Rahsia Penciptaan Manusia Sebagai Khalifah Berdasarkan AL QUR’AN -

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Muhammad Haziq Bin Mohamad Kamarul Zaman
Kumpulan :Bmd1bh
No. Kad Pelajar:2012656944
Kursus :Analisis Pelaburan
Fakulti :Pengurusan Perniagaan

Pengenalan
 Assalamualaikumsyukur alhamdulillah, dengan taufik dan izin daripada allah swt tugasan ini dapat dibuat dengan baik. Tajuk tugasan yang saya pilih ialah Rahsia Penciptaan Manusia sebagai khalifah berdasarkan Al-Quran. Saya sangat teruja kerana dengan tajuk ini kerana saya dapat mengetahui tujuan allah swt menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Manusia sebagai hamba allah layak dilantik untuk memegang jawatan khalifah. Khalifah adalah satu keistimewaan besar yang hanya diberikan kepada manusia dan tidak diberikan kepada makhluk lain seperti malaikat atau jin. Daripada itu diyakini bahawa bukan setiap hamba itu layak dan berhak menjadi khalifahtullah. Seterusnya juga bukan setiap manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah. Walaupun dari segi hakikatnya manusia itu hamba dan khalifah Allah S.W.T. , namun dari segi konsep dan perlaksaan adalah tidak. Oleh kerana itu, maka manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah S.W.T. dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah S.W.T. dalam 4 ciri tersebut. a) Akidah b) Akhlak c) Ibadah d) Syariat. Pengertian khalifah ialah menguasai dan memerintah ataupun ketuanan. Oleh itu, tujuan allah menjadikan manusia sebagai khalifah untuk memerintah bumi dengan baik dan adil.

Definisi Khalifah
Dalam al-Quran menyebut tentang pemberian khalifah dari Allah S.W.T. kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh seperti yang terkandung dalam ayat berikut: dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasaan (khalifah-khalifah) bumi, dan mengangkatkan darjat setengah kamu di atas setengahnya untuk mengujimu pada apa yang dia berikan padamu bahawa Tuhan-mu cepat memberi balasan, dan bahawa dia adalah pengampun dan penyayang.

Di dalam Islam, khalifah digunakan sebagai kata kunci dan bukannya kata kedaulatan atau yang lain kerana kedaulatan sesungguhnya adalah milik Allah S.W.T. Sehubungan dengan itu, sesiapa pun yang memegang kekuasaan dan menggunakan kekuasaan itu sesuai dengan norma-norma dan hukum-hukum Tuhan maka dengan sendirinya ia menjadi khalifah.

Selain daripada itu, kekuasaan untuk mengatur bumi, memakmurkan, mengelola negara dan menyejahterakan masyarakat dijanjikan kepada " seluruh masyarakat beriman" bukannya kepada seseorang atau suatu kelas tertentu .

Maksud Khalifah Menurut Bahasa
 Menurut bahasa arab khalifah ialah bermaksud ganti atau seseorang yang menjadi pemimpin, selain itu dia juga memimpin bersama dengan pemimpin itu atau mengantikan tempatnya. Sebagai contohnya, Menggantikan orang yang telah mati, Menggantikan tempat bagi orang yang tidak mampu menguruskannya dan Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya.

Maksud Khalifah Menurut Istilah
Maksud khalifah dari segi istilah pula ialah generasi manusia yang dipilih oleh Allah S.W.T. sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir, menggurus dan memakmurkan muka bumi ini dengan menjalankan syariah Allah S.W.T. sama ada di peringkat peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.

Dalam pada itu, gelaran khalifah yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada kaum mukmin secara menyeluruh iaitu tidak terbatas pada keluarga tertentu, kelas tertentu, suku tertentu atau ras tertentu. Dalam Islam setiap orang mukmin menjadi khalifah Allah S.W.T. di muka bumi yang sesuai dengan kapasitas individualnya. Seorang khalifah di muka bumi adalah semuanya sama dan tidak ada yang lebih rendah dari khalifah yang lain .

Proses Penciptaan Manusia
Sebelum manusia diberikan tanggungjawap sebagai khalifah, manusia akan melalui proses kejadiaan manusia iaitu proses pensenyawan benih perempuan dengan benih lelaki di dalam rahim ibu. Proses kejadian manusia ini agak terperinci seperti mana diceritakan di dalam Al Quran antarannya.


Dan sesungguhnya kami menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada tempat penempatan yang kukuh. Kemudian kami ciptakan air benih (nutfah) menjadi sebuku darah beku (‘alaqah); lalu kami ciptakan darah beku menjadi seketul daging (mudghah); kemudian kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang (izom); kemudian kami balutkan tulang-tulang itu dengan gaging (lahma); setelah sempurna kejadian itu, kami bentukkan dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya itu. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah SWT sebaik-baik pencipta; surah(Al Mu’minum 23: 12-14)

Proses kejadian manusia mengikut urutan yang sempurna
1) Nutfah( iaitu peringkat pensenyawaan benih ibu dan bapa)
2) Alaqah(ialah segumpal darah yang sangat seni)
3) Mudghah(sebuku darah bertukar menjadi seketul daging dan diperingkat ini jugapembentukan otak, sara, anggota lain mulai terbina, sistem pernafasan dan jantung juga mula terbina)
4) Izom dan Lahma (izom ialah tulang yang di selaputi oleh daging iaitu lahma serta pembentukkan otot-otok dan sistem pernafasan telah terbentuk didalam embrio)
5) Khalqan Akhar(ialah penyempurnaan pembentukan manusia kepada lebih kompleks seperti perut, usus, hati, kaki, tangan, dan buah pingang)
6) Roh(roh ditiupkan selepas 120 hari iaitu setelah sempurna kejadian jasad manusia di dalam perut ibu)

Manusia Menurut Barat
Sarjana barat apabila memberikan pendapat mengenai sesuatu, cenderung menolak aspek spiritual termasuklah ajaran agama. Agama bagi barat sesuatu yang tidak menjadi keperluan kerana tidak boleh dibuktikan secara saintifik. Mereka hanya percaya kepada apa yang dapat di kaji dan dilihat. Oleh itu, ajaran agama dianggap tidak relevan dan tidak mempunyai kaitan dengaan urusan dunia manusia. Inilah faham sekular masyarakat barat yang menjadi tonggak kepada setiap pemikiran dan tingkahlaku mereka.
Manusia dari perspektif barat merupakan:
1) Haiwan yang hidup bermasyarakat.
2) Haiwan yang mempuyai daya berfikiran dan menerima ilmu pengetahuan.
3) Kejadian yang mencapai taraf yang tinggi dan sempurna dalam proses evolusi kejadiannya yang bermula dengan satu sel.
4) Haiwan yang mulia.

Pemilihan Menjadi Khalifah
Nikmat terbesar yang dilimpahkan Allah S.W.T. kepada kita manusia adalah menjadikan manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Hal ini tercantum dalam firman-Nya yang bermaksud:- 'Adalah Dia yang telah menjadikan engkau khalifah-Nya, pewaris 33bumi ini, Ia telah meningkatkan darjat sebahagian di antaramu lebih tinggi dari sebahagian yang lain. Sehingga Ia dapat mengujimu mengenai caramu memperlakukan pemberian-Nya, sesungguhnya Tuhanmu cepat memberi siksaan namun Ia juga Sangat Pengampun dan Maha Penyayang'( surah Al-anam ayat 165)

Proses Penciptaan Adam a. s
Peristiwa penciptaan nabi adam a. s dan sejarah hidupnya sebagai bapa manusia sangat menarik dibaca dan dikaji. Al-quran menceritakan kejadian nabi adam a. s. , kehidupan dan pasangannya di syurga, permusuhannya dengan iblis dan kisah anak-anaknya.
Nabi adam a. s diciptakan allah swt tanpa ibu bapa dan berasal dari tanah. Terdapat beberapa elemen penting penciptaanya sebagaimana diberitahu al-quran. Antaranya ialah:
1. Al-ma’ (al-anbiya’21:30)-air.
2. Al ardi (an-najm 53:32)-Tanah al ardi.
3. Turab (faathir 35:11)-tanah turab.
4. Tin (as-sajdah 32:7)-tanah tin.
5. Tin al-lazib (as-soffat 37:11)-tanah liat.
6. Salsalin kal fakhkhar (ar-rahman 55:14)-tanah liat kering seperti tembikar.
7. Solsolin min hamaim masnum (al-hijr 15:26)-tanah liat yang kering yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
8. Ruh(al-hijr 15:26)-roh.


Menariknya, kajian sains menunjukkan unsur-unsur tanah yang diberitahu al-quran, ada dalam tubuh kita hari ini dan mempunyai nama-nama saintifiknya yang tersendiri. Manakala aspek rohaninya gagal dikaji ahli-ahli sains sehinggalah hari ini dan terus menjadi rahsia allah swt. Manusia tidak diberi ilmu mengenainya melainkan sedikit (al israa’17:85).

Proses Penciptaan Hawa a. s
Hawa diceritakan al-quran seebagai pasangan nabi adam a. s. Kedua-duanya bersama-sama melanggar perintah allah swt kerana terlupa (Taahaa 20:115) dan akibat tipu daya iblis. Penciptaan hawa digambarkan al-quran seperti berikut:
1. Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatnya, bahawa dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan jadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih saying dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (surah ar-rum 30:21 )
2. Dan allah swt telah menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezeki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. (surah al-nahl 16:72)

Nabi Muhammad saw menceritakan sifat-sifat yang ada pada seorang perempuan anak cucu hawa.
Dari abi hurairah: bahawasanya rasul saw bersabda: perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya.
( hadis riwayat al-bukhari no :4889)

Kesimpulannya, hawa dijadikan tanpa ibu atau perempuan. Hawa dijadikan dari nabi adam a. s dan antara sifat kaum hawa ialah seperti tulang rusuk. Lelaki perlu membimbing perempuan dengan cara yang serdahana tidak terlalu lembut dan kasar seumpama membetulkan tulang rusuk yang bengkok.

Proses Penciptaan Isa a. s.
Nabi Isa a. s. diciptakan tanpa bapa/lelaki. Baginda dilahirkan ibunya Maryam yang tidak pernah disentuh mana-mana lelaki. Nabi Isa a. s. juga diberi mukjizat boleh bercakap sewaktu kecil bagi menjawab tuduhan bahawa ibunya telah berzina.
1. “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi ‘Isa di sisi Allah SWT adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah SWT telah menciptakannya dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia” (Ali-‘Imran 3:59)
2. Dan juga (satu missal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari desentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia manjadi dari orang-orang yang tetap taat. (At-Tahrim 66:12)

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DAN TUGAS-TUGASNYA
Hakikatnya manusia ialah hamba kepada Allah S.W.T. bukanlah satu penghinaan atau satu kehinaan kepada manusia sebaliknya gelaran hamba Allah S.W.T. adalah satu gelaran yang paling tinggi kepada manusia seperti yang ditegaskan oleh Allah S.W.T. sendiri di dalam al-Quran kerana itulah gelaran yang diberikan kepada nabi dan rasul . Kehambaan diri manusia kepada Allah S.W.T. Maha Pencipta hakikatnya adalah kemuliaan, keagungan dan kekuatan. Kehinaan yang paling hina ialah kehambaan manusia kepada sesama manusia atau makhluk. Inilah yang ditentang dan cuba dibasmi oleh Islam melalui asas atau konsep tauhid. Salah satu dari keistimewaan atau kemuliaan manusia sebagai hamba Allah S.W.T. yang sebenarnya ialah manusia telah dianugerahkan tugas/amanah yang tidak dipunyai oleh seluruh makhluk lain iaitu khalifahtullah dimuka bumi.


Manusia sebagai hamba Allah S.W.T. dilantik menjadi khalifah Allah dan perlantikkan itu adalah kerana kelayakan manusia untuk memegang jawatan tersebut. Antara kelayakan tersebut ialah bahawa diantara hamba-Nya maka manusialah yang lebih hampir dengan Allah S.W.T . Sebagai hakikatnya, hamba-Nya dan khalifah-Nya maka manusia tidak berhak mencipta yang diizinkan.

Khalifah adalah satu keistimewaan yang besar dan hanya diberikan kepada manusia dan tidak diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin. Daripada itu diyakini bahawa bukan setiap hamba itu layak dan berhak menjadi khalifahtullah. Seterusnya juga bukan setiap manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah. Walaupun dari segi hakikatnya manusia itu hamba dan khalifah, namun dari segi konsep dan perlaksaan adalah tidak. Oleh kerana itu, maka manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah S.W.T. dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah S.W.T. dalam 4 ciri tersebut iaitu akidah, akhlak, ibadah, syariat .


Antara Tugas-tugas yang perlu dilaksanakan manusia sebagai khalifah ialah:
1. Beribadah (menghambakan diri) kepada allah swt ialah merupakan tugas paling utama dan sebab dijadikan manusia. Manusia diberikan penghormatan tinggi oleh allah swt berbanding makhluk-makhluk yang lain. Oleh itu, manusia wajib beribadah sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih. Perhambaan kepada allah swt iaitu dengan tunduk dan patuh kepada syariah(peraturan/ undang-undang) allah swt dan tunduk/patuh kepada sunnatullah (law of nature) sebagaimana yang diizinkan allah swt. Tunduk dan taat kepada allah swt dari sudut syariahnya ialah melaksanakan hokum-hukum allah swt dalam berhubungan dengan allah swt seperti menegakkan rukun iman, melaksanakan rukun islam dan melakukan semua ibadat wajib dan disuruh sekaligus meninggalkanyang dilarang. Begitu juga manusia wajib mematuhi dan melaksanakan segala hukum hakam berkaitan perhubungan manusia dengan alam.
Contohnya mengamal system ekonomi islam, pemerintahan islam, undang-undang islam, perkahwinan, pewarisan dan sebagainya.

2. Memimpin diri sendiri - manusia memperlengkapkan dirinya dengan ilmu-ilmu asas fardu ain dan fardu kifayah. Dengan kekuatan ilmu-ilmu ini, manusia mampu membimbing diri, keluarga dan masyarakat dengan baik dan sempurna. Oleh itu, menjadi kewajipan manusia menuntut ilmu semenjak kecil hinggalah kesaat kematian. Apabila sudah berilmu, wajib beramal dengannya dan menyebarkan ilmu tersebut kepada orang lain. Orang yang mulia di sisi allah swt ialah mereka berilmu dan beramal dengannya. Selain itu manusia juga wajib menjaga lima perkara asa yang dititik beratkan islam iaitu manusia wajib menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan harta benda.

3. Memimpin keluargadan masyarakat – manusia mestilah sentiasa memastikan anak, isteri, suami, ibu bapa, abang, adik dan kakak berada dilandasan kehidupan islam yang sebenar. Sentiasa memberi tunjuk ajardan nasihat kepada mereka terutamanya kepada anak-anak dan pasangan. Pendakwahan atau seruan ini hendaklah dilakukan penuh penuh hikmah dan berterusan seperti istiqamah. Konsep amar maaruf nahi mungkar (menyuruh yang baik mencegah yang jahat) wajib ada dalam masyarakat dan keluarga. Pencegahan boleh dilakukan sama ada dengan hati, perkataan atau kekuasaan dan keupayaan yang dimiliki. Manusia mesti prihatin terhadap masyarakat sekeliling dan bersedia melaksanakan amar maaruf nahi mungkar. Manusia tidak boleh bersekongkol dengan perkara maksiat kerana di akhirat kelak akan didakwa kerana bersubahat dengan perbuatan dosa. Dalam masa yang sama, manusia mestilah sentiasa mengajak masyarakat membuat kebaikan dan menyeru mereka untuk memahami dan melaksana Islam keseluruhannya dan bukan setakat melaksanakan solat, puasa, zakat dan haji sahaja.

Juga, dalam masyarakat, wajib ada orang Islam yang kerjanya menyebarkan risalah Islam (berdakwah) kepada masyarakat bukan Islam. Orang bukan Islam harus difahamkan tentang Islam dan bukannya memberikan gambaran atau cerita yang salah kepada mereka. Pendakwahan dilakukan dengan penuh bijaksana, contoh tauladan yang baik dan bersesuaian dengan suasana. Setiap orang Islam mempunyai peranan masing-masing dan tidak boleh merasakan kumpulan atau diri mereka yang terhebat. Tidak boleh berburuk sangka serta bersedia bekerjasama dalam menegakkan islam. Beradab dalam perselisihan pendapat yang melibatkan perkara furuk(cabang). Tidak boleh fanatik kepada mana-mana kumpulan yang dianggotai sehingga sentiasa merasakan semua orang tidak betul dan hanya dirinya sahaja yang benar dan hebat dalam memimpin keluarga dan masyarakat.


4. Menjaga alam – manusia tidak melakukan kerosakan sewenang-wenangnya terhadap alam flora/tumbuhan, fauna/binatang, galian, air, udara dan sebagainya. Manusia mesti memelihara segala khazanah alam dengan sebaik-baiknya, tidak tamak dan membazir apabila menggunakannya. Manusia menggunakan pemberian Allah SWT dengan sewajarnya serta tidak berlaku zalim terutamanya kepada binatang-binatang. Pembaziran dan ketamakan adalah punca yang boleh menyebabkan manusia menanggung padah ditimpa bencana (seperti penyakit, gempa bumi, banjir, dan sebagainya) akibat gagal menguruskan alam ini.

Kisah pemilihan khalifah(Khalifah ar-Rasyidin)
Umar bin Khattab r. a. telah mencalonkan Abu Bakar as-Shiddiq r. a. untuk menduduki jabatan khalifah menggantikan kedudukan Nabi S.A.W. Dan penduduk kota Madinah, yang pada hakikatnya merupakan wakil-wakil negeri secara keseluruhan telah menerimanya dengan baik, mereka itu telah membai'atnya dengan sukarela dan atas dasar pilihan mereka, tanpa paksaan ataupun tekanan. Dan ketika Abu Bakar meninggal dunia, ia mewasiatkan khalifah bagi Umar r. a. dengan mengumpulkan pendudukan di masjid Nabi S.A.W. , kemudian berkata kepada mereka: "Apakah kalian menyetujui oranag yang ku tunjuk untuk menggantikan kedududkanku sepeninggalku? Sesungguhnya aku, demi Allah S.W.T. , telah bersungguh-sungguh berdaya upaya memikirkan tentang hal ini dan aku tidak mengangkat seorang dari sanak saudaraku, tapi aku telah menunjuk Umar bin Khattab sebagai penggantiku. Maka dengarlah dan taatlah kepadanya. "

Orang ramai pun berkata: "sami'na wa atha'na'( Kami dengar dan kami taat)". Ketika Umar bin Khattab pada saat melaksanakan haji di tahun hidupnya yang terakhir, beliau mendengar bahawa seseorang telah berkata; " Sekirananya amirul mukmunin(yakni Umar) meninggal dunia, nescaya aku akan membai'atkan sifulan, sebab bai'at kepada Abu Bakar adalah suatu peristiwa yang terjadi secara tiba-tiba, namun ia telah berlangsung dengan baik dan sempurna". Maka Umar pun berkata:" Aku akan berpidato kepada rakyat pada petang hari ini dan akan menggeluarkan peringatan kepada sekelompok orang yang ingin memaksakan kehendak mereka atas rakyat".

Kerana itu, demi mengingatkan peristiwa ini dalam khutbahnya yang pertama sekembalinya ke kota Madinah, ia telah menceritakan dengan terperinci peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari Saqifah dan keadaan yang telah menyebabkan dirinya bangkit untuk memberikan bai'atnya kepada Abu Bakar secara tiba-tiba. Kata Umar:" Sesungguhnya kami waktu itu tidak mempunyai pilihan lain yang lebih kuat dari melakukan bai'at kepada Abu Bakar. Sekiranya kami meninggalkan tempat itu melaksanakan bai'at, kami khuwatir bahawa meraka akan melangsungkan suatu bai'at lainnya dan setelah itu kami hanya dapat mengikuti mereka dalam sesuatu yang kami setujui atau kami menentang mereka, maka keonaran pun pasti akan terjadi. Kerana itu barangsiapa membai'at seseorang tanpa musyawarah dengan kaum muslimin, hendaknya dia jangan diikuti dan jangan pula diikuti oarang yang telah dibai'atnya sebab keduanya terancam akan di bunuh.

Berdasarkan kaedah yang telah dijelaskan dalam pidatonya itu ia kemudian mengangkat suatu panitia pemilihan sesaat sebelum ia wafat agar dapat memutuskam perkara kekhalifahan ini dan ia berkata:" Barangsiapa menyeru kepada kepimpinan bagi dirinya tanpa bermusyawarah dengan kaum muslimin maka bunuhlah dia". Kemudian ia menggeluarkan suatu keputusan yang mengecualikan puteranya sendiri dari hak untuk meraih khalifah agar jabatan itu tidak menjadi jabatan yang diwariskan. Dan ia telah menunjuk 6 orang dalam panitia pemilihan itu yang menurut pandangan adalah orang-orang yang paling besar penggaruhnya dan di terima oleh rakyat.

Pada akhirnya telah diputuskan oleh panitia tersebut untuk meyerahkan urusan pemilihan khalifah ini kepada Abdurrahman bin Auf', maka ia pun berkeliling siapakah yang lebih dapat di terima oleh orang ramai, sehinggalah ia bertanya kepada khafilah-khafilah yang sedang pulang dari haji dan akhirnya ia berkesimpulan setelah mengadakan referendum umum bahawa kebanyakkan rakyat lebih condong kepada Saidina Usman bin Affan. Berdasarkan itu di pilih sebagai khalifah atas kaum muslimin dan di bai'at orang ramai dalam suatu pertamuan umum.

Rumusan
Bersyukur saya ke hadrat allah swt kerana saya dapat menyiapkan tugasan CTU 101 yang bertajuk Rahsia Penciptaan Manusia Sebagai Khalifah berdasarkan Al-Quran. Di akhir tugasan ini, dapat saya rumuskan bahawa gelaran Khalifah ini layak diberikan kepada manusia kerana berdasarkan Al-Quran, manusia adalah makhluk yang teristimewa. Oleh itu, makhluk lain seperti jin atau malaikat tidak layak untuk menerima gelaran tersebut. Selain itu, manusia yang berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang telah melaksanakan konsep kehambaan diri kepada allah. Oleh itu, manusia hari ini perlulah mengabdikan diri kepada allah supaya dapat menjadi khalifah yang baik dan adil.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui maksud khalifah dari sudut bahasa dan istilah. Dari sudut bahasa bermaksud menggantikan orang lain. Dari sudut istilah, khalifah bermaksud manusia yang dipilih Allah SWT sebagai penggantiNya untuk mentadbir, mengurus dan memakmurkan bumi dengan menjalankan hukum-hakam Allah. Saya juga dapat mengetahui tugas-tugas khalifah ialah beribadah kepada Allah, memimpin diri sendiri, memimpin keluarga dan masyarakat dan menjaga alam.




Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com