Ibadah Sebagai Tujuan Dan Matlamat Hidup Manusia

Disediakan Untuk : Abd Aziz Bin Harjin
Disediakan Oleh : Nur Farahani Binti Azha

Secara fitrahnya, manusia tidak dijadikan melainkan hanyalah untuk beribadat kepada ALLAH SWT. Hal ini juga sudah jelas dinyatakan oleh ALLAH SWT seperti firman-Nya dalam surah Az-Zaariyat ; ayat 56 iaitu : -

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu

Oleh itu, kenyataan di atas jelas menyatakan bahawa semua makhluk ALLAH SWT tidak kira samada jin mahupun manusia hanyalah dijadikan khususnya untuk beribadah kepada ALLAH SWT yang Maha Esa lagi Maha Mulia. Oleh itu, pernyataan dibawah telah menerangkan lebih terperinci tentang pengertian dan konsep ibadah secara menyeluruh.

•    Pengertian Ibadah
Ibadah dari segi bahasa ialah merendahkan diri, hamba, tunduk.
Manakala dari segi istilah ialah :
I.     Menghambakan diri hanya kepada ALLAH SWT dan menerima hukum hanya daripada ALLAH SWT dan sentiasa membina hubungan dengan-Nya dalam semua persoalan atau pertanyaan.
II.     Segala usaha manusia asalkan diniatkan untuk mendapat keredhaan dan rahmat ALLAH SWT tidak kira sama ada dari segi perbuatan, percakapan zahir dan batin dan segala perlakuannya tidak bercanggah dengan syariat.
III.     Pengakuan manusia tentang dirinya sebagai hamba ALLAH SWT secara sukarela atau terpaksa untuk patuh, tunduk dan taat kepada titah perintah ALLAH SWT.
IV.     Sebrang tindakan yang melambangkan perasaan rendah diri, patu dan menyembah ALLAH SWT dengan penuh keikhlasan, keimanan, dan ketaqwaan samada dalam ibadat khusus atau ibadat umum.

Pengabdian diri kepada ALLAH SWT merupakan tugas paling utam dan ianya juga menjadi sebab kenapa manusia dijadikan. Oleh itu, penghambaan manusia kepada ALLAH SWT tertakhluk kepada dua perkara yamg penting iaitu :

a)    Iradah Syar’iyyah
Iradah Syar’iyyah ialah tunduk, patuh dan taat kepada ALLAH SWT dengan melakakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan. Pengabdian manusia tertakhluk dengan mematuhi segala hukum hakam dalam berhubungan dengan ALLAH SWT, sesame manusia, dan dengan alam sekitar dengan merangkumi aspek akidah, syariah dan akhlak. Dengan ketaatan ini manusia akan memperolehi kesejahteraan, keselamat, ketenangan samada di dunia mahupun akhirat. \

b)    Iradah Kauniah
Iradah Kauniah ialah tunduk, patuh, dan taat kepada sunnatullah ( law of nature ) sepertimana yang telah ditetntukan oleh AALAH SWT beserta dengan izin-Nya. Oleh itu, manusia wajib tunduk kepada ketentuan sebab dan akibat sunnatullah sekiranya inginkan ketenangan dan keselamatan. Contohnya, sunnatullah telah menetapkan manusia perlu makan untuk kenyang, minum apabila dahaga, berkahwin dengan berlainan jenis, rajin belajar untuk mencapai kejayaan dan sebagainya.

•    Ibadah sebagai tujuan

Seperti yang kita sedia maklum, sejak azali lagi ALLAH menjadikan manusia sebagai
khalifah di muka bumi ini. Hal ini terbukti apabila ALLAH SWT membuktikan
pengisytiharan manusia sebagai khalifah dalam surah Al- Baqarah: ayat 30 yang bermaksud ;
( Dan ingatlah ) semasa Tuhanmu berkata kepada para malaikat, “ Sesungguhnya aku akan
menjadikan di bumi, khalifah”. Menurut kitab al – Asas fi al- Tafsir, Said hawa berkata,
“(Khalifah) ialah Nabi Adam dan zuriat-zuriatnya. Sebanarnya, tugas sebagai khalifah adalah
sangat berat. Mereka wajib untuk beribadah dan menyembah ALLAH di muka bumi.

     Malah ibadah adalah tujuan hidup mereka. Hal ini telah ditetapkan oleh ALLAH SWT
dimana perkara dapat dikukuhkan lagi dalam surah as-Zariyat, ayat 56; “ Tidak aku jadikan jin
dan manusia melainkan untuk beribadah kapada-Ku”. Ibadah mempunyai criteria dan syarat-
syaratnya. Dalam surah al- Baqarah ayat 112, ALLAH menyatakan “ Bahkan sesiapa yang
menyerah dirinya kepada ALLAH di samping beliau bersikap muhsin baginya ganjaran dari sisi
 TuhanNya, tidak ada ketakutan kepadanya dan dia tidak akan berdukacita. Berhubung dengan
 ayat ini, dalam tafsir Al-Quran al-Azim, Ibnu Kathir berkata, “(Ayat ini) menjelaskan, ALLAH
 hanya menerima amalan yang mempunyai dua kriteria, iaitu pertama, ikhlas dan kedua, muhsin
. Manakala Muhsin bermaksud melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi
Muhammad. Jika sesuatu amal dilakukan dengan tulus dan ikhlas tetapi caranya tidak mengikut
 (syariat), ia tidak diterima oleh ALLAH.

Oleh itu, sesuatu ibadah hanya dikira sah disisi ALLAH SWT pabila ianya dilengkapi
dengan dengan keikhlasan dan juga diliputi dengan landasan syariat dan dipatuhi hanya kerana
ALLAH SWT. Demikian, inilah tugas utama sebagai khalifah di muka bumi ini. Selain itu,
manusia juga dikategorikan sebagai wakil ALLAH di muka bumi ini. Hal ini dijelaskan oleh Ibn
 Jarir “Maksud penjelasan ALLAH dalam ayat 30 ; surah Al-Baqarah” adalah ‘ Sesungguhnya
aku menjadikan di muka bumi khalifah yang mewakiliku dalam melaksanakan hokum dan
keadilan dikalangan makhluk-makhlukku. ’ Dan sesungguhnya khalifah ini ialah Adam dan
sesiapa sahaja yang mengikut jejak langkahnya dalam mentaati ALLAH serta melaksanakan
ketetapan hukum dengan adil.

Maka sesungguhnya amanah yang terpaksa dipikul oleh khalifah adalah sangat berat
sehinggakan makhluk-makhluk lain yang lebih besar daripada seorang insane tidak sanggup
sama sekali untuk memikulnya. Kenyataan ini dapat dijelaskan lagi jika kita mengkaji makna
 dalam suah al- Ahzab; ayat 72, “Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah ini kepada
langit, bumi, dan gunung- ganang tetapi mereka enggan memikulnya dan berasa berat
dengannya, maka sebaliknya ianya dipikul oleh insane yang bernama manusia.

    Walau bagaimanapun, sesungguhnya ALLAH itu tidak kejam dan Maha Mengetahui
segalanya. Oleh itu, ALLAH membekalkan manusia dengan alat-alat bantuan, terutamanya akal
 fikiran bagi memudahkan lagi kerjanya. Malahan, ALLAH telah menciptakan manusia dalam
 bentuk yang terbaik tanpa dapat disaingi oleh sesiapa pun. ALLAH menyatakan hal ini dalam
surah At-tin ayat ; 4 “ Sesungguhnya kami mencipta insane dalam bentuk penciptaan yang
terbaik. ”

    Di samping itu, ALLAH juga tidak akan membebankan manusia dengan sesuatu yang
 tidak dapat diatasi dan disanggupinya sebagaimana yang telah dinyatakan dalam surah al-
Baqarah, ayat ; 286, “ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. ”

    Konkulusinya, melalui ibadah manusia, sebagai khalifah kehidupan mereka akan menjadi
lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang samada di dunia dan akhirat. Seperti sabda baginda
 Nabi Muhammad SAW, “Barang siapa yang mengejar akhirat maka dunia akan mengekori
 dibelakangnya”.

•    Hikmat Ibadah
Kenyataannya, ibadah mempunyai banyak rahsia dan hikmatnya yang tersendiri.
Manakala sebahagian hikamt itu dapat difahami oleh manusia dan sebahagian lagi tidak
 diketahui oleh sesiapa pun kecuali ALLAH SWT. Tetapi yang pasti ia tidak sama sekali
 membebankan manusia, sebaliknya ia menguntungkan lagi manusia di segenap penjuru
 kehidupan.

    Oleh itu, ALLAH SWT telah menyatakan dalam Al- Quran, surah al-maidah; ayat
 6 “ ALLAH SWT tidak berkehendak untuk menyulitkan dan menyusahkan kamu,
malahan dia berkehendak untuk membersihkan kamu serta memudahkan kamu seta
 menyempurnakan nikmatnya ke atas kamu semoga kamu bersyukur. ” Hal ini dapat
dikukuhkan dan dibuktikan lagi dengan kata- kata Nabi Muhammad SAW berdasarkan
hadis yang dilaporkan oleh Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad yang bermaksud,
“Sesungguhnya kamu diutus untuk memudahkan (agama) dan kamu tidak diutus untuk
mennyusahkan”.
Dalam konteks lain, kita juga dapat memperoleh banyak manfaat dari
 ibadah iaitu ianya dapat menjadikan manusia lebih peka dengan masa. sebagai
 contoh, solat fardu yang diwajibkan ke atas setiap individu juga dikenali sebagai
 solat waktu. Hal ini kerana ianya terikat dengan waktu-waktu yang telah
 ditentukan. Oleh yang demikian, ianya terbukti bahawa solat fardu dapat
 mendidik umat islam supaya menjadi lebih peka dengan waktu dan juga diiringi
dengan mendidik umat islam menjadi seorang pengurus masa yang baik.


•    Impak Ibadah Kepada Muslim

 Kesan dari menunaikan rukun islam dan perkara-perkara wajib :

    Muslim akan menjadi lebih berdisiplin dan komitmen. Misalnya, dalam ibadah solat terlalu banyak elemen positif yang diperolehi oleh manusia sekiranya dikerjakan dengan fokus. Terutamanya solat berjemaah, ianya dapat mengajar muslim soal ketaatan kepada ketua, kasih saying dan persaudaraan, sikap mengambil tahu dan mengambil berat. Manakala, dengan berwuduk pula, ia mengajar kita erti kebersihan, solat mengajar manusia tentang pengurusan masa, fokus dan lain-lain. Kesemua ini, membentuk jati diri seorang muslim yang berkualiti.

Kesan daripada menunaikan ibadah-ibadah sunat : -
    Dengan membuat semua ibadah – ibadah sunat seperti membaca Al-Quran, menderma, korban akikah, kenduri dan sebagainya ini dapat menenangkan hati dan jiwa seseorang tanpa sebarang gangguan. Selain itu, sifat merendah diri, tolong – menolong, kasih sayang juga dapat diperolehi daripada amalan – amalan sunat ini.


 Kesan ibadah memimpin diri, keluarga, masyarakat dan khalifah ( makhluk ALLAH ) : -
    Contoh ibadah memimpin diri, keluarga, masyarakat dan sebagai khalifah ialah melaksanakan amar ma’aruf nahi mungkar, menyebarkan ISLAM atau berdakwah, berbuat ihsan dengan makhluk-makhluk ciptaan ALLAH yang lain. Oleh yang demikian, ianya dapat mendatangkan kesan ibadah yang sangat besar lebih- lebih lagi dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian kepada umat manusia dan seluruh alam. Malah, sekiranya ibadab ini diabaikan, manusia aka terjerumus dalam peperangan dan bala bencana alam yang menyedihkan.

•    Kesan Pengabaian Ibadah.

 Kesan pengabaian ibadah – ibadah wajib :-

     Dengan pengabaian ini akidah akan terjejas dan manusia secara automatiknya akan terjebak dalam masalah sosial yang sangat serius. Selain itu, kehidupan manusia juga akan dibelenggu kemurungan dan jiwa manusia juga akan berada dalam resah dan gelisah.


 Kesan pengabaian ibadah – ibadah fardhu kifayah :-

    Dengan pengabaian ini umat ISLAM akan menjadi mundur dan miskin kerana tidak mahu menguasai bidang – bidang yang penting seperti teknologi maklumat, kejuruteraan, industri makan yang halal, perubatan, kedoktoran dan lain-lain lagi. Kesannya, umat ISLAM iaitu muslim hanya menjadi sebagai pengguna dan bukannya pengeluar utama barangan halal dan teknologi yang canggih dan moden. Hal ini menyebabkan muslim sendiri akan terjebak dalam percampuran barangan halal dan haram selain daripada teknolohi-teknologi yang merosakkan umat ISLAM sendiri. Dengan ini juga, umat ISLAM juga mudah ditindas oleh negara-negara yang maju dan moden dengan alat-alat teknologi canggih mereka.

 Kesan pengabaian ibadah-ibadah umum dan sunat :-
    Dengan pengabaian ibadah-ibadah umum dan sunat ini, muslin akan menjadi lebih pasif dan tidak produktif. Oleh hal yang demikian, ianya dapat melahirkan umat ISLAM yang lemah, tidak mempunyai daya saing untuk mempertingkatkan hidup dan ketahanan mental yang sangat rendah. Selain jasmani, rohani manusia juga perlu diisi dengan makanannya, iaitu ibadah-ibadah sunat supaya tidak dapat merosakkan kredibiliti dan jati diri muslim.

•Asas- asas penting ibadah

Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh ALLAH SWT seandainya ianya tidak berlandaskan dan mematuhi asas dan syarat yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT. Oleh kerana Islam sebagai agama yang syumul dan semprna sentiasa mengambil kira kehendak dan keredhaan ALLAH SWT. Terdapat dua asas penting dalam beribadah iaitu :-

1. IMAN
Keimanan menjadi tonggak untuk mengerjakan ibadah. Selain itu, keimanan jugalah salah satu perkara yang membezekan orang Islam dan orang bukan Islam. Jikalau manusia mengikat pergantungan kepada ALLAH, maka barulah sesuatu amalan baik itu dapat dinilai dan diterima oleh ALLAH.

2. ILMU
Ilmu ialah salah satu perkara yang dapat membezakan darjat kualiti yang ada pada seseorang. Oleh itu, untuk beribadah, seseorang itu haruslah mempunyai ilmu dalam mengerjakan ibadah. Jika tanpa ilmu seseorang itu dibimbangi akn sesat dan tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nabi Muhammad SAW dan juga manusia akan mudah ditipu oleh syaitan.

Syarat – Syarat amalan dikira sebagai ibadah

Kemudian, setelah seseorang muslim itu mengetahui dan mempunyai dua perkara – perkara asas seperti di atas, maka wajiblah ke atas dirinya untuk mengetahui tentang syarat yang membolehkan sesuatu amalan kebaikan diterima dan boleh mendapat keredhaan ALLAH sebagai satu ibadah. Antara syarat – syaratnya ialah : -

1. Niat

Setiap perkara yang kita lakukan mestilah hanya semata – mata kerana ALLAH SWT dan bukanlah hanya kerana manusia, hawa nafsu, syaitan, harta, keduniaan dan sebagainya. Hal ini kerana, jika setiap amalan yang seseorang muslim itu lakukan belandaskan niat kepada ALLAH SWT ianya akan dikira sebagai ibadah kepada di sisi ALLAH.

 2. Perbuatan atau amalan yang dilakukan mesrilah berlandaskan syarak

Setiap perbuatan yang dilakukan itu haruslah tidak bertentangan dengan hukum syarak yang telah ditetapkan oleh ALLAH seperti minum arak, zina, derhaka kepada kedua ibu bapa dan sebagainya.


 3. Ikhlas

Bebas dari sifat takbur dan riak. Ini bermakna, seseorang itu melakukan ibadah tetapi ada maknanya tersendiri tanpa diketahui. Oleh itu, di sisi ALLAH SWT ianya ditolak kerana tidak ikhlas dalam melakukan amal ibadahnya.

Selain itu, jika seseorang itu melakukan sesuatu amal ibadah kerana malu pada orang ramai dan melakukannya dengan perassan yang tidak rela, ianya juga boleh dikategorikan sebagai melakukan ibadah dengan tidak ikhlas dan ini juga menyebabkan amal ibadahnya akan ditolak dan tidak diterima di sisi ALLAH SWT. Justeru, sifat ikhlas haruslah dipupuk supaya keikhlasan itu akan hadir di dalam hati lalu ibadah akan menjadi lebih khusyuk dan sempurna pelaksanaanya. Jika ibada terus dilakukah dengan hati yang tulus ikhlas, maka ibadahnya akan menjadi lebih sempurna. Oleh itu, matlamat dan tujuan hidup manusia akan menjadi lebih jelas dengan hanya semata –mata mengabdikan diri kerana ALLAH SWT sepahjang hayat.

Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com