Islam dewasa kini

Oleh: Nur Aleena Binti Md Radzi

1.MASALAH UTAMA.

Alam ini mempunyai Satu Pencipta iaitu Allah SWT. Kita sebagai hambaNya wajib menyembah dan mentaati segala perintah yang telah diperintahkan ke atas kita. Perkara ini sesungguhnya tidak akan pernah berubah meskipun zaman telah berubah. Islam sekarang tidak sama seperti Islam pada zaman dahulu. Dan Islam sekarang tidak sama dengan orang Islam itu sendiri.
Masalah utamanya sekarang ialah :

Bagaimanakah sikap muslimin dalam menghadapi Islam pada zaman kini ?
dan
Apakah mungkin Islam itu terlaksana seperti mana ia patut dilaksanakan pada zaman sekarang ?

Bagi mendapat jawapan bagi persoalan tersebut kita perlulah terlebih dahulu mengetahui sikap muslimin zaman terdahulu. Berdasarkan penyelidikan sejarahwan, telah diketahui bahawa kaum muslimin telah melalui 3 fasa sejarah yang besar dan muslimin sekarang sedang melalui fasa yang ke-4.



2. FASA PERTAMA : MASA YANG SESUAI

Telah terpilih seorang manusia mulia untuk membimbing umat manusia menjalani kehidupan muslim sebenar.Kehidupan muslim sebenar ini adalah kehidupan muslim yang berlandaskan syariat Islam. Dia lah, Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad SAW berperibadi mulia.Baginda merupakan contoh manusia terbaik yang diinginkan dalam Islam.Kelakuan, tutur bicara dan layanan baginda terhadap orang lain menunjukkan bahawa Islam akan meningkatkan kebaikan dalam diri seseorang itu. Ajaran Nabi dan sikapnya sendiri dengan cepat mempengaruhi orang sekeliling. Perkara ini justeru menawan hati mereka untuk memeluk Islam, agama yang benar.
Dalam perjalanan mereka berjuang menegakkan Islam, mereka telah melakukan pelbagai pengorbanan yang besar. Mereka juga mempunyai cita-cita untuk membangunkan kehidupan secara Islam dan menempatkan Islam sebagai sesuatu yang mulia di tengah-tengah kehidupan manusia.
Yang mengharukan, mereka telah mempertaruhkan nyawa mereka sebagai jaminan bahawa mereka tidak akan pernah mahu diatur kehidupannya dengan cara kehidupan lain selain Islam.
Setelah berhijrah ke Madinah, mereka mendapat banyak tentangan daripada penduduk-penduduk Madinah. Oleh itu,Nabi mulai merangka satu sistem baru yang bertentangan sepenuhnya dari sistem sosial arab sebelum ini. Kedatangan Islam telah mengubah kehidupan Arab jahiliah kepada kehidupan yang lebih baik.
Beberapa abad sebelum kedatangan Islam masyarakat arab telah berpecah belah. Hal ini menyebabkan terbentuknya suku-suku kaum yang terlalu banyak. Setiap ketua suku saling berbalah dan berperang antara satu sama lain menegakkan kefahaman politik masing-masing.
Namun kehadiran Islam telah menamatkan segala perbalahan antara suku kabilah arab. Islam telah mendirikan satu tantangan politik yang lebih efisyen. Bahkan sebelum itu Islam telah terlebih dahulu melaksanakan hal-hal yang jauh lebih rumit !

Maka sangat lah terkilan kerana sebahagian besar catatan sejarah ditafsirkan dengan salah.Kaum Orientalis barat menafsirkan bahawa Islam itu tersebar dengan menggunakan pedang dan peperangan.Sedangkan Nabi seboleh-bolehnya tidak mahu ada pertumpahan darah.

2(A) ASBAB SEBENARNYA DARI KEJAYAAN.
Pada permulaan Nabi mengajarkan Islam di Mekkah, hanya segelintir sahaja yang mampu memahami Islam secara menyeluruh. Ajaran Islam hanya dapat difahami oleh mereka yang :
    i- memiliki daya istimewa dalam bidang pemahaman dan pemikiran.
    ii- mampu bangun dari lembah jahiliah di hari yang penuh dengan ingkar
    iii-mampu mengenal dan menerima kebenaran
    iv- mampu mempraktikkan dalam kehidupan harian.
Di Madinah, sebagai seorang ketua negara Nabi memperkenalkan dan melaksanakan rancangan pembangunan secara Islam. Islam itu indah. Masyarakat sekarang sendiri dapat melihat kedamaian, kebajikan,ketertiban, keadilan, persaudaraan dan penyatuan ummah Islam. Bahkan mereka yang dahulunya mencerca dan menghina Nabi juga telah dapat melihat cahaya kebenaran. Mereka yang dahulunya merupakan penentang hebat ajaran Islam juga telah mendapat hidayah dan memeluk agama Islam.
Berkat terjadinya perubahan besar itu, Nabi berjaya menghasilkan suatu masyarakat baru dengan watak perbadi yang baru.Kehidupan bersama sepenuhnya berlandaskan tuntutan Islam.Peradaban masyarakat itu sekarang sesuai dengan hukum Islam.Ummah menjunjung tinggi Kebesaran dan Keagungan Allah SWT serta melaksanakan kalimahNya di bumi bertuah ini.

Pembentukan ummah muslim yang pertama dan pendirian Negara Islam telah dicontohi. Dalam jangka masa yang singkat, Islam telah tersebar luas meliputi kawasan Turki dan Afghanistan sehingga ke Utara benua Afrika. Hal ini telah menyebabkan para pengkaji sejarah bertungkus lumus untuk mencari punca kepada kejayaan tersebut.
Setelah dikaji, nyatalah bahawa kejayaan itu dicapai kerana keperibadian pengabdi Islam. Keperibadian mereka terserlah di medan perang dimana mereka tidak menyeksa tawanan perang bahkan menjaga mereka.
Sebelum ini,para pengkaji sejarah menyimpulkan bahawa kejayaan ini disebabkan oleh faktor kekuatan masyarakat arab itu sendiri. Namun sangkaan mereka meleset apabila mereka mendapati bahawa :
a) masyarakat arab tidak mempunyai kekuatan fizikal
 b) Negara mereka merupakan negeri miskin
 c) penduduknya tidak ramai dan tidak berkembang.
Penduduk wilayah Iran dan Rom yang telah ditundukkan oleh Islam tidak dapat mengelak dari menerima perubahan yang sangat berbeza dari tingkah laku mereka sebelum ini. Sebelum ini mereka tidak pernah terbayang akan melihat gabenor-gabenor mereka hidup seperti manusia lain, yang sedia mendengar keluhan orang lain dan sentiasa bersedia untuk berjumpa dengan sesiapapun meskipun orang tersebut rendah darjatnya. Tapi apabila Islam memerintah, mereka secara tidak langsung mengakui akan ketinggian moral penguasa sekarang.
Selain daripada itu, tentera Islam juga turut mempamerkan peribadi mulia. Kebiasaannya apabila pasukan tentera telah menakluki sesebuah kawasan mereka akan berbaris dan melalui kawasan tersebut. Yang menariknya, ribuan wanita yang cantik akan berhias dan memenuhi di balkoni rumah untuk menyaksikan tentera tersebut. Dan yang lebih menarik dan menakjubkan, tentera-tentera Islam tiada seorang pun yang mendongak ke atas untuk melihat wanita-wanita di balkoni tersebut.


Ini kerana, segala aspek kehidupan mereka berdasarkan dalil-dalil dan perintah Islam. Tiada nafsu yang akan dapat menggoda mereka atau menyebabkan mereka menyeleweng dari jalan kebenaran. Tiada kekuatan yang boleh menakutkan mereka kecuali kekuatan Yang Maha Besar.
Itulah fasa pertama dari sejarah Islam.Dengan jelas dapat kita ketahui bahawa Islam telah berjaya dalam tahap pertama. Meskipun nipisnya Islam dalam diri seseorang itu pasti jauh dalam lubuk hatinya berharapkan satu masyarakat Islam sama seperti yang telah dilahirkan oleh Nabi.
Selama berabad setelah berakhirnya zaman pemerintahan para khalifah, Islam masih berkembang dengan meluas.

3. FASA KEDUA : KERAJAAN DAN KESAN BUDAYANYA.

Fasa ini dimulakan dengan perkembangan Islam yang pesat dan meluas.Jumlah penganut Islam baru yang sangat banyak dala masa yang cepat menimbulkan masalah pendidikan. Dalam Al-Quran sendiri menjadi saksi dengan menyatakan manusia akan manganut agama Islam ; namun secara jasmaniyahnya tidak mungkin lah seluruh manusia yang menganut Islam itu dapat menjadi seorang muslim yang sama mutunya dengan kaum muslim yang pertama dahulu.
Kesannya, jumlah muslim yang benar-benar memahami Islam dan mengamalkan dalam kehidupan seharian semakin merosot !Keadaan ini mengakibatkan berlakunya pergolakan politik sehingga lembaga kekhalifahan dimusnahkan dan diganti dengan lembaga kerajaan.

3(a) ALASAN BERJAYANYA KERAJAAN.
Ramai penulis telah memberikan pendapat mengenai keberhasilan penggantian lembaga kekhalifahan kapada lembaga kerajaan. Bagi Abul A’la Maududi, pertukaran itu disebabkan kerana jumlah kaum muslimin yang benar-benar memahami Islam menurun dengan cepat dan dalam masa yang singkat.

3(b) KEPIMPINAN YANG TERHENTI.
Kesan yang paling ketara dan yang paling merugikan ialah dengan lahirnya lembaga kerajaan ini maka ia telah menghasilkan kepimpinan yang berpecah dua. Pada zaman Nabi segala urusan berpusat pada satu tempat. Segala urusan politik,masalah semuanya diatur dari suatu pusat bersama. Lembaga kerajaan memisahkan kepada dua.Memecahkan hal-hal spiritual dan agama kepada para ulama untuk menguruskannya. Hal ini menyebabkan mereka saling mencampuri urusan orang lain.


Jelaslah kini bahawa dengan tertubuhnya lembaga kerajaan, ia membawa kesan negatif. Namun begitu, kehidupan orang Islam masih dalam keadaan baik. Sesungguhnya Islam telah melahirkan lebih ramai pemimpin-pemimpin yang baik dan bertaqwa.Salah satu perkara buruk dalam lembaga kerajaan itu adalah Raja-Raja telah lalai dari tanggungjawab mereka untuk memajukan Islam.Banyak masa mereka gunakan untuk meluaskan tanah jajahan disamping menindas bangsa yang dikuasainya.
Pemerintahan yang bengis dan bersifat menindas, cara hidup yang boros dan tidak bermoral mengakibatkan rakyat jauh daripada Islam. Hanya beberapa orang sahaja yang memiliki sifat terpuji dan boleh menarik orang lain kepada Islam. Secara generalnya, lembaga kerajaan telah merugikan Islam.

3(c) KEKURANGAN PENDIDIKAN.
Dapat kita lihat bahawa perluasan dan perkembangan Islam banyak kerana usaha-usaha para ulama.Tapi mereka tidak mungkin dapat memberi latihan dan ajaran yang secukupnya kepada beribu-ribu umat Islam.Masalah ini berpunca daripada sikap pemerintah yang tidak menitik beratkan perkara tentang kemajuan Islam.
Jika pihak pemerintah dan para ulama bekerjasama menguruskan pendidikan kepada masyarakat Islam pastinya keadaan umat Islam sekarang berlainan dengan apa yang kita lihat sekarang. Namun pada hakikatnya, para ulama hanya dibantu oleh golongan dermawan sahaja. Hal ini tidak memadai jika dibandingkan dengan apa yang pihak pemerintah sepatutnya lakukan. Hal ini demikian kerana tanpa campur tangan pemerintah, sifat jahiliyah yang masih ada dalam diri segelintir manusia itu tidak akan dapat dihakis kerana pemerintah adalah merupakan contoh kepada rakyat.

3(d) PERTUMBUHAN DARI KEDAERAHAN,KEBANGGAAN DAN PRASANGKA.
Keburukan lain yang tumbuh pada fasa kedua ini adalah terjadinya pertumbuhan rasa perbezaan sukubangsa, kebangsaan serta prasangka-prasangka. Virus ini merebak semenjak permulaan zaman Umaiyah dan merebak dengan pantas. Virus berbahaya ini bukan sahaja meruntuhkan kekuasaan Umaiyah malah memusnahkan kaum muslimin di negeri itu !
Allah SWT dan Nabi SAW telah memerintahkan supaya umat muslimin semua bersatu melalui keyakinan yang sama serta menjadi saudara kepada satu sama lain. Namun saying sekali apabila manusia lupa tentang perintah Maha Pencipta.
Umaiyah telah ditentang dan kemudian dihancurkan oleh Abbasiyah.Hal ini membangkitkan permusuhan antara Persia dan Arab dengan tujuan untuk membangunkan kepentingannya sendiri dan menggantikan kerajaan Umaiyah dengan kerajaan Abbasiyah.
Prasangka buruk telah meracuni pemikiran dan kehidupan rakyat Pakistan. Belum lama selepas kaum muslimin Pakistan bersatu padu atas nama Islam sehingga meraih kemenangan yang gemilang, penyakit kebanggaan suku-suku muncul kembali.

3(e) ANANIYAH.
Sifat ananiyah ini merupakan sifat mementingkan diri sendiri.Sifat ini merebak dengan meluas dalam diri semua orang.Tiada lagi sifat untuk melakukan pengorbanan.Mereka hanya mahu memperbagus dan memajukan kepentingan diri sendiri sahaja.Inilah yang terjadi pada muslimin di zaman itu.Lahirlah masyarakat yang tamak dan hanya mementingkan kemewahan hidup.
Sikap ingin mencapai kemewahan ini menyebabkan mereka hilang sifat kesetiaan.Mereka sanggup disewa oleh pihak Inggeris untuk dijadikan tentera.Ia secara tidak langsung menjadikan mereka tidak berjiwa dan tidak berhati nurani.


4. FASA KETIGA : PENJAJAHAN DAN KESANNYA.
Di anak benua India juga wilayah-wilayah muslimin lain, kuasa asing telah bertindak kejam dengan menindas rakyat serta berlaku tidak adil. Mereka merampas daulat Islam lalu menghancurkan Islam itu sendiri.
Kerosakkan terbesar ialah apabila mereka merubah sistem pendidikan yang bertujuan untuk memisahkan generasi Islam masa depan dengan sejarah masa lampau.
4(a) PENGGANTIAN PIMPINAN.
Dengan penerapan sistem pendidikan baru itu, kuasa asing telah membataskan kemajuan dan hanya yang menerima sistem baru itu sahaja yang dapat menerima kemajuan.
Semakin jauh muslimin dari hubungan dengan masa lampau, semakin mudahlah muslimin untuk ditindas dan dirampas pangkat dan kedudukan dalam pemerintahan.
4(b) GERAKAN-GERAKAN KE ARAH KEMERDEKAAN.
Apabila mempelajari sejarah Barat,timbul suatu perasaan untuk memerdekakan tanah air sendiri. Pemimpin-pemimpin hasil daripada didikan sekolah agama tidak sesuai untuk memimpin kaum muslimin pada masa itu. Jadi,mahu tidak mahu mereka harus menerima pimpinan daripada pendidikan sistem baru.
Pemimpin-pemimpin baru itu bukanlah dari kalangan mereka yang taat namun hampir semua menggunakan sentimen-sentimen keagamaan yang mudah diikuti kerana hanya itulah satu-satunya cara untuk mereka mendapatkan sokongan kaum muslimin.
Ketika bangsa Yunani memasuki wilayah Asia Kecil setelah tamatnya Perang Dunia Pertama, Mustafa Kemal terjun di tengah-tengah angkatan tentera bersenjata dengan menggenggam Kitab Suci Al-Quran. Dia mengatakan bahawa jika mereka tidak turut serta memerangi bangsa Yunani maka Al-Quran akan hilang dari bumi Turki. Dengan berperang dibawah panji-panji Islam, Turki telah memperoleh kemenangan dalam peperangan tersebut dan mengusir mereka keluar dari bumi Turki.

5. FASA KEEMPAT : SELEPAS MERDEKA.
5(a) KESEDIHAN BARU.
Perang kemerdekaan diperjuangkan atas dasar Islam tapi setelah kemenangan dicapai dengan susah payah, Islam dengan mudah dibuang keluar.
Di Aljazair, setelah kemerdekaan memihak pada Islam, tiba-tiba pemimpin mereka memberitahu bahawa Aljazair perlu menjadi Negara Sosialis yang sekular.

6. PERJUANGAN SEKARANG.
Pada zaman kini, ramai kaum muslimin yang tidak bersedia untun mengikuti penguasa menuju kearah yang hendak dibawa. Selain itu,penguasa juga tidak bersedia untuk membimbing rakyatnya kearah yang diinginkan. Hal ini telah mencetuskan konflik yang abadi.
Kemajuan yang sangat lambat di negeri-negeri Islam telah mencerminkan dengan jelas betapa mahalnya harga yang harus dibayar kerana konflik abadi tersebut.

6(a) MASA DEPAN.
Masa depan dunia Islam bergantung kepada pendirian kaum muslimin dalam menerima Islam. Jika sikap munafik yang hidup sekarang berterusan, penulis risau bahawa kemerdekaan yang dikecapi tidak bertahan lama. Perkara ini dapat dielakkan jika kaum muslimin menerima Islam sepenuhnya dalam kehidupan.
Kaum muslimin menguasai sebahagian besar, dari Indonesia sehingga ke Maroko. Apabila kesemua wilayah ini bersatu maka tidak akan ada kuasa lain yang mampu menghalang mereka menuju kemajuan.

7. APAKAH ISLAM DAPAT DITERAPKAN SEKARANG?
Persoalan ini tidak sepatutnya dipersoalkan.Hal ini demikian kerana Islam adalah agama yang sesuai untuk diterapkan sepanjang zaman.Masalahnya disini ialah adakah bangsa sekarang bersedia untuk menerima Islam sepenuhnya?
Apabila manusia zaman sekarang menerima Islam sepenuhnya dan bertindak sepenuhnya menurut ajaran-ajaran Islam maka tidak ada alasan lain yang boleh menghalang manusia lainnya untuk turut menerima Islam.



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com