Solat

Oleh: Ohamad Adam Bin Zainalabidin

PENGHARGAAN

بِسْمِاللهِالرَّحْمنِالرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, pertamasekalisayaMohamad Adam Bin ZainalAbidinbersyukurkepada Allah keranasayadapatmenyiapkantugasaninidenganbaik.Kandungannyasayaperolehdaripadapelbagaisumberilmusertapemahamansayasetakatmana yang dikurniakan oleh Allah Taala.

Seterusnya,sayamengucapkanribuanterimakasihkepadaUstaz Aziz keranatelahmemberisayapeluanguntukmenghasilkansebuahkerja yang lengkapdanbanyakmembantusayadalammenyiapkantugasanini.

Akhirsekali, tidakluparakan-rakansaya yang banyakmenolongsayabagimanyiapkantugasanini.


PENGENALAN
1.1     Pengertian Syariat dan Solat
Syariat ialah amalan-amalan lahir yang diperintahkan kepada umat Islam baik wajib mahupun sunat. Dan apa saja yang dilarang baik yang haram atau makruh termasuk juga amalan-amalan yang kedudukannya dibenarkan.
Manakala solat pula menurut bahasa ialah doa. Dari segi istilah adalah beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam berserta syarat-syarat yang ditetapkan.Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam. Solat juga merupakan tiang agama dan ibadat wajib ke atas setiap umat Islam yang akil baligh.
1.2 Asal Usul Syariat Solat
Syariat solat inisebenarnyabermuladariperistiwaIsrakdanMikraj di manaNabi Allah, Rasulullah SAW dibelahdadanyadandisucikanhatinyadengan air zam-zam.Kemudian, bagindadibawaolehBuraqkeBaitulMuqaddisditemaniolehJibril AS. Dari BaitulMuqaddis, Nabidinaikkanke langit pertama hingga ke tujuh. Allah memperlihatkan gambaran balasan dan kemungkaran hamba-Nya sepanjang kehidupan.
Peristiwa paling besar dan penting diterima Baginda SAW ialah perintah Allah supaya umatnya melakukan ibadat solat fardu.Sewaktutiba di SidratulMuntaha, Rasulullah SAW menerima perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya iaitu sebanyak 50 waktu sehari semalam.Sebaikmenerimaperintahitu, tanpabanyakbicaraRasulullah SAW danJibrilbersiapuntukturunkebumi.Pada ketika itu, Baginda SAW bertemu Nabi Musa yang bertanyakan hal itu. Selepas mendengar penjelasan Rasulullah SAW, Nabi Musa berkata:

“KembalilahkepadaTuhanmudanmintalahsedikitkeringanankeranabilanganitutidakakanterdayadilakukanumatmuya Muhammad.”

Rasulullah SAW danJibril pun kembalimenghadapTuhan.Selepas dipohon keringanan itu, maka jumlah solat dikurangkan kepada 40 kali.Apabila berjumpa dengan Nabi Musa, kembali dia meminta Rasulullah SAW menemui Allah Taala sekali lagi supaya jumlah itu dapat dikurangkan lagi.Beberapa kali Rasulullah berulang alik menemui Allah Taala, sehinggalah Allah mengurangkannya kepada 10 dan akhirnya menjadi 5 waktu saja. Nabi Musa masih merasakan umat Muhammad tidak akan mampu melaksanakan ibadat solat lima waktu itu tetapi Rasulullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah Taala kerana Baginda berasa malu untuk berdepan dengan Allah.
1.3    Solat Ibadat Tiada Tandingan
Solat dalam ajaran Islam mempunyai kedudukan yang tidak ada tandingnya.dengan ibadat, mahupun solat tiang agama utama Islam, Islam tidak akan tegak, kecuali dengan mengerjakan solatdan sebagainya.Jadi tanpa solat, sistem kehidupan kita akan goyah dan menjadi kucar-kacir. Contohnya ekonomi akan jatuh, gejala sosial berleluasa, kejahatan bermaharajalela.
Allah SWT menjelaskan hal itu dengan firman-Nya dalam surah Al Baqarah :
Terjemahannya :Mintalahbantuandalamurusanmudengansabardansolat. Dan sesungguhnya yang demikian itu adalah sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa kepada-Nya lah mereka akan kembali. (Al Baqarah : 45)
Jadi bila kita lihat masalah sebegini di sekeliling kita, itu sebenarnya merupakan satu petunjuk bahawa solat di kalangan masyarakat tidak selesai.Ada satu ungkapan orang bijaksana, 'Untuk baiki dunia, perlu baiki manusia. Untuk baiki manusia, perlu baiki hatinya. Dan untuk baiki hati manusia, kena baiki solatnya'.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah SAW:
Terjemahanayat :Kepala (pokok) urusanituialahislam, tiangnyaialahsolat, danpuncaknyaialahberjihad dalam jalan Allah.

ISI

2.1    Solat Mengelakkan Diri Melakukan Maksiat

Sebagai hamba Allah, tentunya harus menyedari bahawa dirinya diciptakan bukan untuk hal yang sia-sia. Baik jin atau manusia Allah ciptakan untuk tujuan yang amat mulia iaitu untuk beribadah, menghamba kepada Allah. Untuk menjadi seorang Muslim yang mempunyai iman yang mantap, perkara pertama yang perlu diambilkira ialah solat kita. Solat salah satu cara kita mengelakkan diri daripada melakukan maksiat dan solat juga adalah perkara pertama yang di hisab pada hari akhirat.

Solat sangat penting dalam kehidupan manusia dan merupakan perkara yang wajib dilaksanakan.Solat mempengaruhi semua tindak tanduk manusia dari segi fizikal, mental mahupun spiritual. Hari ini, jika diperhatikan orang tak rasa rugi kalau tidak solat, tapi kalau tidak makan, dia akan rasa lapar. Perjalanan hidup kita ini makin lama semakin meletihkan, pangkal sudah jauh ditinggalkan namun hujungnya belum kelihatan.Umur meningkat dan tenaga semakin berkurangan, sebab itulah kita perlukan bekalan untuk dibawa ke akhirat.

Solat merupakan makanan rohani dalam perjalanan kita menuju Allah SWT. Tanpa makanan rohani, kita akan berasa lesu, jemu dan sebagainya. Tanpa solat, kita seumpama layang-layang tanpa tali, yang bila-bila masa saja boleh jatuh tersangkut di pokok ataupun terhempas ke bumi.Solat juga merupakan hubungan antara kita dengan Allah. Allah akan menjaga kita sebagaimana kita menjaga Allah. Oleh itu cara menjaga Allah ialah dengan menjaga solat.

Manusia yang tidak mampu membentuk diri mereka melalui solat ialah mereka yang tidak memahami maksud setiap bacaan yang dibaca ketika bersolat dan juga mereka yang tidak mengambil berat tentang solat itu sendiri.Ramai yang tidak memahami setiap bacaan dan sekadar membacanya dan juga ada yang memahami namun tidak ambil peduli dengan setiap bacaan tersebut.

Sebagai seorang manusia yang soleh, perlulah memahami setiap bacaan yang dibaca dalam solat.Memahami bacaan bermaksud memahami maksud kalimah yang dituturkan.Ramai orang tahumaknakalimah-kalimah yang dituturkan, samaadasecaraijmaliatauterjemahannyatetapitidakdapatmenghayatinya. Hal ini sangat penting kerana dengan memahami setiap maksudbacaanitu, dapatmemberikankefahamandandenganitudapatmenyumbangkepadakhusyukdalamsolatsepertimana yang perlusetiapmusliminlakukan.Sebahagiandaripadakitatahukalimahtersebuttetapitidaktahumaknadisebaliknya.

Jadi, denganitusolatmerekatidakmampumengelakkandirimerekadaripadamelakukankemungkaran (Dr AmranKasimin,117).

Maksudnya kita masih belum lagi memahami setiap apa yang kita lafazkan di dalam solat, bahkan kata-kata yang dilafazkan itu masih belum lagi mampu untuk masuk ke hati, melekat di situ dan meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada diri dan setiap perbuatan kita. Oleh kerana itu, solat 5 waktu sehari semalam tidak mampu membentuk mereka kerana mereka sendiri yang mengabaikan solat itu dengan tidak memahami maksud-maksud dan mengamalkan setiap perintah yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Sabda Nabi Muhammad SAW lagi:

Mafhumnya:“Bahawasanyapermulaanamalan yang diperhatikan (pada hari kiamat) ialah solat. Makajikabetulurusansolatnya, dilihatlahamalan-amalannya yang lain. Jika tidak betul urusan solatnya, tidaklah dilihat lagi kepadanya amalan-amalannya yang lain”.

Daripada keterangan di atas, jelas menunjukkan kepada kita tentang betapa pentingnya ibadat solat dalam kehidupan kita seharian.

2.2    Solat Memupuk Sifat-sifat Terpuji

Solat boleh melengkapkan diri manusia dengan sifat-sifat yang terpuji, dan bagi orang yang mengerjakan solat mereka mendapat petunjuk daripada Allah Taala serta mereka beroleh kejayaan. Firman Allah Taala yang bermaksud:

Alif Lam Min. Kitab (Al Quran) Initidakadakeraguanpadanya; petunjukbagimereka yang bertaqwa, (iaitu) mereka yang berimankepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telahditurunkankepadamudankitab-kitab yang telahditurunkansebelummu, sertamerekayakinakan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.
(Surah al-Baqarah :1-5)

Selain daripada itu, solat juga boleh memberi kesan terhadap pembersihan diri dan mengawalnya daripada terjerumus ke lembah kehinaan.Solat juga boleh membersihkan manusia daripada naluri-naluri yang tidak sihat. Sebagaimana firman Allah, maksudnya:

Bacalahapa yang Telahdiwahyukankepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) danDirikanlahsolat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.dan Sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Sebaliknya orang yang meninggalkan sembahyang digelar orang yang tenggelam dalam hawa nafsu yang bakal menjadi ahli neraka. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang berpura-pura) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, Maka mereka kelak akan menemui kesesatan.

2.3    Solat Mendisiplinkan Diri

Solat juga dapat mengajar manusia tentang disiplin. Orang yang melakukan solat dengan baik dan khusyuk akan mengekalkan disiplin kebersihan pada dirinya menjadi bersih tubuh badan, pakaian mahu pun tempat tinggalnya. Hal itu membuatkan dirinya sihat.Selain itu solat juga mengajar tentang disiplin waktu. Setiap kali mendengar laungan azan untuk solat dia akan segera untuk mendirikan solat sama ada secara berjemaah atau bersendirian. Hal sedemikian secara beransur-ansur akan membina disiplin waktu dalam diri kita.
Setiap kali solatkitaakanbersuci, bertakbir, mengesakan Allah, bersyahadahdanpatuhkepada Allah. Dalam solat mengandungi perbuatan zahir dan batin.Solat mendidik kita jujur, ikhlas, patuh dab sebagainya.Semasa berwuduk, seandainya kita meninggalkan salah satu anggota wuduk, orang lain tidak akan tahu. Boleh saja kita tidak membasuh anggota wuduk kerana sifat tidak jujur.Tapi orang yang bersolat akan tetap menjaga anggota wuduk dan bersifat jujur dan ikhlas.
Solat mendidik kita menepati masa.Solat mendidik kita untuk patuh pada setiap perbuatan solat, yang akan mendorong kita untuk patuh kepada suruhan Allah yang lainnya.Solat mendidik kita untuk merendah diri di hadapan Allah.Solat menguatkan tauhid kita kepada Allah, kita tidak melihat Allah, tetapi kita percaya kepada Allah dan kita sembah hanya Allah.Inimenunjukkansolatdapatmembentukseseorangmuslimmempunyaisifat-sifatmulia.
Selain solat, akhlak adalah merupakan bahagian penting dalam menentukan keimanan. Akhlak juga salah satu tolok ukur kesempurnaan iman seseorang. Allah SWT dalam beberapa ayat sentiasa menggandingkan antara iman dengan berbuat baik.

أي المؤمنين افضل إيمانا? قال احسنهم خلقا. رواه ابو داود والترمذى والنسائوالحاكم

"Mukmin mana yang paling baik imannya? Jawab Rasulullah "Yang paling baik akhlaqnya" (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Nasa'i).

Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan bagi melahirkan individu unggul ialah amanah di mana sifat mulia ini yang mesti diamalkan oleh setiap orang. Iaadalahasasketahanan umat, kestabilan negara, kekuasaan, kehormatan dan roh kepada keadilan. Firman Allah SWT:

‘ Makatunaikanlaholeh orang yang diamanahkanituakanamanahnyadanbertakwalahkepada Allah, tuhannya.’ ( Surah Al-Baqarah : 283 )

Seterusnya, ikhlas pula adalah inti setiap ibadah dan perbuatan. Firman Allah SWT:
' Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya '.( Surah al-Bayyinah : 5 )

Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat, bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan, persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan. Di sampingitu, Islam menggalakkkanumatnyasupayatekunapabila melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai dan berjaya. Sabda Rasulullah SAW:

' Sesungguhnya Allah SWTmenyukaiapabilaseseorangkamubekerjadiamelakukandengantekun'.( Riwayat Abu Daud)

Sifat tekun akan meningkatkan produktiviti ummah, melahirkan suasana kerja yang aman dan memberi kesan yang baik kepada masyarakat.Berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Hasratnegarauntukmajudancemerlangakandapatdicapaidenganlebihcepatlagi.Denganberdisiplinseseorangituakandapatmenguatkanpegangannya terhadap ajaran agama dan menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.

Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan iaitu sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta sama ada sedikit atau banyak dan bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah SWT supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan.
Allah SWT berfirman :

' Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras'.
( Surahbrahim : 7 )

    Di dalam menghadapi cabaran hidup, kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi unggul seperti yang dikehendaki Allah SWT. Firman Allah SWT:

' Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlahkamu (menghadapisegalakesukarandalammengerjakanperkara-perkarakebajikan) dankuatkanlahkesabarankamu (lebihdaripadakesabaranmusuh di medanperjuangan) danbersedialah (dengankekiuatanpertahanan di daerah-daerahsempadan) sertabertaqwalahkamukepada Allah supayakamuberjaya'. (Surah Ali Imran : 200)

Selain itu, para ulama membahagikan adil kepada beberapa peringkat iaitu adil terhadap diri sendiri, orang bawahan, pemimpin atasan dan juga sesama saudara. Sabda Rasulullah SAW bersabda :

'Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah dan berjimat cermat ketika susah dan senang; dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri'.
(Riwayat Abu Syeikh)

Daripada keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa solat dapat mendidik kita dengan sifat-sifat yang terpuji, denganmengerjakansolatjugakitamendapatpetunjukdaripadaAllah.Solatberperananmendisiplinkantingkahlakumanusia, mengeratkanhubungansilaturrahimsesamamuslim. Orang mukmin yang berada dalam satu barisan dalam masjid yang sama, sebanyak lima kali sehari, siang dan malam tidak kira kaya atau pun miskin, mereka berhimpun dan berjemaah di masjid atau surau untuk membuka jalan dan mendalamkan semangat persaudaraan sesama Islam. Mereka yang kuat dan yang lemah berada dalam satu binaan yang kukuh dan teguh itu dan saling memahami setiap keperluan dan urusan sesama mereka.
   
2.4    Kesedaran Solat

Selain daripada solat lima waktu sehari semalam, Allah juga mewajibkan ke atas umat Islam supaya melakukan solat Jumaat sekali seminggu. Pada hari dan waktu itulah mereka berkumpul untuk mengabadikan diri kepada Allah SWT dan pada waktu yang samajugamerekadapatberkenal-kenalansertamendengarnasihat, peringatantentangperpaduandaripadakhutbah yang dibacaolehkhatib yang bertugas demi mencapaikeredhaan Allah Taala.

Di samping itu juga, Allah mengambil berat tentang perhimpunan yang lebih ramai dan lebih luas sebanyak dua kali setahun.IaitusolatAidilFitridanAidilAdhadengantujuanuntukmemperdalamkanlagihikmat-hikmat di atas, di samping mensyukuri nikmat Allah Taala terhadap dua peristiwa yang besar iaitu hari raya untuk umat Islam.

Demikianlah Islam telah menyusun semangat kesedaran dalam ibadat solat yang berbagai-bagai corak demi kebajikan dan kemaslahatan manusia itu sendiri.Demikian juga Allah telah mendidik kita dan seluruh umat Islam tentang solat dari segi kebajikan kepada diri sendiri dan juga sesama masyarakat.
Itulah panduan kita untuk memperjuangkan Islam dalam diri kita.Yang mesti didahulukan ialah berusaha supaya hati kita berubah, dari hati yang tidak kenal Allah kepada hati yang khusyuk dan cinta kepada Allah.Dari hati yang lalai kepada hati yang sentiasa mengingati Allah. Bila hati sudah cinta pada Allah, kita akan merasa ringan dalam menerima dan mengamalkan syariat Allah lahir dan batin.
Orang yang solat, hatinya dekat dengan Allah. Jadi, jika kita sendiri atau ada orang datang kepada kita, mengadu yang kehidupannya kucar-kacir dan bagaimana cara untuk memperbetulkannya. Jawapan yang paling baik untuk diberikan adalah perbaiki solatnya.Jikasolatdijagadenganbaik, Insya Allah akanadakesan yang baik untuk diri kita. Oleh itu, perlu dimulakan dengan solat.
2.5    Didikan Ibu bapa Terhadap Pembentukan Anak-anak
Islam juga mengeluarkan garispanduan yang jelasperihalpendidikansolatuntukanak-anakseperti yang dinyatakandalamhadis yang direkodkan al Hakim dan Abu DauddaripadaIbnu ‘Amr bin Al-Ash daripada Rasulullah. Beliauberkata, “Suruhlahanak-anakmumengerjakansolatketikamerekaberumur 7 tahundanpukullahmerekasekiranyamasihmelalaikansolatpadaumur 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka.”
Maka keluarga berperanan sebagailapisan kedua dalam pembentukan ummat. Lapisan ini mempunyai pengaruh yang kuat sama ada baik atau rosaknya sebuah umat. Oleh sebab itulah seseorang dituntut untuk beramal dalam membentuk keluarga yang Islam, sebab tidak akan terbentuk masyarakat yang baik tanpa melalui pembentukan keluarga yang baik dan islamik.

Alpha
Kamu adalahumatyang terbaik yangdilahirkanuntuk manusia, menyuruhkepada yangma'ruf, dan mencegahdari yangmunkar, dan berimankepada Allah. Sekiranya AhliKitab beriman, tentulahitu lebihbaik bagimereka, diantara merekaada yang beriman, dan kebanyakanmereka adalah orang-orang yang fasik.
(QS. 3:AliImran110)

Kalau kitacermati dengansaksamaFirmanAllah diatas, kita dikatakanumat terbaikyang dilahirkan sebagaimanusia bilakita mempunyaitiga unsurpembentukkebaikan yang harusmelekatpada dirikita danmampumengaplikasikannyake dalamkehidupaniaitu mengajakpada yangma'ruf, mencegahdari yangmungkarberiman kepada Allah. Tidak berlebihanbila tigahalini dikatakansebagaitonggakperadaban manusia, sebuahfakta yangtidak bolehdinafikanbahawa tigahal ini merupakanasasdan tiangdalam membangunkankehidupan manusia, yang mampumenciptakan keharmoniandalam kehidupanbermasyarakat, berbangsa danbernegara.

KESIMPULAN

Setiap jiwa dilahirkan dalam keadaan fitrah. Tapi bukan bererti kesucian dari lahir itu meniadakan usaha untuk membina dan menjaganya, justeru kerana telah bermula dengan fitrah itulah, jiwa tersebut harus dijaga dan dirawat kesuciannya dan selanjutnya dibina agar menjadi peribadi yang Islamik.

Menjadi peribadi yang Islamik merupakan suatu hal yang sangat diperhatikan dalam agama Islam. Hal ini kerana Islam itu tidak hanya ajaran normatif yang hanya diyakini dan difahami tanpa diwujudkan dalam kehidupan nyata, tapi Islam menggabungkan dua hal antara keyakinan dan aplikasi, antara norma dan perbuatan, antara keimanan dan amal soleh. Oleh sebab itulah ajaran yang diyakini dalam Islam harus tercermin dalam setiap tingkah laku, perbuatan dan sikap peribadi-peribadi muslim.

Corak pendidikan dan kebiasaan anak-anak sewaktu kecil sehingga remaja dijadikan kayu pengukur kepada pembentukan peribadi anak-anak apabila dewasa. Seorang dewasa yang beretika, berdisiplin dan berbudi bahasa adalah datang daripada kelompok kanak-kanak yang terdidik dengan etika, disiplin dan berbudi bahasa. Begitu juga sebaliknya, seorang dewasa yang kejam, ganas dan tidak beretika datangnya daripada kelompok kanak-kanak dan remaja yang terbiasa dengan persekitaran yang kejam, ganas dan tidak beretika.
(KamarulAzmiJasmidanSitiFauziyani Md. Saleh @ Masrom, 2007: 31).

Solat dapat menghubungkan insan dengan pencipta-Nya secara langsung.Selain itu, solat merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia.

Solatjugaadalahpenolongdalamsegalaurusanpentingdanpencegahdarimaksiatdankemungkaran( Saleh Al-Uthaimin, Syeikh Muhammad, 2003,124 ).

3.1    Kepentingan Solat

Kepentingan sembahyang juga adalah solat merupakan kebahagiaan jiwa orang-orang beriman serta penyejuk hati. Solat juga adalah penghapus dosa-dosa dan pelebur segala kesalahan.Tidak mudah untuk memahami bahawa sembah yang itu boleh menegah pelakunya daripada melakukan dosa-dosa besar dan kemungkaran.Ini berpunca daripada kejahilan diri, atau kerana pembelajaran yang diterima tidak menekankan tentang penting sembahyang dengan tujuan untuk membanteras kejahatan diri.Banyak orang beranggapan bahawa sembahyang itu perlu ditunaikan kerana sembahyang tersebut merupakan salah satu daripada Rukun Islam.Berdosa kalau meninggalkan dan mendapat pahala kalau melakukannya.Begitulah tabiat manusia, menyedari kesalahan yang mereka lakukan selagi mereka masih memiliki akal yang waras.

Dari sinilah lahirnya pertentangan di antara akal dengan dorongan nafsu yang sentiasa mendesak, merayu-rayu dan menggoda.Akhirnya mereka terpaksa tunduk kepada kehendak nafsu, akibat lemah iman.Apabila membincangkan sembahyang, kita dapati banyak orang Islam yang tidak mempedulikannya.Mereka seolah-olah menganggap sembahyang itu tidak wujud dalam kegiatan hidup hariannya.Keadaan ini terjadi boleh dikatakan di mana-mana sahaja, tanpa mengira jenis pekerjaan manusia, pangkat atau keturunan.

Banyak di antara mereka yang memahami bahawa sembahyang itu wajib, tetapi tidak mengambil indah untuk mendirikan ibadah tersebut.Di antaramerekabanyak yang lebihmenitikberatkanamalankenduri-kendara, kenduriarwah, majlispotongjambul, majlisberzanjidan seumpamanya yang tidak berupaya penting, berbanding dengan usaha menyediakan diri dan keluarga untuk mendirikan sembahyang.Pada hakikatnya sembahyang adalah urusan ketenteraman jiwa.Sembahyangmengandungirangkaiandoa, ucapankesyukuran, puji-pujian, jugasusunan kata-kata, lambangpengabadianseoranghambakepadakhaliknya. Sembahyang adalah penghubung di antara seorang hamba dengan tuhannya.Hanya orang beriman, yang dapat melakukannya dengan khusyuk dan tawak.Sembahyang merupakan urusan ketenteraman jiwa.Hasil daripadanya ialah keluhuran budi dan pembentukan peribadi yang mencetuskan ketenangan, puncak segala kejayaan dan petanda kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Secara kesimpulannya, menurut ahli-ahli sufi solat adalah sebenarnya satu permohonan serta satu percakapan antara makhluk dengan penciptanya. Sebab itu doa memerlukan persemadiannya yang penuh. Dalam ibadat-ibadat lain kita tidak perlu begitu berhati-hati.Oleh kerana itu, adalah mustahak bagi kita supaya penuh berhati-hati semasa bersolat kalau tidak solat kita adalah seumpama seseorang yang mengigau dalam tidur, tetapi sungguhpun solat kita tidak sedarjat dengan solat orang-orang yang soleh, maka janganlah pula kita meninggalkan solat itu. Tidaklah betul sama sekali kalau kita memikir bahawa tidaklah berfaedah bersolat kalau tidak dikerjakan dengan sempurnanya.

Solat dengan kurang kesempurnaannya adalah lebih baik dari tidak bersolat langsung kerana akibatnya ialah seksa yang paling pedih di akhirat kelak. Sebab itu adalah jelas sejelas-jelasnya bahawakitasekalianmestiberusahadenganseikhlas-ikhlasnyauntukbersolatdanberdoakehadirat Allah SWTsupayaIamemberikepadakitataufiqdanhidayahsupayadapatkitabersolatsepertimana orang-orang yang soleh bersolat di masa-masa dulu sekurang-kurangnya yang sedemikian itu ada pada kita untuk dipersembahkan ke hadirat Allah SWT. Di dalamsembahyangsatupenumpuanminda yang jitubagimengingatikeagungandankebesaranIllahidimestikan.

Jadi, apa juga perkara atau halangan yang boleh merosakkan penumpuan minda ini boleh mencederakan solat itu. Dengan ini, maksud solat tadi tidak akan tercapai. Apabila maksud solat tidak tercapai sukar untuk seseorang itu memahami setiap bacaan yang merupakan doa untuk kita menghindari perbuatan maksiat dan mungkar. Jadi cara terbaik untuk menghindari maksiat atau mungkar ialah dengan solat dengan khusyuk dan memahami setiap bacaan tersebut. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah SWT mesti berusaha untuk memperbaiki solat agar menjadi sempurna.Sesungguhnya orang-orang yang tidak berusaha untuk memperbetulkan amalannya ialah golongan-golongan yang berada dalam kerugian.



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com