Mengatasi Masalah Remaja Masa Kini

OLEH : IZZAT MUSTAKIM BIN NORIZHAM

PENDAHULUAN
Buku yang dipilih oleh saya adalah buku “Mengatasi Masalah Remaja Muslim Kini” karangan DRS. ZULPAN NASUTION.Buku ini mengajar para remaja dan para belia untuk menangani masalah yang sering berlaku kepada belia dan remaja contohnya menghisap dan mengedar dadah, meminum arak, bermain judi, melakukan maksiat, dan sebagainya.Buku ini juga memberi ajaran kepada para remaja dan belia untuk mendekati agama Islam kerana agama Islam adalah agama yang benar yang dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara mazmumah atau gejala negatif.
Buku ini juga mengisahkan tentang sejarah Islam yang lepas supaya dapat dijadikan pedoman untuk para remaja agar mereka sedar akan situasi yang sedang mereka hadapi. Susunan buku ini juga mempamerkan beberapa ayat-ayat hadis dan kalimah Al-Quran sebagai bukti kukuh untuk menguatkan lagi fakta yang dibincangkan. 
BAB 1 : DILEMA REMAJA
Beberapa masalah remaja yang begitu membimbangkan pada zaman sekarang ini semakin berleluasa sehingga ramai di antara orang tua dan guru di sekolah yang mula resah melihat sikap dan tingkah laku mereka.
Apabila kita mengunjungi pusat hiburan, seperti Permainan Video dan Kafe Siber telah dibanjiri para remaja, di antara mereka ada yang lari dari rumah, ada yang ponteng sekolah, berkumpul bersama di pusat hiburan seperti itu hanya sekadar mencari keseronokan.
Di sudut lain kita kita dapati anak-anak remajamyang sudah terlibat dengan dadah, menghisap gam, minum minuman keras, main judi, ada yang menjadi penunggu di kedai beliard(snooker), panggung wayang, dan sebagainya.
Melepak di pinggir jalan, di kedai-kedai, di tempat membeli-belah telah menjadi kegemaran remaja-remaja sekarang ini. Bukan setakat itu sahaja, yang paling mengejutkan kita hari ini, telah terdapat anak-anak remaja wanita yang sanggup melacurkan diri secara diam-diam atau dikenali dengan istilah “BOHSIA”, mereka telah korbankan maruah dan harga diri hanya kerana keseronokan yang terbatas sekali. Bahkan di sebaliknya mereka telah berselimut dengan dosa kerana terjebak dalam perbuatan durjana.
Sebagai langkah untuk menangani masalah ini, kita perlu mengadakan gerakan sepadu, yang utama sekali dari pihak:
-    Orang tua (ibu bapa)
-    Guru
-    Pihak penguasa

1.    Orang Tua
Sebagai orang tua kepada anak-anak remaja, sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk membentuk, mendidik, memberikan arah kepada anak-anak remaja yang bermula sejak mereka lahir.

Daripada Abi Hurairah Radhiyallahu’anhu, bahawa Nabi Shallallahu’alaihi wasallam telah bersabda:

Tidak seorang bayi yang lahir kecuali dlam keadaan fitrah (suci). Maka kedua ibu bapanyalah menjadikan anaknya, sama ada Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi.
                            (HR Al-Bukhari dan Muslim)


Kita yakin bahawa setiap orang tua telah membimbing dan memberikan sesuatu yang patut untuk anak-anak mereka, tetapi yang menjadi persoalan kenapa makin banyak remaja slah langkah, seperti gejala sosial yang melanda golongan remaja dewasa ini. Di sinilah mungkin terdapat sedikit kelemahan (kesilapan) orang tua (ibu bapa) yang perlu ditinjau kembali.
2.    Guru
Apabila kita telah membicarakan tanggungjawab ibu bapa dalam memberikan pendedahan tentang nilai diri atau erti hidup bagi remaja, melalui pendidikan rumahtangga, maka selanjutnya kita lihat apa yang mesti dilakukan oleh guru di sekolah (melalui pendidikan formal).

Sebagai guru di sekolah, sama ada akademik atau guru agama perlu menunjukkan suasana hidup yang lebih harmoni dan Islami kepada pelajar, khususnya baik dari segi system pembelajaran mahupun cara bergaul sesame mereka, sama ada antara guru dengan guru atau antara guru dengan murid.
Sebagai guru yang bertauliah kita perlu rajin menjelaskan kepada pelajar bahawa kebaikan serta kejujuran akan melahirkan seseorang yang mempunyai minda yang sempurna sedangkan bersifat curang dengan akhlak mazmumah akan menghancurkan masa depan seseorang.
Memberikan pendidikan Islam secara berkesan dalam erti membentuk jiwa dan minda para pelajar untuk memiliki rohaniyyah yang cenderung kepada kebenaran. Tanggungjawab ini dititik beratkan kepada guru-guru agama di sekolah. Yang penting dimiliki remaja melalui pendidikan Islam antara lain.
3.    Pihak Penguasa
Apabila orang tua di rumah dan guru di sekolah telah bersepakat menangani masalah remaja yang kita perkatakan terdahulu, dan yang ketiga kita minta dari pihak-pihak yang mempunyai kuasa untuk memberikan pengawasan secara menyeluruh serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat khususnya media massa, baik ia media cetak, media eletronik dan filem-filem yang ditayangkan di panggung wayang, mini teater, MTV, TV dan sebagainya.
Kita tidak dapat nafikan, bahawa berkat bantuan media cetak, media eletronik dan perfileman telah banyak membantu pertumbuhan dan pendidikan anak-anak kita. Yang kita personalkan ialah pihak-pihak yang menyeleweng media sehingga menjadi perosak nilai diri anak-anak remaja kita.
Jadi dengan adanya sifat sepakat dan gerakan sepadu antara ibu bapa, guru dan semua lapisan masyarakat, diharapkan dapat mempertahankan maruah dan etika anak-anak remaja kita sebagai masyarakat Islam.
BAB 2 : USAHA KE ARAH BELIA CEMERLANG
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam Al-Quran, melalui surah An-Nisa’, ayat 1:
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya-Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.
Sebagai adat memenuhi akidah dan falsafah hidup tadi, Allah bagi akal, dan dengan akal itulah manusia dapat mencapai segala tujuan dan matlamat hidup sehingga akal itu menjadi perisai dan alat penggerak hidup serta citarasa.
Maka dengan kesinambungan kehidupan manusia secra terus-menerus itu, perlu sekali kita semai sejak dini dalam mencapai keharmonian dan system hidup yang lebih terpuji lagi dan berasaskan kepada sunnatullah dan petunjuk Nabi Shallallahu’alaihi wasallam.
Dalam membicarakan masalh pembinaan ilmu keagamaan bagi kaum belia dan beliawanis dan ini dianggap sesuatu yang penting sebab tidak jarang ditemukan masa depan belia yang terkorban dengan sia-sia sebab terlena dengan rayuan alam dan lingkungan persekitarannya. Apabila pada masa remaja pertama (pra remaja 13 -16 tahun) sebenarnya para remaja (belia beliawanis) telah dihadapkan kepada berbagai gejolak rasa dan emosi yang sukar dikendalikankan.
Sebab masa peralihan dari umur kanak-kanak menjadi remaja, pertama sekali akan mengalami kegoncangan kerana pertumbuhan jasmani dan rohani yang cukup drastik. Pertumbuhan badan yang sangat cepat membesar, bentuk tubuh dan otot-otot mulai menonjol sedangkan gelojak jiwa semakin tidak stabil. Kadang-kadang dunia ini bagi remaja semua indah dan laksanakan syurga tetapi di saat-saat tertentu dia berubah bagaikan neraka.
Cara beragama dan beribadah mereka tidak stabil, ada yang pada mulanya rajin ke masjid, tetapi dalam masa yang sama, lama kelamaan dia tidak minat lagi ke masjid. Mka gelojak yang sedemiankianlah yang perlu dibimbang melalui sentuhan rohani menuju masa remaja akhir.
Kecerdasan pemikiran belia yang masih jernih dan segar di umur muda belia seperti itu apabila tidak mendapat penyaluran yang baik mereka akan gagal dalam hidup. Kecerdasan belia itu akan terbantut kembali sehingga sukar baginya untuk memulainya pada saat dia mula meningkat dewasa dan diberi tanggungjawab.

Sebab dalam proses pendewasaan menurut ilmu psikologi bahawa masa remaja penuh ialah dari umur 17 tahun sehingga 21 tahun, di sanalah mereka mengalami kegoncangan yang luar biasa lagi, baik dari keperibadian atau dalam perkembangan seks. Tetapi yang jelas masa itu sangat menentukan masa depan mereka, baik dari segi dasar kerjaya atau suatu penkhususan yang diminati.
Setiap remaja atau belia selalu memikirkan hari masa depannya, ingin mendapat kepastian, akan jadi apa setelah dewasa, cara hidup mana yang harus dibuat model, siapa yang harus dicontohi dalam masyarakat, pemikiran siapa yang harus dipakai, bahkan ideology mana yang menjadi pilihan. Semua serba salah dan kadang-kadang serba benar sehingga sering menimbulkan kebingungan yang panjang dan melalaikan.
Istighfar dapat mensucikan diri dari kesalahan, membersihkan hati dari kelalaian, mendekatkan diri kepada Allah, bahkan untuk memperoleh keselamatan dan kesejahteraan. Maka dengan sikap pendekatan diri kita kepada Allah, itu bermakna kita sudah boleh meninjau masa depan yang telah menjadi harapan semua orang.
Dalam menjayakan masa depan belia yang telah menjadi impian itu ada beberapa usaha yang harus dimiliki setiap manusia dan pada khususnya seperti :

Bersih dan Beretika
Kebersihan merupakan suatu ciri yang perlu wujud dalam diri manusia untuk menjalankan semua urusan, ia merangkumi aspek jasmani dan rohani, hidup manusia itu memerlukan kebersihan, terutama sekali para belia yang sedang berhadapan dengan berbagai dugaan kehidupan seperti cinta, bahkan syaitan selalu mengintai di tepi jalan, asal salah langkah masuk jaringan syaitan.
Selain itu, kita perlu mempunyai etika hidup, atau cara hidup, kerana Islam adalah agama yang syumul, mencukupi segenap bidang kehidupan manusia yang menggambarkan dua system kehidupan iaitu duniawi dan ukhrawi yang kedua-duanya saling berhubung kait antara satu sama lain dan di sinilah letaknya keistimewaan Islam ke atas agama-agama lain atau agama rekaan manusia.

Taat dan Berbakti Kepada Ibu bapa
Apabila kita cuba mengenang sejenak betapa tingginya nilai kasih saying ibu bapa kepada anak-anak mereka sehingga mereka rela mengorbankan segala-galanya. Hal itu telah bermula pada saat kita masih dalam kandungan ibu, sembilan bulan sepuluh hari lamanya seorang ibu untuk menampung anaknya, ia mera    sa sakit dan susah, kemudian dilahirkannya dengan mempertarungkan nyawa, menumpahkan darah dan nyaris-nyaris mati.
Maka tidak wajar kalau ada seorang anak yang cuba derhaka kepada ibu bapanya kerana anak yang derhaka tidak akan mendapat kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat kelak. Membantah cakap ibu bapa adalah dosa bahkan yang menyakiti hati ibu bapa akan celaka.
Dalam ayat suci Al-Quran, Allah mengingatkan :
…maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah!”, dan janganlah engkau menengking (menyergah) mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun).                                                (surah Al-Isra’ : 23)

Mempunyai Ilmu Pengetahuan dan Ketrampilan
Untuk menjadi belia dan remaja yang Berjaya pelajarilah ilmu agama sebagai alat berkomunikasi dengan Allah serta menjadi pedoman hidup, dan pelajari ilmu lainnya sebagai bekal mencari belanja hidup dari suatu pengkhususan atau ketrampilan, kalau anda mahu jadi petani, jadilah petani yang berilmu, kalau mahu jadi pedagang, pelajari ilmu ekonomi, kalau mahu jadi pegawai, jadilah pegawai yang berdisiplin atau kalau mahu jadi guru jadilah guru yang berpendidikan serta berilmu.

Cadangkan Teman Hidup
Sesuai dengan fitrah hidup manusia apabila sempurna masa dewasanya lahir rasa tanggungjawabnya maka masalah belia dan remaja yang terakhir ialah mencari pendamping hidup.Apabila anda seorang jejaka pilihlah wanita bersih dan beretika, taat kepada ibu bapa, berpengetahuan dan keturunan mulia.

BAB 3 : IMAN SATU IDENTITI DIRI
Hari ini kita perlu sedar bahawa kesenjaan Iman dan kerosakan moral serta menipisnya ukhuwah Islamiyyah adalah salah satu factor yang menyebabkan umat Islam hamper terpisah dari agamanya, kerana sesungguhnya Iman itu apabila dipraktikkan dalam segala aspek kehidupan akan dapat membentuk masyarakat yang seimbang, mempunyai solidarity, dinamik dan penuh komunikatif.
Sebaliknya iman yang telah terkorban di atas tipu daya nafsu, akhlak yang telah ternoda sebab kebijakan Raja tipu (iblis) bahkan ukhuwwah Islamiah yang kini telah kehilangan nilai adalah sebuah reality dari gerakan dua rakan kongsi (iblis dan nafsu) serta sekutu-sekutunya untuk menghancurkan Islam dan umatnya sampai ke akar-akarnya.
Orang beriman itu dihiasi dengan rasa malu, disinari dengan rasa cinta, dijalin dalam persaudaraan murni, diikat dalam aqidah yang satu. Apabila seseorang mengatakan dia orang beriman, dia seorang Islam, tetapi malunya telah hilang, tidak malu kalau tidak solat, tidak malu tidak bayar zakat, tidak malu jadi penabur dosa dan perangka angkara murka, maka iman seseorang itu akan sekaligus lumpuh dan kehilangan nilai.
Tiga perkara (syarat) untuk mendapatkan kelazatan iman :
1.    Mencintai Allah dan Rasulnya, lebih daripada mencintai yang lain;
2.    Mencintai seorang semata-mata kerana Allah;
3.    Benci kembali kepada kufur, serupa dengan benci sekiranya dia dicampakkan ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
(HR Al-Bukhari dan Muslim)
Kita tidak menafikan arus dunia akan terus berkembang menuju era maju, melangkah ke dunia order baru di abad multi canggih pada masa hadapan. Tetapi ketika itu jugalah akan lahir manusia yang cukup rakus, pemuja harta benda, penguasa yang bermaharajalela, kesombongan akan merata, bahkan pergaulan bebas akan menghancurkan nilai manusia.
Raja Fir’aun menjadi contoh dari zaman purba, kerana kekayaan dan kekuasaannya serta nikmat kesihatan yang diberikan dalam kisahnya pernah dalam masa 400 tahun Fir’aun tidak pernah sakit, akhirnya dia mengaku tuhan di kalangan kaumnya dan membunuhh sesiapa yang tidak taat. Dalam tulisan Imam Munawir, Fir’aun itu adalah salah satu dari seribu Fir’aun yang akan muncul di akhir zaman.

Perkara dijelaskan itu, sebenarnya telah bertentangan dengan etika hidup umat Islam sebagai makhluk Allah. Maka untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yang hakiki itu ada sebelas perkara :
1.    Zuhud terhadap dunia dan cinta kepada akhirat.
2.    Sentiasa berkeinginan untuk beribadah dan membaca Al-Quran.
3.    Sedikit bicara tentang hal yang tidak perlu.
4.    Sentiasa memelihara solat lima waktu.
5.    Bersikap wara’ terhadap barang yang haram mahupun syubahat, sama ada sedikit atau banyak.
6.    Bersahabat dengan orang yang baik-baik.
7.    Berlaku tawadhu’ dan tidak sombong.
8.    Dermawan lagi pemurah.
9.    Bersifat belas kasih terhadap makhluk-makhluk yang dicintai Allah.
10.    Menjadi orang yang bermanfaat (bagi keluarga dan masyarakat).
11.    Banyak mengingati mati.
Dan adapun tanda-tanda hidup celaka itu ada sebelas :
1.    Rakus dalam mengumpul harta.
2.    Selalu menurut hawa nafsu dan keenakan dunia.
3.    Selalu bercakap kotor dan suka mengumpat orang.
4.    Meremehkan solat lima waktu.
5.    Berkawan dengan orang-orang yang selalu berbuat dosa.
6.    Buruk budi pekertinya.
7.    Berlaku bongkak lagi sombong.
8.    Tidak dapat memberi manfaat bagi keluarga dan manusia.
9.    Kurang belas kasihnya terhadap orang yang beriman.
10.    Kikir (kedekut).
11.    Lupa kepada mati.

KESIMPULAN

Dalam membina satu generasi kita perlu kerjasama semua pihak sebab generasi yang kan dibina untuk memimpin akan dating adalah manusia-manusia yang baru dan masih mentah – sebagai bekal dan persiapan untuk itu wariskan kepada mereka :

1.    Akhlak dan cara hidup mulia dan titipkan Al-Quran di tangan mereka sebagai penangkis budaya kotor dan cara hidup tercela. Apabila Al-Quran menjadi petunjuk hidupnya, maka selamat dari bencana dunia, terpuji hidup dan mulia matinya.

2.    Ajarkan generasi kekuatan iman sehingga mereka mempunyai identity diri yang terbukti dari amalan serta tercermin dalam kehidupan sehari-hari.

3.    Kemahiran dan disiplin ilmu mereka perlu dibekali sehingga lahir generasi berkualiti yang mampu bersaing di dalam dan luar negeri.




************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com