Fiqih Wanita Tentang Zakat -

Oleh: Siti Hazirah Binti Sulaiman

ABSTRAK
Segala puji-pujian dan kesyukuran hanya untuk Allah Azza Wajalla. Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad saw, juga kepada keluarganya dan para sahabat seluruhnya.
 Sesungguhnya Islam menjadi ‘Cara Hidup’terhadap manusia diatas muka bumi ini menjaminkan kebahagiaan dan keselamatan sebelum hakikat itu dinikmati di negeri akhirat nanti.
 Cara hidup yang dipandu oleh Islam meliputi seluruh bidang kehidupan samada yang kecil mahupun yang besar, yang zahir mahupun yang batin, dan sebagainya.
 Seluruh program yang dijalankan menjurus kepada dasar-dasar Islam ianya akan menghasilkan sesuatu yang dapat dimanfaatkan bersama disamping rasa hamba terus bersemadi di dalam jiwa insan.
 Demikian pula Islam sentiasa menangani permasalahan tentang kaum wanita yang bukan sahaja dalam persoalan pemberian hak, tetapi juga pemeliharaan dan perlindungan hak mereka.
 Sebab itu dala Al-Quran telah dikhuduskan suatu surah iaitu Surah An-Nisaa’yang membicarakan seluruh kepentingan dan keperluan kaum wanita. Di sana diberi pelbagai garis panduan di dalam melaksanakan peranannya agar tidak ada ruang-ruang yang boleh pihak lain menganiaya mereka.
 Sehubungan dengan itu, buku berjudul FIQIH WANITA yang telah diterbitkan boleh menambahkan pengetahuan khususnya mengenai dasar-dasar hukum ketika beribadah seperti yang dituntut oleh ajaran Islam.

1.    ZAKAT
Zakat ialah rukun ketiga dari rukun islam yang kelima. Erti zakat menurut bahasa ialah : suci atau bersih (tathiir) dan bertambah (Al-Namaa). Contoh seperti dalam firman Allah swt :

“sungguh berbahagialah orang yang menyucikannya”.
(As-Syamsu : 9).

Atau seperti kata orang, “zakat al-zar’u”, apabila tanam-tanaman bertambah banyak atau subur.
Zakat menurut istilah syara’ialah : memberikan sejumlah harta kepada orang yang layak dengan syarat-syarat tertentu.Zakat diwajibkan dalam islam, pada tahun kedua hijrah. Dan kewajipan itu adalah mutlak, tidak dapat ditawar-tawar. Dalil yang mewajibkan zakat dalam Al-Quran ialah firman Allah swt :

“Bayarlah zakat !”.
(Al-Baqarah :43).

Dan firman Allah swt :
“Dan pada harta mereka ada hak bagi orang-orang miskin yang meminta dan orang-orang miskin tidak mendapat bahagian”.
(Az-Zarat : 19).

 Dan kewajipan itu adalah mutlak, tidak dapat ditawar-tawar. Dalil yang mewajibkan zakat dalam Al-Quran ialah firman Allah swt :
Bayarlah zakat !”.
(Al-Baqarah :43).

Dan firman Allah swt :
“Dan pada harta mereka ada hak bagi orang-orang miskin yang meminta dan orang-orang miskin tidak mendapat bahagian”.
(Az-Zarat : 19).


Dalil yang mewajibkan zakat menurut sunnah yang mulia ialah sabda Rasulullah saw :
Islam dibina atas lima dasar, iaitu :
1.    Pengakuan bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasulullah.
2.    Mendirikan solat.
3.    Membayar zakat.
4.    Puasa di bulan Ramadhan.
5.    Haji ke Baitullah bagi siapa yang sanggup pergi ke sana. (Muttafaqum `alaih).

Sunnah yang mulia telah menjelaskan jenis atau macam dan harta kekayaan yang wajib dibayar zakatnya. Iaitu harta berupa binatang ternak (seperti unta, sapi, dan kambing) emas dan perak sekalipun tidak diperdagangkan, harta perniagaan, harga galian atau tambang, harta simpanan, tanam-tanaman dan buah-buahan. Untuk mengetahui lebih mendalam hukum-hakam syara’tentang wajib zakat ini, sebaiknyalah dipelajari kitab-kitab fiqih. Dalam konteks saya ini, saya hanya akan kupaskan hukum zakat berkaitan dengan wanita, iaitu zakat perhiasan.

2.    KECAMAN BAGI YANG TIDAK MEMBAYAR ZAKAT PERHIASAN

Diriwayatkan oleh Abu Daud, Ahmad, Tirmidzi dan Daraquthni, dari Umar bin Syu’aib r.a, dari bapanya dan pakciknya, bahawa seorang wanita mendatangi Nabi Muhammad saw beserta anak perempuannya. Di tangan anak perempuan itu melekat dua utas gelang gelang emas yang tebal. Rasulullah bertanya kepada wanita tersebut, “adakah anda membayar zakat gelang itu?”. Jawab wanita tersebut “Tidak!”.
Sabda Rasulullah saw :

“Sukakah anda diberi dua gelang api oleh Allah di hari kiamat kelak?”

Kata perawi, “wanita itu mencabut kedua gelang tersebut dari tangan anaknya, lalu diberikannya kepada Nabi saw seraya berucap : “keduanya untuk Allah dan Rasulnya”.

Mengenai ucapan Rasulullah saw, “Sukakah anda diberi dua gelang api oleh Allah di hari kiamat kelak?”, menurut Al-Khathabi ucapan beliau itu ialah ta’wil (tafsiran) atas firman Allah `Azza wa Jalla yang berbunyi :“ Pada hari emas dan perak itu dipanaskan dalam neraka Jahannam, lalu diseterikakan ke dahi mereka, perut dan ke punggung mereka...”
(At-Taubah : 53).

Al-Fatakhaat : Lingkaran terbuat dari emas atau perak tidak memakai permata, terletak di jari manis. Kata Al-Khathabi, “biasanya sebuah cincin tidak cukup satu nisbah”. Yang dimaksudkan di situ ialah bila cincin tersebut digabung dengan perhiasan lain-lainnya.

3.    ZAKAT PERHIASAN

Perbezaan pendapat antara imam tentang perhiasan wanita. Apakah perhiasan itu wajib dibayar zakatnya atau tidak? Dan bilakah wajib dizakatkan? Antara pendapat para imam itu adalah seperti berikut :

MAZHAB HANAFI :
Imam Abu Hanafi dan Abu Hazm mengatakan, wajib zakat pada perhiasan - emas dan perak - bila cukup satu nishab. Beliau mengambil dalil kepada beberapa hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan tentang masalah ini, antara lain hadis-hadis yang telah disebutkan diatas. Rasulullah saw pernah menyuruh Aisyah r.a membayar zakat cincin emas yang dipakainya, seperti tersebut dalam hadis yang diriwayatkan Abu Daud, Daraquthnicdan Baihaqi. Kemudian beliau menyuruh pula Asma’binti Yazid dan bibinya membayar zakat gelang emas yang dipakai mereka seperti yang diriwayatkan oleh Ahmad. Begitu pula dua orang wanita yang mendatangi Nabi saw di rumahnya, sedangkan mereka memakai gelang emas, seperti yang diriwayatkan oleh Nasa`i.

MAZHAB MALIKI :
Mazhab Imam Maliki ini berpendapat tidak wajib menzakatkan perhiasan wanita - emas dan perak – seperti gelang. Kecuali pada beberapa hal tertentu seperti dibawah ini :

1.    Perhiasan itu pecah atau rosak dan tidak boleh diperbaiki kembali melainkan dengan meleburkannya.
2.    Perhiasan itu rosak, namun masih boleh diperbaikinya dengan melebur, tetapi pemilknya tidak berniat hendak memperbaikinya.
3.    Perhiasan itu disimpan untuk kegunaan di masa susah.
4.    Perhiasan itu disimpan dengan tujuan untuk diberikan kepada anak perempuannya nanti.
5.    Perhiasan itu disediakan untuk mahar, sekiranya si pemilik bermaksud hendak mengahwinkan anak lelakinya.
6.    Perhiasan disimpan untuk maksud diperdagangkan.

Bagi semua masalah diatas, maka wajib dizakatkan harta perhiasan itu.

MAZHAB SYAFI`I :
Mazhab Imam Syafi`I ini berpendapat tidak wajib dizakatkan harta perhiasan yang mubah, yang telah dipakai pemiliknya selama setahun dan menyedari bahawa perhiasan itu adalah miliknya. Apabila pemiliknya tidak tahu perhiasan itu adalah miliknya – seperti wanita yang mewarisi perhiasan smpai satu jumlah satu nisbah dan telah berlalu satu tahun menjadi miliknya, maka wanita itu wajib menzakatkannya.

Bila perhiasan wanita berlebih-lebihan, seperti gelang kaki sampai dua ratus mitsqaal, perhiasan itu wajib dizakatkan.

Wajib pula zakat pada kalung wanita yang terbuat dari emas, bila kalung itu tidak mempunyai tampuk (gagang) yang terbuat dari emas atau tembaga. Namun jika sebaliknya, perhiasan itu tidak wajub di zakatnya.apabila perhiasan itu rosak, tidak wajib zakatnya bila pemilik bermaksud memperbaiki, sedangkan kerosakan itu dapat diperbaiki tanpa tukang emas. Jika tidak, wajib menzakatkannya.

MAZHAB HAMBALI :
Mazhab Imam Hmbali ini berpendapat tidak wajib zakat pada harta perhiasan yang disediakan untuk dipakai atau dipinjamkan bagi orang yang memakainya. Jika disimpankan bukan untuk dipakai, wajib menzakatkannya. Apabila harta perhiasan itu rosak tetapi mungkin masih dipakai, beerti masih baik, maka tidak wajib menzakatkannya. Jika tidak mungkin dipakai dan memrlukan tukang emas untuk membaikinya, wajib zakatnya. Jika tidak memerlukan tukang emas, maka tidak wajib menzakatkannya.

HUJJAH IMAM YANG BERTIGA :

Mazhab Imam Hanafi mewajibkan zakat pada harta perhiasan wanita yang dibuat daripada emas dan perak bila cukup satu nishab. Tetapi imam yang bertiga berpendapat tidak wajib menzakatkan perhiasan wanita sekalipun cukup senishab.

Dalil mereka sebagai berikut : diriwayatkan oleh Baihaqi bahawa Asma’ binti Abu Bakar Shiddiq memakaikan puterinya perhiasan emas kira-kira 500 000, namun dia tidak membayar zakatnya.

Begitu pula dalam Muwattha`, dari Abdur Rahman bin Qasim, dari bapanya, bahawa Aisyah r.a. mengasuh puteri saudara lelakinya (keponakan) di rumahnya, kerana mereka telah menjadi yatim, semua dipakaikannya perhiasan emas, namun Aisyah tidak mengeluarkan zakat perhiasan keponakannya itu.

Begitu pula Abdullah bin Umar bin Khatab memakaikan puteri dan para hambanya perempuan (jawaari) perhiasan mereka itu. Nilai harta perhiasan kira-kira empat ratus dinar untuk seriby anak.

Kata Al-Khatabi : Lahir ayat mengukuhkan pendapat yang mewajibkan zakat pada harta perhiasan yang mubah begitu pun atsar turut pula mengyatkannya. Pendapat yang tidak mewajibkan ialah berdasarkan pemikiran (nazhar) yang ditopang oleh beberapa atsar. Pendapat yang lebih kuat ialah : mewajibkan membayarnya.

Khilaf atau perbezaan pendapat ini terjadi pada harta perhiasan yang mubah (yang dibolehkan memakainya). Bila memakai perhiasan yang tidak dibolehkan, - seperti leleki memakai perhiasannya yang menghias pedang – maka yang seperti itu hukumnya haram dan wajib padanya zakat. Begitu pula memakai bejana-bejana yang terbuat dari emas dan perak.

KESIMPULAN

Kesimpulan dari perbezaan pendapat ini : Jika wanita itu memiliki harta perhiasan yang digunakan untuk berhias, maka hal itu tidak dikenakan peraturan wajib zakat, walaupun cukup nishabnya.

Apabila wanita itu memiliki harta perhiasan untuk simpanan jangka masa panjang, maka sesungguhnya wanita tersebut sia-sia menyimpannya. Fungsi perhiasan tersebut telah berubah menjadi wang simpanan, bukan lagi untuk memenuhi keperluannya yang asasi, iaitu berhias. Maka yang seperti ini wajib menzakatkannya.

Inilah pendapat yang difatwakan dan termasuk bab Rukhshah. Namun keputusan yang didasarkan atas dasar taqwa, itulah yang paling kuat – iaitu wajib membayar sakat harta perhiasan apabila cukup satu nishab. Itulah yang dikehendaki oleh lahi nas (teks) ayat-ayat dan hadis yang menjadi pendirian Abu Hanifah dan Ibnu Hazm.

Kata Anas r.a. : “apabila perhiasan dipinjamkan atau dipakai, wajib menzakatkannya satu kali”.

4.    ZAKAT MAHAR
Wajibkah zakat pada mahar (shidaaq) wanita ? bilakah waktu wajib membayar zakat mahar itu? Terdapat perbezaan pendapat di antara beberapa orang imam :

MAZHAB HANAFI :
Mazhab ini berpendapat, mahar adalah ganti dan sesuatu yang tidak berwujud harta. Kerana itu tidak wajib zakat padanya sebelum wanita yang bersangkutan, jumlahnya cukup satu nishab dan telah mencapai waktu satu tahun sejak ia diterima. Ketentuan itu berlaku apabila wanita itu tidak cukup senishab mempunyai harta lain selain mahar tersebut. Kalau dia mempunya harta lain selain mahar tersebut, kalau dia memounyai harta lain yang cukup senishab, kemudian dia menerima mahar kurang atau lebih dari senishab, maka mahar itu wajib digabungkan dengan hartanya yang sydah ada, dan membayar zakat dari jumlah keseluruhan.

MAZHAB SYAFI`I :
Mazhab ini berpendapat, wanita wajib membayar zakat mahar yang diterimanya, dan dengan menggabungkan dengan keseluruhan hartanya, cukup satu tahun, walaupun dia belum senggama (melakukan hubungan seks antara suami dan isteri) dengan suaminya. Dan kewajipan itu tidak gugur dengan adanya sebab-sebab yang menjadikan fasakh atau thalaq.
Mereka mengatakan pula, tidak wajib membayar zakat piutang kepada yang berpiutang, kecuali bila piutang tersebut mungkin diterima dari berhutang. Maka ketika itu wajib membayar zakat dari tahun-tahun lalu yang telah berjalan.

MAZHAB MALIKI :
Mereka mengatakan : “orang yang memiliki harta dari mahar, tetapi belum memegang atau menguasai harta tersebut, maka harta itu manjadi piutang baginya. Piutang itu tidak wajib dizakatkan, kecuali sesudah diterima dan telah berjalan setahun sejak menerimanya.

MAZHAB HAMBALI :
“ mahar yang masih dalam bentuk piutang oleh wanita yang berhak keatasnya, hukumnya seperti hukum piutang”, kata mereka. Jika dia cukup kaya kerana piutang itu, tidak wajib dizakatkan, yang harus dikeluarkannya bila piutang tersebut telah diterimanya. Sekalipun dia berada di dalam kesukaran yang tidak menggembirakan, dia tetap wajib membayar zakat, tidak ada beza samaada dia telah dukhul (bercampur) dengan suaminya atau belum. Tidak wajib membayar zakat mahar kecuali setelah menerimanya. Jika mahar itu gugur sebahagian, umpamanya kerana jatuh thalaq sebelum dukhul, maka wanita tersebut membayar zakatnya dari sebahagian yang diterimanya, umpamanya kerana fasakh nikah, dia tidak wajib membayar sakat tersebut.

KESIMPULAN
Kesimpulannya adalah tidak wajib membayar zakat mahar melainkan sesudah menerimanya dan telah berjalaan satu tahun sejak menerimanya.

TAKARAN ZAKAT MAHAR :
Apabila mahar dibayar dengan emas atau perak, maka zakatnya seperti telah diterangkan dalam bab nishab emas atau perak. Apabila mahar itu dibayar dengan wang kertas bank, bagaimana nishab zakatnya? Apabila nilai jumlah wang kertas bank itu cukup sejumlah harga satu senishab emas. Menurut pendapat lain, batas minimumnya ialah sejumlah harga satu nishab perak.
Ertinya, seseorang wajib zakat harus menanya pasaran emas kepada pedagang, berapa harga 200,89 gram Mesir emas, apakah nilai itu sama dengan jumlah emas tersebut, lebih atau kurang. Tetapi bila mahar tersebut digabung dengan hartanya yang telah ada mencukupi satu nishab, maka wajib zakat atas keseluruhan bila telah berlalu satu tahun seperti telah diterangkan. Begitu pula halnya bila harus membayar senilai nishab perak.
Para ulama Fiqih berbeza pendapat : bolehkah kita menilai wang kertas bank dengan emas dan perak? Sebahagian mereka berpendapat boleh kerana sangat berguna bagi fakir miskin. Yang lain pula mengatakan, pada mulanya harta itu dinilai dengan emas. Satu mitsqaal emas sama dengan sepuluh dirham perak. Demikian yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w, nishab perak dinilai sama dengan nishab emas. Tetapi zaman selalu berubah. Nilai emas menjadi makin tinggi dari nilai perak. Maka tetaplah penilaian dilakukan dengan emas, kerana itulah yang asli dan yang berlaku di seluruh dunia, dalam perubahan masa.
Pendapat terakhir yang dapat diterima juga ialah yang diucapkan oleh Dr. Musa Syaahin Laahin, Dekan Kulliyah Ushuluddin dan Wkil Rektor Universiti Al-Azhar Cairo, - di muka televisyen Mesir. “Siapa yang hendak menilai wang kertas bank dengan emas, maka sesungguhnya dia sudah mengambil suatu kemudahan dan kelapangan, bahkan menurut kaedah sebahagian para ulama, penilaian dengan emas itulah yang asli. Dan siapa yang mengadakan penilaian dengan perak, maka dia mengambil dasar-dasar hukum”

INFO :
Nishab emas : Satu nishab emas ialah dua puluh mitsqaal. Sama dengan 200,89 gram timbangan Mesir.
Nishab perak : Nishab perak ialah dua ratus dirham. Sama dengan 624 gram dengan timbangan Mesir.

PENUTUP
Wanita-wanita muslimah sangat inginkan pengetahuan yang memadai tentang agama yang mereka anuti, iaitu islam. Untuk itu, setiap wanita muslimah seharusnya memiliki suatu penulisan yang berhubung dengan identitinya yang tersendiri dengan harapan agar pintu ma`rifah kaum wanita akan terbuka bagi melaksanakan ibadah yang sah di hadirat Allah SWT.

Wallahua’lamu. Allah jualah Yang Maha Tahu dan yang memberi taufik mana satu yang benar.



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com