Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nurul Hamidah Binti Nasir
Virus riba. Riba sering dikaitkan dengan satu pekerjaan iaitu peguam atau saintifiknya lawyer. Kewujudan virus riba ini beberapa tahun dahulu telah disedari. Virus ini telah sekian lama hidup subur dalam aktiviti ‘cari makan’ firman guaman. Tidak kira samada Peguam Muslim dan bukan Muslim, sama-sama terpalit. Cuma virus ini berbahaya kepada peguam berstatus Muslim. Virus riba ini telah begitu lama hidup dan berkembang biak melalui system kewangan dan perbankan, seawal kelahiran sistem perbankan konvensional di muka bumi ini. Virus riba ini terlalu merbahaya kerana merupakan jalan pintas ke neraka.
Kerjaya Peguam Bagi Orang Muslim
Terdapat berpuluh ribu orang peguam di Malaysia ini dan ramai daripada peguam ini adalah peguam-peguam Muslim atau beragama Islam. Peguam adalah satu bidang professional yang mulia dan dihormati ( honourable and respectable profesional). Ramai ibubapa, guru dan kebanyakkan ahli masyarakat moden lazimnya memberi rangsangan dan galakan kepada anak-anak mereka untuk menjadi peguam. Sedarilah bahawa anak-anak yang mempunyai cita-cita menjadi peguam anak-anak yang dalam proses untuk menjadi peguam sebenarnya berisiko untuk terlibat dalam bahana dosa ‘riba’. Riba adalah termasuk dalam salah satu dosa besar.
Memahami Kedudukan Seorang Peguam Muslim dan Kerjanya
Peguam Muslim yang memiliki firma guaman sama ada secara bukan milik perseorangan atau secara perkongsian iaitu sekurang-kurangnya dua peguam pekongsi ( partners). Pekongsi-pekongsi berkongsi keuntungan dan liability secara yang dipersetujui antara mereka, sama ada 50-50 peratus atau selainnya. Dalam situasi yang lazim seperti firma guaman yang mana pekongsinya anatara Muslim dan bukan Muslim, atau Muslim sesama Muslim. Ada pula peguam Muslim yang bekerja makan gaji dengan firma-firma ini dan begitulah sebaliknya.
Kerjaya Peguam Muslim Yang Melibatkan Riba
Kewujudan Riba
(Fakta-fakta tidak boleh dipertikaikan)
Dalil pengharaman riba jelas dan terang. Pengharaman riba adalahqatie (muktamad) dan telah sepakat jumhur ulama. Riba adalah dosa besar dan membawa ke neraka. Produk-produk konvensional adalah berunsur riba. Pinjaman konvensional adalah riba.

Bagaimana seseorang itu boleh dikatakan terlibat dengan riba?
Sesiapa yang memberi kerjasama dan mengambil bahagian terhadap satu perlakuan dosa, sudah tentu dia turut berdosa. Besar atau kecil dosanya bergantung kepada kepentingan dan sumbangannya kepada perlakuan dosa itu. Ini bolehlah dikatakan sebagai hukum am (general rule).
Mengenai isu riba dan kaitannya dengan kerjaya peguam, perbincangan hanya difokuskan kepada tugasan peguam pada bahagian yang melibatkan perbankan dan syarikat kewangan atau yang melibatkan urusan dokumentasi perjanjian. Hubungan antara peguam dan institusi perbankan dan kewangan dalam hal ini, atau bidang khidmat guaman dalam hal perkara ini adalah mewakili peratusan besar dan penting daripada keseluruhan perkhidmatan guaman atau bisnes guaman. Perkhidmatan guaman kepada perbankan dan institusi kewangan adalah antara bidang perkhidmatan yang memberikan pendapatan lumayan dan menguntungkan.
Mereka yang terlibat dalam transaksi riba ini adalah seperti berikut:
Pemakan ribapada istilah moden disebut ‘ penerima riba’, iaitu mereka yang mendapat hasil atau keuntungan (wang) dalam transaksi riba. Sebagai contoh, seseorang meberikan pinjaman kepada seseorang yang lain dan mengenakan faedah iaitu lebihan bayaran.
Pemberi riba adalah orang yang menerima atau membuat pinjaman tadi. Peminjam termasuklah seseorang yang menggunakan khidmat yang berunsur riba. Dalam keadaan sekarang, syarikat perbankan banyak menawarkan produk-produk berunsur ruba sama ada dalam pelbagai bentuk pinjaman, peggunaan kad kredit dan lain-lain. Sekiranya produk-produk ini dilanggan oleh seseorang atau mana- mana pelanggan, maka pelanggan itulah pemberi riba kerana pelangganlah yang memberi lebih wang atau hasil riba kepada pemberi pinjam atau bank.
Saksi dan penulis riba ialah antara pemberi riba, terdapat orang atau pihak-pihak lain yang terlibat dalam membantu atau menjayakan transaksi riba itu, anataranya adalah ‘saksi’ dan ‘penulis riba’. Sama ada sumbangannya kecil atau besar, penting atau tidak, langsung atau tidak langsung, kesemuanya adalah suatu kerjasama kepada suatu perlakuan dosa besar, iaitu riba. Bagi mereka yang menyaksikan transaksi riba ini merangkumi pelbagai bidang yang berkaitan atau berantaian mengikut kerelevanan peranan dan fungsi masing-masing termasuklah peguam, pegawai-pegawai bank, penjamin-penjamin, penggadai, mungkin pihak tertentu di pejabat tanah, pejabat setem, pesuruhjaya-pesuruhjaya sumpah dan sebagainya.
Dari aspek sumbangan yang besar, langsung dan penting dalam menjayakan transaksimmriba tersebut sudah tentulah besar kedudukan dosa seseorang itu. Namun Allah Taala melalui lisan Rasul-Nya, telah menyamakan mereka semua. Oleh itu, yang dikatakan ‘penyaksi’ itu disifatkan sebagai berada dalam kedudukan yang sama dengan si pemberi riba dan si penerima riba.

Dosa riba tetap menimpa Peguam Muslim kerana terdapat pendapat dan hujah bahawa kerja peguam dalam kes menyempurnakan pinjaman riba sebagai tetap haram dan berdosa besar. Pendapatan yang diperolehi adalah haram dan para peguam berisiko tinggi ke neraka. Tiada kelonggaran sama ada atas isu darurat, maslahat atau sebagainya. Dalil-dalil daripada ayat al-Quran telah mengesahkan riba sebagai haram dan berdosa besar. Antaranya telah dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidaklah berdiri (ketika bangkit dari kubur-kubur mereka) melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan desebabkan penyakit gila yang menyerang mereka. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan, “bahawa sesungguhnya berjual-beli itu sama sahaja seperti riba. ” Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba…. (Al-Baqarah 2:275)
Selain daripada itu, Allah berfirman lagi, maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan menjauhai saki-baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang ) itu, jika benar kamu orang yang beriman. (Al-Baqarah 2:278)
Jika kamu tidak mahu melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu, (akibatnya kamu tidak akan selamat), dan jika kamu bertaubat (menghentikannya), maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah modal pokok harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak menganiaya (kepada sesiapa), dan kamu juga tidak teraniaya. (Al-Baqarah 2:279)
Hukum riba adalah haram dan dosa besar
Pengharamannya adaqatie yakni putus atau muktamad. Sekalipun begitu ramai terlibat, yang haram tetap haram, tidak boleh jadi halal kecuali apabila dalam keadaan tiada pilihan lain. Tidak pernah timbul situasi terpaksa untuk peguam Muslim melakukan kerja berunsur riba dalam bidang guaman. Selain kes berunsur riba, terdapat banyak lagi jenis-jenis kes yang bebas riba.
Sekiranya seorang peguam menggunakan alasan bersifat peribadi seperti kesusahan dan kerugian dalam perniagaan, sedangkan dia mampu menyara diri dan keluarga daripada sumber yang bebas riba, maka ia dianggap hujah yang tertolak. Alasan ramainya peguam atau beribu peguam Muslim akan mengalami kesusahan dalam kerjaya adalah juga hujah yang tertolak. Begitu juga alasan mengatakan bahawa terlalu ramai orang terlibat dalam kerjaya berunsur riba sejak zaman-berzaman juga adalah hujah yang tertolak.
Selain kerjaya peguam, terdapat kerjaya-kerjaya riba lain. Kerjaya ini sama ada secara kecil, sederhana atau besar adalah memberi sumbangan kepada urusan riba sama ada pada peringkat dokumentasi perjanjian (convenyancing) atau semasa tindakan atau tuntutan saman (litigasi). Kerjaya-kerjaya riba lain adalah Bankers dan kakitangannya, peguam dan kakitangannya, penolong pentadbir tanah dan kakitangannya, pegawai duti setem dan kakitangannya, jurunilai hartanah dan kakitangannya, pihak insurans konvensional dan kakitangan, pesuruhjaya sumpah, pelelong dan pihak-pihak lain.
Virus riba juga wujud di mahkamah syariah. Sebenarnya virus riba di mahkamah syariah wujud dalam bentuk yang tidak besar dan mudah diatasi (jika dikehendaki). Pihak mahkamah mungkin terlepas pandang akan isu ini. Namun begitu, wajarlah virus itu terus dihapuskan.
    Dalam mahkamah syariah riba boleh wujud secara tidak langsung di mana hakim bicara tidak perasan semasa membuat keputusan tentang sesuatu perintah pembayaran wang oleh satu pihak atau melibatkan kepentingan satu pihak yang lain. Antaranya dalam kes melibatkan nafkah anak, nafkah tunggakan, bayaran mutaah, potongan atau tahan pendapatan, bayaran nilai harta sepencarian dan sebagainya.
Contohnya, seperti pihak yang perlu dibayar (katakan plaintif) diarahkan memberikan butiran akaun bank. Tanpa pengetahuan atau kesedaran Plaintif dan atas kelemahan atau ketidakhirauan peguam syarienya, butiran akaun bank konvensional tertentu telah diberikan bagi tujuan pembayaran dibuat secara bulanan dan sebagainya. Akaun bank konvensional ini adalah riba atau berunsur riba. Apabila hakim membenarkan butiran akaun ini direkodkan dalam perintahnya atau melalui perintahnya, pembayaran oleh pihak satu lagi hendaklah dimasukkan ke dalam akun itu. Secara tidak langsung hakim berkenaan turut serta dan mengendorse-kan (mengesahkan/ menyokong) satu kerjasama perlakuan yang berunsurkan riba.
    Setiap pembayaran yang kemudiannya masuk ke dalam akaun riba itu, faedah akan terbentuk dari semasa ke semasa, sesuai dengan pertambahan dan pengurangan wang dalam akaun itu. Saham dosa terus mengalir. Bagaimana jika pembayaran itu melibatkan jumlah wang yang besar ke dalam akaun simpanan (berunsur riba) dalam perbankan riba? Kita sudah tentu maklum ayat al-Quran yang antaranya bermaksud: ‘… jangan tolong-menolong dalam perkara maksiat dan dosa…. ” – apatah lagi dosa besar seperti riba. Sudah tentu tidak wajar jika perkara sebegini menjejaskan kesucian mahkamah syariah.
     Selain itu, isu riba ini bukan sahaja dikalangan peguam ataupun mahkamah syariah, tetapi dalam tuntutan kemalangan kenderaan juga. Ramai yang tidak perasan akan perkara sebegini. Kes tuntut-menuntut melibatkan wang insurans atas sebab kemalangan atau pelanggaran kenderaan merupakan bidang kerja penting bagi peguam. Ramai orang islam dan orang bukan islam yang melanggan insurans konvensional (yang bukan Islamik, takaful, syariah) untuk perlindungan insurans kenderaan mereka. Apabila ada berlaku kemalangan antara dua pihak, tuntutan boleh membawa kepada puluhan ribu, ratusan ribu bahkan ada yang mencecah sehingga nilai jutaan ringgit bergantung kepada keseriusan kecederaan dan kerugian yang dialami oleh mangsa kemalangan.
    Yang menjadi isu ialah wujud dua kemungkinan kebarangkalian iaitu syarikat insurans yang membayar wang kepada pihak Penuntut (mangsa kemalangan itu, atau jika dia mati, kepada warisnya) adalah sama ada syarikat insurans konvensional ataupun takaful (islam). Sedangkan telah diketahui bahawa hokum melanggan insurans konvensional telah difatwakan sebagai haram kerana ada unsur riba, gharar dan/ atau maisir.

Kuasa menghukum suatu produk kewangan sebagai riba. Dalam bidang muamalat, hukum sesuatu transaksi atau produk, atau sesuatu urusniaga perniagaan atau jual beli adalah perkara-perkara yang telah dinaskan haram seperti arak, babi, judi, tenung nasib dan seumpamanya. Sesuatu produk kewangan atau suatu transaksi perniagaan yang diperkenalkan di pasaran lazimnya dan pada dasarnya dianggap sah dan diterima. Produk ini akan dikaji oleh mereka yang ahli dan berkelayakan dan kemudiannya mereka akan membuat keputusan sama ada produk itu selamat daripada riba, gharar atau lain-lain yang menyalahi syarak (hukum Islam).
Orang yang ahli dan berkelayakan untuk menkaji produk tersebut adalah mufti bagi setiap negeri. Mereka diberi kuasa dan aotoriti untuk mengeluarkan fatwa hukum dan kita ada jawatankuasa Fatwa (JKF) pada peringkat kebangsaan. Pihak-pihak perbankan dan syarikat-syarikat kewangan pula mempunyai panel syariah yang terdiri daripada ilmuwn yang lazimnya berpendidikan dalam bidang kewangan Islam. Dalam masa yang sama di luar sna, terdapat sekian ramai ilmuwan dalam bidang kewangan syariah sama ada di institusi-institusi pengajian tinggi atau kedudukan tidak terikat dengan jawatan ditentukan seperti penceramah atau pendakwah agama bebas. Tanpa membezakan keterampilan keilmuan mereka, perselisihan pandangan atau percanggahan pendapat adalah sesuatu yang lazim sepertimana yang kita dapat sakasikan dalam isu-isu semasa seperti sumpah muhabalah, yoga, pengkid, tnagkap khalwat dan lain-lain.
Dalam soal produk dan transakasi kewangan sebagaimana isu paling penting menyentuh umat Islam di Malaysia iaitu isu kehalalan Amanah Saham Bumiputra dan Amanah Saham Nasional. Dalam keadaan sekarang, terdapat segolongan daripada masyarakat awam yang kini tidak mahu sekadar diberi maklum dan menerima bahawa hukum, keputusan atau fatwa perkara tersebut adalah begitu dan begini, tetapi mereka mahu meneliti alas an-alasan di belakang hukum, keputusan dan fatwa itu. Tidak dinafikan ada yang mahu melihat kepada alas amn-alasan itu dengan niat untuk mencari ruang untuk pertikaian.
Dosa riba ini sebenarnya adalah dosa yang pelik dan berbeza daripada kebanyakkan bentuk dosa besar yang lain. nnpelik yang dimaksudkan disini merujuk kepada sikap dan respons manusia terhadap dosa ini. Terlalu ramai yang terlibat tetapi membuat tidak tahu (walaupun tahu). Sebahagian mereka pula ada yang berfikir, berniat, atau sampai ke tahap merancang untuk melepaskan diri namun usahanya tidak bersungguh-sungguh. Ada yang tidak prihatin dalam urusan kewangan peribad kerana walaupun mereka memfokuskan kepada bank islam, masih ada sebahagian kecil urusan mereka yang berada dalam riba.
Dosa riba adalah dosa besar. Malah lebih besar dari setengah dosa besar yang lain. Namun kedudukannya agak ‘pelik’. Tiada penguatkuasaan atas kesalahan dan perlakuan riba. Tidak seperti kesalahan zina. Sudah dimaklumkan bahawa dosa riba lebih berat daripada berzina.
Amalan riba terlalu meluas, ia melibatkan wang dan perbankan, menjadi tunjang industry kewangan, memenuhi keperluan nafsu dan keseronokan. Pada masa kini, kekuatan perbankan riba menguasai pasaran, jauh mengatasi perbankan islam.
Kesimpulannya adalah riba dosa yang pelik keran a biarpun ia dosa besar yang betul-betul besar, tetapi tidak diberikan ‘penghormatan’ yang selayak baginya – oleh kerajaan dan masyarakat kita. Kesannya timbul salah tanggapan, keraguan dan ketidakyakinan tentang status riba sebagai dosa besar. Situasi ini juga mungkin telah menimbulkan persaan dalam hati kebanyakkan manusia bahawa dosa riba ini tidaklah sebesar mana. Astaghfirullah.
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com