MENDAKAP BERKAT RAMADAN

OLEH: MUHAMAD SAMAD BIN MOHD NOH
PENGHARGAAN
Bersyukur saya kehadrat allah,kerana dengan limpah dan kurnianya akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya,saya juga bersyukur kerana allah memberikan saya nikmat kesihatan sepanjang saya berusaha untuk menyiapkan tugasan ini,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Abd Aziz bin Harjin kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan kepada saya untuk membuat tugasan ini,tidak lupa juga kepada karya Burhan Sodiq iaitu Mendakap Berkat Ramadan yang banyak membantu saya menyiapkan tugasan,dan memberi pelajaran baru kepada saya.
Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang membantu samada secara langsung ataupun tidak langsung,yang memberi kata-kata semangat,memberi nasihat dan yang seumpamanya,terima kasih saya ucapkan,terima kasih juga kepada sahabat saya Ahmad Fazrul bin Abdullah kerana membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini,jasa anda akan sentiasa saya kenangi
Di kesempatan ini juga saya ingin berterima kasih kepada sahabat sebilik saya iaitu Muhamad Hasrol bin Rizan dan juga Muhamad Haziq bin Zulkifli kerana tidak putus-putus memberi semangat,serta memberi tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan tugasan saya yang berkaitan dengan karya Burhan Sodiq yang berkaitan dengan ramadan ini
    Akhirulkalam daripada saya,jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang membantu saya,jasa anda saya akan kenangi,saya juga bersyukur kehadrat allah kerana tanpa izinya pasti tugasan ini tidak akan Berjaya di siapkan

PENDAHULUAN
Ramadan adalah satu daripada 12 bulan dalam kalander islam,ramadan datang dengan satu daripada amalan yang terkandung dalam rukun islam iaitu puasa.Puasa merupakan rukun islam yang ke tiga,puasa boleh di definasikan sebagai menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehinga gelincir matahari,namun bulan ramadan hanya di kenali dengan puasa sahaja tapi dengan pelbagai amal soleh yang lain seperti,solat malam(terawih).
Selain daripada itu ramadan juga terkenal dengan amal-amal soleh yang lain seperti bersedekah,kiamul lail,(bangun pada waktu malam dengan tujuan untuk beribadah),pada bulan ramadan juga terdapat hari-hari kebesaran islam seperti nuzul quran,dan malam yang mana lebih baik daripada 1000 bulan iaitu malam lailatul qadar.,Nabi muhamad menerima wahyu pertamanya juga pada bulan ramadan.
Bulan ramadan adalah satu bulan yang mulia dalam islam,segala amal kebaikan yang kita lakukan pada hari-hari biasa akan diberi ganjaran yang lebih pada bulan ramadan al mubarak ini,ramadan di katakan sebagai penghulu segala bulan dalam islam,selepas ramadan berakhir maka datanglah pula bulan yang seterusnya iaiti syawal,yang mana umat islam akan menyambut hari kemenengan iaitu hari raya aidulfitri seteloah sebulan melakukan amal ibadah seperti puasa dan amal-amal sunat lainya.
Hukum berpuasa adalah wajib bagi umat islam yang telah cukup umur(baligh)ini adalah berdasarkan firman allah dalam (surah Al-Baqarah-183)maknanya”Wahai orang-orang yang beriman! kamu di wajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa,mari kita mengupas lebih lanjut mengenai ramadan.
MENDAKAP BERKAT RAMADAN
Ramadan ialah satu bulan mulia dan di muliakan,Ramadan juga boleh di takrifkan sebagai puasa,kita seharusnya berbanga dan bersyukur kehadrat allah,karana kita ditakdirkan olehnya untuk berjumpa lagi dengan bunlan Ramadan yang menjajikan 1001 kebaikan.Kita mesti membuka hati dan perasaan kita,semoga Ramadan menjadi masa memperbaiki diri yang sentiasa kita nantikan.Ramadan boleh diumpamakan seperti seorang putri cantik yang ditungu-tungu kedataganya.kalau benar kita menungunya,kita seharusnya berasa gembira dan suka cita apabila menyambut penghulu segala bulan iaitu Ramadan,ada banyak nama Ramadan yang seharusnya kita mengetahuinya.,
Ramadan bulan pendidikan(Syahru at-tarbiyah),Ramadan dikatakan sedemikian kerana pada bulan ini orang-orang beriman dididik untuk berlaku disiplin dengan aturan-aturan allah dan rasul-nya.Termasuklah kita akan dididik untuk menjadi hamba allah yang lebih soleh dan solehah,fizikalnya,pada bulan Ramadan ini allah mendidik umatnya dengan mengatur pola makanan,secara psikologinya allah mendidik umatnya supaya lebih sabar,jujur,menahan amarah,empati dan berkongsi dengan orang lain.secara fikrah pula allah mendidik agar orang-orang beriman sentiasa bertafakur dan mengambil pengajaran-pengajaran yang bermakna dlam kehidupan
Ramadan bulan perjuangan(syhru al-jihad).kerana untuk melaksanakan ibadah puasa yang terdapat dalam bulan Ramadan memerlukan perjuagan yang jitu,mengendalikan hawa nafsu juga merupakan satu perjuangan,dalam bulan Ramadan,kita berjuang menentang hawa nafsu bermakna kita menjauhkan diri dari pada perkara-perkara yang didorong oleh hawa nafsu seperti makan dan minum pada bulan Ramadan.Untuk menjadi hamba yang tunduk dan patuh dengan ketentuan allah kita mesti bijak berjuang menentang hawa nafsu,
Ramadan adalah bulan Quran(syahru al-quran)Ramadan adalah bulan al-quran kerana al-quran diturunkan pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini,seharusnya pada bulan ini hubungan antara al-quran dan juga kaum muslim menjadi sangat kuat.Sebagai contoh genarasi salaf yang mengunakan waktu optimum pada bulan Ramadan untuk berintraksi dengan al-quran,sama ada dengan membaca mentadabburi dan mengamalkan isi kandugan al-quran itu sendiri
Ramadan adalah bulan persaudaraan(syahru al-ukhuwwah)pada bulan ini allah mendidik umatnya supaya lebih mencintai saudara-saudaranya,rasulullah pula mendidik umatnya supaya memperbanyakan sedekah pada bulan Ramadan yang mulia ini,kerana segala amal soleh di beri ganjaran berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan biasa.,seharusnya kita merebut peluang yang diberi ini dengan memanfaatkan masa yang diberi oleh allah pada bulan Ramadan iaiti penghulu segala bulan,antara amalan sedekah yang boleh kita amalkan pada bulan Ramadan yang mulia ini ialah dengan memberi makanan kepada orang yang berpuasa,membayar zakat dan yang seumpamanya
Ramadan bulan ibadah(syahru al-ibadah)allah memberi peluang kepada hambanya untuk beribadah sebanyak-banyaknya pada bulan ini,kerana pahala di lipat gandakan hanya pada bulan ini sahaja,kita hendaklah merialisasikan misi hidup dengan sentiasa beribadah kepada allah.
Masih ada beberapa nama yang di sematkan untuk ramadan iaiti bulan Jemaah,bulan dakwah,bulan diturunkan lailatul qadar,bulan mulia,bulan penuh berkat,bulan suci dan lain-lain,nama-nama ini semua mencerminkan kebaikan yang sangat banyak
Kita seharusnya membuat persiapan untuk menyambut ramadan.Contoh persiapan yng boleh dilakukan ialah dengan berlatih bangun malam dan megerjakan solat sunnat tahajud,melaksanakan puasa sunat sy’ban yang disunatkan rasulullah dan amalan-amalan yang lain.Kita hendaklah menjadi hamba allah yang bersyukur dgan kehadiran bulan ramadan.Bulan ramadan menjanjikan pelbagai keutamaan,contohnya keutamaan yang didapati sejak awal ramadan lagi iaitu syaitan-syaotan dan jin-jin yang sangat jahat di belengu,pinti-pintu neraka di tutup dan tiada satupun yang terbuka manakala pintu-pintu syurga di buka dan tiada satupun pintu yang ditutup.
Pada bulan ramadan jin dan syaitan yang jahat akan diikat sehinga dia tidak melakukan kerosakan kepada manusia seperti yang mereka lakukan pada bulan-bulan lain selain bulan ramadan,padabualan ramadan manusia melaksanakan ibadah puasa yang mematahkan syahwat,selain itu muslimin juga di sebukan dengan membaca al-quran serta bertadarus,dan ibadah-ibadah lainya,semua ibadah ini membersih,melatih serta menyucikan jiwa seorang muslimin.
Ulama telah memberikan teladan yang berharga kepada kita,meraka adalah orang-orang yang mengetahui betapa berharganya ramadan,mereka menjalani bulan ramadan dengan penuh kesunguhan untuk melakukan amal soleh dan mengharapkan reda dan ganjaran daripada allah,para ulama berdoa selama 6 bulan agar mereka disampaikan kembali kepada bulan ramadan,dan kemudianya mereka berdoa selama 6 bulan agar allah menerima amalan mereka,seharusnya kita mencontohi sikap dan amalan para ulama dalam menempuh dan menanti bulan ramadan yang mulia ini.
Antara amalan yang boleh kita contohi ialah membaca al-quran atau bertadarus,contohnya.Al-Aswadi binYazid membaca al-quran sehinga beliau mengkhatamkan al-quran pada bulan ramadan pada setiap dua malam,manakala selain dari bulan ramadan beliau mengkhtamkan al_quran dalam masa 6 hari,selain itu Al-Imam Malik bin Anas beliau meningalkan pelajaran hadis dan majlis ahli ilmu dan menumpukan kepada membaca al-quran,di samping itu,Al-Imam Sufyan Ats-Tsauri,jika datang bulan ramadan beliau meningalkan manusia dan menumpukan diri untuk membaca al-quran,ini adalah antara malan para ulama yang menunjukan amalan mereka membaca al-quran
Selain itu amalan yang boleh kita contohi dari para ulama ialah dalam solat malam(terawih).Solat terawih ialah merupakan kebiasaan bagi orang-orang soleh,perniagaan kaum mukminin,dan amalan orang-orang yang meraih kemanangan,pada waktu malam orang-orang yang beriman menyendiri dengan tuhan menghadap dan mengadu kepada pencipta iaitu allah yang maha besar.antara ulama yang memberi contoh dan teladan yang baik mengenai solat malam ialah,Abu Hurairah,beliau,isteri dan juga pembantunya membahagi malam kepada 3 bahagian yang satu solat ini kemudian membagunkan yang lainya.seterusnya ulama yang memberi teladan ialah Thawus beliau melompat dari atas tempat tidurnya kemudian bersuci dan terus menghadap kiblat(melakukan solat) hinga datang subuh dan berkata : mengingat jahanam akan menghentikan tidurnya para ahli ibadah.Ini adalah contoh amalan para ulama pada bulan ramadan yang berkaitan dengan solat malam.
 Sifat pemurahdan dan dermawan para ulama ketika menyambut bulan ramadan juga boleh kita contohi.Contohnya adalah Ibnu’Umar berpuasa dan tidak berbuka kecuali bersama orang-orang miskin dan jika keluarganya menghalangi mereka darinya,maka dia tidak makan pada malam itu,jika ada seorang peminta datang kepadanya dalam keadaan beliau sedang makan,beliau mengambil bahagianya dan memberikan kepada si peminta tersebut,beliau pun kembali,dan,keluarganya telah pun makan apa yang tersisa di mangkuk tempat makanan,maka beliau berpuasa pada pagi harinya dan tidak memakan sesuatu pun,contoh lain mengenai sedekah ulama pada bulan ramadan ialah Hammad bin Abi Salmah memberi jamuan berbuka pada bulan ramadan kepada 500 orang dan setelah aidilfitri beliau memberi masing-masing mereka 500 derham.
 Antara sifat dan perbuatan lain yang dapat di lihat dalam para ulama ketika menjelang ramadan ialah makan sedikit contohnya ialah Ibrahim bin Abi Ayyub berkata:Muhammad bin ‘Amir Al-Ghazy makan hanya dua kali pada bulan ramadan,selain dari itu sifat lainya ialah ulama menjaga lisan,sedikit bicara dan menjaga diri dari dusta.sesunguhnya ramadan ialah bulan yang mulia,jangan lah kita rosakan pahala yang kita perolehi dengan melakukan perkara-perkara seperti mengumpat,berdusta dan menabur fitnah.Dari Abu Hurairah dia berkata Rasulullah bersabda;”barang siapa yang tidak meningalkan perkataan yang haram dan melakukan perbuatan yang haram maka Allah tidak perlu kepada jerih payahnya meningalkan makan dan minumnya.


Ada apa dengan bulan ramadan?.Ramadan bulan menuju ketaqwaan,puasa adalah sebab yang boleh mendidik manusia kearah ketaqwaan,ini dalah kerana puasa mampu mengawal nafsu,ini sesuai dengan salah satu pentaksiran yang disebut oleh imam al-Qurthubi,berpandukan kepada hadis riwayat Imam Ahmad yang menyebut bahawa puasa adalah sebuah perisai.Ramadan bulan mujahadah,para ulama salaf adalah suri teladan bagi umat,mujahadah mereka dalam mengisi bulan ramadan perlu di contohi oleh kita.seperti Imam Asyafi’e,dalam bulan ramadan beliau menkhatamkan al-quran dua kali dalam satu malam,dan 60 kali dalam bulan ramadan.
Puasa Ramadan menumbuhkan sifat amanah,Wahbah Zuhaili dalam bukunya berpendapat bahawa puasa mengajar rasa amanah dan muraqabah di hadapan Allah,sama ada dengan amalan yang nampak ataupun yang tersembunyi,maka tidak ada yang mengawasi orang yang berpuasa agar menghindari hal-hal yang dilarang dalam berpuasa kecuali allah ta’ala,puasa ramadan juga melatih muslim menjadi lebih berdisiplin.Wahbah Zuhaili turut menjelaskan apabila kita berpuasa kita harus makan dan minum dalam waktu yang terbatas dan berbuka puasa tidak boleh di lengah-lengahkan.
    Seterusnya,puasa ramadan juga memupuk rasa perpaduan sesama muslim,menurut Wahbah Zuhaili puasa ramadan menimbulkan rasa perpaduan antara sesame muslim,ini kerana setiap muslim di wajibkan untuk melaksanakan ibadah puasa pada bulan ramadan,tidak kira di mana mereka berada,mereka berbuka bersama,mengamalkan amalan-amalan sunat ketika di bulan ramadan bersama seperti solat sunat tarawih berjamaah di masjid,bertadarus al-quran bersama-sama dan yang seumpamanya,puasa juga membolehkan kita merasai kesengsaraan saudara-saudara islam yang mengalami masalah kebuluran,kekurangan sumber makanan ataupun tertimpa bencana.Dengan ini semua maka rasa kasih saying terhadap sesame umat islam akan timbul.
    Puasa ramadan juga,melatih kita supaya bersabar,ini kerana pada bulan ramadan kita dilatih supaya sabar menahan lapar,dan mengawal nafsu,dan apabila ada seseorang mengangu kita hendaklah kita bersabar kerana sesunguhnya itu adalah dugaan.Puasa ramadan juga menyihatkan,menurut Al Harits bin Kaldah,tabib arab yang pernah mengabdi diri kepada rasulullah,perut adalah tempat tingal penyakit dan ubatnya adalah sedikit makanan,Lailatul Qadar,ialah satu malam yang ada pada bulan ramadan iaitu satu malam antara 10 malam terakhir dalam bulan ramadan,Lailatul Qadar adlah satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan,justeru Lailatul Qadar ialah hadiah dari allah kepada umat nabi muhamad yang tidak dirasai oleh umat-umat terdahulu,sebelum nabi muhamad.
    Ramadan adalah bulan keampunan,siapa yang berpuasa dengan berasaskan keimanan dan pengharapan reda allah,maka dosanya yang telah lalu akan di ampunkan.Adakah kita mengetahui bahawa bau mulut oaring yang berpuasa lebih harum daripada kasturi dihadapan allah,ini menunjukan betapa mulianya orang yang brpuasa di sisi allah,di bulan ramadan juga para malaikat meminta ampun untuk kita siang dan malam selain syurga juga diperintahkan oleh allah supaya berhias diri pada bulan ramadan untuk hamba-hambanya segera beristirahat dari kepenatan hidup di dunia.
    Seterusnya,pada malam akhir ramadan allah mengampunkan dosa umat-umatnya ini adalah kerana umatnya telah selesai megerjakan amalan wajib pada bulan ramadan iaitu berpuasa,pada bulan ramadan juga,pintu syurga di buka manakala pintu neraka di tutup dan syaitan di belengu,Syarah Shahih Muslim menjelaskan behawa makna sebenar bagi pintu syurga dibuka,pintu neraka di tutup dan syaitan di belengu ialah sebagai tanda datangnya ramadan dan pemuliaan terhadapnya,ia juga bermakna besarnya pahala dan keampunan di bulan ini,sehinga syaitan terbelengu
  

Pelbagai lagi kelebihan yang ada di bulan ramadan yang lain contohnya adalah,al-quran diturunkan pada bulan ramadan,ini adalah berdasarkan firman allah dalam surah Al-Baqarah yang bermakna”bulan ramadan yang diturunkan di dalamnya al-quran,sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan atas petunjuk itu serta pemisah antara hak dan batil”,selain tu kitab-kitab suci lain turut di turunkan pada bulan ramadan,seperti shuhuf nabi Ibrahim di turunkan pada awal malam pertama ramadan,taurat pula di turunkan pada hari ke enam bulan ramadan,dan injil pula pada hari ke tiga belas dari ramadan,selain daripada itu wahyu pertama nabi muhamad juga diterima pada bulan ramadan di gua Hira’ yang terdapat pada gunung Rahmah,ketika nabi muhamad ingin mengasingkan diri(uzlah),uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan,tatkala datang ramadan ketiga dari masa uzlah,turun kepada baginda malaikat jibril mewahyukan surah Al –Alaq iaitu surah pertama yang diturunkan.
Adakah kita mengetahui bahawa peperangan badar terjadi pada bulan ramadan?,peperangan badar terjadi pada hari ke 27 ramadan tahun kedua setelah hijrah.Ibnu Abbas mengatakan:”ketika itu hari jumaat,27 ramadan,dan ketika itu juga terbunuh Firaun umat,Abu jahal,musuh terbesar umat islam”.Selanjutnya islam tersebar di Yaman juga pada bulan ramadan,iaitu pada tahun ke sepuluh hijrah.apa yang telah di sebutkan ini adalah sebahagian daripada jawapan tentang ada apa dengan bulan ramadan?.,
Kenapa kita berpuasa?,,kita berpuasa kerana puasa dapat mendekatkan diri kita dengan allah,selanjutnya puasa perisai(pelindung),rasulullah menyuruh orang yang kuat syahwatnya tetapi belum mampu untuk bernikah agar berpuasa,kerana puasa menahan kuatnya anggota badan hinga dapat terkawal seluruh angota badan,serta seluruh kekuatan(yang buruk)di tahan sehinga taat dan dibelenggu dengan belenggu puasa.ini membuktikan bahawa puasa menjadi perisai yang menahan syahwat dari menguasai diri,selain itu,dengan puasa juga dapat memasukan seorang hamba ke dalam syurga,ini adalah berdasarkan hadis dari Abi Umamah,aku berkata:”ya rasulullah tunjukan kepadaku amalan yang dapat memasukanku ke dalam syurga”;baginda menjawab:”Atasmu puasa,tidak ada(amalan)yang semisal dengan itu”melalui hadis ini kita dapat mengetahui dengan jelas berpuasa dapat memasukan seorang hamba ke dalam syurga
Selain itn,puasa merupakan kafarah,dan ini adalah keistimewaan puasa berbanding amalan lain,contohnya,allah menjadikanya sebagai kafarah bagi orang yang memotong rambut kepalanya(ketika haji)kerana ada penyakit atau keuzuran di kepalanya,contoh lainya pula ialah puasa kafarah bagi yang tidak mampu membeli korban.
Kita seharusnya bersemangat dalam menempuh bulan ramadan yang indah ini kerana,allah memberikan banyak kemudahan,ganjaran dan keampunana di bulan ini.Banyak kelebihan yang terdapat dalam bulan ramadan yang penuh berkat,antaranya pengampunan dosa.Allah dan rasulnya menjelasakan betapa tingginya kdudukan puasa yang dikerjakan pada bulan ramadan,dan kalau seandainya orang yang berpuasa mempunyai dosa seperti buih di lautan,nescaya akan di ampunkan kerana ibadah yang baik dan diberkati yang di kerjakan iaitu puasa
Selain itu,antara kelebihan lain yang terdapat dalam bulan ramadan ialah,doa di makbulkan dan di bebaskan dari api neraka,hal ini di buktikan dengan Hadis riwayat Bazzar,rasulullah bersabda:”Allah memiliki hamba-hamba yang di bebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan ramadan,dan semua orang muslim yang berdoa akan di makbulkan doanya”.Kelebihan yang seterusnya ialah orang yang berpuasa termasuk dalam sidiqqin dan syuhada,ini di buktikan dengan hadis riwayat Ibnu Hibban,dari amr bin Murrah Al-Juhani berkata:datang seoran lelaki yang datang kepada nabi muhamad kemudian berkata:”ya rasulullah!,Ape pendapatmu jika aku bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang berhak untuk diibadahi kecuali allah,engkau adalah rasulullah,aku solat 5 waktu,aku tunaikan zakat,aku lakukan puasa ramadan dan solat terawih di malam harinya,termasuk orang yang manakah aku?”,Baginda menjawab:”Termasuk dari siddiqin dan syuhada”.,hadis ini adalah bukti kukuh bahawa orang yang berpuasa termasuk dalam sidiqqin dan syuhada.

KESIMPULAN
kita hendaklah menghayati makna ramadan dengan sedalam-dalamnya kerana ramadan mendatangkan pelbagai manafaat kepada kita,kita juga harus menteladani apa yang di amalkan oleh para ulama sama ada dari segi ibadah ataupun persedian mereka sebelum menghadapi ramadan.Ramadan yang hanya datang sekali dalam setahun ini datang membawa ganjaran pahala yang banyak yang seharusnya kita rebut,seharusnya kita mengangap ramadan yang kita lalui adalah ramadan terakhir,dan jadikan lah ramadan kini lebih baik daripada ramadan yang lepas,kerana kita tidak mengetahui samada kita kan berjumpa lagi ataupun tidak dengan ramadan yang akan datang,golongan muda seharusnya menghayati makna ramadan,kerana ramadan itu indah,penghulu segala bulan,jika golongan muda betul-betul menghayatinya tidak mustahil masalah-masalah sosial dapat di nyahkan.Ramadan adalah bulan pendidikan,bulan perjuangan,bulan Quran,bulan persaudaraan dan bulan ibadah.



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com