Ekonomi dari kacamata Islam

OLEH : MOHAMED SYUKRI BIN SUNAN MUHDZIR

PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan diberikan kepada pensyarah, Ustaz Abd Aziz bin Harjin atas tunjuk ajar beliau dalam mendidik saya dan pelajar yang lain agar ilmu yang diberikan itu dapat memberikan impak ke dalam diri kami semua.
    Tidak lupa juga sumbangan beliau atas tunjuk ajar bagi menyiapkan kerja kursus ini. Segala petunjuk dan dorongannya amatlah berguna yang susah untuk dicari ganti dengan benda lain. Hasil usaha beliau dalam mendidik anak bangsa untuk mengenal erti agama hanyalah boleh dibalas oleh ALLAH s.w.t.
    Terima kasih juga saya ucapkan kepada sahabat yang turut membantu dalam memberikan dorongan secara langsung mahupun tidak langsung bagi menyiapkan kerja kursus ini.
Sekian, terima kasih

PENDAHULUAN
Islam adalah satu-satunya agama yang sempurna yang mengatur seluruh sendi kehidupan manusia dan alam semesta.Kegiatan perekonomian manusia juga diatur dalam Islam dengan prinsip illahiyah. Harta yang ada pada kita, sesungguhnya bukan milik manusia, melainkan hanya titipan dari Allah swt agar dimanfaatkan sebaik-baiknya demi kepentingan umat manusia yang pada akhirnya semua akan kembali kepada Allah swt untuk dipertanggungjawabkan.
  
Ekonomi Islam merupakan ilmu yang mempelajari perilaku ekonomi manusia yang perilakunya diatur berdasarkan aturan agama Islam dan didasari dengan tauhid sebagaimana dirangkum dalam rukun iman dan rukun Islam.Bekerja merupakan suatu kewajiban karena Allah swt memerintahkannya.

‘dan katakanlah, bekerjalah kamu, kerana Allah danRasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaan kamu’(At-Taubah:105)

CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM
Ekonomi Islam adalah terarah dan terikat dengan ajaran-ajaran Islam yang mengawal urusan-urusan yang diceburi oleh seseorang Islam dalam bidang-bidangnya yang penting. Islam tidak menjadikan ekonomi sebagai jalan untuk membezakan di antara lapisan-lapisan masyarakat dan tidak menganjurkan supaya dieksploit harta kekayaan umat dan hasil-mahsulnya dengan tujuan untuk membasmi lapisan-lapisan itu. Sebagai contoh adalah persaingan dalam perniagaan yang tidak sihat.
Malahan ekonomi dalam islam merupakan perseimbangan di antara maslahat-maslahat dan kepentingan-kepentingan individu dan kelompok. Sasaranya adalah keadilan dalam segala urusan (pertimbangan) dan kelurusan dalam pembawaan (suluk), kejujuran pada kira-bicara (muamalah), amanah, cekap dan dedikasi dalam segala usaha agar dapat mendatangkan hasil yang memuaskan. Ekonomi islam adalah selaras dengan maslahat kepentingan manusia pada stiap zaman dan tempat.

KEISTIMEWAAN ASASI

    Ekonomi islam diambil kekuatannya daripada dasar-dasar ajaran Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sejak lebih 14 abad yang lalu dan tidak bertukar ganti. Walaupun terdapat sedikit sebanyak persamaannya dengan mana-mana satu sistem ekonomi yang lain, yang demikian bukanlah bererti bahawa ia berasal darinya atau meniru sesuatu yang menjadikan ciri-ciri itu bersamaan.
    Ekonomi Islam adalah selaras dengan maslahat kepentingan manusia pada setiap zaman dan tempat, selama pintu ijtihad terbuka untuknya mengambil keluar hukum-hukum yang erbagai-bagai untuk menyelesaikan hajat-hajat keperluan manusia yang sentiasa bertukar-tukar kepada yang baharu.Hukum-hukum itu digabungkan dengan asas-asas yang teguh dan mantap di bidang ekonomi yang mempunyai ciri-ciri fleksibiliti dan menerima pengubahsuaian dalam lingkaran asas-asas itu, menurut yang diperhatikan oleh maslahat kepentingan manusia sezaman.

BUMI INI MUAT DIHUNI OLEH SELURUH ANAK ADAM DENGAN MEMPEROLEHI REZEKI YANG MENCUKUPI SEPANJANG ZAMAN

Konsep ini menekankan bahawa bumi ini cukup luas untuk didiami oleh manusia dan dijamin apa-apa yang diperlukan ada daripada pelbagai sumber walau bagaimana besar sekalipun pertambahan manusia dan seberapa tua pun umur dunia ini.Tiada satu pun bukti hingga kini yang menunjukkan ketidakupayaan bumi dari mennyerapi kewujudan manusia dan memenuhi hajat keperluan mereka, kerana Allah Taala telak takdirkan bahawa bumi ini adalah pentas untuk manusia menjalankan segala kegiatan dalam kehidupannya. Dialah yang Maha Mengetahui segala keperluan mereka.
    Allah juga menyediakan manusia di atas bentuk bahawa ia mampu memanfaati bumi ini dan apa-apa yang disekitarnya. Allah juga melengkapkan manusia dengan akal untuk memanfaatkan segala apa yang ada dimuka bumi ini dengan sebaik-baiknya termasuklah keperluan makan dan minum. Ia menyingkap kepada kita tentang kudrat manusia untuk mengeksploit segala hasil mahsul di bumi ini.
    Konsep keislaman adalah terdiri di atas kesatuan umat manusia dan sesungguhnya apa yang kita saksikan dari keadaan eksploitasi yang buruk terhadap kekayaan-kekayaan tabii atau keburukan pembahagian atau manfaatnya adalah semata-mata berpunca dari perbuatan manusia sendiri. Organisasi-organisasi antarabangsa itu andainya pada mulanya bersih daripada tujuan-tujuan sulit untuk penjajahan yang demikian ialah sebagai melaksanakan objektif kesatuan kemanusiaan ini dan untuk mendekatkan di antara kelompok-kelompok manusia.

SEGALA-GALA TERCIPTA DI BUMI INI ADALAH UNTUK MASLAHAT KEPENTINGAN MANUSIA

Sesungguhnya segala-galanya diciptakan untuk manusia dan diletakkan di bawah tasarruf-Nya untuk menjamin segala hajat keperluannya walau bagaimanapun banyaknya dan beraneka ragamnya serta selalu bertukar-tukarnya kepada yang baharu.
    Konsep ini membuktikan taraf manusia di dunia ini hinggakan segala yang terdapat diciptakan padanya, diciptakan untuk kegunaannya dan diletakkan di bawah kuasanya.

SEGALA YANG TERDAPAT DI LANGIT-LANGIT DAN DIBUMI DIPERMUDAHKAN UNTUK KEGUNAAN MANUSIA

    Konsep ini sebagai natijah dari kewujudan manusia di muka bumi ini.Bukanlah bumi sahaja yang memberi kepada faktor-faktor kehidupan atau dia sahaja yang membolehkan manusia hidup di atasnya dengan mudah dan senang meskipun segala yang terdapat padanya itu dimudahkan untuk kegunaannya kerana ini sahaja tidak memadai.Oleh itu segala yang ada di sekitar bumi dan yang bersambung dengannya boleh dimanfaati.

PEMILIK HAKIKI IALAH ALLAH BUKAN MANUSIA

    Allah Taala menjadikan manusia dan memudahakan baginya segala yang terdapat di seluruh langit dan bumi untuk ia menguasainya, memerintahnya dan mengimarahkannya dengan menjadikan dia khalifahnya-Nya doi muka bumi ini dengan perintah supaya ia membangunkan dia menurut arahan-arahan Tuhan yang diberikan kepadanya.
    Namun hak milik pada keseluruhanya adalah milik Allah s.w.t. sendiri dan tiada yang diperolehi oleh manusia tanpa kehendaknya. Pemilikan harata oleh manusia di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menjelaskan bahawa ia adalah pemilikan seseorana yang mendapat perwakilan yang akan dituntut supaya membuat perhitungan di belakang hari.
    Konsep ini bermaksud bahawa kebebasan melakukan sesuatu pada harta-harta yang terrmasuk dalam milik seseorang itu adalah terikat dengan perintah-perintah Pemiliknya yang Hakiki iaitu Allah s.w.t.
6
HAKMILIK YANG DISANDARKAN KEPADA MANUSIA ADALAH TERIKAT DENGAN SYARIAT ATAU PERUNDANGAN ALLAH

HAK MILIK PERSEORANGAN
    Pada hakikatnya ia adalah sebagai wakil kuasa atau pemegang amanah sahaja. Islam mengakui hak kepunyaan dan di sampingnya meneapkan sempadan-sempadan dan batas-batasnya yang ditetapkan. Orang yang menjadi tuanpunya sementara bagi harta atau sebagainya itu adakah memegang amanah dari pemiliknya yang Hakiki dan kelak akan disoal terhadap apa yang dilakukan terhadap harta terrsebut.

HAK PEMILIKAN KOLEKTIF
    Hak ini dikatakan menjadi milik bagi satu jamaah atau kumpulan bagi benda-benda yang tidak sah bagi orang perseorangan memililkinya seperti air,padang ragutan dan api. Hak ini diakui oleh syarak dan mencadangkan bagi kepentingan ramai seraya mencegah mana-mana pihak jua baik orang perseorangan atau kumpulan dari menagganguinya atau menguasainya.

HAK MILIK AWAM DIKUSAI OLEH KERAJAAN

    Hak ini adalah tertentu bagi kerajaan sahaja untuk mengendalikannya menurut yang diperlukan oleh kepentingan dan maslahat umum. Pada hakkikatnya adalah ia menjadi hak milik rakyat seumumnya menurut mafhum yang dahulu seperti yang telah kita takrifkan erti pemilikan dinisbahkan kepada manusia. Pihak yag berkuasa adalah bertanggungjawab meletakkan hak ini di tempat yang sewajarnya.

MASLAHAT DAN KEPENTINGAN UMUM YANG SELARAS DENGAN SYARIAT ALLAH

    Ekonomi islam adalah terdiri di atas tapak yang bersih dari sesuatu yang mungkin menjejaskan dia dan akan menjatuhkan mutunya pada pandangan orang lain. Sesungguhnya dasar-dasar dan norma-normanya adalah tetap dan mantap serta kekal sejak hari mula turunnya Ar-Rahul Amin (jibril) membawa wahyu suci Ilahi kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. selaku Rasul yang terakhir.
    Maslahat kebajikan dalam syariat Islam merupakan salah satu dari umbi-umbinya atau dasar-dasar pokoknya, kerana dengannya bererti pengiktirafan terhadap syarak yang mengakui atau mengesahkannya dan kriteria yang membuktikan perseimbangan pada yang demikian ialah selaras dan secucuknya dengan ajaran-ajaran islam.

NERACA PERTIMBANGAN MEMERLUKAN KEPAKARAN (TAKHASSUS)
    Ini merupakan suatu jurusan keislaman yang mewajibkan pencapaian darjah kepakaran yang tinggi.Para alim ulama yang dahulu yang terkenal dengan panggilan “Al-Salaf Al-Soleh” adalah mashur dengan kepakaran mereka dalam cabang-cabang ilmu yang mereka telah membuat kajian.
    Ekoran dari yang demikian maka ekonomi turut terpelihara ciri-ciri istimewanya dan factor-faktor penegaknya tanpa menimpanya sesuatu yang mengubahkan ronanya kerana menurut kecenderungan-kecenderungan hawa nafsu pihak-pihak yang tertentu.
  
KEMAJUAN SAINTIFIK ADALAH PENTING
    Dicatit bahawa kemajuan saintifik merupakan suatu perkara, manakala berpegang dengan ciri-ciri istimewa ekonomi islam merupakan suatu perkara lain. Kedua-duanya adalah tidak bercanggah sama sekali. Kebajikan dan kepentingan adalah mewajibkan ke atas umat islam mengibaskan dirinya debu-debu kemalasan dan tiruan buta. Sayugialah ia merebut kembali identitinya yang lama itu yang berbentuk bebas dan seimbang sambil mengambil pakai ajaran-ajaran islam yang murni dan menerapkan ke atas dirinya dengan penuh dedikasi.
8

ILMU AGAMA MERUPAKAN KEMUCAK MATLAMAT YANG DITUJU
    Apabila orang-orang islam telah berupaya menguasai sebab-sebab bagi pencapaian imu dan menerapkan ke atasnya ajaran-ajaran agama mereka maka tidakalah disyakkan lagi bahawa mereka telah mencapai kemuncak kemajuan dan menjadi pelopor kemanusiaan.

HAK TERMAKLUM DALAM HARTA UNTUK ORANG YANG BUKAN MENJADI PEMILIKNYA
    Oleh kerana harta itu menurut konsep islam adalah milik Allah, dan manusia itu hanyalah merupakan orang yang memegang amanah Tuhan pada apa yang dimilikinya itu, maka penyerahan amanat atau kuasa itu mensyaratkan suatu bahagian atau hak yang tertentu untuk fakir miskin dalam harta-harta itu. Maka tidak harus sekali-kali bagi pemegang amanah ini menghampakan mereka dari hak ini.
    Kalimah hak memberi erti yang besar iaitu mereka yang berhak itu mempunyai bahagian yang tertentu jumlahnya yang wajibb di atas pemegang kuasa atau amanah yang menjadi wakail Allah Taala, mengeuarkannya untuk mereka.
    Hak tidak beerti pemberian suka hati atau terbit dari kemurahan tangan tuaanya malahan adalah ia merupakan suatu hak yakni bahagian yang diwajibkan.

HUKUM SAH HALAL BAGI HARTA
    Sesuatu harta itu tidak dianggap sah untuk dimiliki dalam pandangam islam, kecuali jika sumbernya halal atau datang nya dari jalan yang sah di sisi syarak. Jika tidak jadilah ia harta haram.
    Setiap yang diharamkan oleh islam tidak dianggap halal, bahkan haram dan kotor, tidak sah diperbetulkannya. Pemiliknya oleh orang islam adalah terbatal dan dikenakan ke atasnya hukum jika ia meneruskan pemilikannya itu seperti memiliki khinzir, arak, bangkai dan lainnya.

MELETAK HARTA PADA TEMPAT YNG WAJAR
    Islam juga tidak menerima bahawa harta itu diletakkan pada tempat yang tidak sewajarnaya atau yang tidak diredhai syarak. Dari islam itu menegah membelanjakan harta bukan pada jalan-jalan yang digariskan oleh syarak. Begitu juga tegahan membelanjakan harta dengan terlampau boros atau terlampau kedekut.
    Seseorang yang tidak cukup akal dan tidak tahu mengendali hal ehwal dirinya (safih) hendaklah disekat tindakannya dan ditegah dari menguasai harta-hartanya kecuali melalui peguam yang dilantik yang mengurus segala urusannya sebagai mengawal maslahat peribadinya dan juga maslahat umum.

PENGHARAMAN MEMBIARKAN TENAGA MANUSIA DENGAN SIA-SIA
    Tenaga manusia merupakan paksi bagi segala kegiatan organisasi, dan penghasialan atau produktiviti. Kalau tidak kerananya, nescaya tidakklah terdapat apa yang dinamakan pembangunan, kemakmuran dan tamadun kerana ketiadaan tenaga manusia bererti ketiadaan keberkesanan insan yang mengekori ketiadaan kehidupan.
    Tenaga manusia ini merupakan kudrat insani padapada setiap daya usaha yang terbit dari jasad manusia. Maka manusia itulah penggerak dan pelaksana sekuat tenaganya bagi apa yang diperlukan untuk menjamin pencapaian segala hajat dalam kehidupannya dari apa yang telah disediakan dan dimudahkan Allah Taala untuk kepentingannya.
    Kerja dan bekerja adalah dituntut dalam islam walaupun seseorang itu telah mempunyai di tangannya harata yang banyak dan tidak perlu lagi baginya bekerja, kerana dengan demikian (menganggur) dia mensia-siakan tenaga peribadinya untuk kepentingan ummah.

TEMPAT-TEMPAT PENGAGIHAN HARTA KEKAYAAN DAN GESAAN UNTUK BERBELANJA
    Jalan-jalan terpenting bagi pengagiha harta kekayaan ialah:
1.    Zakat
2.    Sedekah
3.    Kafffarah
4.    Pinjaman
5.    Wasiat
6.    Pewarisan
7.    Membelanjakan harta rampasan perang


1.    Zakat
Fardu zakat adalah tinggi kedudukannya dinisbahkan kepada yang lain-lain kerana kadarnya telah ditentukan dan diwajibkan ke atas harta orang-orang islam. Tidak halal bagi seorang islam enggan dari menyempurnakannya dan yang berbuat demikian akan menghadapi risiko akan diperangi seperti yang telah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar r.a.

2.    Sedekah
Ianya tidak terbatasdan terserlahlah kepada rang islam itu sendiri dan sikap kedermawannya serta kecintaanya kepada kerja-kerja kebajikan emata-mata mengharapkan keredhaan Allah S.W.T. dan mungkin kadarnya melebihi nisbah kadar nisab zakat.

3.    Kaffarah
Ialah suatu lafaz menyatakan denda untuk menebus dari dosa-dosa yang dilakukan oleh seseorang isalam. Islam memerintah supaya kaffarah itu dilakukan oleh seorang islam yag telah terlanjur melakukan sesuatu yang ditegah dan dapat ia mmbersihkan dirinya dari kesalahan itu dengan mengeluarkan sebahagian dari hartannya.

4.    Pinjaman
Adalah merupakan salah satu jenis pengagiahan harta kekayaan. Islam menggalakkan orang-orang islam memberi pinjaman dan menjadikan ganjaran pahalanya sebagai penebus dosa dengan menambahkan pahala itu berlipat ganda.
Pinjaman yang baik tidak akan meniggalkan kesan yang buruk sama ada pada orang yang memberi pinjaman ataupun orang yang menerimanya.
Pinjaman baik itu ialah pinjaman yang dihulur oleh seorang islam yang berada kepada seorang islam yang lain yang memerlukan pertolongannya kerana mengalami masalah kewangan yang berat.

5.    Wasiat
Ini dapat dilakukan hanya oleh orang yang mepunyai harta. Sebelum matinya ia berwasiat sebahagian daripada hartanya itu untuk sesiapa yang berhak kepadanya

6.    Pewarisan atau pembahagian harta pusaka
Islam tidak membiarkan harta yang ditinggal oleh seseorang islam itu selepas matinya begitu sahaja tanpa dibuat perancangan atau penyusunan. Telah diadakan peraturan atau undang-undang pembahagian harta pusakaaatau perwarisan dan menjadikan pemindahan harta dari pewaris kepada waris suatu perkara yang wajib dan tidak tertolak dengan sebab penolakan dan tidak sah pewarisan melainkan selepas menyempurnakan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati atau selepas menyempurnakan hutang.

7.    Membelanjakan harta rampasan perang
Terdapat beberapa cara untuk membelanjakan harta-harta rampasan perang, bahagian yang diperoleh oleh soldadu Islam dalam peran yang diceburinya dan bahagian yang terjatuh kepada pihak yang berkuasa tanpa daya usaha yang disumbangkan oleh orang-orang Isalam. Semuanya ini adalah termasuk dalam prinsip penagihan harta-harta dan membahagi-bahagikan dia tanpa membiarkan dia terhimpun di tangan golongan orang kaya sahaja.

PERSAUDARAAN
  

Sesungguhnya agama islam telah menjadikan persaudaraan kemanusiaan sebagai salah satu dasar pokok untuk hidup dalam keadaan harmoni dan saling bersefahaman di kalangan manusia, sambil menyayangi persaudaraan di bidang akidah sebagai tali yang teguh yang mengikat umat islam di antara satu sama lain.
Agama ini tidak mengadakan diskriminasi di antara manusia kerana mereka mempunyai asal keturunan yang satu, dan tidak mengadakan nilai terhadap perbezaan kulit, bahasa bahkan ditetapkan persamaan mutlak di dalam setiap kira-bicara sesama mereka.

KONKLUSI
Islam memberi jaminan dan kesanggupan kepada masyarakat untuk membinanya di atas sekukuh-kukuh asas. Dan setiap apa yang ditetapkan oleh maslahat am yang wajib sekalian yang berpecah-belah berhimpun dan bersatu padu adalah diperintah oleh islam.
Islam adalah sebuah agama yang berkembang maju dan mantap.Mantap dengan pandangan-pandangan asasinya dan berkembang maju dengan hukum-hukum menurut perubahan masa yang terpancut dari asas-asasnya yang mantap itu.Bagi setiap masalah itu pasti ada penyelesainya.

“Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun dalam kitab al-Quran ini kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada tuhan (untuk dihisab dan menerima balasan”

Surah al-An’am:38




************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com