lagi jalinan sesama manusia. Dalam agama Islam, perkara ini merupakan tunjang dan menjadi salah satu etika yang tersendiri. Oleh kerana ia menjadikannya sebagai akhlak yang ke empat iaitu Etika Berbicara.
Sumber kemunafikan juga berasal dari sikap ini yang pada akhirnya boleh menimbulkan perilaku dan akhlak lain yang merosakkan iaitu berdusta.Dalam perkara ini ia juga menyeru kepada setiap wanita muslimah untuk meraih akhlak yang ke lima iaitu Tidak Berdusta. Ketika anda mempunyai sikap dangan akhlak ini iaitu Tidak Berdusta, maka itu adalah jalan baginya menuju rumah syurga. Jika anda memasuki rumah tersebut, anda mesti menghafal kunci-kuncinya.Namun tentu sahaja dengan bersyarat. Anda harus meninggalkan perdebatan dan bergurau senda. Dalam perkara ini,telah menyatukan ketiga akhlak tersebut dalam satu tajuk iaitu Akhlak Lisan. Apabila kita mencari keredhaan Allah Azza wa Jalla kita haruslah meninggalkan yang ke tujuh iaitu sifat bakhil atau kedekut kerana orang yang kedekut tidak akan masuk ke dalam syurga. Hati manusia penuh dengan rasa cinta, menahan diri dari marah dan mudah memberi kemaafan. Maka kami mengajak anda meraih akhlak ke lapan iaitu Tinggalkan sifat dendam dan yang ke sembilan iaitu meninggalkan Sifat dengki yang wujud disebabkan rasa tidak bersyukur manusia terhadap sesuatu.

Menghentikan Gangguan
Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Dzar :
Menghentikan kejahatanmu kepada manusia
adalah sedekah darimu untuk dirimu sendiri.
Dari Abdullah bin Umar r.a. berkata, bawa Rasulullah SAW bersabda :
Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing hingga membuatnya mati kelaparan. Wanita itu juga akan masuk neraka. Kemudian Allah berfirman (Allah Maha Mengetahui) padanya :
Kamu tidak memberinya makanan, tidak juga memberinya minuman
saat kamu memeliharanya juga engkau tidak melepaskannya pergi
agar ia dapat mencari makanan sendiri dari bumi ini. Allah amat murka akan perbuatan menyakiti orang lain tanpa tahu di mana silapnya.Adapun erti dari menyakiti orang beriman lelaki atau perempuan adalah mengatakan tentang mereka sesuatu yang tidak mereka lakukan, yang bertujuan untuk menyebarkan aibnya dan memperendahkannya.Demikianlah Islam menjaga dan melindungi setiap makhluk yang hidup dari kejahatan apa sekalipun. Oleh kerana itu, kita menemukan ayat-ayat Allah seakan mengutuk hati orang-orang yang cuba menyakiti makhluk terbaik ciptaan-Nya iaitu orang-orang yang beriman. Allah menggambarkan mereka dengan bentuk yang sangat buruk dan tidak akan mendapat cinta-Nya di dunia dan di akhirat. Bersama dengan itu, bagi orang-orang yang mampu menghentikan kejahatannya dan mencegah orang lain dari melakukannya, Islam akan mengangkat
darjat mereka pada darjat yang paling tinggi dan menjadikannya muslim yang terbaik. Dari Abdullah bin Amr berkata, Nabi Muhammad SAW
bersabda :
Seorang muslim yang terbaik adalah apabila muslim lainnya
selamat dari lisan dan tangannya serta orang yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang Allah SWT padanya.
    Ibnu Hajar menghuraikan hadis tersebut dengan mengatakan :
Maksud hadis ini adalah bahawa muslim terbaik ialah yang mampu melaksanakan hak-hak Allah Taala dan hak kaum muslimin serta tidak menyakiti mereka. Perkataan (muslimin)di sini sengaja disebutkan untuk menjaga setiap muslim agar tidak disakiti oleh saudara muslim yang lain meskipun perkara tersebut tidak menghalangnya dari menghenti dan mencegah kejahatan daripada saudara sesama muslim. Bahkan kita diperintahkan melakukan perkara tersebut selagi mereka tidak mengganggu kitadan kita akan dihisab bila berbuat kejahatan kepada mereka sementara mereka tidak melakukannya.Bila seseorang itu dengan ringannya menyakiti makhluk ciptaan Allah, maka perkara tersebut mununjukkan keburukan jiwanya. Setiap muslim atas muslim yang lain adalah haram darah, harta dan kehormatannya).Erti bahawa ketakwaan itu tidak akan dapat diperolehi dengan sekadar melakukan amalan yang boleh dilihat dengan mata kasar sahaja, namun semua itu harus bersumberkan dari dalam hati yang sentiasa mengagungkan Allah, takut pada-Nya dan merasa diawasi oleh-Nya. Dari Abdullah bin Mas’ud berkata, bahawa Nabi Muhammad bersabda :
Hinaan terhadap seorang muslim adalah
kefasikan dan membunuhnnya adalah kekafiran.
Penghinaan yang dimaksudkan di sini adalah mencela dan menceritakan kehormatan seseorang yang menjadi aibnya dan menghina mereka tanpa hak adalah haram sedangkan fasik adalah keluar dari ketaatan kepada Allah AZZA wa Jalla.Meratapi si mati (jenazah) merupakan pintu menuju kepada kegelapan kekafiran kerana meratapi si mati adalah seolah-olah menyakiti mayat tersebut. Mereka tidak membalas setiap kejahatan yang telah dilakukan pada mereka tetapi sebaliknya mereka telah memberi kemaafan. Ini menunjukkan mereka bukan lemah tetapi mereka bukan pendendam.Memberi kemaafan adalah yang utama. Belajar dari Abu Bakar As-Siddiq melalui kisahnya sendiri. Rasulullah SAW masih boleh tersenyum walaupun ada yang mencela sahabatnya Abu Bakar tetapi apabila Abu Bakar membalas celaan itu kembali Rasulullah SAW terus bertukar wajah menjadi marah. Lalu sahabatnya itu bertanya mengapa baginda bertindak begitu, dan baginda menjawab ketika ada yang mencelamu malaikakat membalas celaan itu bagi pihakmu tetapi apabila kamu membalas celaan itu ada syaitan yang duduk bersama…aku tidak suka duduk bersama syaitan.Tanda-tanda menghentikan kejahatan ialah tidak mengganggu jiran tetangga, menahan dan mengawal lisan dan tidak menyakiti anak-anak.Dari Abu Dzarberkata, Nabi Muhammad SAW bersabda :
Diperlihatkan padaku seluruh amal kebaikan dan
keburukan kaumku, maka aku temukan dalam kebaikan
amal mereka adalah menyingkirkan gangguan di jalanan.
Dari Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Iman terdiri dari 70 cabang atau 60 cabang. Paling utama adalah ucapan : Laa Ilaahillallah dan yang paling rendah adalah rasa malu adalah sebahagian dari cabang keimanan.
Di sini Rasulullah SAW menyebutkan salah asatu jenis penyingkiiran gangguan yang diperolehi mengenai seseorang,misalnya menyingkirkan batu,paku,pecahan kaca,duri atau tulang di jalan yang sering di jalan manusia.Selain itu zikir yang paling utama.Apabila kita melakukan perkara ini,maka kita akan memperoleh ganjaran pahala dan kebaikan pada hari kiamat kelak.

Malu Adalah Sebahagian Daripada Iman
Sifat ini merupakan akhlak yang mampu menghiasi keseluruhan perilaku manusia dengan cahaya dan keanggunan yang ada padanya.Setiap akhlak terpuji yang terdapat dalam diri seseorang lelaki adalah fitrah dan merupakan satu sifat yang terdapat dalam diri setiap wanita.Oleh itu,sangat tidak masuk akal apabila kita bertemu seorang wanita yang tidak memiliki sifat pemalu.Apabila perkara tersebut terjadi,maka ia akan menjadi punca permasalahan dan kehancuran.Abu Qasim al-Junaid r.a. berkata:
sifat malu adalah melihat kenikmatan dan kurniaan sekaligus melihat kekurangan diri yang akhirnya muncul dari kedua suasana jiwa yang disebutkan dengan malu kepada seorang pemberi rezeki.
Terdapat beberapa jenis sifat malu:
Malu yang bersifat fitrah adalah malu yang dialami pada peringkat kanak-kanak contohnya melihat seseorang bertelanjang di hadapannya.Malu yang bersumberkan dari iman adalah ketika seorang mukmin menghindari kemaksiatan kerana malu.Malu yang muncul dari dalam jiwa adalah malu yang berkait rapat dengan perasaan.
Punca sifat malu adalah mengenal takdir dan keagungan Allah,merasakan kemunculan-Nya dan pengetahuan-Nya terhadap pengkhianatan mata danapa yang tersembunyi dalam dada setiap hamba-hamba-Nya.Ini adalah darjat tertiggi dari keimanan.Sifat malu dalam diri merupakan anugerah dari Zat Yang Maha Melihat.Dialah yang mendorong kita melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan.Hilangnya perasaan malu akan melahirkan kemurkaan,hilangnya amanah,diiringi dengan lenyapnya rahmat kemudian muncul sifat kekasaran dan terakhir,hilangnya iman hingga menjadi syaitan yang dilaknat.Sebagai contoh Rasulullah SAW pemilik hati yang lembut dan bersih terserlah pada wajahnya.Mereka akan dapat mengetahui perubahan pada Rasulullah SAW melalui wajahnya,dari apa yang baik dan buruk di atas tingkah laku seseorang tersebut.Sesungguhnya sifat malu adalah sifat terpuji di mana kita dimotivasikan untuk memilikinya,tetapi khajal(pemalu) adalah salah satu penyakit jiwa dan kelemahan peribadi seseorang yang disebabkan oleh rasa takut dan malu yang berlebihan.Apabila berlebihan pada sifat malu juga akan menghalang seseorang untuk berusaha mendapatkan rezeki dan hasilnya.Sifat malu dalam diri muslimah bukanlah penghalang baginya untuk mengatakan kebenaran,menuntut ilmu pengetahuan atau menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.Malu adalah mahkota kewibawaan yang membuatkan orang disekeliling menundukkan pandangannya kerana malu dan hormat serta akan berusaha memperbaiki kata-kata yang disampaikan sebagai adab sopan santun.Mereka akan perindahkan perilaku dan tingkah laku di hadapan orang ramai kerana segan dan ingin menghargai orang lain.Demikianlah, wahai saudaraku muslimah, bahawa sifat anda menunjukkan kekuatan akhlak dan perhiasan dari akhlak tersebut adalah sifat malu. Kita juga melihat bahawa masyarakat muslim sekarang ini terdapat kaum lelaki dan wanita. Maka hendaklah sifat malu tersemat dalam diri setiap kelakuan.Ia adalah perisai keamanan ketika sedang bergaul, memotivasikan diri untuk sentiasa memenuhi perintah Allah sebagaimana yang telah kami paparkan dari empat sisi sifat malu yang sebelumnya.

KESIMPULAN
Sesungguhnya pertemuan antara lelaki dan wanita pada dasarnya tidak haram. Bahkan dibolehkan atau diharuskan apabila bertujuan untuk mencapai satu tujuan yang mulia, ilmu yang bermanfaat, amal soleh atau agenda pekerjaan yang baik, jihad yang diharuskan dan sebagainya. Namun ini tidak bermaksud agar kedua-duanya hanyut dalam keadaan tertentu dan melupakan batas syariat ketika kedua-dua belah pihak saling bertemu atau salah seorang dari mereka berkeyakinan bahawa kedua-duanya adalah insan yang bersih dan suci serta kedua-duanya tidak perlu takut atau khuatir akan terjerumus dalam dosa seperti hendak menggantikan perilaku orang-orang barat.



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com