Ekonomi Islam -

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Muhammad Addin Bin Rahimin
No Pelajar: 2012694064

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan diberikan kepada pensyarah, Ustaz Abd Aziz bin Harjin atas tunjuk ajar beliau dalam mendidik saya dan pelajar yang lain agar ilmu yang diberikan itu dapat memberikan impak ke dalam diri kami semua.
    Tidak lupa juga sumbangan beliau atas tunjuk ajar bagi menyiapkan kerja kursus ini. Segala petunjuk dan dorongannya amatlah berguna yang susah untuk dicari ganti dengan benda lain. Hasil usaha beliau dalam mendidik anak bangsa untuk mengenal erti agama hanyalah boleh dibalas oleh ALLAH S.W.T
    Terima kasih juga saya ucapkan kepada sahabat yang turut membantu dalam memberikan dorongan secara langsung mahupun tidak langsung bagi menyiapkan kerja kursus ini.

MUKADDIMAH

Islam adalah satu-satunya agama yang sempurna yang mengatur seluruh sendi kehidupan manusia dan alam semesta. Kegiatan perekonomian manusia juga diatur dalam Islam dengan prinsip illahiyah. Harta yang ada pada kita, sesungguhnya bukan milik manusia, melainkan hanya titipan dari Allah swt agar dimanfaatkan sebaik-baiknya demi kepentingan umat manusia yang pada akhirnya semua akan kembali kepada Allah swt untuk dipertanggungjawabkan.
  
Ekonomi Islam merupakan ilmu yang mempelajari perilaku ekonomi manusia yang perilakunya diatur berdasarkan aturan agama Islam dan didasari dengan tauhid sebagaimana dirangkum dalam rukun iman dan rukun Islam. Bekerja merupakan suatu kewajiban karena Allah swt memerintahkannya.


‘dan katakanlah, bekerjalah kamu, kerana Allah danRasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaan kamu’

(At-Taubah:105)

BAB 1-JUAL BELI
Jual beli bermaksud tukar-menukar sesuatu barang dengan barang ataupun wang mengikut cara-cara yang tertentu (akad).
Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah, ayat 275 yang bermaksud, “Allah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba. ”
Rukun-Rukun Jual Beli
Penjual dan pembeli
 Antara syarat-syarat diantara penjual dan pembeli ialah berakal supaya dia tidak tertipu, dengan kemahuan sendiri iaitu bukan dipaksa, dalam keadaan tidak membazir dan baligh yakni cukup umur tetapi bagi kanak-kanak yang sudah mengerti sedangkan belum sampai umur baligh dibolehkan berjual beli berkenaan barang-barang yang kecil menurut pendapat setengah ulama.
Wang dan benda yang dibeli
Syarat-syarat keduanya ialah suci daripada najis, mempunyai manfaat, keadaan barang itu dapat diserahkan, barang yang dijual mestilah milik penjual serta pembeli dan penjual mengetahui dengan jelas tentang sesuatu barang.
Lafaz ijab dan kabul (menetap dan menerima)
Ijab perkataan penjual seperti dia mengatakan, “Saya jualkan barang ini dengan harga sekian. ” Manakala kabul pula seperti kata pembeli, “Saya terima ataupun membeli barang ini dengan harga sekian. ”
Perkara ini adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang direkodkan oleh Ibnu Hibban yang bermaksud. “Sesungguhnya jual beli itu sah jika suka sama suka. ”
Jual Benda-benda yang Haram adalah Haram
Setiap benda yang disimpan bagi tujuan maksiat menurut hukum Islam atau hasilnya itu mendatangkan keburukan. Justeru, menjual atau memperdagangkan benda itu adalah haram. Ahmad dan Abu Daud melaporkan, Nabi Muhammad SAW pernah berkata, “Sesungguhnya Allah dan rasulnya melarang menjual arak, bangkai babi dan patung-patung selepas itu beliau berkata, `Sesungguhnya apabila Allah mengharamkan sesuatu maka diharamakan harganya`. ”

 Islam melarang membeli barang yang sudah dibeli oleh orang lain yang masih dalam masa khiar (pilihannya). Abu Hurairah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda, “Jangan menjual kepada orang barang yang sudah dibeli oleh orang lain. ”Hadis ini dipersetujui oleh Bukhari dan Muslim.
Orang yang Monopoli Dilaknat
Monopoli bermaksud menyimpan barang-barang keperluan rakyat di dalam kedai buat sementara untuk dinaikkan harganya dengan sewenang-wenangnya. ”
 Terdapat dua cara pedagang menjalankan usaha mereka untuk mencari rezeki iaitu dengan menyembunyikan barang-barang keperluan asasi di dalam gudang hingga waktu yang tertentu. Inilah sikap kaum kapitalis yang tamak haloba untuk menjadi kaya raya dengan cepat. Yang kedua ialah pedagang yang mengimport barang-barang keperluan, lalu dijualnya terus-menerus dengan keuntungan yang kecil atau munasabah. Sikap ini dipuji oleh Allah kerana memberi manfaat kepada orang lain.
 Islam melarang jual beli menipu sama ada dalam urusan jual beli itu ada kekecohan, baik daripada pembeli ataupun daripada penjual ataupun terhadap keadaan barangnya atau ukurannya.
Bahasan khiyar (Pilihan)
 Khiyar maknanya pilihan yakni boleh memilih antara dua sama ada meneruskan akad jual beli ataupun membatalkannya. Hikmah diadakan khiyar ini adalah kepentingan penjual dan pembeli supaya memandangkan kebaikan masing-masing dengan halus supaya tidak terjadi penyesalan kelak.
Terdapat tiga jenis khiyar atau pilihan iaitu pilihan majlis. Ertinya pembeli dan penjual boleh memilih antara dua perkara diatas selama masa keduanya masih tetap ditempat jual beli. Pilihan majlis ini diharuskan di dalam semua jual beli. Yang kedua ialah pilihan syarat. Maksudnya dijadikan syarat sewaktu akad oleh keduanya atau salah seorang. Pilihan syarat perlu dilakukan salam segala jenis jual beli, kecuali barang yang dapat diterima di tempat jual beli seperti barang-barang yang riba. Tempoh pilihan syarat paling lama hanya 3 hari 3 malam yang bermula dari waktu akad. Yang terakhir ialaih pilihan keaiban (kecacatan). Ia bermaksud pembeli dapat memulangkan barang yang dibelinya apabila terdapat kecacatan pada barang tersebut.

BAB 2-RIBA
Perkataan riba dalam bahasa Arab bermakna lebih atau bertambah. Dan pengertiannya di dalam syarak adalah akad yang terjadi dengan penukaran yang tertentu, tidak diketahui sama ataupun tidaknya menurut urutan syarak atau terrlambat menerimanya.
Jenis-jenis Riba
Menurut setengah pendapat ulama riba ada empat jenis iaitu riba al-Fadhl, al-Qirad, al-Yad dan al-Nasi’ah. Tindakan jual beli yang sama jenisnya disyaratkan tiga syarat iaitu tunai, timbang terima dan sama timbangan atau sukatannya.
Pengharaman Riba
Islam menghalalkan penanaman modal dengan jalan perdagangan atau perniagaan. Allah melarang orang-orang yang beriman memakan ataupun menggunakan harta mereka pada jalan yang salah. Tetapi Islam menutup sebarang pintu ke atas orang yang berusaha menanam atau melaburkan modalnya secara riba. Seterusnya Allah mengisytiharkan perang ke atas orang yang melakukan riba dan menerangkan bahaya kepada masyarakat.
Hikmah Pengharaman
 Antara hikmah pengharamannya ialah riba itu sama seperti menghisap darah manusia dan itu adalah haram, menghalang manusia daripada mencari nafkahnya dengan jalan membina. Riba juga boleh membawa terputusnya kebajikan diantara orang ramai di dalam masalah pinjaman, orang kaya akan berpeluang untuk mengambil faedah daripada orang miskin dan lemah.

BAB 3-JUAL SALAM ATAU JUAL BELI TEMPAH
Salam itu maknanya menjual sesuatu barang yang tidak dilihat zatnya, hanya ditentukan dengan sifat, barang itu ada didalam pengakuan atau tanggungan si penjual.
Rukun Salam
 Rukun salam ada tiga iaitu penjual dan pembeli, barang dan pembeli dan lafaz akad. Syaratnya ialah wang harganya perlu dibayar pada majlis akad. Barang menjadi hutang keatas penjual. Barangnya dapat diberikan sewaktu perjanjian tiba. Barang itu perlu jelas ukurannya, baik dengan sukatan, timbangan, ukuran ataupun bilangan. Diketahui dan disebutkan sifat-sifat barangnya satu persatu. Yang terakhir ialah disebutkan tempat menerimanya.

BAB 4-PERKONGSIAN ATAU PENSYARIKATAN
Pensyarikatan (perkongsian) harta
Bermaksud akad dari dua orang ataupun lebih untuk bersyarikat (berkongsi) pada harta yang ditentukan oleh keduanya dengan tujuan mencari keuntungan untuk dikongsi bersama.
Nabi Muhammad SAW berkata yang bermaksud, “Kekuasaan Allah ke atas dua orang bersyarikat, selama masa salah seorang tifak mengkhianati rakannya, apabila dia khianati, maka Allah melepaskan bantuan daripada keduanya. ” (Riwayat al-Quruqunti)
Rukun-rukun Pensyarikatan (perkongsian)
Syaratnya ialah lafaz akad. Perkataan akad perlu mengandungi erti izin bagi membelanjakan barang syarikat. Yang kedua ialah orang yang bersyarikat. Syaratnya ialah berakal, baligh merdeka dan dengan kemahuan sendiri. Yang terakhir ialah pokok perkongsian. Syaratnya ialah mestilah mata wang ataupun barang yang ditimbang. Dua modal itu perlu dicampurkan sebelum melakukan akad sehingga tidak dapat dibezakan antara keduanya.
Keuntungan dan Kerugian
Keuntungan dan kerugian perlu ditanggung bersama oleh ahli-ahli perkongsian mengikut nisbah dan persetujuan masing-masing asalkan ada dasar keahlian di antara mereka.

BAB 5-KERJASAMA ANTARA MODAL DAN TENAGA
Al-Qirad
 Iaitu memberikan modal daripada seorang kepada seorang yang lain untuk memperniagakannya sedang keuntungannya untuk keduanya mengikut perjanjian antara keduanya di waktu akad, sama ada dibahagi dua ataupun dibahagi tiga.
Rukun Qirad
Terdapat empat rukun qirad. Yang pertama ialah harta modal berupa wang ringgit atau lainnya dan perlu diketahui berapa banyaknya. Yang kedua ialah pekerjaan, iaitu perniagaan yang berkait dengan perdagangan, apa barang dan di tempat mana, asalkan menurut pandangnya ada harapan untuk mendapat keuntungan. Yang ketiga ialah keuntungan. Keuntungan perlulah ditentukan sewaktu akad. Yang terakhir ialah pengeluar modal dan pekerja mestilah berakal dan sudah baligh dan bukan orang yang ditahan kuasa.
6
BAB 6- AL-IJARAH ATAU SEWAAN
Takrif al-Ijarah adalah akad di atas manfaat yang dimaksud lagi diketahui, dengan tukaran yang diketahui, menurut syarat-syarat yang tertentu.
Rukun al-Ijarah
Yang mengupah dan yang mengambil upah dan syarat-syaratnya ialah berakal, dengan kemahuan sendiri, tidak bersifat membazir dan baligh. Upahan, disyaratkan keadaan upahan diketahui dari segi jenisnya, kadarnya dan sifatnya. Manfaat dan syarat-syaratnya ialah manfaat yang berharga, keadaan manfaat dapat diberikan oleh yang mengambil upah dan diketahui kadarnya dalam jangka masa.

BAB 7-AL-JI’LAH
Bermaksud minta kembalikan barang yang hilang dengan bayaran yang ditentukan.
Rukun al-Ji’lah
 Rukunnya ada empat iaitu lafaz yang mengandungi erti izin kepada yang akan bekerja juga tidak ditentukan waktunya. Yang kedua, orang yang yang menjanjikan upahnya. Yang ketiga ialah pekerjaan yakni mencari barang yang hilang. Yang terakhir ialah upahan.

BAB 8-PENULISAN HUTANG PIUTANG
 Hutang piutang takrifnya ialah memberikan sesuatu kepada seorang dengan perjanjian dia akan membayar balik dengan yang sama. Hukum memberi hutang pada amnya adalah sunat dan kadang-kadang menjadi wajib kepada orang yang benar-benar memerlukan.
Rukan Hutang-piutang
Pertama adalah lafaz seperti kata orang yang memberi hutang. Yang kedua ialah yang berpiutang dan yang berhutang. Yang terakhir ialah barang yang dihutangkan.

BAB 9-GADAIAN
Bermaksud satu barang yang dijadikan peneguhan (jaminan) kepercayaan dalam hutang-piutang. Barang itu dapat dijual sekiranya hutang tidak dapat dijelaskan.
Rukun Gadaian
Antara rukun gadaian ialah lafaz. Yang kedua ialah ada dua pihak iaitu yang menggadai dan yang menerima gadai dan disyaratkan keadaan keduanya mempunyai keahlian membelanjakan hartanya. Yang ketiga ialah barang atau benda yang digadaikan. Yang terakhir ialah ada hutang, disyaratkan keadaan hutang telah tetap dan barang tidak boleh dijual atau dihadiahkan.
Faedah Barang Yang Digadaikan
 Yang empunya barang atau benda tetap berhak mengambil manfaat atau faedah dari barangnya yang digadaikan, bahkan semua manfaatnya tetap menjadi kepunyaan tuan yang asal. Tidak sah bagi orang yang menggadaikan menjulal barang yang sedang digadaikan itu. Cuma yang memegang gadai boleh mengambil manfaat terhadap barang yang digadaikan dengan sekadar ganti kerugiannya untuk menjaga barang itu.

BAB 10-IKRAR ATAU PENGAKUAN
Takrif ikrar adalah mengakui akan kebenaran sesuatu yang bersangkutan ke atas dirinya untuk orang lain. Hikmahnya adalah membuktikan kebenaran, melahirkan kejujuran dan kesucian hati serta menjauhkan diri daripada pendustaan.
Rukun Ikrar
Pertama yang mengaku disyaratkan mempunyai keahlian tasarruf (bebas bertindak) dan dengan kemahuan sendiri. Kedua yang diakui baginya hendaklah keadaan berhak memiliki sesuatu yang diakuinya. Ketiga hak yang diakui, disyaratkan keadaan hak, bukan kepunyaan yang mengakui di masa dia berikrar. Keempat lafaz, syaratnya perlu menunjukkan akan ketentuanhak yang diakui.

BAB 11-PERWAKILAN
 Takrif perwakilan iaitu menyerahkan pekerjaan yang boleh dikerjakan kepada orang lain supaya dikerjakan oleh wakil semasa hidupnya (yang mewakili). Hukumnya pada am adalah sunat, kadang-kadang menjadi wajib kalau terpaksa dan haramjika pekerjaan haram di sisi syarak serta makruh jika pekerjaan itu makruh.
Rukun Perwakilan
Yang pertama ialah al-Muwakkil iaitu orang yang memberi wakil dan wakil. Syarat-syarat keduanya hendaklah masing-masing sah mengerjakan pekerjaan itu dengan sendirinya. Yang kedua pekerjaan atau urusan yang diserahkan dan keadaan pekerjaan itu diketahui. Yang ketiga ialah lafaz dan sifat.
Perwakilan adalah akad yang tidak mesti terus-menerus yakni boleh memberhentikan perwakilan dalam sebarang waktu.

BAB 12-WAKAF
Takrif wakaf ialah menahan sesuatu benda yang kekal zatnya yang boleh diambil manfaat daripadanya untuk diberikan kepada jalan kebaikan.
Rukun Wakaf
Yang berwakaf dan syaratnya ialah membuat kebaikan walaupun bukan Islam dan dengan kehendak sendiri. Barang yang diwakaf dan syaratnya ialah hendaklah kekal zatnya dan keupayaan yang memberi wakaf. Seterusnya tempat berwakaf (yang berhak menerima hasil wakaf itu). Yang terakhir ialah wakaf untuk kebajikan am.
Syarat Wakaf
Syarat-syaratnya ialah selama-selamanya. Yang kedua ialah tunai dan tidak ada khiyar (pilihan). Yang ketiga ialah wakaf hendaklah diterangkan kepada siapa yang diwakafkan.

BAB 13-WASIAT
Takrif wasiat adalah berpesan berkenaan sesuatu kebajikan yang akan dijalankan sesudah seorang meninggal dunia dan hukumnya sunat.
Rukun Wasiat
Disyaratkan keadannya bersifat mukallaf dan berhak membuat kebajikan serta dengan kehendak sendiri. Selain itu, orang yang menerima wasiat hendaklah keadannya dengan jalan yang bukan maksiat. Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah dapt dipindah milik daripada seorang kepada seorang yang lain. Yang terakhir lafaz wasiat hendaklah dengan perkataan yang boleh difahami untuk wasiat.

Beberapa Perkara Penting Berkenaan Wasiat
Sebanyak-banyak wasiat hanya 1/3 daripada seluruh harta tidak boleh lebih kecuali apabila diizinkan oleh sekalian ahli waris sesudah mati orang yang berwasiat. Wasiat tidak dibolehkan kepada orang yang menerima pusaka dan tidak sah kepada ahli waris. Disyaratkan keadaan orang yang diserahkan untuk menjalani wasiat yang akhir ini enam perkara iaitu Islam, baligh, berakal, merdeka, amanah dan cekap menjalankan urusan mengikut apa yang dikehendaki oleh yang berwasiat.

BAB 14-MEMILIKI DALAM EKONOMI ISLAM
Kewajipan pertama, harta perlu dilabur sekiranya harta itu termasuk di dalam sumber produksi. Hal ini diharuskan syarak demi menjamin diri sendiri dan kelurga tanpa merosakkan kepentingan masyarakat. Tiap-tiap pemilik yang membekukan hartanya dalam jangka waktu yang lama tanpa pelaburan yang boleh mendatangkan faedah dikira berdosa.
Zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu terhadap golongan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu dan hukumnya wajib. Zakat mempunyai dua tujuan iaitu membersihkan rohani pengeluarnya, kedua membersih dan memberkatkan harta kekayaan.
Membelanjakan kepada jalan Allah bermaksud membelanjakan harta lebih luas dari zakat. Membelanjakan kepada jalan Allah adalah sumbangan yang dikeluarkan oleh pemilik ke jalan Allah iaitu jalan kebajikan umum bagi masyarakat.

BAB 15-KEWAJIPAN PADA PELABURAN WANG ATAUPUN HARTA
Islam mengharamkan penganutnya melaburkan harta melalui sistem riba. Sistem ini menjadi tunjang ekonomi pada zaman jahiliyah dan sistem-sistem ekonomi dalam negara-negara kapitalis sekarang. Memandangkan riba menjadi begitu kuat kedudukannya di dalam struktur ekonomi sekarang, maka pakar-pakar ekonomi dan ulama-ulama Islam menggariskan sistem ekonomi yang berjiwa Islam untuk mengawal keperluan ekonomi mesyarakat supaya berkembang maju tanpa penindasan.

BAB 16-KEWAJIPAN MEMBELANJAKAN HARTA
Tiap-tiap Muslim diharamkan memboros atau membazir dan bakhil, sebab kedua-duanya adalah bertentangan dengan maslahat masyarakat. Sikap bakhil atau kedekut menghalang daripada peredaran mata wang, sedangkan peredaran mata wang baik untuk memajukan ekonomi masyarakat. Begitu juga sikap bakhil itu bertentangan dengan pengajaran-pengajaran Islam. Maka tiap Muslim yang mampu hendaklah melahirkan kenikmatan Allah secara sederhana.
Berkenaan dengan sikap membuang wang ringgit memboros boleh menimbulkan perasaan benci-membenci dan hasad dengki kepada golongan yang tidak mampu. Keadaan ini boleh merosakkan kerukunan dan keamanan masyarakat.

BAB 17-PRINSIP AKHLAK KEPADA PEMILIK HARTA
Peranan akhlak dalam Islam berfungsi untuk mendidik perasaan dan jiwa indah serta menyediakannya supaya menerima hidayah Allah dengan mematuhi suruhan dan menjauhi larangan Allah.
Perkara yang diwajibkan Allah ke atas masyarakat Islam adalah memilih golongan pentadbir untuk megurus tiga tugas yang penting. Tugas yang pertama ialah menyeru kepada kebaikan, jadi matlamat negara Islam itu mesti bercorak negara kebajikan. Tugas kedua bagi pemerintah adalah melaksanakan al-Makruf iaitu pelaksanaan tiap kaedah atau prinsip sejagat yang ditetapkan Islam bagi kepentingan masyarakat. Tugas yang ketiga ialah menyeru dan melaksanakan kebaikan serta melarang daripada kemungkaran

BAB 18-ISLAM DAN KEMISKINAN
Sebagaimana dijelaskan, Islam tidak memandang suci kepada kemiskinan, malah memandangnya sebagai penyakit yang merbahaya. Ia membahayakan akidah, akhlak, pemikiran, rumahtangga, diri sendiri, masyarakat dan negara. Islam tidak pula menyerahkan penyelesaiannya kepada nasib semata-mata. Tetapi mengadakan peraturan-peraturan yang positif. Islam tidak pula menghapuskan hak milik kerana keinginan memiliki adalah salah satu daripada naluri manusia.

BAB 19-KONSEP KAPITALISME PADA HAK MILIK
Dalam kapitalisme tugas pemerintah adalah menjaminkan kebebasan mereka. Negara tidak memilik modal, tidak mengembangkan modal dan tidak mengadakan produksi. Negara hanya berkhidmat. Negara hanya menjaga keselamatan hak milik dan kebebasan individu. Kebebasa ini mesti dibuka dengan seluas-luasnya termasuk bidang agama. Orang bebas menyembah Allah dan bebas pula menyembah hantu.
Perbandingan Antara Konsep Islam Dengan Kapitalisme
Kapitalis menganggap dialah sendiri yang menjadi pemilik mutlak terhadap harta benda yang dimilikinya. Tetapi Islam memandang itu adalah harta Allah yang diamanahkan kepadanya, untuk dibelanjakan mengikut garis-garis yang ditetapkan oleh Allah.
Tidak ada orang yang berhak campur tangan atau memiliki yang ada di dalam tangan golongan kapitalis. Islam menentukan bukan dia sahaja yang berhak pada harta di tangannya tetapi ada orang-orang lain yang berhak sama.
Golongan kapitalis bebas menyimpan segala keuntungan yang diperolehnya daripada harta itu dan bebas menggunakannya. Tetapi Islam mendorong supaya mengeluarkan harta benda untuk kepentingan umum dan secara sederhana.
Kaum kapitalis menggalakkan memakan riba untuk mencari keuntungan yang berlipat ganda. Tetapi Islam hanya mengakui milik dengan cara yang halal sahaja.

BAB 20-KONSEP SOSIALISME PADA HAK MILIK
Sosialisme adalah kesan balas dari kapitalisme dan sebagai pengganti kapitalisme dalam bidang pemerintahan da pengarah fikiran. Kaum sosialis tidak percaya kepada hukun Tuhan, mereka poercaya kepada hukum mereka.
Perbandingan Antara Islam Dengan SosialismeTentang Hakmilik Dan Harta Benda
Islam memandang bahawa alam semesta adalah milik Allah. Allah yang mencipta dialah yang berhak menentukan hukum-hukum yang mesti dipatuhi. Orang-orang sosialis berpendapat harta benda hendaklah dijadikan hakmilik negara.
Pengawasan di dalam pelaksanaan bagi orang-orang Islam yang terkuat adalah dari dalam diri sendiri. Tetapi bagi kaum sosialis, yang kuat adalah dari luar manusia, iaitu undang-undang negara.
Tujuan melaksanakan peraturan Islam di dalam bidang hakmilik adalah sebagai pengabdian kepada Allah dan mengharapkan keredhanNya. Orang-orang sosialis hanya memikirkan tentang dunia sahaja.
Islam tidak membataskan hakmilik seseorang. Manakala golongan sosialis membatskan hakmilik perseorangan atau manghapuskan hakmilik sama sekali.

BAB 21-KONSEP KOMUNISME PADA HAK MILIK
Komunisme menetapkan hakmilik harta benda adalah di tangan umum. Tidak boleh perseorangan mempunyai sesuatu dan bebas mengurusnya untuk keperluan peribadi. Agama mesti dihapuskan. Sebab ia menjadi faktor kemunduran dan menjadi penghalang untuk produksi.

PENUTUP

Sesungguhnya, Islam telah memberi panduan yang cukup teratur dalam menjalankan sesuatu urusniaga. Dengan mengikut panduan ini, tiada lagi berlakunya penindasan terhadap golongan yang lemah. Ekonomi Islam juga akan bertambah pesat dan dapat memajukan negara-negara Islam.
Islam adalah sebuah agama yang berkembang maju dan mantap. Mantap dengan pandangan-pandangan asasinya dan berkembang maju dengan hukum-hukum menurut perubahan masa yang terpancut dari asas-asasnya yang mantap itu. Bagi setiap masalah itu pasti ada penyelesainya.



“Wahai orang-orang yang beriman!Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi rasanya?Iaitu kamu berjuang dalam membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenar). ”
 (As-Saffayat ayat 10-11)

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com