Pemikiran Islam Semasa

Oleh: Nur Faralina Binti Mohd Fauzi

Konsep pemikiran Islam dan Barat

Keadaan umat Islam masa kini tidak menentu kerana terlalu banyak idea-idea baru yang dilontarkan semata-mata berdasarkan fahaman yang dipegang oleh individu. Mereka kini sering terdedah dan didedahkan dengan budaya pemikiran yang pelbagai.
Manakala, di barat pula pegangan dan ikutan mereka berdasarkan apa sahaja yang dapat diterima oleh akal fikiran. Perkembangan ini berjalan tidak mengikut landasan dan juga tidak mempunyai batasan. Apa yang membimbangkan di sini ialah sebilangan umat Islam telah terpengaruh dengan cara pemikiran yang begini.
Perkembangan sains dan teknologi memerlukan daya fikir yang maju dan berkembang namun jika ditelusuri, pembangunan pada masa kini kebanyakannya dijalankan mengikut hawa nafsu. Umat Islam tidak rela perkara ini berlaku malah mereka mahukan pembangunan ini mengambil kira kehendak Al-Quran dan As-Sunnah yang sememangnya merupakan panduan dan pegangan umat lslam.
Oleh itu, bagi merialisasikan bentuk pemikiran Islam seperti ini, umat Islam hendaklah mamahami landasan berfikir yang sebenar dan betul.

PEMIKIRAN ISLAM
PERKEMBANGAN PEMIKIRAN ISLAM
Menurut Dr. Mohd. Al-Bahi, pemikiran Islam mengalami tiga peringkat.
i)    Peringkat kemunculan.
ii)    Peringkat membina kembali umat.
iii)    Peringkat Islam semasa.

Landasan pemikian Islam.
Landasan utama : i) AL-Quran
         ii) Al-Sunnah
Menurut Islam : akal memerlukan Al-Quran dan As-Sunnah dalam melahirkan idea dan pemikian.
Al-Quran juga menyeru kita untuk menggunakan akal.
Idea atau pemikiran yang lahir dari akal dari nafsu tidak menjanjikan sesuatu tindakan dan perbuatan itu baik tetapi ia boleh jadi sebaliknya. Oleh itu, Al-Quran dan As-Sunnah diperlukan untuk memperbetul akal dan nafsu manusia yang bebas daripada kongkongan ideologi ciptaan manusia.
Di samping itu, al-Quran menampilkan pelbagai cerita dan kisah sebagai peringatan bagi mereka yang tidak menjadikan al-Quran sebagai panduan dan pegangan.
Pemikiran Islam semasa
Tafsiran ayat Al-Quran oleh para pentafsir terdahulu seolah-olah sudah ketandusan formula penyelesaian apabila berhadapan dengan isu-isu semasa.
Keseluruhan perkara yang menjadi topik perbincangannya adalah persoalan-persoalan semasa yang tidak muktamad di dalam al-Quran dan al-Hadis (persoalan-persoalan cabang dalam Islam) yang memerlukan kepada penjelasan terperinci demi kebaikan umat Islam.
Pemikiran barat
Sumbangan orang Yunani (Greek) terhadap pemikiran barat.
Zaman gelap Barat yang memerlukan panduan tertentu dalam kehidupan telah sedikit sebanyak melihat dan mengamati ilmu falsafah yang dipopularkan oleh ahli-ahli falsafah Greek
Rom dan Agama Kristian.
Maharaja Rom yang pertama memeluk agama Kristian adalah Konstantine. Sejak itu, agama Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom dan empayar itu menjadi ‘The Holy Roman Empire’. Perkembangan ini kemudiannya mempengaruhi keseluruhan sejarah dunia barat. Sehingga hari ini, Vatican yang terletak di Itali adalah tempat tinggal Pope iaitu ketua agama Kristian Katolik. Walaubagaimanapun, pada awal tahun 1990-an Parlimen Itali secara rasminya telah menggugurkan kedudukan agama Kristian sebagai agama rasmi Itali.
Asal-usul agama Kristian
Agama Kristian yang difahami oleh masyarakat dunia hari ini bukanlah agama yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. Sebenarnya pengasas agama Kristian adalah seorang Yahudi bernama St.Paul. Dialah yang mempopularkan agama Kristian yang menjadi asas kepada ajaran Katholik dan kemudiannya Protestant. Kristian telah diresapi oleh unsur-unsur paganism sewaktu ianya diterima sebagai agama rasmi Empayar Rom.

Zaman Gelap Barat.
•    Gereja yang menguasai masyarakat Barat di zaman Gelap
•    Masyarakat Eropah terutmanya golongan ilmuwan, sarjana dan saintis meneroka bidang sains di dunia Islam untuk mengatasi keadaan ketika itu.
•    Krisis gereja dan ilmuwan bermula.


Konflik Gereja dan Ilmuwan.
•    Kejatuhan pengaruh gereja ke atas masyarakat dengan lahirnya ilmuwan-ilmuwan yang mengkaji fenomena-fenomena alam dan hasil kajiannya adalah bertentangan dengan pandangan gereja.
•    Pandangan pihak gereja dan para ilmuwan sangat bertentangan.
•    Pihak gereja akan menghukum saintis yang menyalahi pandangan daripada gereja dengan menggunakan ‘mahkamah inquisition’.
•    Konflik ini telah membawa kesan negatif terhadap gereja, tambahan masyarakat Barat juga tidak menyukai pihak gereja.
Eropah di Zaman Baru
•    Pada era baru Eropah ini muncul ramai tokoh-tokoh revolusi yang mempengaruhi aliran pemikiran dan keilmuwan masyarakat dunia.
Kesan pertembungan pemikiran
•    Pemikiran Islam yang sudah menampakkan kelesuan dan kebekuannya terus didominasikan oleh pemikiran Barat.
•    Akhirnya, muncul secara berleluasa budaya taklid di kalangan masyarakat umat Islam.
•    Kesan pertembungan ini terbahagi kepada tiga aspek iaitu
     Sosial
     Politik
     Ekonomi

Bab2
Islam dan Ideologi-ideologi semasa.
Sekularisme ~ suatu kepercayaan dan kefahaman yang menganggap urusan keagamaan atau kefahaman dan gereja tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik dan pentadbiran. Antara ancaman sekularisme ialah dalam bidang
     Pendidikan
     Pemikiran
     Sosial
     Politik
     Ekonomi
Konsep ini bertentangan dengan Islam. Semua kegiatan yang dilakukan kerana Allah bahkan ini adalah ibadah kepada-Nya. Tidak ada pemisahan antara urusan dunia dan akhirat.
Kapitalisme ~ suatu sistem ekonomi bebas atau sistem pasaran bebas akibat dari perubahan besar dalam beberapa aspek ekonomi di kalangan masyarakat barat. Sistem ini mempunyai unsur-unsur
     Kebebasan kepada individu untuk mempunyai harta dan alat perusahaan
     Perkembangan penuh untuk institusi-institusi kewangan.
Pandangan Islam
     Islam mempunyai peraturan yang lengkap dalam urusan jual beli.
     Islam tidak membebaskan seseorang untuk menganut apa sahaja akidah tetapi juga tidak memaksa seseorang bukan Islam untuk menganut agama Islam.
     Islam mengharuskan melakukan syura mengikut batas-batas tertentu.



Sosialisme ~ istilah umum yang digunakan bagi teori ekonomi dan politik yang memperjuangkan suatu sistem beasaskan kepada hak milik untuk kelompok atau pemerintah yang menguruskan semua sumber penghasilan dan pengagihan barang-barang.
Sosialis menggalakkan perpecahan masyarakat antara golongan miskin dan kaya,sedangkan Islam telah menganjurkan konseptolog-menolong antara satu sama lain.
Nasionalisme ~ suatu keadaan pemikiran di dalam diri seseorang yang merasakan bahawa setiap orang mesti menyerahkan sepenuh taat setianya kepada sesebuah negara atau bangsa. Oleh itu, wujud semangat kekitaan maka dengan tidak secara langsung nasionalisme menurunkan darjat ketuhanan Allah kepada ketuhanan negara atau bangsa.
Islam menolak nasionalisme kerana ia berbentuk Assabiyyah Jahiliah yang lebih mementingkan puak tertentu daripada kaum Muslimin.
Modenisme ~ pandangan hidup keduniaan yang mempertuhankan modenity atau kemodenan.
Ciri-ciri modenisme:
     Anti-tradisi
     Sekularis
     Materialis
     Humanis
     Individualis
     Prograsif
     Free-Thinkers
     Saintisme
Setiap ideologi-ideologi ini mempunyai ciri-ciri tersendiri, ancaman mereka terhadap Islam dan amalan masing-masing. Islam juga mempunyai pandangan ia tersendiri mengenai ideologi-ideologi ini.
Jika ditelusuri, fahaman moden ciptaan manusia ini masih menguasai pemikiran kebanyakkan umat Islam, namun penguasaannya adalah dalam bentuk perlaksanaan secara tidak langsung tanpa disedari. Islam tidak menentang keseluruhan fahaman tersebut. Apa yang ditentang ialah asas falsafah dan pembentukan fahaman moden tersebut yang tidak serasi malah bercanggah dengan Islam.

BAB 3
Umat Islam kini menghadapi ancaman dari pelbagai sudut dalaman dan luaran.
Kemenangan pihak tentera Islam dalam Perang Salib yang berlaku selama lima tahun telah menyemai benih-benih dendam dalam kalangan musuh-musuh Islam hingga ke hari ini.
Zionisme
Ideologi yang mengaitkan gerakan Yahudi sama ada sebuah gerakan agama atau politik yang bersifat colonial dan imperialis. Untuk menguasai dunia dengan memulakan penempatan di Palestin.
Gerakan zionis diasaskan pada 1906 dan mempunayai 2 doktrin utama :
i)    Pemerintah dunia ialah orang Yahudi
ii)    Dakwaan Yahudi sebagai bangsa pilihan Tuhan

Menyuburkan kebudayaan jahiliah…
Mereka memperkenal gerakan imansipasi wanita (liberalisme) dan gaya hidup hendonisme sehingga umat Islam lalai dan lupa akan tugas sebenar mereka sebagai khalifah di bumi Allah ini.

Antara cara yang digunakan untuk menghancurkan umat Islam.
Penyelewengan fakta sejarah dan kebudayaan Islam. Contohnya, Sallahuddin al- Ayyubi didakwa seorang freemason.
Allah dan negara adalah milik semua.
 Penyebaran atheisma dan mensekularkan aspek-aspek kehidupan.
 Pembebasan wanita dari ikatan agama dan akhlak.
Menekankan materialistik dan kehidupan duniawi untuk menjauhkan diri dari Islam.

Dilancarkan ke atas seluruh negara umat Islam.
Dr.heigel telah menggariskan empat strategi di bumi umat Islam
Hapuskan identiti Islam
Jangan beri peluang kepada mereka menghormati ulama’
Sogok mereka dengan budaya-budaya baru.
Beri mereka kebebasan.

Orientalisme
Suatu pengertian yang lengkap dikumpulkan ilmu pengetahuan yang berasal dari sumbernya yang asli dari segi bahasa, agama, kebudayaan, sejarah, kesusasteraan dan kesenian yang berada di Timur.

Ancaman terhadap umat Islam.

Kenapa mereka membuat kajian ketimuran??

Ada tiga matlamat penting…..
     Memerangi Islam, mencari kelemahan untuk dizahirkan, mendakwa Islam diambil dari Kristian dan Yahudi serta memperkecilkan nilai dan kedudukan para nabi.
     Menutup kebenaran Islam serta mengingatlan bahaya menerima Islam bagi menjaga kepentingan Kristian dari bahaya Islam.
     Gerakan penyebaran dan mengkristiankan orang-orang Islam.
Kegiatan orientalis
     Akademik/ilmiah
     Penulisan
     Penterjemahan
     Pengumpulan Manuskrip Arab
     Pertubuhan Ilmiah dan Ketimuran

Sikap dan Pandangan Orientalis terhadap Islam

     Al-Quran

     As-sunnah

     Syariah

 Usaha untuk menghantar pendakyah-pendakyah Kristian ke negara-negara asing.

Matlamat

i)    Menerima seramai penganut-penganut agama Kristian.
ii)    Menggugat akidah umat Islam dengan cara merosakkan nilai-nilai kerohanian yang mereka hayati.
Paderi Samuel Zwemer ada menyatakan:
“Sebenarnya tugas missionary yang dilantik oleh kerajaan di negara-negara Islam bukanlah untuk memasukkan umat Islam ke dalam agama kristian sebab mereka sudah pun ada agama dan kepercayaan. Tetapi tugas missionary kristian ialah untuk mengeluarkan manusia muslim dari Islamnya supaya menjadi orang yang tidak lagi mempunyai hubungan dengan tuhan, dan tidak lagi terikat dengan akhlak yang selama ini dianutinya”


Strategi missionary kristian
i)    Mempelajari bahasa orang-orang yang hendak didakyahkan, adat istiadat, kebiasaan, kelemahan, pantang larang dan apa-apa yang disukai dan dibenci oleh mereka.
ii)    Menguasai cara mendakyah agama kristian, serangan, pembohongan, dan penyelewengan terhadap agama-agama lain.
iii)    Jika missionary kristian bukan seorang doktor, maka ia harus mengetahui asas rawatan, first-aids dan ilmu perubatan.
Peranan missionary Kristian
     Memperalatkan Pelajaran Dan Pendidikan

     Memperalatkan Profession Perubatan

     Memperalatkan Media Massa

     Memperalatkan Khidmat Masyarakat

Bab 4.
Kebangkitan Islam kini.
Rasulullah s.a.w. pernah meramalkan bahawa (maksudnya):“Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini pada setiap penghujung seratus tahun seorang “mujaddid”(yang berperanan membaharui fahaman agama(Islam))pembaharu agamanya.” (Riwayat Abu Daud, Hakin dan al-Baihaqi).
Faktor-faktor kebangkitan Umat Islam kini.
1.    Kesedaran masyarakat Islam kembali menghayati pengajaran al-Quran dan as-Sunnah. Kesedaran ini berpunca dari kesan dakwah Islam yang dijalankan oleh para pendakwah secara individu dan organisasi.
2.    Kesan dari penjajahan kuasa-kuasa barat terhadap negara-negara Islam. Serangan fizikal dan mental telah menyebabkan umat Islam bangun persiapkan diri dengan pelbagai kekuatan bagi pertahankan Islam.
3.    Sikap para pemerintah Muslim yang menjiwai pemikiran penjajah. Melalui sistem pendidikan sekular, pihak penjajah barat telah berjaya melahirkan pemerintah muslim yang menjadi “carbon copy” kepada pihak penjajah walaupun negara-negara Muslim bebas dari penjajahan politik.
4.    Perjuangan menegakkan kembali institusi “khilafah” yang terkubur pada zaman kejatuhan pemerintahan Uthmaniah di Turki. 1924, Mustafa Kamal Attarturk telah menghapuskan syariat Islam dan menggantikannya dengan undang-undang sekular.

Tuntutan Kebangkitan Umat Islam.

     Kebangkitan semula umat Islam merupakan sunnatullah.
     Kebangkitan umat Islam bukan kerana faktor dendam kepada barat tetapi adalah kerana tuntutan al-Quran dan as-Sunnah, yakni hasil kesedaran
dalaman umat terhadap ajaran Islam.


     Dunia Islam kini menghadapi saat lumpuh atau sedang sakit tenat kerana mengalami berbagai-bagai betuk krisis. Kemelut yang menimpa umat Islam ini telah melahirkan kesedaran baru di kalangan gerakan Islam untuk memperjuangkan nasib umat Islam dan Islam.
     Islam adalah agama yang sesuai untuk setiap zaman dan rahmat untuk seluruh alam, tidak kira timur atau barat dan dapat menyelesaikan tuntutan dan keperluan individu, masyarakat dan negara.
     Tersebar luas amalan bidah dan khurafat, berkembangnya ajaran sesat dalam masyarakat Islam, pudarnya semangat jihad dan ijtihad, taksub yang keterlaluan kepada mazhab, masyarakat Islam terlalu jauh dari pengajaran al-Quarn dan as-Sunnah.
Gerakan Islah Menyahut Tuntutan Zaman.
Gerakan “pan-Islam” ini bercirikan salafi (para sahabat dan tabiin dari abad pertama hingga ketiga hijrah) dan bermotifkan tajdid (pembaharuan) dan islah (pembaikan) pemikiran masyarakat Islam. Asas perjuangan adalah berteraskan kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Media massa gerakan yang berorientasikan pembaharuan seperti majalah yang terbit di luar negara atau dalam negara turut memain peranan penting dalam penyebaran fahaman pembaharuan gerakan islah ini.
Bibit kesedaran Islah telah mendorong masyarakat Islam menubuhkan pelbagai persatuan untuk memajukan masyarakat Islam.
Hizbul Mukminin (HAMIM)
Dasar HAMIM ialah ‘Islam semata-mata” dan tujuannya ialah untuk “..mencapai kemerdekaan bangsa Melayu yang berdaulat dan menciptakan masyarakat yang berdasarkan Islam.
Tumpuan kegiatannya ialah kepada usaha-usaha”….menginsafkan umat Islam Melayu dalam kesedaran politik dan ikatan yang beragama Islam.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
PKPIM ialah gerakan pelajar yang bertanggungjawab mencetus kesedaran Islam yang merata di kalangan generasi muda.
PKPIM menentang keras fahaman pembaharuan dan sekularisasi yang dimajukan oleh pemimpin gerakan mahasiswa Islam Indonesia.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Menegak, mengembang dan memperjuangkan cita-cita Islamiah sesuai dengan al-Quran dan as-Sunnah dan menjalankan aktiviti dakwah juga beberapa aktiviti lain.
Kebangkitan Islam dan Reaksi Barat.
Kebangkitan Islam telah menimbulkan reaksi yang membimbangkan Barat terutama kepentingan mereka di negara-negara Islam. Kebanyakan sarjana Barat mentafsirkan kebangkitan Islam adalah sebagai reaksi kepada kepada kolonialisme dan pembaratan, atau sebagai manifestasi ke atas masalah ekonomi, atau sebagai hasil pengaruh wang minyak atau sebagai “politics of expendiency”.
Bagi memisahkan para pendakwah dengan massa atau masyarakat Islam barat telah berusaha memburukkan imej gerakan Islam dengan melabelkan para aktivisnya dengan berbagai-bagai istilah.
Mereka telah menggunakan pendekatan baru iaitu serangan fikiran dan ideologi.
Para orientalis barat juga telah melumpuhkan kekuatan umat Islam menerusi pengkajian dan penulisan mereka yang mengelirukan.
Implikasi terhadap umat islam.
1.     Penjajahan fikiran
2.    Kemunduran Umat Islam (miskin teknologi)
3.    Tiada kepimpinan baru
4.    Kemiskinan dan kelemahan ilmu.



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com