Akhlak Rasulullah Saw -

Oleh: Haneem Binti Muhamad Anuar
  
LATAR BELAKANG RASULULLAH SAW
    Rasulullah S.A.W atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah dilahirkan pada 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi. Baginda merupakan putra kepada Abdullah bin Abdul Mutthalib. Selain itu, kelahiran baginda disambut dengan penuh kemeriahan oleh kaum bani Hasyim.
    Sejak lahir, Rasulullah S.A.W telah menunjukkan kelebihan yang khusus. Kehidupan baginda bermula dengan keyatiman kerana ayahnya telah meninggal dunia sebelum baginda lahir dan penuh dengan kesusahan. Kesusahan inilah yang telah menjadikan diri baginda untuk menjadi contoh tauladan manusia bagi seluruh umatnya sepanjang zaman sehingga hari ini.
    Selama empat tahun Rasulullah S.A.W terpisah dengan ibunya iaitu Aminah binti Wahab dan tinggal bersama keluarga Halimah as Sa’diyah. Setelah baginda berumur empat tahun, Halimah melepaskan Rasulullah S.A.W dan mengembalikannya kepada ibu kandungnya dengan rasa berat hati.
Rasulullah S.A.W mempunyai kendahan akhlak yang terpuji. Baginda semasa kehidupannya melaksanakan semua perintah Allah S.W.T dan meninnggalkan laranganNya. Oleh sebab itu, banyak akhlak terpuji baginda yang dapat kita amalkan dan menjadikan baginda sebagai ‘role model’ dalam kehidupan seharian.

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk AKHLAK RASULULLAH. . Sekalung penghargaan untuk pensyarah subjek saya, “USTAZ ABD AZIZ HARJIN” kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa pensyarah subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk tugasan saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa HJ MUHAMAD ANUAR DAN UAN HASLINA kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang tugasan ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkankerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek atau tugasan amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikansaya maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atautidak langsung sepanjang tugasan saya dijalankan dan dibentangkan.

AKHLAK RASULULLAH

Sebagaimana yang diceritakan oleh Aisyah berkenaan akhlak Baginda S.A.W, Aisyah menjawab, “Bahawa akhlak Rasulullah S.A.W adalah al-Quran. ”
Rasulullah S.A.W adalah seorang yang pemaaf dan menjaga lidahnya dalam setiap hal keadaan, perkara ini disebutkan oleh Aisyah di dalam hadis berikut:
‘Rasulullah S.A.W bukan seorang yang keji dan tidak berbuat perbuatan keji, tidak berteriak di pasar dan tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatanBgainda seorang pemaaf dan sentiasa berlapang dada. ’ (hadis riwayat At-Tarmizi, Abu Dawud dan Ahmad)
BEBERAPA SIFAT AKHLAK RASULULLAH S.A.W
•    Rasulullah S.A.W seorang yang paling dermawan khususnya di bulan Ramadan
•    Orang yang paling baik akhlak dan baik susuk tubuh badannya. Orang yang paling lembut tapak tangan dan harum baunya. Baginda suka kepada bau-bauan harum dan tidak suka kepada sesuatu yang busuk.
•    Orang yang paling baik pergaulannya dan paling takut dengan ALLAH SWT
•    Tidak pernah marah atau berdendam kerana dirinya. Baginda marah hanya kerana larangan-larangan Allah SWT yang dilanggar.
•    Akhlaknya adalah akhlak al-Quran.
•    Orang yang paling tawaduk.
•    Orang yang sentiasa memenuhi keperluan keluarganya.
•    Merendahkan diri bila berhadapan dengan orang-orang yang lemah.
•    Orang yang paling malu dan tidak menatap lama wajah seseorang yang lain.
•    Orang yang tidak pernah mencela makanan sama sekali. Jika menyukainya Baginda akan memakannya dan jika tidak disukai maka Baginda akan meninggalkanya.
•    Tidak pernah makan sambil bersandar dan tidak pernah makan berdiri di meja makan. Baginda menyukai manisan, madu dan buah labu.
•    Tidak menerima sedekah, hanya menerima hadiah. Baginda gembira menerima hadiah walaupun kecil dan tidak berharga.
•    Baginda biasa menggilap kasutnya sendiri, menjahit pakaian, menziarahi orang yang sakit dan memenuhi undangan sama ada orang kaya atau pun yang miskin.
•    Tempat tidurnya diperbuat daripada kulit yang diisi dengan pelepah kurma.
•     Baginda tidak banyak memiliki kesenangan dunia walaupun ALLAH SWT memberikannya kunci-kunci kekayaan dunia. Akan tetapi Baginda memilih akhirat.

•    Baginda orang yang paling banyak berzikir dan berfikir, Sebelum tidur Bginda sentiasa berwuduk dan berzikir hingga lena.
•    Tidak pernah ketawa besar tetapi hanya tersenyum.
•    Baginda gemar bergurau akan tetapi tidak mengatakan kecuali yang benar dan tidak pernah berdekah-dekah.
•    Sentiasa berlaku lemah lembut terhadap para sahabatnya dan tidak pernah melunjurkan kaki dihadapan sahabatnya.
•    Memuliakan orang-orang yang dimuliakan kaumnya dan mengangkatnya menjadi pemimpin mereka.
•    Ringan tulang dan memberikan pertolongan kepada orang lain sekalipun diri sendiri berada dalam kesusahan.
•    Baginda tidak berasa hina membantu hamba, orang susah dan fakir miskin.
•    Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.
•    Suka memanggil isteri-isteri dan sahabat-sahabatnya dengan gelaran yang baik sebagai menghormati mereka.
•    Suka memakai pakaian yang berwarna putih dan lengan bajunya sentiasa terkancing.
•    Apabila berhadapan dengan sesuatu yang merungsingkan hatinya atau pun meyebabkannya marah, Baginda hanya mengusap janggutnya dan diam.
•    Baginda merupakan seorang yang suka menziarahi orang sakit dan sentiasa menggembirakan hati orang yang sakit dengan doa agar segera sembuh.
•    Baginda berjalan dengan cepat dan sentiasa tunduk ke bumi.
•    iSering memberu salam kepada kanak-kanak dan suka berjenaka dengan mereka.
•    Sangat mementingkan kebersihan dan meminta sahabat untuk menjaga kebersihan dengan membersihkan halaman rumah.

lama. Baginda SAW akan menundukkan wajahnya apabila dipandnag terlalu lama.
•    Baginda orang yang paling banyak berzikir dan berfikir, Sebelum tidur Bginda sentiasa berwuduk dan berzikir hingga lena.
•    Tidak pernah ketawa besar tetapi hanya tersenyum.
•    Baginda gemar bergurau akan tetapi tidak mengatakan kecuali yang benar dan tidak pernah berdekah-dekah.
•    Sentiasa berlaku lemah lembut terhadap para sahabatnya dan tidak pernah melunjurkan kaki dihadapan sahabatnya.
•    Memuliakan orang-orang yang dimuliakan kaumnya dan mengangkatnya menjadi pemimpin mereka.
•    Ringan tulang dan memberikan pertolongan kepada orang lain sekalipun diri sendiri berada dalam kesusahan.
•    Baginda tidak berasa hina membantu hamba, orang susah dan fakir miskin.
•    Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.
•    Suka memanggil isteri-isteri dan sahabat-sahabatnya dengan gelaran yang baik sebagai menghormati mereka.
•    Suka memakai pakaian yang berwarna putih dan lengan bajunya sentiasa terkancing.
•    Apabila berhadapan dengan sesuatu yang merungsingkan hatinya atau pun meyebabkannya marah, Baginda hanya mengusap janggutnya dan diam.
•    Baginda merupakan seorang yang suka menziarahi orang sakit dan sentiasa menggembirakan hati orang yang sakit dengan doa agar segera sembuh.
•    Baginda berjalan dengan cepat dan sentiasa tunduk ke bumi.
•    iSering memberu salam kepada kanak-kanak dan suka berjenaka dengan mereka.
•    Sangat mementingkan kebersihan dan meminta sahabat untuk menjaga kebersihan dengan membersihkan halaman rumah.

KEPERIBADIAN RASULULLAH SAW
Beberapa perkara yang berkaitan dengan Sunnah Rasulullah saw:
•    CARA RASULULLAH SAW BERJALAN: Disebutkan dalam beberapa riwayat, Rasulullah saw apabila berjalan, jalannya laju seperti sedang menuruni anak bukit, badannya condong kehadapan dan menekan pada kaki kiri. Pandangannya hanya ke bumi menunjukkan bahawa Baginda terlalu tawaduk.

•    CARA RASULULLAH SAW MENYIKAT RAMBUT: Baginda menyikat rambut ke kanan dan akan mula myikat daripada kanan kepala.


•    UBAN RASULULLAH: Sewaktu Baginda wafat, di kepalanya hanya mempunyai 14 helai uban manakala janggutnya terdapat 20 helai uban. Ubannya berwarna merah kerana diinai. Rasulullah SAW beruban kerana terlalu banyak memikirkan hari kiamat dan hari akhirat yang terkandung di dalam suruh-suruh al_Quran.

•    PAKAIAN RASULULLAH : Baginda saw gemar memakai Qamis iaitu kemeja berlengan panjang serta labuh sehingga ke betis dan ubah ala Roman yang sempit lengannya.


•    MINYAK WANGI RASULULLAH SAW: Minyak wangi bagi lelkai ialah minyak wangi yang berbau harum dan tidak berwarna, manakala bagi wanita pula pelbagai warna tetapi tidak berbau. Minyak wnago adalah satu sunnah Nabi saw. Para malaikat suka berdampingan dengan orang memakai minayk wangi.

•    BANTAL RASULULLAH SAW: Walaupun tidak bercadang untuk tidur, BAginda saw sekadar memeluknya atau meletakkan
•    SUSU RASULULLAH SAW: Susu adalah minuman kegemaran Nabi SAW.

•    CARA RASULULLAH SAW DUDUK: Qurfasa’ : duduk dengan mengakat kedua belah lutut kemudian merapakatkan dada ke lutut dan tangan memeluk betis, Baginda selalu lakukan cara ini di dalam masjid. malah Baginda tidka pernah melunjurkan kakinya ke arah sahabat-sahabat.


•    CARA MAKAN RASULULLAH SAW: Rasulullah saw menggunakan tiga jarinya ketika makan buah-buahan manakala apabila makan roti atau segala yang berkuah, Baginda saw menggunakan semua jarinya. Hikmah mengapa Rasulullah saw menjilat jarinya selepas makan ialah sebenarnya pada tangan ini ada enzim yang membantu penghadaman makanan. Apabila dijilat, kita akan menambah jumlah enzim itu ke dalam perut bagi melancarkan lagi proses penghadaman makanan. Baginda menjilat jarinya tiga kali selepas makan dan Baginda tidak makan dalam keadaan bersandar.
•    CARA MINUM RASULULLAH SAW: Baginda berdiri ketika minum air zam-zam dan menggunakan Qirbah(bekas minuman kulit binatang). Hukum perbuatan ini sunnah. Kadang-kadanf dalam keadaan duduk. Baginda akan berhenti(bernafas) tiga kali ketika minum segelas air.

•    MINUMAN RASULULLAH SAW: manis dan dingin


•    MAKANAN DAN LAUK PAUK RASULULLAH SAW: a) Sambal yang paling disukai Baginda ialah cuka. b) Buah dan minyak zaitun c) Madu d) Daging bakar e) Daging bahu kambing f) Kaki kambing h) Sawiq (gandum goreng) i) Buah labu j) Buah kurma basah k) Tembikai l) Buah timun yang masih muda



•    CINCIN RASULULLAH SAW DAN CARA BAGINDA MEMAKAIN CINCIN: Cincin Rasulullah saw diperbuat daripada perak manakala batu permatanya adalah batu hitam Habsyi. Bentuk cincin Rasulullah saw mempunyai tulisan (ukiran) terdapat kalimah Muhammad sebaris, rasul sebaris dan Allah sebaris.

•    CARA RASULULLAH SAW MEMAKAI CINCIN: Baginda memakai cincin perak bertatah permata Abbesinin dan cincin perak yang bercop mohor nama Baginda (Muhammad Rasulullah) DALAM 3 baris. Beliau akan menanggalkannya apabila Baginda ingin masuk ke dalam tandas. Baginda juga memakai cincin di jari kelengkeng tangan kanan.


•    SERBAN RASULULLAH SAW: Baginda suka memakai serbam berwarna hitam dan ekornya melepasi dua bahunya. Di dalam riwayat yang lain menyebutkan bahawa Baginda akan memakai serban berwarna putih untuk beribadah kepada Allah SWT, warna hijau ketika berdakwah dan warna hitam ketika berdepan dengan musuh.

•    SIFAT KETAWA RASULULLAH SAW: Sekuat-kuat ketawanya hanyalah senyuman. Baginda lebih banyak senyum dan ketawanya kecil sehingga menampakkan gigi gerahamnya. Perkara ini disebut dalam beberapa riwayat hadis, antaranya hadis riwayat Abdullah bin Mas’ud dan Ali bin Rabi’ah dalam kitab Syamail Muhammadiah bab ketawa Nabi saw.


•    PERCAKAPAN RASULULLAH SAW: Percakapannya jelas, tegas dan tidak terlalu cepat. Apabila bercakap, Baginda gemar mengulanginya sebnyak tiga kali supaya mudah difahami. Baginda akan bercakap ketika perlu sahaja. Membuka dan menutup perbualanya dengan nama ALLAH SWT. Baginda juga tidak kasar dan tidak menghina semasa bercakap, juga tidak pernah menghina dan memuji makanan.

•    CARA TIDUR RASULULLAH SAW: Baginda akan tidur dalam keadaan mengiring ke kanan berbentuk tulisan (MUHAMMAD) ( Tangan diletakkan di bawah pipi kanan dan kaki dibengkokkan sedikit ke atas). Baginda tidak akan tidur selagi tidak membaca doa dan ayat 3 qul kemudian menyapu ke seluruh badan.

•    TANGISAN RASULULLAH SAW: Baginda tidak pernah menangis teresak-esak Cuma sekadar mengalirkan air mata tanpa mengeluarkan suara.

•    BERBEKAM RASULULLAH SAW: Baginda saw berbekam pada dua urat lehernya. Biasanya pada 17. 19 dan 21 hari setiap bulan. Ketika itu darah kotor naik ke atas dan darah bersih akan mendap ke bawah. Baginda juga menbayar upah bagi setiap bekam yang dilakukan.

•    KEHIDUPAN RASULULLAH SAW: Baginda dan keluarga pernah tidak memasak selama sebulan dan hanya memakan kurma serta meminum air. Baginda tidak pernah merasa kenyang kecuali Baginda memakan roti serta daging dan apabila makan beramai - ramai bersama para sahabatnya. Pernah sahabat-sahabat Nabi saw mengadu kepada Baginda tentang kelaparan mereka. Lalu Nabi saw mengangkat bajunya untuk menunjukkan bahawa Baginda juga sedang dalam kelaparan sehinggakan diikat 2 biji batu di perut Baginda saw.

•    CARA NABI BERSOLAT : Al Mugribah bin Syu’bah meriwayatkan bahawa : ‘ Rasulullah saw bersolat sehingga bengka kaki kakinya. Dan dikatakan kepadanya : Adakah engkau diberatkan dengan ini, bukankah telah diampunkan oleh ALLAH dosamu apa yang telah lalu dan akan datang?Baginda menjawab : Apakah aku tidak menjadi hambaNya yangbersyukur? (Hadis Riwayat At-Tarmizi dan muslim). Dari Ibnu Abbas meriwayatkan : “Bahawasanya Nabi SAW bersolat malam sebnyak 13 rakaat” (Hadis Riwayat oleh At-Tarmizi, Bukhari dan Muslim) Dari Huzaifah bin Yaman meriwayatkan : ‘dia pernah bersolat bersama Rasulullah SAW ketika memulakan solat bagi berkata ‘ALLAHU AKHBAR ZUL MALAKAT WAL KIBRIYA WAL A’ZHAMAH’(ALLAH YANG MAHA BERSAR YANG MEMILIKI KEKUASAAN, KEBESARAN DAN KEAGUNGAN ). Kemudian Baginda membaca suruh al-baqarah lalu rukuk, panjang rukuknya sama dengan lama berdirinya. dalam rukuknya Baginda membaca ‘SUBHANALLAH RABBIYAL A’ZHIM, SUBHANALLAH RABIYYAL A, AZHIM ‘ (MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA AGUNG). Setelah itu, Baginda bangkit dan lama dia berdiri seperti rukuknya. Ketika berdiri Baginda membaca ‘LIRABIYYAL HAMD’( HANYA BAGINYA PUJIAN) kemudian bersujud dan lama sujudnya sama seperti lamanya dia berdiri. Di dalam sujudnya Baginda membaca ‘SUBHANA RABBIYAL A’LA’( MAHA SUCI TUHAN YANG MAHA TINGGI), lalu Baginda duduk antara dua sujud dan lama duduknya sama lama dengan sujudnya. Ketika itu baginda berdoa ‘RABBIGHFIRLI’(ampunkan ilah daku). Dan bangkit pada rakaat kedua dengan membaca suruh al-Baqarah lagi ditambah dengan suruh Ali Imran, an –Nisa dan al-Maidah’. (Hadis Riwayat oleh At-Tarmizi, Abu Dawud, An-Nasai, Ahmad dan Abu Syaikh).

•    CARA NABI SAW BERPUASA : Dari Abdullah in Syaqiq pernah meriwayatkan beliau bertanya kepada Aisyah tentang puasa Nabi saw. Aisyah meriwayatkan bahawa: ‘Sesungguhnya Baginda berpuasa sehingga kami dapat katakana. ”SESUNGGUHNYA BAGINDA BERPUASA “. Pada ketika Rasulullah saw tidak berpuasa hingga mengatakan bahawa Baginda TIDAK MAHU BERPUASA. Semenjak tinggak di Madinah Baginda tidak pernah berpuasa sebulan penuh kecuali bulan Ramadan”.

•    CARA NABI SAW MEMBACA AL QURAN: Ya’la bin Mamlak meriwayatkan : ‘Bahawasanya dia bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah saw membaca Al-Quran. Menurut Ummu Salamah Rasulullah SAW membaca dengan sangat jelas ayat demi ayat’ (Hadis Riwayat At-Tarmizi, Abu Dawud dan Nasa’i).

•    Abu Qatadah meriwayatkan bahawa: “Saya bertanya kepada Anas bin Malik tentang pembacaan Al-Quran Rasulullah SAW? Beliau menjawab, Bahawa Rasulullah SAW membaca Al-Quran dengan panjang “.

KESIMPULAN
Nabi Muhammad saw adalah seorang manusia agung yang harus diikuti oleh segenap lapisan masyarakat sama ada kanak kanak, remaja dan dewasa kerana dialah contoh teladan dan role model kepada kita. Kehidupan Baginda memaparkan kepada kita bagaimana kehidupan yang diredai Allah SWT dari segenap peringat umur.
Nabi Muhammad saw du utus sebagai pentafsir kepada al-Quran yang telah diterjemahkan oleh Baginda melalui sifat dan keperibadiannya. Al-Quran adalah panduan kepada umat manusia sepanjang zaman. Nabi Muhammad saw sanggup menderita dan berkorban demi memastikan umatnya terselamat dari godaan syaitan dan azab api neraka. Sehingga nyawa yang terakhir juga Baginda menyebut-nyebut mengenai umatnya. Malangnya kita sebagai umatnya sering melupakan perngorbanan dan penderitaan yang baginda lalui.


************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com