TANGGUNGJAWAB IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM -

Oleh: Nur Tharra Addina Binti Rashid

TANGGUNGJAWAB IBU-BAPA

1.    Melakukan Aqiqah

Setiap ibubapa sangat dituntut melakukan aqiqah untuk setiap anak yang dilahirkan sebagai tanda syukur terhadap nikmat Allah kepadanya. Sabda Rasulullah S.A.W :
“Setiap bayi yang dilahirkan tergadai(kebaikannya) dengan aqiqah
disembelih pada hari ke tujuh, juga dicukur dan diberi nama. ”,
Hadis di atas menjelaskan bahawa aqiqah adalah satu amalan yang sunat dilakukan pada hari ketujuh dari kelahiran anak. Disunatkan menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor untuk anak perempuan
dengan kaedah syarak.

2.    Memberikan Nama yang Baik

Memberi nama anak dengan nama-nama yang baik dan mempunyai makna yang elok adalah salah satu amanah danvtanggungjawab ibubapa yang sangat dituntut dalam Islam. Memilih nama yang tidak baik akan memalukan anak itu sendiri di dunia dan akhirat. Di dunia ia akan melahirkan sakit jiwadan merasa malu dengan masyarakat. Di akhirat ia akan malu apabila namanya yang mempunyai makna dan pengertian yang tidak baik apabila diseur di padang mashsyar nanti. Ibubapa mestilah berhati-hati memilih nama anak-anak jangan sampai memilih nama-nama yang diharamkan.

3.    Mengkhatankannya

Berkhatan adalah suatu sunnah yang sangat dituntut sama ada ke atas anak lelaki atau perempuan. Dari kajian ilmiah yang dibuat terbukti berkhatan dapat mencegah berbgai-bagai penyakit di tempat berkhatan itu.

4.    Menumpahkan Kasih Sayang

Ibubapa hendaklah memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Layanan yang baik dan pergaulan yang mesra antara ibubapa dan anak-anak akan melahirkan suasana yang harmonis, tenang dan tenteram dalam kehidupan rumahtangga.
Anak yang mendapatkan kasih sayang yang sepenuhnya dari ibubapa akan menjadi anak-anak yang lemah-lembut, bersopan-santun dan menghormati orang lain.


5.    Memberi Makan/Minum dan Pakaian Halal

Setiap ibubapa mestilah memastikan setiap yang masuk ke dalam perut anak-anaknya itu dari makanan atau minuman yang bersih, berkhasiat dan halal. Sabda Rasulullah S.A.W :
“Siapa yang berusaha untuk menyara keluarganya dari yang halal maka ianya sepertilah
orang yang berjihad pada jalan Allah. ”
Sabda Rasulullah lagi :
 “Setiap daging yag tumbuh dari yang haram maka nerakalah yang lebih utama
dengannya. ”
Seterusnya ibubapa mestilah mengambil berat tentang pakaian anak-anak supaya jangan sampai terpakai pakaian atau perhiasan yang diharamkan oleh Allah. Jangan cuba membiasakan anak lelaki memakai emas atau sutera tulin. Dan jangan membiasakan pula anak perempuan memakai pakaian yang mendedahkan aurat.

6.    . Mengasingkan Tempat Tidur

Ibubapa perlulah mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan supaya tidak timbul sesuatu yang tidak baik. Sabda Rasulullah S.A.W :
“Suruhlah anak-anak kamu sembahyang bila mereka berumur tujuh tahun. Dan
pukulkan mereka(jika enggan sembahyang) apabila sudah berumur sepuluh tahun. Dan
asingkan tempat tidur antara mereka. ”

7.    Memberi pendidikan agama, Al-Quran dan adab sopan Islam

Setiap ibubapa bertanggungjawab memberi didikan agama kepada anak-anaknya supaya menjadi anak yang soleh, yang dapat memberi manfaat kepadanya dunia dan akhirat. Mereka tidak akan terlepas daripada tanggungjawab ini walaupun sudah berjaya memberi pendidikan atau pelajaran akademik ke peringkat tertinggi sekalipun. Rasulullah bersabda:
 “Dosa yang paling besar yang akan menimpa ibubapa di akhirat nanti ialah dosa
membiarkan anak-anak mereka jahil dan buta agama. ”
Hal ini dapat menyelamatkan diri kita dari terjerumus ke dalam berbagai-bagai kegiatan keruntuhan akhlak yang bercanggah dengan agama dan moral. Selain itu, ibubapa hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik dalam pergaulan dengan ana-anak.


TANGGUNGJAWAB ANAK

Dalam al-Quran banyak terdapat ayat-ayat yang menerangkan bagaimana besar dan beratnya kewajipan dan tanggungjawab seorang anak terhadap dua ibubapanya. Antara ayat tersebut Allah berfirman:
“dan hendaklah kamu menyembah(dan berbakti) kepada Allah, dan jangan kamu
sekutukan Dia dengan sesuatu, dan hendaklah kamu berbuat baik dengan
sesungguhnya kepada ibubapa. ”
Ayat di atas menerangkan betapa besarnya kewajipan mentaati dan berbakti kepada dua ibubapa dan ianya amalan takarrub kepada Allah yang sangat besar pahalanya. Jika seseorang anak melakukan sesuatu yang boleh mengecilkan hati ibubapanya apatah lagi sampai menderhakainya adalah suatu dosa yang sangat besar di sisi Allah.

    Hukum berbakti kepada ibubapa
Jelas dari al-Quran, sunnah dan ijmak ulamak taat serta berbakti kepada dua ibubapa hukumnya adalah wajib. Firman Allah S. W. :
“Dan kami wajibkan manusia taat kepada ibubapanya, ibunya telah mengandungkan
dia dalam keadaan lemah bertambah lemah, sedang putus susunya adalah dalam dua
tahun. (kami perintah) hendaklah engkau bersyukur kepadaKu dan ibubapamu,
kepadaKaulah tempat kembali.
Mengikut riwayat At-Tabrani pula Rasulullah bersabda :
 “Bertaqwalah kepada Allah, dirikan sembahyang, keluarkan zakat, tunaikan haji dan
umrah, berbaktilah kepada dua ibubapa engkau, hubungkanlah silaturrahim,
muliakan tetamu, amar makruf dan nahi mungkar. ”
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa hukum taat dan berbakti kepada ibubapa itu wajib.


    Fadhilat berbakti kepada kedua ibubapa
- Allah akan memberkati umur seseorang anak untuk diperguna dan dimanfaatkan sebaik-
baiknya serta dihabiskan untuk mentaati Allah. Hamba yang mentaati ibubapanya dan
taat kepada Tuhan, akan berada di syurga yang paling tinggi. Dengan itu, namanya
sentiasa harum disebut walaupun sesudah matinya.
  
-Ketaatan mereka bukan hanya setakat mendapat kelebihan dan pahala yang begitu besar
dari Allah tetapi juga boleh menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan oleh seorang anak.
Hal ini juga dapat melanjutkan umur dan menambah rezeki seseorang anak.


    Bentuk bukti
Semasa hidup, seorang anak dituntut berbakti dan berkhidmat kepada dua ibubapa dengan memberi sebarang pertolongan dan bantuan sama ada berupa kewangan atau lainnya sehingga mereka terasa selesa dalam menjalani kehidupan ini.
i.    Berlemah lembut

Menjadi kewajipan seorang anak berlemah-lembut dan berbudi bahasa halus dengan ibubapanya. Firman Allah :
 “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan
kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa
jika salah seorang dari kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam
jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka s
sekalipun perkataan ‘Oh’. dan janganlah engkau menengking,
menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
 Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan
dan kasih sayangmu, dan doakanlah kepada mereka “ Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. ”

ii.    Meminta izin dan berdiri

Seorang anak yang sudah dewasa adalah dituntut meminta kebenaran ibubapanya sebelum memasuki bilik mereka, tidak boleh sama sekali memasukinya tanpa mendapat kebenaran atau keizinan terlebih dahulu. Seorang anak juga perlu memberi layanan yang baik kepada ibubapa iaitu berdiri menghormati keduanya.

iii.    Pengorbanan harta benda

Selain hal demikian, mereka dituntut menolong dan membantu ibubapa apatah lagi yang miskin dan susah dengan segala kemudahan harta benda dan kewangan yang ada padanya supaya mereka hidup selesa dan gembira. Amatlah dosa besar sekiranya seseorang anak hidup selesa sedangkan ibubapanya hidup melarat dan miskin dan terpaksa berhempas pulas kerana mencari nafkah hidup sesuap nasi.

    Kebaktian selepas kematian keduanya

i.    Berdoa

 Doa seseorang anak untuk ibubapanya sangat memberi manfaat kepada keduanya sehingga darjah ketinggian dan kemuliaan mereka dalam syurga sentiasa ditingkatkan oleh Allah. Dari Malik bin Zurarah berkata, Rasulullah bersabda :
“ Memohon keampunan untuk dua ibubapa yang sudah meninggal dunia dari
seorang anak adalah senbahagian dari kebaikan. ”
Menjadi kewajipan seorang anak mendoakan agar kedua ibubapanya diampuni Allah dan roh mereka sentiasa dicucuri rahmat. Walau bagaimanapun, satu hal yang harus diketahui bahawa seorang anak tidak boleh memohon keampunan dan rahmat dari Allah untuk ibubapanya yang mati dalam agama kafir.

ii.    Menziarahi kubur

 Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :
“ siapa menziarahi kubur dua ibubapanya atau salah seorang pada setiap hari
Jumaat diampun dosanya dan ditulis sebagai kebaikan. ”

iii.    Menghubungi silaturrahim dengan teman-teman mereka

Mengeratkan dan meneruskan hubungan silaturrahim dengan teman-teman ibubapa semasa hayat mereka adalah suatu cara kebaktian kepada mereka.

iv.    Berpuasa untuk keduanya

Sebagai salah satu bakti seorang anak terhadap dua ibubapa yang sudah meninggal ialah dengan tolong qadakan puasa yang ditinggal oleh salah seorang atau kedua-duanya semasa hayat mereka.

v.    Mengerjakan solat

 Seseorang anak boleh meneruskan bakti dengan menqadakan solat yang ditinggalkan oleh mereka raulullah bersabda ;
“ di antara kebaktian selepas mati ialah engkau solat untuknya bersama solat
engkau. ”

 Demikianlah, beberapa hak ibubapa di mana merupakan tanggungjawab yang mesti ditunaikan dan dilaksanakan oleh seorang anak terhadap mereka. Sungguh tepat sabda Rasulullah S.A.W :

“ Berbuat baiklah kepada ibubapa kamu, nanti anak-anak kamu akan berbuat baik pula kepada kamu. ”




************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com