Manusia dan Islam

Oleh : NOR AMIRA NATASHA BT ABD RAHMAN

Abstrak
Apabila bercakap tentang manusia, kita sering tertanya-tanya dari mana datangnya manusia itu. Dan ke mana perginya manusia itu nanti. Persoalannya siapakah dia manusia ? Pertanyaan dari mana berkait dengan kejadian manusia.
Dari mana asal manusia ? Jawapan ini adalah mudah. Manusia itu berasal daripada orang tuanya. Malah jika ditanya dari mana datangnya orang tua itu maka datangnya daripada orang tua sebelumnya. Bagaimana kejadiannya sehingga orang tua pertama itu wujud ?
Maka jawapannya Al-Quran dan Hadith menjelaskan asal manusia.

Terjemahan : Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat.

Terjemahan : Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh sempurna.

Terjemahan : Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia.

Kesimpulannya,manusia itu datangnya dari tanah. Di akhir proses ditiupkan roh-Nya ke dalam jasad manusia. Kehairanan kita tentang kejadian manusia akan lenyap apabila kita memikirkan Allah Yang Maha Kuasa, berkuasa menciptakan alam semesta.

Konsep Manusia :

Dari sudut sains dalam diri manusia ada jiwa malah manusia dikatakan sedikit sebanyak menyerupai haiwan. Akan tetapi dari segi batiniah besar sekali perbezaan di antara manusia dengan haiwan.Dari sudut Islam pula, hanya peniupan roh oleh Allah ke dalam janin sahaja yang tidak mungkin ditangkap oleh penyelidik sains kerana roh itu bersifat ghaib.
Manusia memiliki otak. Dengan otak itu ia berfikir. Matlamat fikiran ialah alam nyata. Manusia mampu membentuk pengetahuan berasaskan pengalamannya. Manusia juga memiliki kalbu. Dengan kalbu atau hati itu ia merasa rohaniah atau menghayati. Otak dan kalbu masing-masing mempunyai kekuatan mereka sendiri.
Manusia dianggap sebagai khalifah Allah setelah manusia diciptakan Allah, dia turun ke bumi. Di bumi ini dia diangkat oleh pencipta-Nya sebagai khalifah. Khalifah bererti penyambung atau penghubung. Oleh itu dengan diberikan kekuasaan dan diangkatnya menjadi khalifah, manusia juga dibebankan tanggungjawab.

Manusia : Ke Mana Akhirnya ?

Pertanyaan sebagai tajuk di atas dengan mudah dijawab oleh pengetahuan sehari-hari iaitu manusia akan mati. Apa yang terjadi sesudah mati ? Apakah ada lanjutannya atau dengan mati berakhirlah segalanya ? Mati adalah akhir wujud manusia dimana tiada lagi lanjutannya. Ketika sudah ajal, berpisahlah roh daripada badan. Roh yang berasal daripada Allah kembali kepada Allah, badan yang berasal dari bahan-bahan bumi kembali kepada bumi, dikuburkan di dalam perutnya.
Al-Quran menimbulkan keyakinan pada fikiran untuk mempercayai hari kebangkitan sebagai awal akhirat. Setelah manusia dibangkitkan dihadapkan mereka kehadapan mahkamah Allah untuk menentukan mereka di alam akhirat.
Demikianlah akhir manusia iaitu manusia akhirnya akan berkekalan di akhirat. Sejahtera atau tidak bergantung pada amalannya pada hari ini di dunia. Justeru, perbanyakkanlah amalan semasa di dunia. Jangan hanya mengejar duniawi semata-mata.



Agama : Manusia Dan Agama
Dalam kehidupan moden timbul pertanyaan, Perlukah manusia beragama ? Bahkan ada juga segelintir golongan yang dengan lantang mempertikaikan tentang agama. Kata mereka, agama sudah tidak diperlukan lagi.
Agama ialah peraturan, tatacara, upacara dan hubungan manusia dengan manusia yang lain. Setiap agama berbeza tentang kepercayaannya, hubungannya dengan yang dipercayainya, ajaran dan sikap hidupnya. Setiap agama mengandungi suruhan dan larangan. Suruhan adalah dalam bentuk yang baik manakala larangan adalah perkara yang tidak baik.
Agama itu adalah untuk manusia kerana kebenarannya dapat diakui oleh akal manusia dan ajarannya sesuai untuk semua peringkat umur.

Islam

    Islam berasal daripada perkataan Arab : Aslama
    Akar perkataannya ialah Salima bererti sejahtera kemudian muncul perkataan Assalamualaikum yang bermaksud sejahteralah ke atas kamu.
    Islam ialah taat dan berserah diri kepada Allah secara menyeluruh.
    Islam bukan sekadar agama malah islam merangkumi semua aspek kehidupan.
    Orang yang masuk Islam pula dinamakan muslim.

Islam agama yang syumul
Islam sebagai al-din
 Allah menyebut Islam itu sebagai din. Agama yang kita anuti sememangnya islam tetapi adakah Islam hanya pada nama ? Pengertian islam lebih luas kepada agama. Selain agama ada unsur lain yang menjadi isinya. Jadi tidak dinafikan din Islam mengandungi agama. Apabila kita meneliti ayat Al-Quran kita dapat lihat :
1-Tiap ayat menyatakan hubungan manusia dengan Allah, ada ayat yang mengandungi petunjuk, tuntuan, suruhan, larangan, pengetahuan dari Allah kepada manusia dan tiap ayat itu bersal daripada Allah.
2-Di antara ayat ayat itu ada pula menyatakan hubungan manusia dengan manusia, termasuk hubungannya dengan alam.

Islam dan kebudayaan
Islam juga mengatur kehidupan kebudayaan. Contohnya :
1-Ayat-ayat tentang ibadat, solat, puasa, haji, dan zakat
2-Ayat-ayat tentang kehidupan kekeluargaan
3-Ayat-ayat tentang kehidupan ekonomi contohnya jual beli dan gadaian
4-Ayat-ayat tentang jenayah
5-Ayat-ayat tentang hubungan Islam dengan bukan Islam

Kesimpulannya, ada agama Islam, ada kebudayaan Islam dan ada masyarakat Islam. Masyarakat Islam adalah kelompok besar orang Islam yang megamalkan kebudayaan Islam. Orang Islam ialah manusia yang beragama Islam. Maka kebudayaan diamalkan belandaskan Islam
 Ad-din mengajarkan agama secara lengkap bukan sahaja prinsip-prinsipnya malah cara pelaksanaannya. Tentang kebudayaan yang diajarkan oleh Ad-din Islam pula pada asasnya hanya mengenai prinsip-prinsipnya sahaja. Prinsip prinsip itu ditujukan kepada manusia kerana ia sangat menepati dengan tabiat semula jadi manusia.

Manusia dan Islam
Perlukah manusia kepada Islam ?

Jawapan daripada pertanyaan di atas boleh dijawab oleh hurain-hurain terdahulu. Islam dapat memenuhi semua aspek dalam kehidupan. Maka kalau islam dapat memenuhinya, ia tentu diperlukan. Kalau tidak ia tidak diperlukan. Islam sangat diperlukan untuk membimbing manusia ke arah kebaikan dan mencegah manusia ke arah keburukan.
Dapatkah Islam memenuhi keperluan hakiki manusia ? Jawapannya, Ad-din memenuhi kerpluan hakiki manusia. Selama ini umat islam tidak memasuki al-din dengan sempurna. Memasuki Islam dengan menyeluruh ialah dengan beragama dan berbudaya berasaskan syariat.
Apabila kita sudah bersepakat bahawa al-din Islamlah satu-satunya cara hidup yang sesuai dengan kemanusiaan, maka langkah berikutnya adalah mengamalkannya. Apabila ia tidak diamalkan tentu ia tidak akan berbuah.
Jadi syarat kejayaan ialah pengamalan Islam. Sebelum diamalkan ia perlu dikaji. Hanya dengan mengusai dan memahami ajaran-ajaran Islam, al-din dapat diamalkan dengan sempurna. Kerana al-din dapat dibahagi kepada agama dan kebudayaan, maka amal soleh dalam kebudayaan pun meliputi bidang agama dan bidang kebudayaan.

Penutup
 Secara kesimpulannya, manusia memerlukan islam dalam kehidupan seharian. Jika Islam itu tiada maka haru biru lah kehidupan manusia zaman ini. Islam dapat membimbing manusia secara berterusan. Ajarannya pula merangkumi semua aspek kehidupan tidak kiralah dari segi jasmani mahupun rohani.
 Kita sebagai umat Islam abad ini seharusnya mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam agar kehidupan kita lebih sempurna. Kefahaman mengenai Islam juga harus dipelajari dengan lebih mendalam.
 Selain itu, manusia haruslah menjaga hubungan mereka sesama manusia. Kerana dalam Islam menganjurkan hubungan yang baik sesama manusia.Jika seorang muslim menunjukkan peribadi yang mulia, Islam juga akan dipandang mulia oleh agama-agama yang lain.
 Demikianlah perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh manusia menurut persepsi Islam. Dari sudut pandangan saya, manusia dan islam sangat berkait rapat antara satu sama lain. Wujudnya manusia juga kerana Islam.




************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com