Riba dan isu kewangan semasa

OLEH : MUHAMAD AZIZI BIN MOHD RAFI

PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat juga saya menyelesaikan tugasan ini. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin pensyarah mata pelajaran pengajian Malaysia ( CTU 101 ) diatas keudian memberi tugasan kepada saya. Beliau juga banyak membantu saya dalam proses menyelesaikan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan saya iaitu Mohd Sufi Bin Zahid kerana dengan secara tidak langsung telah membantu saya untuk merialisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu dapat saya rungkaikan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Sebelum saya mengundurkan diri, terimalah serangkap mutiara kata sebagai renung-renungan dan amalan.

“ Ilmu Tanpa Amal Umpama Pokok Tidak Berbuah “
 ( Pepatah Arab )

 RIBA'

        BAB 1
 ( pendedahan asas berkaitan riba' )

Riba dari sudut bahasa adalah pertambahan dan peningkatan. Allah berfirman di dalam Al-quran yang bermaksud “ sebarang tambahan dalam item-item tertentu (ribawi) dan tambahan ke atas hutang akibat tempoh “. Ia merangkumi riba yang terhasil daripada jual beli barangan ribawi dan juga merangkumi riba yang terhasil daripada hutang.


HIKMAH DI SEBALIK PENGHARAMAN RIBA

•    Kemudaratan akhlak dan sikap.
-Islam menganjurkan umatnya untuk menjadi satu umat contoh yang bekerjasama serta bantu-membantu atas dasar kasih sayang dan akhlak mulia. Tatkala itu, amalan riba bercanggah dengan objektif ini. Riba akan meruntuhkan perasaan belas kasihan dan menyuburkan perasaan cinta harta yang keterlaluan. Situasi ini dapat dilihat apabila seorang peminta riba akan menekan saudaranya dengan jumlah faedah atau riba atas segala pinjaman atau kelewatan pembayaran semula hutang.

•    Mengeksploitasi kesusahan pelanggan dan individu yang memerlukan.
-Tidak kira sama ada pemberi pinjaman itu adalah sebuah bank atau individu, mereka didapati mengekspliotasi kesesakan dan kesusahan pelanggannya atau sesiapa yang memerlukan. Sebagai contoh riba dalam konteks ini ; di atas permintaan pinjaman oleh seorang rakan untuk kegunaan peribadi, individu A memberi pinjaman sebanyak RM 100,000 kepada saudara B. Sebagai imbalan balik, individu A menetapkan bunga, faedah atau interest sebanyak 8%(bersamaan RM8,000 sebagai contoh) daripada pinjaman itu sebagai balasan kerana memberikan wang pinjaman. 8% itulah yang dinamakan RIBA AL-DUYUN jenis al-qard. Menurut hukum islam, jumlah RM8,000 yang diperolehi ini adalah haram dan pelanggan yang memberi RM8,000 tadi juga dikira bersubahat dan terlibat secara langsung dengan riba.

•    Menyuburkan sikap malas bekerja dan kurang dinamik
-Riba melahirkan sikap malas bekerja dengan mencari keuntungan secara jual beli yang boleh memberi manfaat kepada ekonomi negara. Mereka hanya berfikr untuk mencari untung secara mudah iaitu dengan memberi pinjaman beserta faedah. Islam tidak menerima konsep untung tanpa kerja keras.

•    Kesan kemasyarakatan
-Riba turut menambahkan lagi kesan buruk akibat jurang perbezaan di antara si miskin dan si kaya. Mereka yang kaya akan bertambah kaya melalui cara penindasan dan tekanan kepada yang miskin.Manakala mereka yang miskin pula bertungkus lumus membuat pinjaman untuk terus hidup dan melunaskan hutang.Hubungan yang kaya dan miskin juga turut menjadi semakin renggang, hingga di satu peringkat membenihkan permusuhan dan dendam.

PERBEZAAN RIBA DAN JUAL BELI

 Pinjaman Riba    Jual Beli
•    Pertukaran antara jenis yang sama iaitu mata wang dengan mata wang    •    Pertukaran antara dua jenis yang berbeza, iaitu aset dengan mata wang
•    Pinjaman adalah kontrak belas kasihan (irfaq)    •    Jual beli adalah kontrak perniagaan pertukaran harta
•    Pulangannya tetap    •    Pulangannya tidak tetap
•    Pinjaman adalah sebuah aktiviti yang berasingan daripada pertumbuhan sebenar    •    Aktiviti jual beli berkaitan dengan perniagaan aset sebenar
•    Keuntungan diperolehi hasil daripada tempoh penangguhan yang diberi    •    Keuntungan diperolehi daripada hasil barang yang dijual dan manfaatnya.

Allah telah berfrman di dalam Al-quran, mafhumnya “ Dan dihalalkan jual beli dan diharamkan riba “

JENIS RIBA

•    Riba al-Duyun ( muncul daripada hutang dan pinjaman )
- Riba jenis ini melihat kepada kadar lebihan faedah (riba) yang terhasil disebabkan tempoh, sama ada tempoh pemberian pinjaman mata wang atau manfaat sesuatu aset.

 Berdasarkan hadis, Al-Syawkani berkata “ Apabila pertambahan itu disyaratkan di dalam kontrak, maka jatuhlah hukum haram secara sepakat “

Riba al-Duyun terbahagi kepada dua jenis :
 i ) Riba al-Qardh
 -Kadar atau sebarang manfaat tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman pokok yang mana ianya disyaratkan di awal kontrak pinjaman (loan contract), yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kepada peminjam.

Riba jenis ini adalah riba yang sedang berlaku dikalangan masyarakat kita hari ini.
Contoh :
 DUIT BERBALAS DUIT YANG LEBIH BANYAK
•    Ali meminjamkan kepada Ahmad wang sebanyak RM 2,000 dengan syarat Ahmad hendaklah membayar kembali dengan nilai yang lebih besar seperti RM 2,500 dalam masa tiga bulan.


ii ) Riba al-Jahiliah
 -kadar atau sebarang manfaat tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman atau hutang yang dikenakan ke atas peminjam kerana gagal membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan dalam tempoh yang dipersetujui. Akibatnya, si pemberi pinjaman mengenakan kadar denda ke atas peminjam kerana penangguhan bayaran hutang dalam waktu yang ditetapkan.

Riba al-Jahiliah boleh berlaku dalam dua keadaan.

Pertama : Dalam pinjaman
-Iaitu lewat memulangkan barang yang dipinjam sama ada wang atau lain-lain barangan, lalu dikenakan denda tambahan atas kelewatan.
Contohnya :
Apabila pelanggan gagal membayar hutangnya kepada bank pada bulan tertentu seperti tiga bulan berturut-turut, pelanggan dikenakan denda penalti sebanyak 3% daripada jumlah hutang berbakinya.

Kedua : Dalam hutang
-Lewat membayar hutang daripada sebarang pembelian secara bayaran ansuran, lalu dikenakan denda atas kelewatan.
Contohnya :
Ahmad membeli sebuah sofa berharga RM3,000 dengan bayaran ansuran selama 12 bulan. Dia perlu membayar setiap bulan sebanyak RM250, tetapi dia terlewat membayarnya pada bualn ketiga dan keempat. Lalu dia dikenakan denda dalam bentuk peratusan sebanyak 2% atau nilai tetap seperti RM100 atas setiap kelewatannya.


2 ) Riba al-Buyu' ( muncul daripada jual beli barangan ribawi )
 -Riba yang lahir hasil ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran dua item ribawi, atau pertukarannya dibuat secara bertangguh.

Riba al-Buyu' terbahagi kepada dua jenis :

Riba al-Nasak atau al-Nasiah
Contohnya : 5 gram emas dijual dengan harga RM2,000 secara tunai atau RM3,800 secara
 bertangguh.
Ulasan : Ia menjadi riba kerana bertangguh apabila emas ditukar dengan mata wang. Islam menetapkan serah terima wajib dibuat dalam waktu yang sama tanpa bertangguh, sebarang penangguhan membawa kepada riba jenis ini.

Riba al-Fadhl
contohnya : Menukarkan 5 gram emas (jenis 916) dengan 6 gram emas (jenis kualiti 750)
Ulasan : Hukumnya haram kerana sepatutnya kedua-dua emas itu mesti sama berat iaitu
 5 gram. Apabila beratnya berbeza, ia jatuh dalam hukum riba.

HUKUMAN RIBA DALAM ISLAM

I ) Pemakan dan pemberi riba diperangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Ii ) Kehilangan berkat harta dan kehidupan.
•    Seperti berzina dengan ibu bapa sendiri.
•    Lebih berat atau sama dengan 36 kali perzinaan.
•    Salah satu daripada tujuh dosa besar.

BAB 2
( Isu-isu kewangan semasa )

Zalim Bukan Penentu Riba
•    Ramai yang terkeliru dalam hal ini, di mana ada yang mengatakan setiap kezaliman dalam urusan kewangan adalah riba. Apabila sifat 'illah ada dalam sesuatu transaksi, maka hukumnya akan mengikutnya lalu menjadi transaksi atau tindakan itu haram, makruh atau halal dan sebagainya. Disebutkan dalam kaedah fiqh : “hukum (dalam fiqh islam) itu berpusing (mengikut) 'illahnya, jika terdapat Illah maka hukumnya juga ada. Jika 'illah tu tiada maka hukumnya juga tiada.

Contoh : ARAK

'Illah pengharaman arak adalah mabuk. Manakala hikmah di sebalik pengharaman arak yang memabukkan ini adalah untuk menjaga akal manusia. Justeru itu, semua benda yang memabukkan minda apabila diminum atau dimakan (bukan dengan tujuan perubatan – ia mempunyai perbincangan lain) adalah dikira arak yang haram. Apabila minuman dan makanan itu tidak memabukkan sama ada banyak atau sedikitnya, ia bukanlah arak dan tidaklah haram.

Riba di antara kerajaan dan rakyat dibenarkan ?
•    Di zaman moden ini individu yang cuba menghalalkan riba yang dikenakan oleh kerajaan kepada rakyat dan cuba mengambil hujah mahzab Hanafi berkenaan “ tuan dan hamba “ yang berpendapat hamba sebenarnya tidak boleh memilik hartanya sendiri. Semua harta yang dimiliki oleh hamba sebenarnya milik tuannya. Maka tiada riba dalam hal wang satu pihak sahaja ( iaitu tuan ).

Riba Dan Akaun Pelaburan Emas
•    Sebelum ini kita telah membicarakan tentang pembahagian riba dan jenisnya. Salah satu daripadanya adalah riba Buyu'. Berkaitan dengan riba tersebut, timbul persoalan orang ramai sama ada mereka boleh menyimpan secara melabur dalam akaun emas yang ditawarkan oleh beberapa buah bank konvensional.Tidak dinafikan, tatkala nilai mata wang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ini bererti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.

Contoh : HARAM DAN BATAL

•    Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan, urus niaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabia tiadanya elemen 'taqabud fil majlis' (serah terima dalam satu masa). Sebarang penangguhan membawa kepada Riba al-Nasi'ah.

Cabutan Bertuah Dan Bentuk Peraduan, Pertandingan Moden
•    Cabutan bertuah mempunyai pelbagai bentuk dan jenis, ada yang halal dan ada yang haram dan saya akan cuba dedahkan beberapa bentuk dan hukumnya.

 Dua bentuk pertandingan berunsurkan perjudian
•    Disebabkan oleh jenis permainan : Iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah ( game of luck ) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya.
•    Disebabkan oleh hadiahnya : Iaitu apabila hadiahnya diambil daripada kumpulan wang penyertaan semua peserta.

Jenis cabutan yang halal

•    Cabutan bertuah khas untuk pekerja : Semua pekerja layak untuk memasuki peraduan yang dianjurkan syarikat dan hadiah istimewa disediakan. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

•    Cabutan pada majlis makan malam : Syarikat menganjurkan makan malam dan semua kakitangan dijemput hadir tanpa sebarang bayaran. Ketika itu, cabutan bertuah dibuat sama ada cabutan bagi nombor meja, nombor kakitangan ataupun secara melekatkan tanda tertentu dibawah kerusi.

•    Cabutan bertuah di pasar raya : Terdapat beberapa buah pasar raya yang mengadakan promosi dengan menawarkan mana-mana pelanggan yang beli barangan berharga lebih daripada RM100 dalam satu resit, pelanggan akan diberi borang untuk penyertaan cabutan bertuah.


 Permainan Kutu Dan Cabutan Gilirannya

AKTA 28 AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971
•    Kumpulan wang kutu ertinya rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan berbagai-bagai nama seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya yang menurutnya peserta-peserta membayar yuran berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu dijual atau dibayar kepada peserta-peserta dengan jalan lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa rancangan atau perkiraan.



Menurut Seksyen 3. salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu. Seseorang yang menjalankan perniagaan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Pembayaran Hutang Apabila Nilai Mata Wang Berubah
•    Isu ini telah dibincangkan di majlis Fiqh antarabangsa dalam sidangnya yang ke-5 pada tahun 1998 bertempat di Kuwait dan keputusannya :

 “ yang diambil kira tatkala menyelesaikan hutang yang sabit dengan mata wang adalah dengan (memulangkan) secara sama jumlahnya (bil mithl) dan bukannya merujuk kepada nilainya (tukaran semasa), kerana hutang dilangsaikan dengan yang sama jenis dan serupa. Maka tidak harus untuk mengikat pembayaran semula hutang yang sabit atas pihak lain dengan pertukaran nilai mata wang semasa “

 Namun terdapat lagi tiga pendapat para ulama masa silam mengenai isu ini.

•    Imam Abu Hanifah, mazhab Maliki, mazhab Syafi'i dan Hambali.
 - Wajib ke atas peminjam memulangkan hutangnya berdasarkan jumlah yang sama ketika akad pinjaman dibuat tanpa sebarang tambah atau kurang.

•    Imam Abu Yusof dan sabahagian fatwa daripada ulama mazhab hanafi.
- Wajib ke atas peminjam memulangkan nilai yang sama ketika pinjaman dilakukan

•    Sebahagian ulama mazhab Maliki
- Fatwa mereka adalah sekiranya perbezaan nilai itu besar maka wajiblah memulangkan menurut nilai barunnya, tetapi jika perubahan tidak ketara dan besar cukup memulangkan jumlah yang sama.

Kerjaya Juruwang Di Kedai Mini Yang Turut Menjual Arak
•    Secara ringkas ini kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedekah sebahagian daripada harta setiap bulan kepada fakir miskin. Ia bergantung kepada iman kita jika ingin rasa lebih tenang sedekahlah dalam jumlah wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi.

 Hukum menjual kondom di kedai adalah sedikit berbeza kerana ada juga segelintir suami isteri yang membelinya. Jadi, hukumnya adalah halal. Walau bagaimanapun, bagi pasangan yang berlagak seperti suami isteri lalu membelinya untuk perzinaan mereka, cashier yang tidak mengetahuinya tidak terlibat dalam dosa tersebut kecuali mereka yang mengetahuinya lalu bersubahat bersama mereka maka hukumnya adalah dosa besar.

Beli Kereta Cara Islam Tapi Insurans Riba ?

-Hukum insurans konvensional adalah haram menurut Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Anda wajib mengambil insurans Islam atau TAKAFUL daripada mana mana syarikat takaful yang ada di Malaysia apabila membeli kereta atau rumah. Biasanya insurans tidak diuruskan oleh anda sendiri atau penjual kereta. Penjual kereta menggambarkan seolah-olah pembeli kereta mesti mengambil insurans tertentu. Hakikatnya mereka cuba mendapatkan keuntungan yang lebih kerana syarikat insurans yang mereka cadangkan itu adalah panel mereka dan meraka akan mendapat komisyen.

RUMUSAN
Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba' – iaitu amalan yang keji dan tergolong sebagai salah satu dosa besar. Dari segi bahasa sendiridigambarkan bahawa riba' membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba' iaitu bunga berganda yang membebankan.

Riba' muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya - “ membantu kemudian membunuh “. Apabila Islam muncul, riba' dikeji dan diperangi habis habisan. Amalan riba' diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba' itu adalh perbuatan zalim yang melampau. Kini, di akhir zaman, riba' muncul semula tetapi dalam situasi yang berhemah. Simboliknya – mengikut kemampuan semasa.



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com