KEDUDUKAN DAN PERANAN WANITA DALAM ISLAM -

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Mohamad Hariz Bin Mohamad Razin
Kad Pengenalan : 940725065283
Nombor Matriks : 2012667206
Group : D
Kursus : Cs113
SETAKAT MANAKAH WANITA ISLAM HARUS BERPERANAN
 Sejak kebelakangan ini, masalah wanita menuntut hak kebebasan yang sama rata dengan lelaki semakin menjadi-jadi. Dalam hal ini, wanita islam juga tidak turut terkecuali dalam menuntut hak kebebasan bersuara mereka. Adakah masalah ini berpunca daripada kejahilan mereka tentang kedudukan meraka sebagai wanita dari sudut pandangan islam? Dan adakah ukuran kejayaan dan kedudukan wanita itu harus dibandingkan dengan lelaki? Terdapat pelbagai aspek dalam islam membincangkan tentang peranan wanita dan setakat manakah wanita islam harus berperanan.

Status Wanita Islam
 Di sisi Allah, kaum wanita dan kaum lelaki mempunyai taraf yang sama dan hanya berbeza dari segi ketaqwaan. Selain itu, wanita juga adalah pelengkap bagi lelaki dan lelaki adalah pelengkap. Hal ini terbukti dalam satu firman Allah yang bermaksud:
“Wanita adalah pakaian kepada lelaki dan kaum lelaki adalah pakaian mereka”.
Selain itu, wanita juga merupakan satu amanah dan setiap amanah ini haruslah dijaga dengan baik iaitu dijaga oleh seorang suami.
 Kesimpulannya, wanita dalam islam hanya diletakkan di tempat yang boleh menjamin nilai kewanitaan mereka.

Wanita Sebagai Hamba Allah
Wanita islam juga berperanan menunaikan segala perintah Allah iaitu rukun islam dan segala ibadah yang lain. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab untuk mengembangkan dan memperluaskan ajaran islam. Peranan seumpama ini boleh dimainkan oleh wanita mengikut kemampuan yang termampu mereka.


Wanita Dan Rumahtangga
Dari aspek rumahtangga, wanita tidak lari dikaitkan dengan peranan mereka sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Oleh itu, antara ciri yang harus ada dalam diri seorang wanita islam yang ingin menjadi seorang isteri dan ibu adalah sifat solehah
Mahar
Mahar dan maskhawin adalah hak seorang isteri. Mahar adalah pemberian seorang suami kepada seorang isteri sebagai bukti kerelaan menjadi suami. Oleh itu, wanita sebagai seorang isteri haruslah menerima mahar tersebut sebagai hadiah yang sentiasa dikenakg sepanjang hayatnya.
Poligami
Dari aspek poligami, wanita tidak memainkan banyak peranan sebagai seorang isteri. Dalam hal ini, suami memainkan peranan yang amat penting iaitu berlaku adil terhadap kesemua isterinya. Poligami bukanlah sesuatu sikap ketidakadilan seorang suami terhadap seorang isteri. Sebaliknya poligami merupakan satu jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah.
Wanita Dan Pendidikan
Dari aspek pendidikan pula, wanita sebagai seorang ibu memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak mereka. Perkara ini dibuktikan dalam satu pertanyaan kepada Rasullallah S.A.W tentang siapa yang lebih penting dalam mendidik seorang anak. Dan Rasullah menjawab ibunya kemudian barulah bapanya. Oleh itu, setiap wanita haruslah melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya seperti ilmu fardhu ain dan fardhu kefayah agar dapat mendidik anak mereka dengan berjaya.
Terdapat satu hadith Rasullallah menyatakan bahawa syurga terletak di bawak tapak kaki seorang ibu. Daripada hadith ini, kita dapat menyimpulkan bahawa seorang ibu yang dapat menjamin syurga di bawah tapak kakinya haruslah seorang ibu yang beriman, bertaqwa serta berilmu pengetahuan dan bijaksana. Hal ini membuktikan bahawa menuntut ilmu bagi seorang wanita adalah amat penting kerana wanita yang tidak berilmu sudah pasti tidak dapat mendidik generasi islam yang berjaya. Tambahan pula, seorang wanita yang sudah pun berumah tangga berperanan menjaga kesihatan suami dan juga anak-anaknya. Oleh itu, setiap wanita haruslah melengkapkan diri mereka dengan ilmu yang secukupnya. Kesimpulannya, peranan wanita dari aspek pendidikan adalah amat penting wanita dan pendidikan adalah satu perkara yang tidak boleh dijauhkan.

Wanita Dan Politik
Dari aspek politik, tugas memimpin diserahkan kepada lelaki. Hal ini bukanlah kerana kaum wanita tidak mempunyai hak dalam bidang kepimpinan. Hal ini adalah kerana tugas memimpin ini adalah berat untung dipegang oleh seorang wanita atas dasar kelemahan dan kekurangan semulajadi yang terletak dalam diri mereka. Walaubagaimanpun, kaum wanita mempunyai hak untuk menegur segala kebatilan yang dilakukan oleh pemerintah.
Kesimpulan
Kesimpulannya, islam telah menempatkan wanita di rumahnya dan bukanlah wanita tidak boleh keluar langsung. Mereka boleh keluar tetapi dengan tujuan-tujuan tertentu. Dan mereka juga boleh mencari nafkah sendiri sekiranya tidak terdapat lelaki yang boleh menanggung nafkah nya.
KE ARAH PIMPINAN WANITA YANG SEBENAR
Aspek wanita dan kepimpinan mampu melahirkan masalah suasa yang mengelirukan. Menurut ahli ilmu kemasyarakatan, pimpinan boleh lahir dalam tiga perkara iaitu pimpinan tradisional, religio-political dan karismatik.
Dasar pimpinan
Kepimpinan di dalam islam bukanlah hanya tertumpu kepada seni mempengaruhi, mengarah dan mengawal orang lain. Sebaliknya, ianya juga tertumpu kepada kepimpinan melalui akal, hati dan nafsu. Selain itu, dasar kepimpinan dalam islam juga merupakan suatu dasar oleh wahyu. Kelemahan atau kurangnya pimpinan menyebabkan mereka meletakkan keimanan mereka pada tempat yang memusnahkan.
Penjajahan fikiran
 Oleh kerana masyarakat islam pada masa kini berdepan dengan ancaman sekularisma serta kritikan dari golongan orientalis yang bertujuan untuk menggugat keyakinan pemeluk agama islam, maka lahirlah rasa tidak senang hati yang sengaja direka. Misalnya, wanita di dalam islam dianggap sebagai suatu perkara yang tidak adil. Sebagai contohnya aspek poligami.
Sebenarnya, penjajahan tidak terbatas kepada penjajan politik dan ekonomi sahaja tetapi termasuk penjajahan fikiran atau kebudayaanpengaruh tersebut telah disalurkan melalui sistem pendidikan dan politik.
Pergerakan wanita
Di Negara islam, telah timbul kesedaran tentang pentingnya pelajaran kepada kaum wanita. Bidang pelajaran dan peluang pekejaan telah terbuka luas kepada semua kaum wanita. Antara persoalan yang turut mendapat tumpuan adalah masalah tidak dapat menikmati status dan hak-hak mereka. Lantas kemudian, muncullah tokoh-tokoh yang memperjuangkan hak wanita seperti Syed Syeikh al-Hadi.
Wanita dan Pimpinan
Di dalam negara islam, wanita dan pimpinan adalah suatu perkara yang tidak sesuai malah terlalu jauh menyimpang. Hal ini adalah kerana tidak pernah ada wanita yang dilantik sebagai nabi dan rasul atau khalifah. Kebelakangan ini, ramai wanita wanita yang terlibat dalam hal kepimpinan ini. Perkara ini mungkin mendatangkan masalah seperti tertangguhnya masalah rumahtangga dan penjagaan anak. Kesimpulannya, penglibatan wanita dalam kepimpinan boleh mengancam penerusan budaya islam. Manakala penglibatan wanita dalam bidang politik pula lebih mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat meskipun tidak dikatakan haram.
Pimpinan diri
Setiap insan mestilah memimpin diri mereka ke arah kebenaran iaitu iman. Oleh sebab itu setiap insan mesti berusaha membetulkan diri mereka terlebih dahulu. Pemimpin yang Berjaya ialah seorang yang mempunyai istiqamah. Pimpinan diri merupakan kewajipan seorang muslim. Sebagai contohnya, kepimpinan Rasullallah S.A.W. lebih ditonjolkan ole kepimpinan diri baginda sendiri.
Pimpinan unit
Pimpinan ini lebih tegas kalau dikatakan sebagai pimpinan kekeluargaan. Pimpinan keluarga ini juga merupakan tanggungjawab seorang isteri oleh sebab suami terpaksa mencari nafkah. Setiap ibu haruslah menganggap tugas ini sebagai tugas sambilan. Tugas mendidik dan memimpin anak adalah tugas utama seorang ibu.
Pimpinan jemaah
Berhubung dengan pimpinan jemaah, peluang yang diberikan kepada wanita adalah terbatas. Hal ini adalah kerana wanita hanya mampu memimpin dalam urusan kecil sahaja. Jika tugas ini diserahkan kepada wanita maka tugas utamanya akan terjejas.  
UMMAH SUMBANGAN WANITA TERHADAP PEMBANGUNAN
Ummah adalah golongan manusia yang tunduk kepada ajaran yang disampaikan melalui Rasul dan Nabi. Golgan ini dibentuk atas dasar kesatuan aqidah dan akhlak.
Pembangunan ummah
 Setiap ummah pasti akan menghadapi kejayaan dan kehancuran. Jika sejarah ummah itu berakhir dengan kejayaan maka sesuatu yang perlu ditinjau itu bukanlah hanya pada bagaimana ummah tersebut mencapai kejayaan tetapi juga bagaimana ummah tersebut boleh mencapai kehancuran agar data dijadikan pedoman. Pembangunan sesuatu ummah bermula dari kesatuan aqidah iaitu beriman kepada Allah dan menjauhi kemungkaran. Teguhnya sesuatu ummah itu adalah selama mana mereka patuh kepada pedoman yeng ditentukan.
Wanita dan Pembangunan Ummah
Sejarah pembangunan suatu ummah ternyata penuh dengan rintangan. Namun segala rintangan tersebut dapat diatasi dengan adanya kesungguhan dan keikhlasan. pembangunan ummah terbahagi kepada dua tahap iaitu pembangunan awal dan pembangunan semula. Pembangunan awal adalah pembentukan suatu ummah manakala pembangunan semula adalah kebangkitan semula ummah setalah menghadapi kehancuran. Pembangunan awal telah berlaku di zaman Rasullallah S.A.W. Sebalik hasil dari kejayaan Rasullallah S.A.W. telah menjadi tanda Tanya bagi golongan anti islam. Antara aspek yang penting dalam asas penyatuan yang terdapat dalam ajaran islam adalah kesatuan berdasarkan kalimah tauhid, muslimin hanya mengarah kepada Ka’abah sahaja, berpandu kepada al-Quran, perutusan dalam satu bahasa, kesatuan nilai dan perasaan tidak senang jika muslimin yang lain dalam kesusahan. Di zaman Rasullallah telah tercatit setakat mana penglibataban wanita dalam pembangunan. Antara wanita yang terlibat ialah Khadijah binti Khuwailid dan Aisyah r. a. yang talah menjadi rujukan utama. Tinjauan ini bukanlah hanya pada isteri Rasullallah sahaja tetapi juga kepada sema wanita biasa yang turut menyumbangkan tenaga mereka. Sebagai contohnya, terdapat wanita yang menyertai perang Uhud di medan peperangan. Selain itu, ada juga wanita dan kanak-kanak yang pernah ditugaskan untuk menggali kubur di medan peperangan.
 Penyertaan wanita pada zaman Rasullallah bukan sahaja dalam bentuk yang manifest tetapi juga dalam bentuk yang latent. Pada keseluruhannya, sumbangan wanita dalam bidang pembangunan terletak pada pembangunan diri wanita itu sendiri. Jika baik wanita maka baiklah negara dan jika buruk sifat wanita itu mak buruklah negara. Tugas untuk mempertahankan kedaulatan bukanlah hanya pada lelaki malahan pada kaum wanita juga. Adalah kewajipan kepada semua lelaki dan perempuan untuk menentukan setiap diri sudah mampu untuk membentuk masyarakat islam. Sesungguhnya, barang siapa ingin melihat ummah islam sebagai suatu kaguman, hendaklah ia meredah segala marabahaya dan mengharungi medan perang.
WANITA ISLAM DALAM MASYARAKAT MAJMUK
Masyarakat majmuk bukan suatu yang baru muncul malahan telah wujud pada zaman Rasullallah S.A.W. iaitu ketika Piagam Madinah diperkenalkan. Detik pertemuan awal islam dengan masyarakat majmuk dapat dikendalikan oleh Rasullallah S.A.W. dengan penuh kebijaksanaannya. Bagi masyarakat islam, ternyata sekali bahawa kehidupan bermasyarakat majmuk memerlukan prinsip yang jitu dalam interaksi dengan masyrakat bukan islam.
Keagamaan
Islam tidak mengamalkan dasar paksaan dan mempunyai peruntukan dasar yang dapat mewujudkan kerukuna hidup antara kaum. Toleransi antara agama dalam islam islam :
-persamaan sumber seluruh agama samawi.
 -keselarasan risalah Anbiya’ dan kewajipan umat islam beriman denganya.
 -tidak ada paksaan dalam islam.
-penghormatan terhadap tempat-tempat ibadat.
-kewajipan bekerjasama dalam melaksanakan kebajikan dan menentang kejahatan.
Dengan ini, seluruh kaum akan mendapat hak sebagai warganegara. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna orang Islam boleh menukar agama sesuka hati keranaIslam mempunyai hukumnya yang khusus untuk murtad. Orang islam seharusnya menunjukkan sifat terpuji sehingga dengan sifat tersebut mampu menjadi contoh kepada orang bukan Islam.
Pelajaran
 Bagi wanita islam, pelajaran merupakan suatu kepastian. Meskipun yang paling utama ialah penyempurnaan ilmu fardhu ain namun penyempurnaan ilmu fardhu kifayah juga amatlah penting. Di kebanyakan negara islam yang dijajah terdapat system yang tidak menyenangkan roh islamkyah. Dalam keadaan ini adakah wanita islam harus bersikap daif. Apa yang harus difahami ialah keadaan sementara yang akan merugikan masyarakat islam kerana kitatidak pasti bahawa kekosongan yang ditinggalkan oleh wanita islam akan diisi oleh lelaki islam tetapi sebaliknya diisi oleh orang lain.
Kebudayaan
Kebudayaan di dalam diri setiap wanita adalah amat penting. Peranan ibu dalam mendidik anak-anak adalah suatu budaya yang unggul. Tugas dalam menyambung budaya islam kepada generasi yang lain banyak mendatangkan cabaran dan menjadii semakin rumit jika berdepan dengan masyarakat majmuk. Maka dalam situasi inilah wanita memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk generasi islam yang tulen.
Ekonomi
 Lapangan konomi adalah lapangan yang paling sensitive sekali. Jika keseluruhan lapangan ekonomi golongan islam tidak besar peratusnya apatah lagi peratus bagi golongan wanita yang menceburi bidang ekonomi. Secara puratanya lapangan perniagaan yang terlibat oleh kaum wanita kebanyakannya dikendalikan oleh golongan wanita bukan islam.
 Berhubung dengan saloon mendandan, kebanyakannya dimonopoli oleh golongan wanita bukan islam sedangkan wanita islam tidak boleh mendedahkan auratnya kepada wanita bukan islam.
Pertahanan
Marcapada ini, penglibatan wanita dalam bidag ketenteraan telah mendapat tmpat oleh masyarakat umum. Sejarah telah mencatitkan bahawa wanita islam pada zaman Rasullallah S.A.W. yang berperang menggunakan senjata seperti Nusaybah yang melindungi Rasullallah S.A.W. dalam peperangan Uhud.
 Sebagai kesimpulannya, wanita islam janganlah memandang sepi terhadap aspek pertahanan ini. Kaum wanita juga haruslah melibatkan diri mereka di dalam bidang pertahanan ini.
Politik
 Walaupun islam menolak agar kaum wanita wanita menjadi pemimpin di perigkat ketua negara atau bidang yang melibatkan hukaman hadd, tetapi tidak bermakna islam tidak memberikan tempat langsung kepada kaum wanita dalam bidang kepimpinan. Islam menitikberatkan kepimpinan jemaah. Oleh sebab itu kesedaran politik mesti diperkembangkan dalam kalangan wanita islam.
 Pada keseluruhannya, dapatlah digambarkan bahawa wanita islam dalam masyarakat majmuk menjadi cermin ajaran islam itu sendiri.
PARTISIPASI WANITA DI DALAM HARAKAH ISLAMIYYAH
 “Harakah Islamiyyah” membawa maksud sebuah organisasi yang tetap memprjuangkan islam secara terus menerus. Sebagai seorang islam yang sejati maka sudah pastilah prinsip “amar makruf nahi mungkar” tetap didukung dan dilaksana di mana-mana. Hakikatnya, baik lelaki mahupun wanita mempunyai peranan dalam mempertahankan islam. Hanya terdapat sedikit perbezaan pada cara penyampaiannya mengikut keupayaan masing-masing.
Kepentingan Harakah Islamiyyah
 Amatlah penting bagi setiap negara mempunyai Harakah Islamiyyah agar memberi kesedaran bagi menghidupkan masyarakat islam serta melaksanakan sistem islam. Tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi ini amatlah berat. Kejayaan menjadi pasti apabila harakah islamiyyah itu merangkumi tiga unsur iaitu :
(a)    Generasi islam
Generasi islam yang mempunyai ertikata keimanan yang kukuh merupakan inti bagi masyarakat islam yang akan lahir di masa akan datang. Selain itu, generasi ini juga haruslah mampunyai akhlak keimanan seperti sanggup berkorban, tidak mementingkan diri, sabar, cekal, ikhlas dan benar.

(b)    Kaedah yang menyeluruh
Sebuah harakah Islamiyyah haruslah mempunyai kaedah yang mudah difahami dan dikenali oleh semua masyarakat.

(c)    Mengatasi Segala Rintangan dan Halangan
Halangan dan rintangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis :

-rintangan dari pihak masyarakat sendiri.
-halangan dari kuasa yang menentang.
-halangan yang timbul dalam harakah itu sendiri.
Soal partisipasi wanita dalam Harakah Islamiyyah bukanlah sesuatu yang baru. Sejarah telah menunjukkan bahawa wanita islam tidak pernah diabaikan dalam segenap peringkat. Partisipasi wanita boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu partisipasi perseorangan dan partisipasi secara kolektif.


Partisipasi Perseorangan
 Membentuk sebuah keluarga islam merupakan partisipasi perseorangan. Setiap keluarga islam mengharapkan pengganti mereka yang lebih baik di hari ini. Hanya melalui pembentukan keluarga islam sahaja maka pembentukan masyarakat islam akan lebih bermakna.
Partisipasi Kolektif
Partisipasi kolektif adalah partisipasi secara berkelompok. Namun, tidak ramai wanita islam yang berjaya dalam bidang ini. Ramai wanita islam yang menyertai partisipasi secara perseorangan lantaran itu partisipasi kolektif kurang berkesan. Tetapi terdapat juga segelintir golongan wanita yang berpendidikan menceburu bidang partisipasi kolektif. Ternyatalah bahawa gongan pertama lebih mendapat tempat di mata masyarakat kerana golongan tersebut berada dalam jentera pentadbiran dan pendidikan negara.
SUMBAGAN WANITA DI DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT
Masyarakat menurut definisi Nisbet membawa maksud masyarakat yang boleh dibentuk atas dasar kepentingan bersama, penempatan, agama, bangsa, ras, pekerjaan, dan keturunan. Masyarakat islam merupakan sebuah masyarakat yang unik dengan sistemnya yang khusus. Sumbangan wanita dalam pembentukan Ummah dapat dibahagikan kepada dua iaitu pendekatan secara langsung dan secara tidak langsung.
Sumbangan Secara Langsung
Maksud sumbangan secara langsung adalah kesan dari interaksi wanita dengan masyarakat. Wanita diberi tempat di dalam bidang politik tetapi tidak lebih dari menentukan kepimpinan. Dalam usaha mempertahankan sesuatu ummah maka para wanita mestilah memenuhi syarat berikut :
a.    Wanita haruslah mempunyai ilmu fardu kifayah dan fardhu ain.
b.    Bersedia terhadap sebarang halangan.
c.    Mempunyai suatu tindakan yang menyeluruh.
Selain itu, wanita juga dapat membentuk generasi muslim yang sejati. Wanita dapat menyalurkan sumbangan sebagai ibu dan pendidik. Agen pertama yang membentuk akhlak seorang bayi ialah kedua ibu bapanya. Terdapat empat unsur kemampuan semulajadi bagi memperkembangkan peribadi seorang manusia.
1.    Pergerakan rambang
2.    Naluri dan dorongan
3.    Kecerdasan
4.    Deria
Keluarga
 Ciri sebuah keluarga islam telah ditentukan dari awal lagi. Untuk memastikan kelahian baka yang baik calon suami haruslah memilih calon isteri yang berpandukan ajaran islam. Seorang bayi akan mengenali ibunya dahulu dari orang lain. Oleh sebab itu seorang ibu harus berhati-hati dalam mendidik anak mereka. Didikan bagi kanak-kanak dapa dilihat dalam lima tahap :
a.    Membiasakan kehidupan kanak-kanak dengan suasana kehidupan muslim.
b.    Memberi tauladan kepada kanak-kanak.
c.    Memberi latihan ibadah seperti sembahyang dan puasa.
d.    Rangsangan dalam ibadah.
e.    Sinnu’t-takalif dan jihad.
Rakan sepermainan
 Seorang kanak-kanak yang telah keluar bermain akan terpengaruh dengan rakan-rakan sepermainannya. Jika pengaruh yang dibawa oleh rakannya adalah burk maka itulah yang membawa kepada terbantutnya perkembangan watak muslim yang hendak dibentuk. Oleh itu, para ibu muslim haruslah mengawal percampuran anak-anknya dengan akan sepermaina.
Peringkat persekolahan
Setelah menjangkau usia persekolahan, kanak-kanak akan lebih terpengaruh kepada gurunya. Di peringkat inilah pertentangan antara pengajaran ibu dan guru jika nilai yang disogokkan adalah berbeza.
 Jika dilihat dari sudut yang lain, dapatlah dirumuskan bahawa pembentukan masyarakat bermula dari pembentukan diri masing-masing, yang akhir sekali membawa kepada pembentukan keluarga dan negara. Oleh itu, para wanita islam haruslah memainkan peranan mereka sebagai ibu dengan menerapkan keimanan dalam diri anak-anak mereka.
Penyertaan wanita yang meluas dalam bidang pekerjaan menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan tugas mereka sebagai ibu dengan sepenuhnya. Hal ini menyebabkan anak-anak terpaksa dijaga oleh orang gaji atau di nursery.




Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com