Rahsia umat Islam

Oleh: Fathin Diyana Ahmad Saruji

Rahsia Iblis, Syaitan dan Jin
Jin telah diciptakan oleh Allah S.w.T dari api yang sangat panas sebelum Allah menciptakan Nabi Adam. Jin diciptakan melalui “nyalaan api yang sangat panas” atau dinamakan “Al-Lahab” iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru atau dikenali dengan “AsSamun”. Api tersebut amat terang dan memiliki suhu yang amat tinggi. Api tersebut tidak berasap. Angin samun yang telah sebati dengan api yang sangat panas tersebut Allah jadikan Jaan(jin). Dari api yang sangat panas inilah Allah jadikan jin, iaitu dari sel, atom dan nucleus-nucleus api.
•    Dialog Iblis dengan Allah s.w.t (Rahsia Iblis)

Firman Allah SWT :
“tempat kediamanmu(iblis) adalah di dalam tandas”.
Jawapan ini dijawab apabila iblis telah bertanya kepada Allah SWT mengenai tempat kediamannya. Dimana Allah SWT telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepada Allah.
Iblis bertanya :
‘ Wahai Tuhanku, engkau telah memberikan anak Adam bberkumpul di masjid, dimanakah pula tempatku berkumpul?’.
Firman Allah SWT :
“ Tempatmu berkumpul adalah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat”.

Iblis bertanya kepada Allah SWT :
“ Engkau berikan anak Adam kitab (Al-Quran ) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku? “
 Firman Allah SWT menjawab :
“ Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.”

 Iblis bertanya :
“ Wahai Tuhanku, engku telah memberikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?”
Firman Allah SWT:
“Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta”.

Iblis bertanya :
“ Wahai Tuhanku, Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk memanggil orang solat, apa pula azan untukku?.
Alllah berfirman :
“ Azan untukmu ialah seruling”.

Iblis bertanya :
“ Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para Rasul dan nabi, siapakah yang menjadi utusanku?.
Allah berfirman :
“ Para utusanmu ialah terdiri daripada bomoh, tabib, dan dukun yang menduakan Aku.

Iblis bertanya :
“ Wahai Tuhanku, Engkau telah memberikan tulisan Al-Quran kepada mereka. Apakah tulisan untukku?.
Allah berfirman :
“ Tulisan untukmu ialah tatu, gincu serta lukisan dibadan”.

Iblis bertanya :
“ Apakah pula perangkap bagiku?”
Allah berfirman :
“ Perangkap bagimu ialah wanita”

Iblis bertanya :
“ Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah minuman untukku?”
Allah berfirman :
“ Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidakk disebutkan nama-Ku padanya.

62. ia berkata lagi: "Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya Yang Engkau muliakan mengatasiku? jika Engkau beri tempoh kepadaKu hingga hari kiamat, tentulah Aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)".
Dialog Nabi Muhammad SAW dengan Iblis (Rahsia Iblis ).
“Semasa Iblis datang menghadap Baginda Iblis menyamar menjadi seorang tua berjanggut putih sebanyak 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu dan buta sebelah matanya. Iblis memberi hormat dengan member salam sebanyak 3 kali namun tidak dijawab oleh Rasulullah. Lalu Iblis bertanya : “ Wahai Rasulullah, Mengapakah tuan hamba tidak menjawab salam hamba bukankah menjawab salam itu mulia disisi Allah SWT?. Lalu Rasulullah menjawab : Hai aduwullah musuuh Tuhan! Kepada akukah engkau menunjukkan helahmu? Patutkah engkau dengan urusanmu itu hendak menipu aku sebagaimana engkau menipu Nabi Allah Adam a.s sehingga terkeluar dari syurga dan Habil mati teraniaya dibunuh oleh Qabil hasutan engkau serta Nabi Allah Ayub a.s engkau tipu asap racun semasa Baginda sujud di dalam solatnya begitu lama Baginda sengsara oleh perbuatan engkau. Dan Nabi Allah Daud a.s dengan perempuan pahlawan Urya serta Nabi Allah Sulaiman a.s
 meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya untuk melarikan cincin baginda, demikian juga beberapa Anbiya a.sw.s. serta para ulama yang telah menanggung kesengsaraan dan penganiayaan oleh perbuatanmu yang khianat. “Hai Iblis !, Sebenarnya salam itu sangat mulia pada Tuhan Azza wajalla. Hanya engkau sahaja aku tidak mahu menjawabnya kerana telah diharamkan oleh Tuhan Azza wajalla. Dan engkau ini telah terlaknat serta telah ditentukan kepada engkau ke dalam api neraka yang amat keras bagi menyiksa dirimu. Maka aku kenal sangat bahawa engkaulah Iblis yang menjadi raja segala syaitan telah dating dalam bentuk penyamaran. Apakah tujuan engkau menghadapku ini?
Iblis lalu berkata Allah mengutuskan malaikat-Nya dengan Titah supaya dating menghadap ke hidrat Tuan Hamba. Ini supaya Tuan Hamba dapat bertanyakan apa juga persoalan mengenai keadaan umat Tuan Hamba yang hamba goda kepada beberapa banyak simpang jalan yang sesat supaya mereka binasa dengan tipu daya hamba yang amat halus. “ Lalu Iblis bersumpah dengan nama Allah “ Ya Nabi Allah, sekiranya hamba berdusta barang sepatah kata sekalipun, nescaya hancur leburlah diri hamba terbakar menjadi abu!”

Persoalan pertama yang ditujukan kepada Iblis ialah apakah pandangan iblis terhadap dirinya, Rasulullah S.A.W?. Maka Iblis menjawab, Rasulullah adalah musuh Iblis yang paling besar daripada segala hamba di muka bumi ini. Semasa Iblis menjawab soalan ini Rasulullah menerung wajah Iblis sehingga seluruh tubuh Iblis menggeletar kerana telalu gerun akan Nabi Allah, Rasulullah. Iblis juga menjawab, ia mampu menyamar sebagai sesiapa sahaja termasuk haiwan akan tetapi ditegah untuk menyamar sebagai Rasulullah. Jikalau Iblis berbuat sedemikian ia akan terbakar sehingga menjadi abu. Iblis kemudiannya berterus- terang kepada Rasulullah bahawa ia ( Iblis ) bersungguh-sungguh menarik umat Rasulullah kepada Kafir, Murtad dan Munafik. Iblis juga akan menarik sekalian Umat Islam supaya meninggalkan jalan yang lurus dan beralih kepada jalan yang sesat. Iblis juga berharap mereka akan masuk bersama Iblis ke dalam api neraka dan kekal di dalamnya selama-lamanya.
Wahai wanita! Jagalah Maruahmu.
Lalu, Rasulullah bertanya lagi, “ Hai Iblis ! Bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah S.W.T?. Iblis menjawab ia akan menggoda perempuan perempuan agar menrenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya hingga menghasilkan benih yang bersalah-salahan sifatnya. Iblis juga berkata ia akan melalaikan manusia agar meninggalkan solatnya dan leka dengan makan dan minum dan membuat kemungkaran.
Harta di dunia tidak boleh dibawa mati.
 Ia juga berkata ia akan melalaikan manusia dengan emas, perak, rumah dan ladang dan hasilnya dibelanjakan ke atas segala pekerjaan haram.
Jauhilah tempat-tempat pergaulan bebas antara wanita dan lelaki seperti pesta keramaian.
 Iblis juga mengakui, di sesuatu pesta yang melibatkan lelaki bergaul dengan wanita secara bebas, mereka bersungguh-sungguh supaya manusia kehilangan maruah, meminum arak dan mempengaruhi rakannya dengan cara paksaan hinggal hilang akal dan rasa malu. Lalu iblis hulurkan tali percintaan yang asyik sehingga terbuka beberapa pintu maksiat yang besar supaya manusia berhasad dengki sehingga melakukan perzinaan. Iblis juga mengakui bahawa ia akan menggoda dgn lebih kuat supaya melazimkan maksiat dan menyukai isteri orang.
Elakkan diri daripada sifat riak dan Takbur
 Apabila manusia digoda pada HATI, manusia akan sentiasa riak dan takbur, ‘ujub serta melengah-lengahkan amalnya & berlaku sombong. Apabila digoda dgn LIDAH maka sentiasalah mereka gemar berdusta, mencela dan mengumpat satu sama lain. Demikianlah Iblis menghasut manusia siang, malam, pagi dan petang.
Tunaikanlah Solat 5 waktu sehari semalam.
 Seterusnya, Rasulullah bertanya akan keadaaan iblis apabila umatnya mendirikan solat, bagaimana keadaannya. Iblis menjawab. Gementarlah seluruh tubuhnya lemahlah tulangnya. Maka, pada waktu itu iblis dan sekatannya akan menggoda setiap orang yang bersolat agar malas bersolat, was-was dalam solatnya dan terlupa akan bilangan rakaatnya. Sesetengah dari iblis akan masuk dalam mata manusia agar tidak khusyuk sehingga mereka berpaliing dan menjeling ke kiri dan ke kanan. Selain itu, iblis juga memasuki telinga manusia untuk mendengar bunyi-bunyian yang sia-sia. Di samping itu, Iblis akan duduk di belakang orang yang sedang bersujud dan bertahiyat supaya tidak berupaya berlama-lama. Bukan itu sahaja, hati manusia juga akan sentiasa berbuak-buak untuk segera menamatkan solat mereka.
Bacalah Al-Quran.
 Rasulullah bertanya apabila umatnya membaca Al-Quran bagaimana keadaannya ?. Maka Iblis menjawab, ia akan berasa tubuhnya terbakar sehingga segala uratnya, dan iblis akan berlari dari mereka.
Tunaikanlah Haji.
 Rasulullah demikian bertanya lagi, jika umatnya mengerjakan haji kerana Allah, Apakah yang Iblis rasakan?. Iblis menjawab,binasalah dirinya dan gugurlah tulang-tulangnya kerana mereka telah menyempurnakan rukunnya.
Pelajarilah Islam sebaik-baiknya
 Selain itu, Rasulullah juga bertanya kepada iblis “siapa pula yang sama tarafnya dengan sepertinya?”. Iblis menjawab “ Orang- orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang-orang yang mempelajari Islam. Disamping itu, Nabi Allah
Hindarkanlah diri daripada berkata dusta.
Muhammad juga bertanya “siapakah yang memberi cahaya kepada muka engkau. Lalu, Iblis menjawab, “orang-orang yang bersumpah bohong dan menjadi saksi pembohong serta mungkir janji.”
Bacalah doa sebelum masuk ke dalam tandas.
 Lalu Rasulullah bertanya lagi, “ apakah rahsia engkau terhadap umatku?. Iblis menjawab, “ jika seorang Muslim ingin membuang air besar ke dalam tandas, jika tidak membaca doa kepada Allah SWt, untuk memohon perlindungan daripada syaitan, nescaya hamba lumurkan najis itu ke tubuhnya tanpa disedari.


Antara persoalan –persoalan lain ialah :

(dialog Rasulullah dan Iblis)
Rasulullah S.A.W : “ Siapa pula yang sama tarafnya dengan kamu?”
Iblis mejawab : “ Orang yang meringankan syariat Tuan Hamba dan benci orang- orang yang mempelajari Islam.”
 Rasulullah S.A.W : “ Siapakah pula yang memberikan cahaya pada muka kamu ?”
 Iblis : “ Orang- orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan saksi pembohong serta mungkir janji.
Rasulullah S.A.W : “ Dimanakah tempat kediamanmu ? “
Iblis : Pada rumah wayang, tempat majlis tarian, dan tempat campuran lelaki dan wanita secara bebas. “
Rasulullah S.A.W : “ Hai Iblis, Mengapa engkau sering mengintai-ngintai di masjid? Apakah yang hendak kamu lakukan? “
Iblis : “ Hamba hendak menganggu orang yang bersolat tetapi hamba takut akan orang yang tidur di dalamnya.
Rasulullah S.A.W : “ Hai Iblis ! Apakah yang menyuburkan badan engkau? “
IBlis : “ Orang yang berhasad dengki, tidak mempelajari hokum Islam serta semua perempuan jahat dan perempuan yang merosakkan dirinya serta menjual maruahnya.
Rasulullah S.A.W : “ Hai Iblis JIka umatku bersolat jemaah, bagaimana keadaanmu?
Iblis : “ Sesungguhnya segala simpulaan tali pengikat tipudaya hamba telah dilleraikan”.
( Maka Rasulullah bersabda yang bermaksud) :
“Barangsiapa solat 5 waktu maka dia akan dapat 5 perkara” :
1.    Tidak akan terkena kefakiran.
2.    Diangkat dari seksaan kubur.
3.    Dianugerahi kitab tulisannya pada sebelah kanan.
4.    Melalui titian siratul mustaqiim sepantas kilat.
5.    Dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab dan siksaan.
Katakanlah Aku Beriman Kepada Allah S.W.T, Kemudian Istiqamahlah.
Seorang sahabat Rasulullah telah bertanya kepada Rasullulah S.A.W, “Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku sesuatu dalam Islam berupa perkataan yang tidak aku persoalkan kepada orang lain selain dirimu.” Dan Baginda menjawab, “Katakanlah, Aku beriman kepada Allah S.W.T dan beristiqamahlah.”

Maksud Baginda ialah kita harus mengingati Allah dengan mengatakan dengan hati dan lisanmu(berbicara) dengan berzikir kepada Allah dengan sifat terpuji-Nya dengan berzikir Asma Ul Husna. Selain itu, kita mestilah sentiasa berzikir kepada-Nya disaat syaitan Laknatullah menggoda kita hamba Allah yang lemah dari segi kelemahan akal kerana manusia acap kali terpengaruh dengan seruan syaitan dan menjadi pengikutnya.

Hadis ini juga telah termaktub di dalam firman Allah didalam Al-Quran :

Ertinya:
“ Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad).”
Maksudnya ialah kita sebagai hamba Allah yang sentiasa alpa dan kita kerap kali terjerumus ke dalam lembah dosa haruslah beristiqamah memperbaiki dan memperelokkan lagi iman kita. Iman iaitu iktikad yakin dengan hati, menyatakan dengan lisan dan melakukannya dengan tubuh badan. Sesungguhnya kita sebagai manusia harus melakukan amal ibadat seperti solat,mengaji Al-quran,berzikir, amal ibadat tulus semata- mata kerana Allah S.W.T secara konsisten agar keimanan kita semakin mantap. Dengan ibadat kita ini Allah akan membalasnya dengan kehidupan yang sejahtera dan pahala yang setimpal dengan amal ibadat kita terhadap Allah S.W.T.

Seperti firman Allah di dalam surah An-Nahl :
97. sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan.

JAGALAH ALLAH, NESCAYA DIA MENJAGAMU
Rasulullah s.a.w telah bersabda : Jagalah Allah, nescaya engkau mendapatkan-Nya. Kenalilah Allah di dalam kelapangan, maka Dia akan mengenalmu di dalam kesempitan, ketahuilah apa yang tersalahkan olehmu bukanlah suatu musibah bagimu.



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com