Akidah Seorang Mukmin

Oleh: Nurfarahin Binti Mohd Zuki

Penghargaan
Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.
Pertama sekali, saya menyediakan ruang penghargaan ini adalah semata-mata untuk mengucapkan ucapan terima kasih kepada pelbagai pihak yang membantu diri saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Insan pertama yang saya ingin berterima kasih sudah tentu lah diri saya sendiri kerana telah berusaha untuk mencari insentif untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya ialah ibu bapa, Salama binti Hassan dan Mohd Zuki Bin Mat Yussof saya yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada saya tiada kira sokongan jasmani mahu pun rohani.
Kemudian ialah Ustat Aziz iaitu pensyarah CTU kelas saya. Terima kasih Ustat kerana telah member kami banyak peluang untuk menyiapkan kerja ini dan sanggup member kami waktu. Terima kasih atas bimbingan dan sokongan yang diberi.
Alahamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi akhirnya saya telah siap menyempurnakan tugasan yang diberi.
Sekian Terima Kasih

Sinopsis
Akidah seorang mukmin menceritakan tentang kisah-kisah anbia dahulu kala yang hidup dalam pelbagai suasana dan persekitaran.
Didalam ini terdapat pelbagai cerita antaranya ialah kisah Ibrahim membina banggunan Kaabah. Ibrahim telah membina Kaabah dengan pertolongan daripada anaknya Ismail. Selepas Ismail mula dewasa, Tuhan memerintahkan Ibrahim dan Ismail membina Kaabah diatas tapak asal Kaabah yang mula-mula dibina oleh Adam. Semasa Ibrahim dan Ismail hamper menyiapkan Kaabah mereka mencari batu yang sesuai untuk diletakkan di penjuru namun tidak ditemui.
Selain itu, ialah kisah sikap syirik memasuki semenanjung Arab yang menceritakan tentang perbuatan-perbuatan syirik yang selama ini terpaksa mereka hadapi sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W.. Kemudian ialah kisah Abdul Muttalib berniat nazar untuk menyembelih salah seorang anaknya. Abdul muttalib seorang yang berpegang pada janji dan beliau telah bernazar untuk menyembelih salah seorang anaknya walaupun tidak sanggup. Muhammad Bin Abdullah berniaga dengan harta Siti Khadijah menceritakan perilaku Nabi Muhammad sebagai seorang peniaga dan kisah yang terjadi antara beliau dan Siti Khadijah.
Tuhan memelihara Muhammad Bin Abdullah pula ialah kisah bagaimana Allah melindungi Nabi Muhammad S.A.W daripada keburukan dan kerosakan akidah dan akhir sekali ialah Muhammad bin Abdullah meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya. Nabi Muhammad seorang yang bijaksana telah menyelesaikan satu masalah yang telah mebawa kepada pendamaian.

Pendahuluan
Akidahan seorang Islam perlu dijaga dan dikut sebagai pedoman kepada orang rmai..
Islam merupkan agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.. Berkata sayyid sabiq dalam kitabnya Aqaaid Islamiyyah bermaksud “ keimanan merupakan akidah dan pokok yang di atasnya berdiri syariat islam dan kemudian daripada pokok tersebutlah keluarnya cabang-cabangnya, perbuatan itu merupakan syariat dan cabang-cabang yang di anggap sebagai buah yang keluar dari keimanan serta akidah itu”. Apa yang di perkatakan oleh sayyid sabiq adalah iman merupakan asas bagi akidah dan tunjang yang kukuh dalam mengukuhkan akidah seseorang. Akidah dan syariat tidak boleh tidak, mesti dan wajib selari antara satu sama lain.Ianya saling memerlukan dan tidak boleh terpisah antara satu sama lain.

Firman Allah : “Barang siapa yang mengerjakan kebaikan baik lelaki mahupun perempuan dan ianya beriman, maka pasti kami akan memberikan kehidupan yang lebih baik dan pasti kami akan member balasan dengan pahalnya menurut apa yang telah dikerjakan dengan sebaik-baiknya” al-Nahl : 96

Firman Allah : “ Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan bernuat kebaikan bahawasanya mereka itu akan memperoleh syurga yang di bawahnya mengalir beberapa sungai” al-Baqarah : 25

Dalam konteks ayat di atas, kita dapat lihat bahawa keimanan dan kelakuan atau perbuatan tidak boleh di pisahkan antara satu lain. Ini kerana kita lihat bahawa orang yang beriman akan menzahirkan keimanannya dengan berbuat amal soleh dan natijahnya adalah seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. Dengan demikian itu, kita dapat ketahui bahawa keimanan dan syariat tidak boleh bergerak bersendirian.
Disini saya ingin menceritakan sedikit kisah-kisah zaman Nabi Muhammad S.A.W. yang boleh dijadikan sebagai contoh kepada umat islam yang kini semakin lupa mengenai kepentingan akidah dalm kehidupan seharian.

Kisah-kisah
Tajuk : Akidah seorang Islam
IBRAHIM MEMBINA BANGGUNAN KAABAH
Allah memerintahkan Ibrahim membawa isterinya Siti Hajar dan anak kecilnya iaitu Ismail supaya ditinggalkan di suatu tempat bernama Mekah. Apabila mereka ditinggalkan di situ Siti Hajar merasa pelik kerana di situ tiada air, makanan dan juga jiran untuk meminta tolong. Dia pula ditinggalkan berdua bersama anaknya yang masih kecil. Puas Siti Hajar bertanya kepada Ibarahim namun tidak diendahkan. Akhirnya Siti Hajar bertanya “ Adakah ini perintah dari Allah?” “Benar” jawab Ibrahim. Siti Hajar berkata dengan penuh yakin. “Kalau begitu, pasti Tuhan tidak akan mensia-siakan kita. Sekiranya ini adlah peritah Tuhan, pasti ada pembelaan dari Tuhan Yang Maha Baik itu.”
Apabila si anak menangis kehausan, sementara susu Siti Hajar sudah mula kering,lalu berlarilah Siti Hajar mencari air dari Bukit Safa menuj ke Bukit Marwah dengan penuh cemas dan mengharapkan kepada Allah. Berkat rintihannya yang penuh ikhlas Allah menghantar malaikat yang bernama Jibril. Dengan sayapnya, jibril menyingkap telaga Zamzam yang airnya terpancar keluar apabila Ismail menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Telaga ini terletak berdekatan dengan banggunan Kaabah di Mekah.
Selepas Ismail mula dewasa, Tuhan memerintahkan Ibrahim dan Ismail membina Kaabah diatas tapak asal Kaabah yang mula-mula dibina oleh Adam. Semasa Ibrahim dan Ismail hamper menyiapkan Kaabah mereka mencari batu yang sesuai untuk diletakkan di penjuru namun tidak ditemuinya. Pada masa itu Allah menurunkan batu dari syurga yang disebut Hajar Aswad. Tuhan memerintahkan Ibrahim membuat seruan kepada manusia. Ibrahim pun naik ke Bukit Arafah yang terletak berdekatan dengan Kaabah dan telaga zamzam. Suara Ibrahim didengari oleh semua manusia dan Allah menjatuhkan ke dalam hati semua manusia rasa cinta bagi memuliakan Kaabah.

Sikap syirik masuk ke Semenanjung Arab
Dalam satu peristiwa,sahabat-sahabat Muhammad bin Abdullah pernah melihat Umar menangis dan kemudia tertawa tanpa sebab yang jelas. Akhirnya ada yang berani bertanya, “ Wahai pemimpin orang Islam, kenapa kamu menangis kemudian tersenyum tanpa sebab yang dapat kami fahami.”
Umar menceritakan, “Dahulu aku dan orang-orang Quraisy sangat membenci anak perempuan. Ketika aku mendapat khabaran bahawa anak perempuan. Daripada saat kelahirannya lagi kebencianku sudah bermula. Aku pendam rasa benci itu sehingga umurnya enam tahun, aku tidak tahan lagi aku membawanya ke padang pasir dan aku gali lubang. Dia menyangka aku membawanya untuk berkelah dan bermain-main, dia turut sama membantuku mengali lubang. Apabila lubang sudah siap digali aku menolaknya ke dalam lubang dan menimbusnya dengan pasir. Anakku yang masih kecil tidak tahu niat aku sebenarnya terus membantu ku dan mengibas-gibas pasir di bahu dan janggutku, tetapi akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa belas kasihan. Inilah kehidupan kami sebelum kehadiran Muhammad yang meletakkan perempuan di tempat yang mulia. Marilah kita bersyukur di atas nikmat ini. Itulah rahsianya, apabila aku teringat akan peristiwa itu aku akan menangis”
Umar berkata lagi. “berkenaan mengapa aku tersenyum, pada suatu hari aku keluar dari Bandar Mekah. Apabila keluar dari Mekah kami akan membawa batu dari Mekah untuk dijadikan sembahan, tetapi hari itu aku lupa untuk membawa batu tetapi aku membawa kurma, aku membuat berhala mngunakan kurma untuk membuat berhala dan aku sembah kurma itu. Apabila makanan aku kehabisan aku makan Tuhan aku itu sedikit dei sedikit. Apabila aku teringat kisah ini aku akan ketawa sendirian.

Abdul Muttalib Melaksanakan Nazar Menyembelih Salah Seorang Anaknya
Abdul Muttalib mempunyai 10 orang anak lelaki dan 6 orang anak perempuan. Antara anak lelakinya adalah Abbas dan Hamzah. Mereka adalah orang yang masuk islam dikalangan anak-anak Abdul Muttalib. Kemudian Abdul Manaf dan Abu Lahab,mereka berdua sempat bertemu dengan islam namun tidak masuk islam. Semasa mengali Zamzam, orang Quraisy menghalang Abdul Mutalib daripad terus mengali. Hanya anaknya Harith yang mempertahankannya, akhirnya orang Quraisy mengakui Zamzam kepunyaan Abdul Muttalib. Abdul Muttalib bernazar sekiranya beliau mendapat 10 orang anak lelaki beliau akan korbankan salah seorang daripada mereka. Allah mengabulkan doanya. Dia mendapat 10 orang anak lelaki dan salah seorangnya ialah ayah Muhammad iaitu Abdullah, anak yang paling disayanginya.
Abdul Muttalib pergi berjumpa kahin iaitu pendeta Kaabah, meminta membuat undi kepada anak-anaknya yang bakal menjadi korban. Abdul Muttalib berharap undia tidak terkena kepada Abdullah namun hampa, undian terkena kepada Abdullah. Walaupun dengan hati yang berat dan hiba Abdul Muttalib nekad melaksanakan nazarnya. Orang sepertinya tidak mungkin mungkir dengan nazarnya. Abdullah dibawa ke Isaf untuk disembelih namun dihalang oleh kaum Quraisy dan berlaku pertelingkahan hingga menyebabkan kepala Abdullah terluka. Kaum Quraisy menasihati Abdul Muttalib agar menghentikan perbuatannya kerana khuatir akan menjadi ikutan kepada rakyat. Abdul Muttalib merujuk kepada pendeta suku Saad. Pendeta menyuruh mereka mengorbankan 10 ekor unta sebagai ganti rugi. Sekiranya undian terkena kepada Abdullah ditambah unta sebanyak 10 ekor lagi sehingga la undian terkena kepada unta. Sehingga unta bertambah ke 100 ekor baru undian kena pada unta. Pada masa itu Abdul Muttalib minta diulang sebanyak tiga kali dan undian masih kena pada unta.

Muhammad Bin Abdullah berniaga dengan harta Siti Khadijah..
Di Mekah pada masa itu ada seorang wanita kaya daripada suku Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab. Namanya Siti Khadijah binti Khuwailid. Kekayaan adalah menyamai perniagaan semua orang quraisy yang lain. Siti Khadijah telah mendengar berkenaan peribadi Muhammad dan menawarkan kepada Muhammad untuk menjaga perniagaanya di Syam. Muhammad berstuju dan membawa barang-barang perniagaan Siti Khadijah ditemani oleh Maisarah pembantu Siti Khadijah. Maisarah berasa kagum dengan Muhammad sepanjang perjalanan Muhammad kelihatan mesra, lemah lembut dan penuh kasih sayang. Rupa-rupanya selepas itu Maisarah melihat perkara yang lebih pelik, sepnjang perjalana mereka awan menaungi mereka daripada cahaya matahari. Mereka singgah rehat di tempat yang berdekatan dengan rumah ibadah yang pernah didatangi oleh Muhammad semasa beliau mengikut bapa saudaranya suatu masa dulu. Muhammad berhenti di bawah sebatang pokok. Paderi melihat dahan dan ranting-ranting pokok ini bergerak menaungi Muhammad daripada cahaya matahari.
Akhirnya paderi itu dating bertemu Maisarah,pelbagai soalan di ajukan kepada Maisarah sambil menunjukkn pokok yang menjadi tempat Muhammad berteduh. Rahib itu berkata “ Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di pokok ini.” Maisarah semakin pelik berbagai perkara ajaib yang disaksikan Maisarah. Akhlak Muhammad, kasih sayangnya, kemampuan Muhammad berhadapan dengan pelbagai lapisan orang, belas kasihannya kepada orang miskin dan kejujurannya menyebabkan semua orang datang kepadanya. Perniagaan Khadijah kali ini mendapat keuntungan berlipat ganda. Bahkan ini adalah merupakan kali pertama Siti Khadijah mendapta keuntungan yang banyak sebanyak itu. Hasil daripada perniagaan kali ini membuatkan Siti Khadijah senang hati dengan Muhammad ditamah pula apabila beliau mendengar cerita-cerita daripada Maisarah, menambahkan lagi kekagumaan beliau kepada Muhammad.
Oleh kerana terlalu tertarik dengan peribadi ini, Siti Khadijah ingin menjadi isteri Muhammad yang pada ketika itu masih bujang berumur 25 tahun manakala Siti Khadijah pula sudah berumur 40 tahun; janda yang sudah kematian dua orang suami sebelum itu. Khadijah menghantar wakilnya untuk menyampaikan hajatnya kepada Muhammad. Hasil perkahwinan mereka dikurniakn anak-anak lelaki antaranya ialah Qasim dan Abdullah namun mereka meninggal dunia sejak kecil lagi. Manakala anak perempuan mereka pula ialah Ruqayah, Zainab, Ummu Khalthum dan Fatimah. Mereka semua hidup hingga zaman Islam. Siti Khadijah seorang isteri yang banyak berkorban kepada Muhammad dan perjuangan beliau. Dia lah yang membantu suaminya dari segi harta dan kedudukannya.

Tuhan Memelihara Muhammad Bin Abdullah
Allah memelihara Muhammad Bin Abdullah daripada menyembah berhala dan daripada angkara orang-orang Yahudi yang boleh mencacatkan peribadinya. Muhammad teringin hendak mengikuti majlis-majlis nyanyian tetapi beliau tertidur sebaik sahaja beliau duduk dalam majlis itu. Muhammad berkata “ Aku hanya sedar besoknya apabila matahari meninggi mengenaiku.” Besoknya ad kenduri lagi,dan perkara sama berlaku.
Muhammad Bin Abdullah tidak pernah berebut makanan di rumah Abu Talib yang ramai anak. Tetapi kadang-kadang makanan tak mencukupi. Kerana tidak tahu berbut Muhammad tidur dalam keadaan perut lapar. Akhirnya, Abu Talib menyedari hal ini dan mengkhususkan bahagian tertentu untak Muhammad bin Abdullah. Selain daripada itu Muhammad tidak pernah bercekap bohong semnjak kecil lagi. Bahkan Muhammad terkenal dengan panggilan Al-amin iaitu jujur dan yang benar. Semasa remaja, Muhammad bin Abdullah pernah menyertai keluarga dan kaumnya bagi mempertahankan Mekah. Muhammad membantu bapa-bapa saudaranya menyiapkan panah. Dari situ Muhammad belajar tentang strategi-strategi peperangan dengan lebih dekat. Muhammad juga merupaka salah seorang anggota yang membela nasib mereka yang dizalimi di Mekah. Siapa sahaja yang dizalimi, pakatan ini akandatang membantu. Dengan itu Muhammad terkenal di kalangan lapisan masyarakat sebagai seorang yang peribadi mulia dan dihormati.

Muhammad Bin Abdullah meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya.
 Banjir besar telah melanda Mekah sehingga menyebabkan Kaabah hamper runtuh. Orang Quraisy berpakat membina semula Kaabah. Selepas mengumpul wang, mereka mencari orang yang dapat membina semula binaan Kaabah daripada batu bata. Orang Mekah tidak pandai membina binaan daripada batu kerana rumah-rumah mereka diperbuat daripada tanah. Tuhan menghantar orang yang dapat membantu mereka dalam hal ini. Tetapi mereka menghadapi masalh iaitu bagaimana hendak meruntuhkan binaan yang hamper roboh itu untuk didirikan binaan baru. Pembesar-pembesar Quraisy tidak berani. Mereka menyaksikan bagaimana Allah lakukan kepada tentera Abrahah yang cuba melanggar Kaabah. Akhirnya Walid bin Mughirah ayah Khalid Al Walid memberanikan diri. Selepas melihat tiada apa-apa yang terjadi barulah mereka memberanikan diri membantu sambil berdoa kepada Tuhan. Mereka meruntuhkan binaan lama Kaabah dengan penuh rasa takut dan cemas. Apa yang mereka harapkan ialah kebaikan bukan bagi merosakkan Kaabah.
Apabila sudah siap dibina semula,sampai pula pada perkara meletakakan hajarul aswad ke tempatnya kembali. Masing-masing berebut. Bagi mereka ini kemulian yang besar dan semua orang hendak mendapat kemulaian ini. Hamper-hampir berlaku perperangan antara suku dalam quraisy kerana berebut meletakkan hajarul aswad.
Akhirnya mereka mencari hakim. Hakim membuat keputusan, siapa yang pertama masuk ke Masjidil Haram dialah yang akan memutuskan siapa yang paling layak meletakkan kembali Hajarul Aswad ke tempatnya. Sedang mereka menunggu dengan cemas siapakah yang akan membuat perhintungan ini, Muhammad bin Abdullah masuk. Mereka semua senang hati dan bersetuju dengan Muhammad.
Muhammad dengan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah itu dengan penuh aman damai dan memuaskan hati semua pihak. Muhammad membuka serbannya kemudian meletakkan Hajarul Aswad di tengah-tengah serban dan semua ketua suku mengangkat serban ini bersama-sama dari penjuru masing-masing.. apabila tiba ditepi Kaabah, Muhammad meletakan sendiri dengan tangannya yang mulia. Muhammad menyelematkan bangsa Quraisy daripada peperangan saudara antara mereka.

Penutup
Aqidah merupakan sesuatu yang sangat penting dalam hidup seorang manusia. Aqidah yang baik dapat dicontohi daripada kisah-kisah di atas. Sebagai seorang mukmin kita hruslah menjaga aqidah, adab dan peribadi sebagai seorang muslim. Perkara ini semakin di khuatiri apabila pelbagai berita mengenai kerosakan aqidah di kalangan remaja kini semakin cetek dan kurang. Jadi kita haruslah sama-sama mempunyai tanggungjawab untuk memelihara aqidah kita ini kerana aqidah lah yang mengenalkan siapa kita kepada orang lain.
Pelbagai kumpulam lapisan perlu mementingkan aqidah seperti ibu bapa. Ibu bapa merupakan insane yang akan mencorak anak-anak menjadi mahjusi,nasrani atau yahudi. Ini merupaka tanggung jawab yang sangat besar sebagai pasangan ibu bapa. Selain itu juga adalah para guru iaitu pendidik. Mereka merupakan insane yang juga mempunyai tanggungjawab untuk membantu kedua ibu bapa untuk menddidik soal akidah. Para pendidik hendak lah mengambil peluang semasa mengajar untuk menceritakan sedikit tentang akidah dan tidak seharusnya bergantung kepda guru agama sahaja.
Sahabat.banyak perkara yang berkaitan dengan sahabat tidak kira la baik atau buruk. Sahabat memainkan peranan yang penting dalam menghasut sahabatnya membina akidah yang baik dan diberkati Allah. Insan kedua yang rapat dengan kita ada lah sahabat. Justeru itu penting untuk kita mencari sahabt yang baik bertanggungjawab agar dapat mengelak daripada perkara mazmumah yang membawa kepada kerosakan akidah.

Akhir sekali tanggungjawab pada diri sendiri. Setiap perkara yang kita lakukan kita haruslah sentiasa beringat dan mengigati insane lain yang sentiasa menyanyagi kita. Ini kerana setiap akidah yang dipelihara akan mempamirkan ciri-ciri yang baik.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com