Hudud membawa manusia ke jalan yang benar


Oleh : Muhammad Faris Zuhairi Bin Ilias

Abstrak

Hudud adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk digunakan oleh ulil amri (pemimpin) untuk memerintah Negara dengan aman serta medapat barakah daripada Allah. Hudud adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukarganti atau diubahsuai meskipun dipinda malah tidak boleh diampunkan oleh sesiapapun di dunia ini. Sesiapa yang tidak menjalankan atau melanggar hukuman Allah ini adalah termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim

Pendahuluan

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya saya telah dapat menyiapkan kerja yang telah diberikan kepada saya oleh Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin pada masa yang telah ditetapkan. Meskipun banyak halangan dan rintangan semasa saya hendak menyempurnakan tugasan ini, Alhamdulillah dengan pertolonganNya semua berjalan lancer. Esei ini ditulis untuk memberi peringatan kepada orang Islam dan memuhasabahkan diri saya sendiri agar sedar betapa pentingnya Hudud didalam kehidupan harian kita. Selain daripada itu, esei itu dikarang supaya ramai individu dapat menggunakan ruangan ini sebaiknya agar kita sama-sama mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat kelak. InsyaAllah.

Pengertian

Perkataan Hudud berasal daripada kata jamak, mufradnya Haddun : menurut bahasa ia bererti batas atau tegahan. Penjaga pintu dinamakan haddad dan hukum ini dinamakan Hudud atas uqubah maksiat kerana ia biasanya dapat mencegah pelaku maksiat mengulangi perbuatannya kerana dikenakan had. Dan munurut istilah Syara’, hudud ialah uqubah (seksaan di dunia) yang telah ditetapkan untuk menjaga hak Allah.

Sebagai rumusannya, Hudud dari segi bahasa bererti menahan atau mencegah manakala dari segi istilah hudud ditakrifkan sebagai seksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai mengikut perintah Allah Az-Zawajalla. Kadar hukumannya tidak boleh sama sekali dipinda sama ada dikurang atau ditambah

Jenis-jenis Hudud

Kesalahan Hudud ialah kesalahan-kesalahan yang bersangkutan dengan pelanggaran-pelanggaran terhadap hak-hak Allah. Kesalahan-kesalahan tersebut ialah :

1. Riddah

Murtad – keluar daripada agama Islam.

2. Zina

Persetubuhan atau hubungan kelamin yang tidak sah antara lelaki dan

wanita yang bukan mahram.

3. Qazaf

Menuduh seseorang itu berzina.

4. Pencurian (Sariqah)

Mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu).

5. Perompakan (Muharabah)

Sekelompok bersenjata di dalam Daulah Islamiyah dan melakukan kekacauan, penumpahan darah, merampas harta, merusak kehormatan, merusak tanaman, ternakan, keharmonian agama, akhlaq, dan keamanan masyarakat, baik dari kalangan muslim, ataupun kafir (zimmi atau harbi). Termasuk dalam hirabah, adalah kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh sindiket, mafia, kongsi gelap, dan lain-lain.

6. Liwat

Hubungan antara lelaki dengan lelaki atau lelaki dengan perempuan yang melibatkan jalan belakang (dubur) atau hubungan homoseksual iaitu hubungan sejenis tanpa melibatkan jalan belakang.

7. Pemberontakan (Baghyu)

Penentangan terhadap pemerintah yang adil.

8. Mabuk (Sakran)

Minum arak, khamar dan segala yang memabukkan dan mengkhayalkan.

9. Sihir

Menggunakan Jin untuk kepentingan diri sendiri

Keterangan kepada jenis-jenis Hudud

RIDDAH

Perbuatan keluar dari agama Islam oleh orang Islam yang mukallaf dinamakan riddah dan orang yang melakukannya dinamakan Murtad.

Riddah terjadi apabila salah satu sebab dari tiga sebab yang berikut:

Rosaknya keyakinan hati, atau

Mengucapkan perkataan-perkataan kufur, atau

Melakukan perbuatan-perbuatan kufur.

Perbuatan Riddah dikira sah apabila seseorang tidak memperakui Allah adalah Tuhannya, Rasulullah adalah utusan-Nya, tidak mempercayai kewujudan Hari Kiamat, tidak mempercayai Qada’ dan Qadar, tidak mempercayai kewujudan Malaikat, dan tidak memperakui kesahihan Al-Quran, di mana ia melibatkan keguguran iman seseorang apabila melanggar Rukun Iman. Penafian atau menentang perintah Allah seperti Solat lima waktu, mengerjakan Haji, menunaikan zakat, dan berpuasa di bulan Ramadhan, mengerjakan cara pemujaan atau sembahyang agama lain juga termasuk dalam perbuatan Riddah.

    Syarat-syarat Riddah

Riddah dikira sah apabila mempunyai syarat-syarat yang berikut:

Yang melakukan riddah adalah orang Islam. Tidak dikira murtad orang yang beragama Yahudi memasuki agama Nasrani atau dan lain-lainnya.

Pelaku riddah adalah orang dewasa.

Yang melakukan riddah adalah berfikiran waras. Kanak-kanak atau orang gila yang murtad tidak dikira sah, oleh kerana itu ia tidak dikenakan hukuman had.

Tetapi kanak-kanak yang murtad wajib dikenakan hukuman ta’zir bagi mencegahnya untuk menjadi murtad lagi.

    Uqubah keatas orang murtad

Orang murtad adalah halal darahnya, dan wajiblah dikenakan hukuman mati. Dalilnya ialah:

Ibn Mas’ud meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Tidak halal darah seseorang muslim melainkan kerana salah satu dari tiga perkara: Kafir sesudah beriman (murtad), berzina sesudah ihshan (muhshan* yang berzina) dan membunuh jiwa seseorang. ”

(Hadith Muttafaq ‘Alaih)

Cara membunuh orang murtad ialah dengan memenggal lehernya dengan pedang, berdasarkan hadith berikut:

“Muaz bin Jabal datang menemui Abu Musa Al-Asy’ari di Yaman, tiba-tiba di sisinya terdapat seorang lelaki. Mu’az berkata: Apa ini? Abu musa menjawab: Seorang lelaki Yahudi memeluk Islam kemudian ia kembali menjadi Yahudi, dan kami menghendaki dia kembali ke dalam Islam semenjak dua bulan. Kata Mu’az: Demi Allah, aku tidak akan duduk sebelum kamu penggal lehernya, lalu orang itupun dipenggal lehernya. Berkatalah Mu’az: Allah dan Rasul-Nya memutuskan bahawa barangsiapa yang murtad dari agamanya hendaklah kamu bunuh akan dia. ” (Diriwayatkan Ahmad)

    Taubat orang murtad

Sebelum melaksanakan hukuman mati, seorang murtad disuruh bertaubat, jika ia bertaubat maka taubatnya diterima dan terlepaslah ia dari hukuman mati.

Akan tetapi, jika ia tidak mahu bertaubat, maka ia dikenakan hukuman mati itu. Para ulama’ tidak sependapat dalam hukum Istitabah (menyuruh taubat) terhadap orang murtad:

1) Sebahagian besar para fuqaha ( ahli feqah ) berpendapat bahawa hukum menyuruh orang murtad bertaubat sebelum dibunuh adalah wajib. Termasuk dalam golongan yang berpendapat demikian ialah mazhab Maliki, Hambali, Asy-Syafi’e, Syi’ah Zaidiah, Ath-Thauri, dan Al-Auza’i.

2) Abu Hanifah dan pendapat lain dari yang di atas berpendapat bahawa istitabah itu hanya sunat.

3) Golongan mazhab Zahairi pula berpendapat, bahawa istitabah itu bukanlah kewajipan dan bukanlah satu larangan.

Mengenai tempoh taubat pula para ulama’ berselisih pendapat pula. Ada yang mengatakan tiga hari, sebulan dan ada yang mengatakan lebih daripada itu. Tempoh bertaubat sebenarnya tidak ada dalil yang sah yang membataskan tempoh itu, semuanya bergantung pada ijtihad hakim.

    Kesan Riddah

Selain dari uqubah (hukuman mati terhadap golongan murtad) sepertimana yang telah dinyatakan, maka riddah menimbulkan akibat-akibat hukum yang berikut:

1. Hubungan perkahwinan menjadi putus.

Apabila salah seorang suami atau isteri murtad, maka terputuslah perkahwinan antara kedua-duanya. Pemutusan perkahwinan kerana riddah ini ikira sebagai Fasakh.

2. Kehilangan hak perwalian

Orang yang murtad tidak boleh menjadi wali kepada orang Islam dalam apa bidang sekalipun.

3. Kehilangan hak pusaka

Orang murtad menurut hukum kedudukannya adalah lebih rendah daripada kafir biasa, maka ia kehilangan hak untuk menerima pusaka dari keluarganya.

4. Kehilangan hak persaksian

Orang yang hendak menjadi saksi mestilah orang Islam yang adil. Orang Islam yang fasiq tidak diterima sebagai saksi. Orang kafir tidak boleh menjadi saksi walaupun ia kafir Zimmi, kecuali dalam perkara wasiat orang Islam yang hendak meninggal dunia dalam perjalanan apabila tidak ada orang Islam.

5. Kehilangan hak dalam pimpinan dan jawatan

Jika seorang yang murtad itu telah menjadi pemimpin bagi orang Islam, maka secara hukum telah kehilangan peranannya dan sudah tidak berhak lagi untuk memimpin dan mengurus orang Islam.

ZINA

    Pengertian Zina

Zina ialah persetubuhan haram melalui alat kelamin lelaki dan wanita di luar perkahwinan yang sah, sama ada pasangan itu melakukannya secara suka sama suka, dengan bayaran ataupun tidak, sama ada perkosaan atau tidak, sama ada ia dilakukan oleh seorang dewasa dan pasangannya tidak dewasa, sama ada dilakukan oleh suami, isteri atau tidak, sama ada dilakukan oleh orang yang pernah bersuami atau beristeri atau tidak. Semua hubungan seks di luar perkahwinan yang sah, dinamakan zina.

    Hukum zina

Zina adalah satu perbuatan keji yang termasuk dalam kelompok dosa-dosa besar.

Antara dalil-dalil daripada hadith berkaitan pengharaman zina adalah:

Sabda Rasulullah:

“Tidak ada dosa sesudah syirik dengan Allah lebih besar dari benih yang ditumpahkan oleh seorang lelaki dalam kemaluan perempuan yang tidak halal baginya. ”

(Hadith riwayat Ibnu Abi Ad-Dunia (dhaif). )

“Barangsiapa yang berzina atau meminum khamar, Allah mencabut iman daripadanya bagaikan orang mancabut baju dari kepalanya. ”

(Hadith riwayat Al-Hakim (dhaif). )

    Jenis-jenis Zina

    Penzina Muhshan:

Yang dimaksudkan dengan penzina muhshan ialah lelaki atau wanita yang telah menikmati persetubuhan dalam perkahwinan yang sah, sama ada keluar mani atau tidak, sama ada masih dalam ikatan perkahwinan ataupun telah bercerai. Hukuman yang diancam ialah uqubah di dunia dan ‘iqab di akhirat. Di dunia dikenakan hukuman mati iaitu direjam sampai mati.

    Syarat-syarat perlaksanaan

1. Berakal waras

Orang gila tidak dikenakan hukuman rejam, hanya dikenakan hukuman Ta’zir sahaja. Orang mabuk yang berzina tidak terlepas dari hukuman rejam kerana ia mabuk atas kerelaannya sendiri dan ia tahu bahawa pemabukan boleh membawa akibat yang berat, kecuali ia dipaksa untuk minum atau tersalah minum lalu mabuk lalu melakukan zina, maka ia terlepas dari hukuman.

2. Orang dewasa

3. Orang merdeka

Hukuman terhadap hamba hanyalah separuh hukuman orang merdeka.

4. Telah menikmati hubungan seks (bersetubuh) dalam perkahwinan yang sah, walaupun tidak sampai keluar mani.

5. Zina itu dilakukan dengan sukarela. Orang yang dipaksa berzina atau tersalah orang tidak dikenakan hukuman rejam.

Pendapat golongan Asy-Syafie, Maliki dan Hanbali.

Tidak dikenakan hukuman rejam apabila seorang lelaki berzina dengan seorang wanita yang tidur di kamar rumahnya kerana menyangka ia adalah isterinya kerana walaupun ia termasuk dalam kategori zina, tetapi ada mempunyai ciri-ciri subhat, di mana subhat menggugurkan Hudud.

    Sabit kesalahan zina

1. Pengakuan penzina sendiri.

Pengakuan adalah penghulu segala dalil dan menjadi bukti atas kesalahan yang telah dilakukannya. Pengakuan penzina perlulah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

i) Berakal

ii) Pengakuan mestilah dibuat secara lisan

iii) Dewasa

iv) Dengan sukarela

v) Bilangan pengakuan

Menurut Asy-Syafie, Maliki, Al-Hasan, Daud, Hammad bin Abu Sulaiman, Abu Thaur, dan Ath-Thabari berpendapat bahawa pengakuan cukup dengan hanya sekali sahaja.

2. Persaksian oleh empat orang saksi

Kesalahan zina menjadi sabit apabila ia disaksikan oleh persaksian yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:

Persaksian dibuat oleh empat orang saksi. Jika persaksian kurang daripada empat orang, ia tidak diterima bahkan mereka dikenakan hukuman lapan puluh kali rotan kerana menuduh tanpa saksi yang cukup.

Semua saksi hendaklah lelaki.

Semua saksi hendaklah beragama Islam

Semua saksi terdiri daripada orang dewasa

Semua saksi berfikiran waras

Tuduhan dengan menggunakan perkataan yang terus-terang, bukan perkataan sindiran.

Melihat kesalahan zina itu dengan terus-terang, secara jelas melihat kemaluan lelaki masuk ke dalam kemaluan perempuan.

Persaksian keempat-empat hendaklah dibuat dalam satu majlis, bukan di tempat yang berlainan dan masa yang berlainan.

3. Kerana si wanita mengandung

Menurut pendapat kebanyakan ulama’ wanita yang mengandung tanpa suami, tanpa diketahui siapa bapanya, ia tidaklah dikenakan had semata-mata, tetapi hendaklah dengan pangakuannya atau persaksian oleh empat orang saksi, sebab kandungan itu mungkin kerana hubungan seks dalam perkahwinan fasiq, mungkin kerana dipaksa, atau mungkin kerana hubungan seks yang dilakukan ke atasnya tanpa kesedarannya semasa tidur atau sebab-sebab lain.

    Uqubah ke atas penzina muhshan

Hukuman had atas penzina muhshan ialah direjam sampai mati. Tidak ada perbezaan pendapat antara ulama’ mengenai hukuman ini.

    Cara perlaksanaan hukuman rejam

Hukuman hendaklah dilakukan secara terbuka dan dipersaksikan oleh sekumpulan orang Islam, baik mengenai hukuman rotan mahupun rejam.

Hukuman bagi wanita yang sedang mengandung hendaklah ditangguhkan sampai ia bersalin dan selesai menyusukan anaknya dalam tempohnya, jika tidak ada orang lain yang akan menyusukan anaknya.

Wanita yang direjam hendaklah direjam sambil duduk, manakala lelaki hendaklah direjam sambil berdiri, begitulah menurut Jumhur ulama’

Pakaian orang yang dikenakan hukuman rejam hendaklah diikat baik-baik supaya tidak terbuka auratnya ketika menggelepar kesakitan semasa direjam.

Menggali lubang untuk orang yang direjam.

    Penzina bukan muhshan

Penzina bukan muhshan ialah lelaki atau wanita yang belum pernah menikmati hubungan seks dalam perkahwinan yang sah, walaupun telah melakukan hubungan seks itu di luar perkahwinan yang sah.

    Uqubah ke atas penzina bukan muhshan

Hukuman yang wajib ke atas penzina bukan muhshan ialah:

Sebatan sebanyak seratus kali

Pembuangan negeri (Daerah) selama setahun

    Syarat-syarat perlaksanaan hukuman

Syarat-syarat pelaksanaan had, syarat-syarat yang dikenakan ke atas pesalah serupa dengan syarat-syarat yang dikenakan ke atas penzina muhshan. Demikian pula mengenai sabitnya kesalahan, iaitu melalui pengakuan, persaksian, dan kehamilan.

    Cara perlaksanaan uqubah

Wanita yang hamil hendaklah ditangguhkan sampai ia bersalin dan setelah tempoh penyusuannya tamat.

Penzina yang sedang sakit ditangguh sampai ia sembuh.

Hukuman tidak boleh dilakukan dalam keadaan cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

Pesalah dirotan sambil ia duduk.

Sebatan boleh dikenakan kepada seluruh anggota badan, kecuali kepala, muka dan kemaluan. Demikian menurut pendapat Asy-Syafie, dan Abu Hanifah.

Rotan yang digunakan adalah rotan yang sederhana besarnya, tidak besar dan tidak pula kecil, dan jika pelepah tamar yang digunakan, maka hendaklah menggunakan pelepah tamar yang separuh kering.

Jika hukuman itu dikenakan atas dasar pengakuan pesalah sendiri, maka hukuman dihentikan atau digugurkan jika pesalah menarik balik pengakuannya.

Pelaksanaan hukuman rotan hendaklah dipersaksikan oleh segolongan orang-orang mukmin.

QAZAF

Qazaf bermaksud tuduhan zina. Tuduhan selain zina tidak termasuk dalam Hudud, tetapi termasuk dalam Ta’zir. Tuduhan zina sangat besar dosanya. Qazaf hendaklah dengan perkataan yang terang dan jelas iaitu dengan menggunakan perkataan zina atau menafikan anak yang dilahirkan isterinya atau yang sedang dikandung isterinya, atau menggunakan perkataan yang serupa dengan zina dalam bahasa lain.

Menurut beberapa pendapat ulama’, tuduhan mestilah secara terbuka, tuduhan secara tertutup tidak termasuk dalam qazaf. Namun dalam Al-Quran dan As-Sunnah menyebut tentang qazaf secara umum, jadi qazaf secara terbuka, tertutup, bertulis dan sebagainya dikira sebagai qazaf menurut pandangan sebilangan besar Jumhur ulama’

    Syarat-syarat perlaksanaan hukuman

Qazaf menjadi sabit apabila memenuhi syarat-syarat yang berikut:

1. Orang yang menuduh:

Berfikiran waras

Dewasa

Tuduhan dilakukan secara terang-terangan dan sengaja, bukan dipaksa.

Tidak disyaratkan penuduh mesti orang Islam. Orang kafir yang menuduh orang Islam akan dikenakan hukuman had juga.

2. Orang yang dituduh:

Berfikiran waras

Dewasa

Kebanyakan dari pendapat ulama’ membataskan umur lelaki yang dituduh ialah 10 tahun dan perempuan yang dituduh ialah 7 atau 9 tahun.

3. Orang Islam

4. Merdeka

Menuduh hamba tidak dikenakan had, demikian pendapat jumhur ulama’, antaranya ialah Abu Hanifah, Asy-Syafie, Maliki, Al-Auzai’, Sufian Ath-Thauri, dan lain-lain.

5. Orang yang dituduh tidak membuat zina sebelum dan sesudah dituduh.

    Sabit kesalahan qazaf

Kesalahan qazaf menjadi sabit melalui salah satu dari dua cara:

Kerana pengakuan penuduh sendiri, dan ia gagal mendatangkan empat orang saksi, atau

Kerana persaksian dua orang lelaki yang adil

    Uqubah keatas kesalahan qazaf

Uqubah yang dikenakan ke atas penuduh ialah:

Lapan puluh pukulan rotan

Hilang hak persaksian kerana ia sudah tergolong dalan golongan orang-orang fasiq. Haknya akan pulih apabila ia bertaubat dan beramal soleh.

Pelaksanaan hukuman ini dilakukan oleh hakim atas tuntutan yang tertuduh sendiri atau walinya.

    Gugurnya hukuman

Penuduh akan terlepas dari hukuman had apabila ia dapat mengemukakan empat orang saksi seperti saksi-saksi dalam bab zina, ataupun apabila tertuduh sendiri membuat pengakuan berzina yang dituduhkan ke atasnya. Jika penuduh berjaya mengemukakan empat orang saksi, maka gugurlah hukuman had ke atasnya, sebaliknya tertuduh dikenakan hukuman had penzina.

    Li’an

Kadang-kadang qazaf ini dilakukan oleh suami terhadap isterinya padahal ia tidak mempunyai empat orang saksi dan si isteri tidak mengaku bersalah.

Dalam hal ini, apabila suami menuduh isterinya berzina atau menafikan anaknya dan ia tidak mempunyai empat orang saksi, maka ia dibebaskan dari hukuman had qazaf, dan diberi kesempatan untuk bersumpah sebanyak empat kali bahawa isterinya benar-benar berzina, dan pada kali kelima ia bersumpah: Jika aku berbohong, maka aku akan mendapat laknat dari Allah.

Dan si isteri pula diberi hak untuk membela dirinya dengan bersumpah empat kali bahawa suaminya berbohong dan untuk kali kelima ia bersumpah: Jika suamiku benar dengan tuduhannya, maka aku akan mendapat kemurkaan dari Allah S.W.T. . Inilah yang dinamakan Li’an.

PENCURIAN

    Pengertian pencurian

Pencurian adalah mengambil barang kepunyaan orang lain dengan sengaja dan secara senyap-senyap dari tempat simpanannya yang wajar. Ciri-ciri pencuri itu ialah:

1. Mengambil barang kepunyaan orang lain.

Pencurian yang tidak termasuk dalam jenis pencurian yang dikenakan hukuman potong tangan ialah mengambil barang dari Baitulmal, mengambil barang kepunyaan syarikat di mana ia menjadi ahli, suami mencuri barang isteri dan sebaliknya, dan orang tua yang mencuri kepunyaan anaknya.

2. Secara senyap-senyap.

Mengambil barang orang lain secara terang-terangan (merampas) tidak dinamakan pencurian yang dikenakan hukuman had.

3. Barang diambil dari tempat simpanan yang wajar.

Mengambil barang kemas di luar rumah, ambil padi di sawah, ambil haiwan di ladang walaupun dinamakan pencurian, tetapi tidak dikenakan hukuman potong tangan.

4. Dengan sengaja.

Mengambil barang orang kerana tersalah ambil, kerana terlupa, dipaksa, atau terpaksa kerana lapar tidak dikenakan hukuman potong tangan.

“Umatku tidak dipertanggungjwabkan kerana tersalah, terlupa dan orang-orang yang dipaksakan. ”

(Hadith riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban, Ath-Thabarani, dan Al-Haakim)

    Syarat-syarat pencurian

Pencurian yang berakibat hukum barulah wujud apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

Pencuri:

Mukallaf: dewasa dan berfikiran waras. Tidak ditetapkan pencuri mesti beragama Islam. Orang bukan Islam yang mencuri juga dikenakan hukuman potong tangan.

Perbuatan mencuri dilakukan dengan sengaja.

Pencuri tiada subhat (hubungan langsung) dengan barang-barang yang dicuri. Seperti bapa mencuri barang anaknya, atau ahli syarikat mencuri harta syarikat, mereka tidak dikenakan hukuman had.

Barang-barang yang dicuri:

Barang yang dicuri adalah halal dari segi hukum.

Barang-barang yang dicuri berada dalam tempat simpanannya yang layak.

Barang-barang yang dicuri cukup nisabnya:

Menurut pendapat jumhur ulama’, nisab barang-barang yang dicuri ialah bernilai ¼ dinar emas atau tiga dirham perak (9. 36 gram emas) atau senilai ¼ dinar. Pendapat inilah yang paling kuat dari segi dalilnya.

“Aisyah r. a. berkata: Adalah Rasulullah S.A.W. memotong tangan pencuri yang mencuri ¼ dinar ke atas. ”

(Hadith riwayat Jama’ah Ahli Hadith selain Ibn Majah)

“Umar r. a meriwayatkan: Bahawasanya Rasulullah S.A.W. memotong tangan pada (pencurian) sebuah perisai yang berharga tiga dirham. ”

(Hadith riwayat Jama’ah Ahli Hadith)

“Dalam riwayat lain Rasulullah S.A.W. bersabda: Janganlah kamu potong tangan pencuri, kecuali pada ¼ dinar ke atas. ”

(Hadith riwayat Ahmad, Muslim, An-Nasai, dan Ibn Majah)

    . Pencurian berkumpulan

Apabila sekumpulan orang mencuri barang kepunyaan orang lain, dan jika dibahagikan masing-masing cukup nisab, maka semua mereka dipotong tangan. Akan tetapi jika barang yang dicuri itu cukup nisabnya, tetapi setelah dibahagikan masing-masing tidak cukup nisabnya, dalam hal ini para ulama’ berselisih pendapat.

Golongan Jumhur ulama’ berpendapat mereka dipotong tangan kerana jumlah barang yang dicuri telah cukup nisabnya, bukan setelah dibahagikan untuk ramai.

    Sabit kesalahan mencuri

Kesalahan mencuri menjadi sabit melalui salah satu dari dua perkara:

Pengakuan oleh pencuri sendiri.

Dengan persaksian oleh dua orang saksi lelaki yang adil

    Uqubah keatas pencuri

Hukuman potong tangan

Barangan curian hendaklah dikembalikan

Menggantungkan tangan yang dipotong di leher pencuri

    Gugurnya hukuman potong tangan

Apabila pencuri menarik balik pengakuannya sebelum dikenakan hukuman potong tangan, maka gugurlah hukuman potong tangan itu ke atasnya.

    Pencurian yang tidak dikenakan had

Pencurian yang dikenakan hukuman Ta’zir:

Pencurian yang dilakukan oleh kanak-kanak atau orang gila

Pencurian yang tidak cukup nisab

Pencurian atas barang-barang kepunyaan bersama

Pencurian atas barang-barang yang tidak sah dimiliki

Pencurian yang dipaksakan atau kerana terlalu lapar

Pencurian yang dilakukan oleh orang tua terhadap harta milik anaknya

PEROMPAKAN ( MUHARABAH)

    Pengertian

Muharabah atau Hirabah ialah sekumpulan bersenjata dalam sesebuah negara Islam yang menimbulkan kekacauan, menumpahkan darah, merompak harta benda, memperkosa kehormatan wanita, menculik, merosakkan tanaman, ternakan dan sebagainya. Perompak ini mungkin dilakukan oleh orang Islam dan mungkin dilakukan oleh orang kafir zimmi atau harbi.

    Syarat-syarat muharabah

Muharabah mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

Yang melakukannya ialah orang mukallaf, lelaki atau perempuan, Islam atau tidak.

Mempunyai kekuatan senjata yang dipergunakan untuk perompakan walaupun tongkat ataupun batu.

Melakukannya secara terang-terangan.

Dan lain-lain syarat yang diperselisihkan ulama’.

    Uqubah terhadap kesalahan hirabah

Allah S.W.T. menetapkan empat hukuman atas kesalahan muharabah ini:

Hukuman mati, atau

Hukuman salib, atau

Potong tangan dan kaki secara bersilang, atau

Dibuang negeri

Segolongan ulama’ berpendapat hakim boleh memilih hukuman berdasarkan betapa besarnya kesalahan atau jenis kesalahan yang telah dibuat pesalah.

    Perlaksanaan hukuman

Setelah adanya pengakuan daripada pesalah sendiri (hukuman digugurkan apabila pesalah menarik balik pengakuan) atau dengan persaksian dua orang saksi lelaki yang adil, maka hukuman dilakukan seperti berikut:

Kumpulan perompak yang membunuh sahaja dikenakan hukuman mati. Hakim dan wali yang terbunuh tidak boleh memaafkan pesalah.

Kumpulan perompak yang membunuh dan merompak harta benda dikenakan hukuman salib dan bunuh.

Kumpulan yang hanya merompak harta benda dikenakan hukuman potong tangan dan kaki secara bersilang.

Terhadap kumpulan yang hanya mengganggu ketenteraman atau lalulintas hanya dikenakan hukuman buang negeri.

    Taubat sebelum ditangkap

Ulama’-ulama’ berbeza pendapat mengenai perkara ini, tetapi kebanyakan daripada mereka berpendapat bahawa taubat hanya menggugurkan hukuman pencurian dan pelanggaran hak-hak Allah, tetapi dipertanggungjawabkan atas pertumpahan darah (membunuh) dan harta benda yang masih wujud lagi di tangan perompak.

    Cara-cara bertaubat

Ulama’-ulama’ berbeza pendapat mengenai perkara ini, tetapi kebanyakan daripada mereka berpendapat bahawa perompak perlu meninggalkan kejahatan perompakannya tanpa perlu mendatangi kepala negara, ataupun ia membuang senjatanya dan mendatangi kepala negara sebagai seorang yang taat.

LIWATH

    Pengertian liwath

Ialah hubungan seks antara lelaki dengan lelaki lain melalui jalan belakang (dubur) dan termasuk juga hubungan seks antara lelaki dengan perempuan melalui jalan belakangnya. Liwath adalah lebih khusus dalam kes homoseks (hubungan sejenis) walaupun tidak melibatkan jalan belakang.

    Hukum liwath

Liwath dipandang keji dalam semua masyarakat Samawi, termasuklah Islam. Ia bermula sejak zaman umat Nabi Luth dimana lelaki melepaskan nafsu terhadap lelaki dan tidak mendekati isteri-isteri mereka. Ijma’ ulama’ bahawa liwath adalah dosa besar dan dikenakan hukuman duniawi dan ukhrawi.

    Uqubah terhadap pesalah liwath

Kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa orang yang melakukan liwath wajib dikenakan hukuman mati (bunuh) walaupun pesalah bukan muhshan. Di antara yang berpendapat seperti berikut ialah sahabat-sahabat Rasulullah dan salah satu pendapat Asy-Syafi’e.

Abu Bakar As-Siddiq dan Ali bin Abu Thalib berpendapat, orang yang melakukan kesalahan liwat itu hendaklah dipenggal lehernya dengan pedang, kemudian mayatnya dibakar.

Umar Al-Khattab dan Uthman bin Affan berpendapat, pesalah hendaklah ditindih dengan tembok atau dinding batu sampai mati.

Abdullah bin Abbas pula berpendapat pesalah dan pasangannya hendaklah dicampak dari bangunan yang paling tinggi dalam negeri.

Ulama’ lain berpendapat hukuman ke atas pesalah liwath sama dengan hukuman yang diterima pesalah zina.

    Syarat-syarat perlaksanaan hukuman

Syarat-syarat pelaksanaan hukumannya sama dengan syarat-syarat pelaksanaan hukuman pesalah zina. Dan juga melibatkan:

Pelakunya hendaklah mukallaf, dewasa dan berfikiran waras.

Melakukan liwath dengan sengaja, bukan dipaksakan

PEMBERONTAKAN (BAGHYUN)

Ada empat golongan yang dikategorikan sebagai penderhaka (pemberontak) iaitu:

Golongan yang tidak mentaati pemerintah kerana sengaja ingin merosakkan keamanan negeri.

Kumpulan yang memberontak terhadap pemerintah yang adil kerana salah faham atau takwil yang keliru, tetapi jumlahnya kecil.

Golongan khawarij yang mengkafirkan orang yang melakukan dosa-dosa besar dan juga mengkafirkan Uthman, Ali, Thalhah, Az-Zubair dan banyak sahabat yang lain, dan menghalalkan darah orang-orang Islam dan harta benda mereka kecuali yang menyertai pergerakan mereka.

Golongan ahlul-haq yang menentang pemerintah dan bertujuan untuk melucutkan jawatannya kerana sesuatu takwil yang keliru, dan mereka mempunyai kekuatan yang memerlukan kekuatan pula untuk menentang mereka.

Dua golongan umat Islam yang berperang kerana ashabiah atau kerana merebutkan kekuasaan.

    Uqubah terhadap bughah

Segolongan ulama’ berpendapat bahawa pemberontak wajib terus diperangi kerana membiarkan mereka akan melahirkan banyak lagi kerosakan yang sukar diperbaiki.

Segolongan ulama’ pula berpendapat pemberontak wajib diperangi tetapi harus dinasihat dan diberi amaran terlebih dahulu.

PEMABUKAN

    Pengertian khamar (arak(

Khamar ialah sesuatu yang memabukkan, yang merosakkan akal sama ada cecair yang dinamakan arak atau pepejal yang dinamakan candu. Semua bahan yang sifatnya memabukkan dan merosakkan akal dinamakan khamar, dari bahan apapun ia dibuat.

    Minum khamar adalah dosa yang besar

Khamar adalah ibu dari segala kejahatan dan kejijikan, meminumnya termasuk salah satu dosa besar, bahkan iman peminumnya diragui.

    Uqubah keatas pemabukan

Tiada sebarang perbezaan pendapat di kalangan para ulama’ mengenai hukuman rotan yang wajib dikenakan atas peminum arak, cuma mereka berbeza pendapat mengenai jumlah sebatan itu.

1. As-Syafi’e berpendapat, bahawa sebatan itu adalah 40 kali sebatan.

Pendapat ini didasarkan kepada Hadith, Riwayat Muslim, bahawa ‘Ali r. a merotan Al-Wahid bin Uqbah sebanyak 40 kali rotan kemudian beliau berkata:

Rasulullah S.A.W. telah merotan 40 kali rotan, Abu Bakar merotan 40 kali rotan dan Umar 80 kali rotan, semuanya berdasarkan sunnah, dan saya lebih menyukai ini (40 kali rotan).

    Alat untuk merotan

Tiada sabit dari Rasulullah S.A.W. bahawa beliau menetapkan alat-alat yang tertentu untuk memukul peminum arak. Kadang-kadang beliau memukul dengan selipar, kadang-kadang dengan pelepah tamar, kadang-kadang dengan rotan dan pelepah tamar, kadang-kadang dengan tangan dan selipar.

    Syarat-syarat perlaksanaan

Untuk melaksanakan hukuman (uqubah) atas peminum arak disyaratkan syarat-syarat yang berikut:

Peminum hendaklah berfikiran waras.

Peminumnya hendaklah seorang dewasa. Kanak-kanak tidak dikenakan hukuman had rotan, tetapi ia dikenakan hukuman Ta’zir menurut ketentuan hakim.

Dengan sengaja meminum arak.

Peminum mengetahui bahawa yang diminumnya adalah arak.

    Sabitnya kesalahan

Kesalahan pemabukan ini disabit melalui salah satu dari dua cara:

Dengan pengakuan oleh peminumnya sendiri.

Dengan persaksian oleh dua orang saksi yang adil.

    Hukum berubat dengan khamar

Sepakat para ulama’ bahawa arak haram hukumnya dan termasuk salah satu dosa besar. Tiap-tiap sesuatu yang diharamkan minumnya, maka haramlah ia dimakan, diperniagakan dan dihadiahkan walaupun kepada orang bukan Islam, dan haram pula dijadikan ubat-ubatan.

    Hukum mencari rezeki dengan khamar

Setiap orang mukallaf wajib mencari rezeki untuk menyara hidupnya dan keluarganya. Ia termasuk ibadat. Oleh kerana khamar diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan ia pula termasuk dalam dosa besar yang diancam dengan uqubah dan ‘iqab, maka haramlah mencari rezeki dengan khamar itu. Pengharaman ini meliputi semua pekerja di kilang-kilang khamar, pengangkutan, ladang-ladang kepunyaan kilang atau pengusaha khamar, kedai-kedai khamar, pengusaha import dan eksport khamar dan sebagainya.

Jabir bin Abdullah r. a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Bahawa Allah mengharamkan penjualan khamar, bangkai, babi, dan patung-patung berhala. ”

(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

SIHIR

Ijma’ ulama’ menyatakan bahawa sihir itu hukumnya haram dan kafirlah orang yang menghalalkannya. Orang yang mempelajarinya, mengamalkannya dan membenarkannya adalah kafir kerana melakukan sesuatu yang syirik.

    Uqubah ke atas tukang sihir

Pendapat Abu Hanifah, Malik, Ahmad, Golongan Syi’ah dan sebilangan besar sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. :

Tukang sihir wajib dibunuh dengan dipenggal lehernya dengan pedang kerana mempelajari dan mengamalkan sihir kerana ia telah kafir dan tidak perlu disuruh taubat terlebih dahulu.

Pendapat Asy-Syafie dan golongan Az-Zahiriah:

Jika perbuatan atau ucapan ahli sihir itu kufur, maka tukang sihir itu adalah kafir murtad. Berlakulah ke atasnya hukuman seperti ke atas orang yang murtad, kecuali ia bertaubat. Jika perbuatan atau ucapannya tidak kufur, maka ia tidak kafir dan tidak boleh dibunuh. Ia dihukum menurut ketentuan hakim berdasarkan maklumat dari dalil-dalil yang sah.

Hukum perlaksanaan Hudud menurut Islam

Islam diturunkan untuk dilaksanakan dalam kehidupan manusia di dunia dan sebagai pedoman hidup yang mutlak bagi umat manusia, khususnya bagi orang-orang Islam. Ajaran-ajaran Islam itu adalah bersifat universal, rasional dan fithri serta sesuai untuk sepanjang zaman, semua tempat dan keaadaan.

Tidak ada hukum Allah dan Rasul-Nya yang sudah lapuk ditelan zaman, bahkan hukum-hukum Allah dan Rasul itulah hukum ultra moden kerana ia dicipta oleh Allah Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Mengetahui akan sifat hambanya zahir dan batin. Tiada alternatif lain bagi umat Islam selain dari hukum-hukum Allah.

Hukum-hukum Islam itu telah dijalankan sepenuhnya oleh Rasulullah dan Khulafaur-Rasyidin dan Khalifah-khalifah Islam berikutnya sehinggalah zaman kejatuhan Islam. Tiada siapa yang berhak menukar gantikannya atau memansuhkannya. Hukum-hukum tersebut adalah kekal abadi sampai akhir zaman.

Allah telah menurunkan hukum-hukumnya dan kepada kita sebagai hambanya diwajibkan melaksanakan hukum-hukum itu dengan penuh ketaatan “kami dengar dan kami patuh, ” bukannya dengan dolak-dalik dan helah seperti kaum Yahudi dan orang-orang munafiq.

Pelaksanaan hukum Hudud dan lain-lain syariat Islam pasti dapat menyelesaikan masalah kerosakan moral dan sahsiah yang sedang mengancam masyarakat manusia dan pasti akan wujud masyarakat yang aman damai dan makmur dalam keredhaan Allah. Demikian jaminan Allah dan Allah tidak akan memungkiri janji-janji-Nya.

Hikmah Hudud

Dengan melaksanakan Hukum Allah ini iaitu Hukum Hudud sedikit sebanyak dapat memberikan hikmah kepada individu, masyarakat, agama, dan Negara. Sebagai contoh hikmah kepada individu adalah ia dapat mendidik manusia untuk menjadi insan kamil yang dapat bermanfaat kepada dirinya dan alam sejagat. Selain itu, ia dapat mencegah individu daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang menjatuhkan iman dan sahsiahnya serta dapat menghalangnya daripada mengulangi kesalahan yang pernah dilakukannya itu.

Di samping itu, hikmah kepada masyarakat adalah dapat mewujudkan dan melindungi maslahat umum tanpa mengira agama, bangsa mahupun kedudukan. Dalam mana-mana masyarakat pun pasti ada orang jahat sebagaimana juga dalam semua badan manusia, pasti ada penyakitnya sama ada banyak atau sedikit. Wujudnya penjenayah pasti akan menggugat kententeraman masyarkat itu yang saya cuba katakana. Dalam hal ini, peranan Syari’at dalam mengubati masyarakat sama seperti peranan seorang doktor mengubati pesakitnya. Perumpamaan ini sangat sinonim dengan Sistem Hukum Hudud.

Seterusnya, hikmah menjalankan hukum Hudud dalam aspek agama bukan sahaja memberi kesen terhadap kaum yang menganut agama Islam malah ia turut memberikan gambaran positif terhadap kaum yang menganut agam lain tentang agama Islam. Ini kerana pelaksanaan system ini amat memerlukan ketepatan dan kesahihan bukti, adil dalam menentukan keputusan, tegas dalam melaksanakan hukuman dan mempunyai rasa belas terhadap pelaku yang memenuhi syarat atau yang menarik balik pengakuannya. Hukuman dan cara seperti ini dapat melahirkan umat yang sentiasa suci, tidak berbuat jahat dan tidak dipandang serong oleh masyarakat yang menganut agam lain.

Yang terakhir ialah hikmah terhadap Negara, dengan melaksanakan hukum Hudud ia dapat melahirkan Negara yang jauh lebih aman dan harmoni. Statistik membuktikan kepada kita bahawa negara-negara yang menjalankan hukum Hudud sekarang adalah lebih jauh lebih aman daripada negara-negara lain di seluruh dunia. Negara seperti Arab Saudi, Oman, Iran dan lain-lain menjadi contoh dan bukti yang sangat nyata. Dolak-dalik yang diceritakan dengan niat menimbulkan kebencian dan keraguan orang terhadap hukum-hukum Islam sebenarnya ia dilakukan oleh musuh-musuh Islam atau agen-agenya seperti Freemason yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dari jalan yang benar dengan menggunakan media massa.

Tafsir daripada Al-Quran berkaitan Hudud

    Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang fasiq (derhaka)

(Surah Al-Maaidah, ayat 47)

    Wanita penzina dan lelaki penzina hendaklah kamu dera atau setiap orang seratus kali rotan dan janganlah belas kasihan atas kedua-duanya menghalang kamu dalam (menegakkan) agama Allah, jika sekiranya kamu beriman dengan Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah pelaksanaan hukuman atas kedua-duanya dipersaksikan oleh sekumpulan orang-orang mukmin.

(Surah An-Nur, ayat 2)

    Barangsiapa yang kafir dengan Allah sesudah ia beriman (ia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksakan kafir padahal hatinya tetap tenang dalam iman, tetapi orang yang lapang dadanya dengan kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar

(Surah An-Nahli, ayat 106)

    Dan janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang buruk

(Surah Al-Isra’ ayat 32)

    Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir

Kesimpulan

Hukum Hudud adalah bersifat syumul dan tidak boleh diubah oleh mana-mana manusia. Hukum Hudud juga adalah layak diterima oleh pesalah atas perlakuan salahnya itu dan hukum Hudud juga dapat membuatkan pesalah insaf dan tidak mahu untuk mengulangu perbuatannya itu lagi. Sebagai kesimpulan, kita mestilah melaksanakan Hukum Hudud kerana ianya perintah daripada Allah S.W.T. Kita sebagai hamba-Nya mestilah berusaha walaubagaimana cara sekali pun untuk melaksanakan supaya kita mendapat hidup yang diberkati oleh Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dunia semuanya hanyalah sirna, kita haruslah mencari akhirat yang kekal. Segala yang buruk datangnya daripada saya dan yang baik datangnya daripada Allah Tuhan sekelian ‘alam. Fiamanillah, ma’assalamah.

Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA
013-4006206
04-9882701

abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com