Indahnya hidup bersederhana

Oleh: Nor Eizati Bt. Md Ahhir

Indahnya Hidup Bersederhana

Konsep Wasatiah Menurut Perspektif Islam
 Apabilamenyebut Sahaja Perkataan Wasatiah Secara Automatiknya Akan Bermain Di Fikiran Kita Yang wasatiah mencerminkan perkara yang indah-indah belaka, cantik danlebih kepada keseimbangan. Dalam kehidupan ini, kita perlu hidup sederhana atau seimbang.Hal ini supaya kita tidak membazirkan masa, tenaga, idea dan harta.Oleh itu, konsep wasatiah perlu diterapkan dalam kehidupan kita sebagai tunggak hidup. Apabila konsep ini wujud, jiwa kita akan bebas daripada perasaan tidak puas dengan apa yang kita miliki, kita lakukan atau lebih mudah dengan rezeki yang sedia kita miliki. Sikap tidak puas hati perlu dihindari kerana ia adalah salah satu sifat yang sangat keji kerana ia membawa kepada penyakit hati yang susah untuk diubati sekiranya ia sudah sebati dengan jiwa.
SIFAT QANAAH
Sifat qanaah atau lebih dikenali sebagai sifat berpuas hati. Sekiranya sikap qanaah tidak wujud, manusia akan sentiasa berasa tidak berpuas hati dengan apa yang dimiliki walaupun sudah mempunyai harta yang banyak dan kuasa yang hebat.Hal ini juga akan membuatkan manusia tidak pernah bersyukur dan gembira dengan apa yang dimiliki kerana perasaan ini tidak pernah wujud di fikiran manusia yang tidak mempunyai sifat qanaah.
 Seketengah golongan berfikiran negatif, mereka beranggapan bahawa apabila manusia mempunyai sifat qanaah bermaksud manusia itu boleh malas bekerja dengan anggapan sudah puas hati dengan apa yang dimiliki. Ini adalah sifat qanaah yang bertentangan. Sifat qanaah yang sebenarnya menyuruh manusia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam apa jua kerjaya atau kerja yang dilakukan. Selain itu ditambahkan dengan penuh doa dan tawakal.
 Namun tidak semestinya kita akan berjaya dalam setiap perkara yang kita lakukan walaupun perkara yang tidak diingini telah kita tangani. Halangan ini yang menentukan kecemerlangan atau kegagalan kepada kita.Sekiranya kita menangani dengan bijak bermaksud kita berjaya tetapi jika sebaliknya bermaksud kita gagal. Tetapi tidak bermaksud kita boleh terus berputus asa atau puas dengan apa yang kita dapat bahkan kita perlu berusaha dengan lebih keras lagi. Dan apabila kita gagal, Sifat sabar perlu ada dalam jiwa supaya kita tidak berasa sakit hati, kecewa dan akan membuatkan kita bersemangat untuk bangun semula dari kejatuhan itu.
Dengan menghadapi kegagalan juga manusia dapat mengenalpasti kelemahan diri sendiri dan kekurangan yang berlaku dalam sesuatu pekerjaan. Oleh itu, kita dapat membetulkan atau memperbaiki kesalahan tersebut agar ia tampak sempurna dan kita beroleh kejayaan seperti yang diharapkan. Dengan adanya sifat qanaah, kita akan berputus asa, malah berusaha lagi dan lagi. Hal ini agar yang gagal ditebus dan yang ada ditambah.
Allah menyebut dalam Al-Quran:
“ Tuhan kamu yang meluaskan rezeki orang yang dikehendaki-Nya, dan Dia juga yang menyempitkannya. Sesungguhnya Dia amat mendalam pengetahuannya, lagi Maha Melihat hamba-hamba-Nya.” (Surah Al- Israk, ayat 30)
Allah menjelaskan lagi dalam surah yang sama:
“ Jangan jadikan tangan kamu terbelenggu di leher kamu kerana terlalu kedekut. Jangan pula kamu mnghulurkannya dengan sehabis-habisnya, iaitu terlalu boros akibatnya tinggal kamu dalam keadaan tercela serta buntu.” (Surah Al- Israk, ayat 29)
Sikap wasatiah adalah sikap terbaik kerana apabila berboros ia akan membawa kepada pembaziran manakala kedekut akan membawa kepada kemerosotan ekonomi negara. Oleh itu kita perlu bersedekah suku daripada harta kita kepada orang miskin agar mereka juga dapat menikmati kehidupan macam orang lain. Oleh itu, Allah akan melimpahkan lagi rezeki melipat kali ganda daripada apa yang sedia ada.
Allah menegaskan dalam Al-Quran:
“ Allah susutkan kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil riba Dan Allah kembangkan atau memberi berkat harta yang dikeluarkan sedekah-sedekah dan zakat.” (Suarah Al- Baqarah, ayat 276)


KONSEP WASATIAH SEJAGAT
Konsep wasatiah ini diamalkan di seluruh dunia hingga ke negara Barat sendiri tanpa mereka sedari konsep ini datang dari negara Islam. Orang boros juga sedar konsep ini amat baik dan perlu diamalkan dalam kehidupan.
 Sesetengah golongan beranggapan mereka akan dianggap kolot sekiranya mengamalkan konsep ini, malah bijak kerana mereka mampu mengimbangi tindakannya secara sederhana. Allah menggunakan konsep wasatiah dalam mengaturkan kehidupan dan perjalanan dalam alam ini. Tidak ada sesuatu pun yang diciptanya berlaga diantara satu sama lain. Malah semuanya seimbang, iaitu dalam keadaan sederhana.
Allah menegaskan lagi dalam Al-Quran:
“ Tuhan yang menciptakan makhluk-Nya serta menyempurnakan kejadian dengan kelengkapan yang sesuai keadaanya.” ( Surah Al-A’la, ayat 2)

SINOPSIS

WASATIAH DALAM KOMUNIKASI DAN INTERAKSI
Suami dan Isteri
Suami isteri merupakan tunggak kebahagiaan dalam sesebuah keluarga.Komunikasi yang baik antara suami isteri atau ibu bapa amat penting untuk menjamin keharmonian dan kebahagiaan sesebuah keluarga itu.Oleh itu, konsep wasatiah memainkan peranan penting semasa komunikasi dalam sesebuah keluarga.
Dalam konteks ini juga konsep wasatiah amt diperlukan iaitu bersederhana dalam mengasihidan membenci orang.Hal ini kerana selalunya pada mula-mula sesuatu hubungan, kasih sayang itu agak keterlaluan dan tidak seimbang.Selain itu, samasa permulaan perkahwinan juga fikiran lebih tertumpu kepada memuaskan nafsu bukannya kepada melahirkan zuriat. Konsep wasatiah memainkan peranan sebagai menyeimbangkan dan mengawal nafsu yang berlebihan.
Suami sebagai ketua dan isteri sebagai pemimpin dalam konteks Islam. Allah mengingat dalam Al-Quran:
“ Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab kepada kaum perempuan kerana Allah melebihkan orang lelaki dengan beberapa keistimewaan berbanding orang perempuan. Juga kerana orang lelaki memberi nafkah sebahagian daripada harta mereka.” ( Surah An-Nisaak, ayat 34)
 Wanita yang solehah akan menjaga hubungannya dengan Allah dan suami.Selain itu menutup aurat ketika ketiadaan suaminya.
 Suami pula ringan sahaula merupakan ketua dilantik sebagai ketua dan pelindung kepeda isteri.Oleh itu,suami berhak mengarah atau mengaturkan sesuatu dalam sesebuah keluarga tetapi secara sederhana.Suami juga perlu menasihati isterinya yang diragui akan menderhakainya.Sekiranya dia berdegil suami boleh memulau mereka di tempat dan jika tetap juga berdegil.Suami diberi hak untuk memukul tetapi dengan pukulan yang ringan sahaja.
 Dalam konteks lain,jikalau sesuatu masalah dalam rumah tangga itu tidak mampu di atasi oleh suami,maka mereka memerlukan orang ketiga iaitu seorang dari sebelah isteri dan di suami.Dan mereka ini pula hendaklah orang yang mempunyai pengalaman dan ilmu dalam menyelesaikan masalah.
 Sekiranya perlu bercerai,maka teruskanlah walaupun tidak digalakkan.Tetapi mestilah menggunakan konsep wasatiah dalam penceraian itu.Sebagai contoh,suami tidak perlu meletakkan talak semaksimumnya,cukup sekadar talak satu.
 Hal ini kerana mungkin hubungan itu ditakdirkan berpanjangan lagi.Mungkin selepas penceraian itu,suami dan isteri itu ingin merujuk kembali.Dengan melakukan penceraian juga untuk memberi kesedaran kepada kedua pihak atas kesilapan yang lalu dan memperbaikinya.
“Dia yang mentakdirkan adanya mati dan hidup,bagi menguji dan menzahirkan keadaan kamu.Siapa diantara kamu,yang lebih amalnya.Allah Maha Kuasa membalas amal kamu lagi Maha Pengampun kepada orang yang bertaubat.” (Suruh al-Mulk,ayat 2)
Seterusnya,sekira wanita itu solehah janganlah suami itu menyakitinya.Hal ini dilihat selalunya suami akan menyalahgunakankuasa dan juga kebaikan isterinya dengan mengarah itu dan ini secara keterlaluan.Cukuplah secara sederhana.
Allah mengingatkan dalam surah al-Quran:
“Terdapat antara isteri dan anak-anak kamu yang menjadi musuh buat kamu.Oleh itu awasi dan berjaga-jaga terhadap tindakan mereka.”(Suruh at-Taghabun,ayat 14)
 Selain itu,isteri itu bersifat tidak sederhana sekiranya menyuruhsuaminya berpoligami sedangkan suaminya tidak mampu.
Abang, Kakak dan Adik-adik
Sikap menghormati antara abang atau kakak dengan adik amat diperlukan.Abang atau kakak perlu menyayangi dan adik pula boleh memohon pertolongan kepada abang atau kakak.Begitu juga sebaliknya.

Ibu bapa,anak-anak dan guru
Komunikasi yang baik antara ibubapa dengan anak-anak ataupun cucu merupakan tonggak utama bagi mencapai kebahagiaan dalam rumah tangga.Oleh itu,kita semua perlu tahu,bukan komunikasi yang baik antara ibubapa saja yang perlu.Selain itu,ahli keluarga dalam sesebuah keluarga perlulah saling menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain.
 Seterusnya bagi mencapai kata “rumahku syurgaku” iaitu rumah tangga yang dirahmati serta diberkati Allah S.W.T setiap masa.Oleh itu,konsep organisasi boleh diamalkan dalam rumah tangga.Sebagai contoh datuk atau nenek sebagai penasihat negara,bapa sebagai pemimpin,isteri sebagai pembantu pemimpin dan anak-anak cucu sebagai rakyat yang taat dan patuhi kepada undang-undang negara.
 Namun kadang-kadang ada juga kalanya yang pincang.Hal ini kerana,ia berpunca daripada isu kekurangan ilmu.Contohnya jibril dalam aspek ilmu psikologi ataupun ilmu komunikasi.Oleh itu,mereka bertindak mengikut perayaan bukannya ilmu.
Oleh demikian,konsep kesederhanaan perlu diterapkan secara khusus berasaskan ilmu agama psikologi dan komunikasi supaya hubungan kekeluargaan lebih harmoni.
 Seterusnya mini mesyuarat dalam sesebuah keluarga perlu diadakan beberapa kali seperti ketika hari raya atau hujung minggu.Tujuan adalah bagi membantu anak-anak atau ahli keluarga yang mempunyai masalah dalam kehidupan.Dengan caraini masalah dapat diselesaikan dengan menyuarakan pendapat masing-masing.
 Di samping itu, hubungan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan teguh.
Jiran Tetangga dan Rakan Sekerja
 Jiran adalah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita iaitu 40 buah rumah dari semua penjuru, kiri, kanan, depan dan belakang. Jiran pula terbahagi kepada tiga kategori iaitu jiran yang beragama Islam dan mempunyai hubungan kekeluargaan.Mereka ini perlu diberi hak sebagai seorang Islam, ahli keluarga dan juga hak sebagai jiran.Selain itu, jiran yang beragama Islam tetapi tiada hubungan kekeluargaan.Mereka pula ada hak sebagai seorang Islam dan jiran.Akhir sekali adalah jiran yang tidak beragama Islam.Mereka ini hanya perlu diberi hak sebagai seorang jiran sahaja.Begitu juga dengan ahli keluarga yang tidak beragama Islam.
Konsep wasatiah perlu diamalkan dalam menjalinkan kemesraan dengan jiran. Ada sesetengah orang menjalinkan hubungan dengan jirannya secara keterlaluan,sehinggakan jiran itu boleh masuk ke rumah kita begitu sahaja macam rumah sendiri tanpa meminta izin.Sikap begini dikira tidak beradab atau tidak beretika.  
 Selain itu,aurat juga terdedah sini sana.Penghuni rumah yang bukan mahram tidak menutup aurat walaupun jiran yang bukan mahram ada ketika itu.Hal ini amat berbahayadan boleh membawa kepada maksiat.Tambahannya dengan kewujudan syaitan yang sentiasa menggoda manusia,tujuan untuk menyesatkan.
“Wahai orang yang beriman, jangan kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya.Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu,supaya kamu beringat mematuhi cara peraturan yang sopan.”(Surah an-Nur, ayat 27)
Selain itu, bagi yang bekerja, mereka juga sering berkomunikasi dengan rakan sejawat.Oleh itu, pembatasan antara lelaki dan perempuan bukan mahram perlulah dijaga dan dikawal.Hal ini kerana, kebanyakan tempat kerja bercampur lelaki dan perempuan.Begitu juga dengan pelajar.
Hal ini bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan sebagainya.Hal ini kerana Islam menggalakkan pencegahan dan menjauhi maksiat.
Seterusnya hubungan antara guru dan pelajar.Konsep wasatiah perlu diamalkan perhubungan. Guru tidak boleh terlalu garang dan tidak terlalu baik sehingga hilang martabat seorang guru.

WASATIAH DALAM MAKRIFATULLAH
Imam al-Ghazali menyatakan:
“awal-awal agama adalah mengenal Allah”
Pernyataan ini mengajak manusia supaya mengutamakan dalam pengajian mengenal Allah kerana Dia Tuhan yang berhak disembah iaitu tauhid uluhiyah dan Dia menjadi Pentadbir segala urusan iaitu tauhid rububiyah.
Apabila kita mengenali Allah secara automatiknya kita akan beriman kepadanya.Hal ini akan membuatkan kita ikhlas dalam beribadah kepadanya.
Seterusnya, dengan memiliki makrufatullah dalam hidup.Insyaallah kita dapat dielakkan daripada terjebak dengan ajaran sesat yang semakin berleluasa sekarang.Selain itu, marifatullah juga membantu meningkatkan khusyuk dalam solat.
Nabi ada mengungkapkan:
“Beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Walaupun kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat kamu” (Direkodkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaei, Ibnu Majah, dan Ahmad)
Oleh itu, ada satu kaedah yang boleh diklakukan untk memiliki pengetahuan berkaitan makrifatullah iaitu sering mengkaji dan membahaskan sifat-sifat Allah.Tetapi mestilah berlandaskan konsep wasatiah, iaitu cukup sekadar sederhana dan tidak melampaui batas yang ditetapkan Islam.
Maksud yang tersirat di sebalik ayat tersebut adalah kita hanya perlu mengkaji sifat-Nya, tetapi bukan mengkaji tentang zat Allah.Hal ini kerana kita mempunyai akal yang terbatas.

WASATIAH DALAM JIHAD
 Jihad bemaksud melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh, sama ada dalam menghadapi peperangan ataupun melawan godaan syaitan, nafsu ataupun musuh.
Allah menerangkan dalam Al-Quran:
“ Kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta berjihad membela dan menegakkan agama Allah dengan harta dan diri kamu. Itu adalah perkara yang lebih baik untuk kamu, sekiranya kamu mengetahui.”( Surah as-Saf, ayat 11)
Jihad terdapat dalam banyak segi.Antaranya jihad dalam setiap tindakan seperti berjihad dalam mencari rezeki, menuntut ilmu, mempertahankan keutuhan institusi keluarga, membina keluarga bahagia serta amar makruf dan nahi mmungkar.Kebanyakkan orang hanya tahu jihad itu adalah menyebarkan dakwah.
Jihad melibatkan pengorbanan harta benda dan diri.Oleh itu ada hadis yang menyatakan tentang biamwalikum dan waanfusikum.Biamwalikum bermaksud “harta-harta kamu, manakala maanfusikum bermaksud “diri-diri kamu. Pengorbanan harta benda terbahagi kepada dua iaitu sama ada harta benda sendiri atau harta benda orang lain yang tidak berjihad.
Allah mengingatkan dalam al-Quran:
“Belanjakan apa yang ada pada kamu bagi menegakkan agama Allah, dan jangan kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.Baiki dengan sebaik-baiknya segala usaha perbuatan kamu, kerana Allah mengasihi orang yang berusaha supaya baik amalannya.”(Surah al-Baqarah, ayat 195)

WASATIAH DALAM AMAR MKRUF NAHI MUNGKAR
Amar makruf nahi mungkar, perkara yang sering kita dengar.Tetapi sayangnya kita tidak pernah menghayati dan mengamalkannya.
Amar makruf adalah mengajak orang melakukan perkara yang baik.Manakala nahi mungkar adalah mengesah daripada melakukan perbuatan keji.
 Dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar,ia perlulah dilakukan secara seimbang iaitu tidak memadai sekiranya melakukan amar makruf tanpa disertai nahi mungkar. Malah melakukan kedua-duanya.Sesetengah orang hanya mengamalkan amar makruf sahaja tetapi tidak mengamalkan nahi mungkar.Oleh itu, kita perlu betul-betul memahami konsep amar makruf nahi mungkar.
Apabila kita sudah memahami konsep amar makruf nahi mungkar, maka kita perlu mengamalkannya dengan mengesahkan kebenaran dan membanteras kebatilan supaya kita sentiasa mendapat keredaan dan keberkatan dari Allah.
Sebagai contoh, kita mengamalkan amar makruf seperti pembangunan sekolah agama dan sebagainya, tetapi tidak mengamalkan nahi mungkar iaitu membiarkan kewujudan kilang-kilang arak, pub, disko dan sekutu dengannya.
 Sekiranya hanya konsep amar makruf di laksanakan, ia tidak akan seimbang kerana apa sunatnya kalau kemungkaran tetap berlaku. Amar makruf yang dilaksanakan tidak akan kelihatan sama sekali.
 Berbalik kepada perana amar makruf nahi mungkar, ia adalah tugas utama dalam masayarakat Islam yang dilaksanakan oleh para pendakwah.
 Kewajipan itu terdapat dalam Al-Quran, di mana Allah memerintahkan:
“ Perlu ada di antara kamu satu golongan yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara baik, serta melarang daripada segala yang salah. Orang yang demikian adalah orang yang berjaya.”( Surah Ali Imran, ayat 104)
Al-khair mempunyai dua maksud iaitu yang pertama ialah menurut Tafsir al-Jalalain, al-khair bermaksud kebajikan. Seterusnya dari hadis pula, Nabi Muhammad menerangkan al-khair bermaksud “ mengikut ajaran Al-Quran dan sunnahku.”
 Allah mengingatkan dalam ayat yang lain:
“ Kamu umat Muhammad adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia. Kamu menyuruh berbuat perkara baik dan melarang daripada perkara yang salah. Serta kamu beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman.Sekiranya ahli kitab beriman, tentu itu lebih baik bagi mereka.Tetapi, antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakkan mereka adalah orang fasik.”( Surah Ali Imran, ayat 110)
Setiap orang perlulah mencegah kemungkaran agar kemungkaran tidak lagi wujud di dunia ini.Mencegah kemungkaran adalah dengan selemah-lemah iman.Oleh itu, sesiapa sahaja yang melihat kemungkaran perlulah mencegahnya.
“ Sesiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, cegah ia dengan tangannya, jika dia tidak mampu gunakan pula lidahnya, dan jika dia masih tidak mampu, gunakan hatinya. Demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Direkodkan oleh Muslim)

WASATIAH DALAM PEMAKANAN DAN MINUMAN
 Wasatiah dalam pemakanan dan minuman bermaksud tidak boleh makan secara berlebihan kerana ia juga akan memberi kesan negatif kepada tubuh badan kita seperti obesiti, sakit tenat, lelah dan pelbagai penyakit kronik.
 Tetapi ia juga memberi kesan positif kepada tubuh kita seperti memberikan tenaga, meningkatkan pertumbuhan badan, otak, tulang dan sebagainya dengan baik. Hal ini akan berlaku sekiranya kita mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Allah memerintahkan dalam al-Quran
“ Wahai anak Adam, pakai pakaian indah dan berhias setiap kali kamu ke tempat ibadat bagi mengerjakan sembahyang, serta makan dan minum. Jangan pula kamu melampau-lampau.Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas”. (Surah al-A’raf, ayat 31)
Ausatuha yang dipetik dari kata cendekiawan di bawah berkait rapat dengan ungkapan al-musrifin yang dipetik pula dari ayat al-Quran.
Kata-kata cendekiawan yang berbunyi:
“ Sebaik-baik pekerjaan adalah bersederhana”
 Dua perkataan ini dikatakan sangat berkait antara satu sama lain kerana maksud ausatuha adalah sederhana, manakala al-musrifin pula bermaksud melampaui batas. Tetapi tidak bermaksud tidak makan atau minum langsung.Ia perlu tetapi secara bersederhana.
Dalam karya Imam al-Ghazali ada menjelaskan adab-adab makan iaitu kita meniatkan tujuan makan bagi menguatkan kekuatan ketaatan kepada Allah seperti memberi kita tenaga untuk beramal ibadat kepada-Nya dan bukan sahaja untuk menikmati kesedapan sahaja.
 Nabi Muhammad menyatakan dalam hadis yang bermaksud, “ Tidak ada bekas yang diisi oleh anak Adam yang lebih keji daripada perut. Cukup bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya.Sekiranya dia terpaksa melakukannya juga, amak satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya, dan satu pertiga untuk nafasnya.”( Direkodkan oleh Ahmad dan Tarmidzi )
 Bagi menghindarkan daripada penyakit perut, ada satu amalan yang diajar oleh rasulullah s.a.w. Kaedah tersebut adalah dengan mengamalkan cara minum yang betul iaitu minum tiga teguk air dengan tiga kali pernafasan. Jangan minum sekali gus tanpa diselang-selikan dengan bernafas. Jauhkan sedikit gelas daripada mulut agar nafas dapat dikeluar.
Selain itu, berat badan dapat dikurangkan sebanyak dua paun dalam masa seminggu tanpa perlu bersenam sekiranya mengamalkan dengan meminum enam hingga lapan gelas air masak setiap hari.
Pepatah Aarb ada mengatakan
“ Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubat”
 Dengan maksud yang sama, bahasa Inggeris juga mempunyai pepatah berkenaan iaitu,
“ Prevention is better than cure”
 Setiap bangsa menggunakan pepatah yang sama. Hal ini menggambarkan bahawa pencegahan sebelum di jangkiti penyakit memang penting.Oleh itu, manusia perlulah berusaha daripada mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit yang tidak dikehendaki.Salah satu langkah pencegahan adalah dengan mengatur disiplin pemakanan dan minuman dengan baik.
Selain itu, kita hendaklah mengelakkan diri daripada terlalu kerap memakan makanan yang tinggi kandungan gula dan garam tetapi tidak bermaksud tidak mengambil langsung. Hal ini keran zat gula dan garam amat diperlukan kerana ia memberi tenaga yang diperlukan oleh badan kita. Tetapi jika sebaliknya, ia boleh mendatangkan penyakit berbahaya seperti kencing manis dan darah tinggi.
Allah menjelaskan dalam al-Quran
“ Makan daripada rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik zat dan vitaminnya. Bertakwa kamu kepada Allah, yang kepada-Nya sahaja kamu beriman.”( Surah al-Maidah, ayat 88)
 Selain itu, kita juga boleh mengamalkan pemakanan sihat berpandukan piramid pemakanan yang diiktiraf oleh pakar pemakanan iaitu
1.    Makan secara sedikit: Minyak masak berasaskan kelapa, kelapa sawit dan sayuran, minyak sapi, mentega, keju dan susu.
2.    Makan secara sederhana: Daging, ayam, ikan, sotong, udang, ketam, ikan kering, kekacang, telur, dan tauhu.
3.    Makan secara banyak: Sayur-sayuran dan buah-buahan.
4.    Makan lebih banyak: Bijiran iaitu makanan yang berasaskan beras ataupun pulut seperti nasi, tepung yang dibuat kuih-muih, mi, bihun, laksa, roti, kuetiau, dan juga bijiran lain seperti jagung, gandum, barli dan oat.

WASATIAH DALAM PENCEGAHAN PENYAKIT DAN PERUBATAN
“Mencegah lebih baik daripada mengubati”.Ungkapan yang sering kita dengar dan ungkapan ini merupakan kata hikmat yang mempunyai falsafah tersendiri.Ia adalah fitrah kesedaran tentang kebaikannya, yang diilhamkan oleh para cendekiawan.
Ungkapan ini terdapat dalam pelbagai bahasa yang menggambarkan betapa pentingnya perkara ini. Antaranya bahasa Arab, Melayu dan Inggeris “ Prevention is better than cure”.
Setiap penyakit yang diciptakan Allah pasti ada ubatnya.Namun kadang-kadang ada juga penyakit yang tidak sembuh, dan hal ini mungkin kerana penawar itu tidak berkesan.Selain itu, jika difikir mengikut logik akal pula, sesuatu penyakit sukar untuk disembuhkan sekiranya penyakit itu sudah sebati dengan tempat persinggahannya, iaitu, badan ataupun fizikal.
Nabi Muhammad ada menerangkan:
“ Bagi setiap penyakit ada ubatnya, kecuali mati.” (Direkodkan oleh Muslim)
Mengapakah demikian?Hal ini kerana mati adalah ajal.Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Menentukan.Apabila tiba sahaja masa untuk kita pergi kealam seterusnya, maka pergilah kita tanpa ada yang boleh menghalang.
Sehubungan dengan itu. Allah menjelaskan dalam Al-Quran:
“ Apabila ajal tiba, pasti kamu tidak mampu melambatkannya walaupun sesaat dan tidak pula kamu mampu menyegerakannya.” ( Surah Yunus, ayat 49 )
Sekiranya qadar menetapkan kematian berlaku, ia pasti terjadi tanpa dapat dihalang oleh mana-mana pihak. Terdapat ungkapan doa;
“ Ya Allah, tiada penghalang bagi apa yang Engkau mahu kurniakan dan tidak dapat diberi sesuatu, bagi apa yang Engkau mahu halangkan.”
Konsep wasatiah perlu diamalkan dalam mencegah dan mengubat segala penyakit.Contohnya, apabila kita berhasrat untuk mengekalkan bentuk tubuh badan yang terhindar daripada kegemukan.Kita perlulah bersenam dan berdiet. Bukan dengan cara berhenti makandan minum selama beberapa hari. Hal ini, boleh mengundang pelbagai penyakit kepada tubuh badan dan mental. Oleh itu, ada pepatah Arab yang mengatakan:
“ Akal yang sihat berada di dalam badan yang sihat”
 Setiap perkara yang dilakukan perlulah diiringkan dengan doa. Oleh itu, terdapat doa dan selawat yang boleh diamalkan ketika hendak makan ubat bagi mencegah ataupun mengubati penyakit.
1.    Doa
“ Ya Allah, aku mohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan penawar daripada segala penyakit.”
2.    Selawat syifa’
“ Ya Allah, rahmati penghulu kami Nabi Muhammad, ubatkan segala hati dan sembuhkannya, sihatkan tubuh badan serta kuatkannya, dan cahayakan segala penglihatan dengan cahayanya.”
3.    Doa
“ Ya Allah Tuhan sekalian alam, hilangkan kesusahan, sembuhkan aku. Engkau Maha Penyembuh, tidak ada penawar kecuali penawar-Mu serta sembuhkan dengan kesembuhanyang tidak meninggalkan kesakitan.” ( Direkodkan oleh Muslim)
4.    Doa
“ Ya Allah sihatkan tubuhku, Ya Allah sihatkan pendengaranku, Ya Allah sihatkan penglihatanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau.”
 Dlam Islam, Allah sudah menentukan pelbagai asa-asas senaman. Antaranya sembahyang, iaitu bertujuan menyembah Allah dan bukannya dengan niat sebagai senaman.Di samping itu, dapat menyihatkan badan dan mencegah penyakit.Oleh itu, kita sebagai orang Islam, perlu menunaikan solat 5 waktu sehari semalam.Selain itu, ditambahkan lagi dengan solat-solat sunat seperti solat duha, taubat, witir, dan hajat.Justeru itu, pahala juga dapat ditingkatkan.
Selain itu, perlulah selalu mengamalkan puasa sunat.Di samping itu, dapat mengimbangkan pengambilan makan dan minuman kita seharian.Justeru dapat mengelakkan daripada dihindari pelbagai penyakit-penyakit kronik.


WASATIAH DALAM AKHLAK DAN IHSAN

 Akhlak ataupun dikenali sebagai khalkun atau khuluqun dalam bahasa Arab yang bermaksud perangai atau tabiat semula jadi, sama ada seseorang itu Islam ataupun tidak, baik ataupun jahat. Ia juga terdapat dalam bahasa Inggeris iaitu dikenali sebagai moral. Walaupun ia terdapat dalam pelbagai bahasa, namunn ia tetap mempunyai maksud yang sama iaitu set minda yang membawa idea-idea bagi merealisasikan tugasan dan kelakuan positif, perkara-perkara kebaikan, dan kawalan kehendak badan dalam soal cinta.
sendiri yang melakukan kejahatan. Namun masih ada mereka yang melakukan kejahatan ini kerana mungkin mereka berada dalam keadaan terdesak. Tetapi setelah mereka berbuat demikian, mereka pasti akan berasa bersalah dan gelisah serta rasa bersalah. Hal ini kerana, hati kecil akan menghukum.
Akhlak dan moral yang diajar dalam Islam turut diikuti oleh dunia Barat.Hal ini kerana moral yang ditampilkan Islam amat tinggi nilainya dan sangat menarik perhatian dunia Barat untuk turut menjadi maju.
Allah menerangkan dalam Al-Quran:
“ Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat. Serta orang yang banyak mengingati Allah pada masa susah dan senang.”( Surah al-Ahzab, ayat 21 )
Hasana adalah kata dasar bagi ihsan yang membawa maksud elok, segak, bagus, cantik, molek, comel dari segi bahasa. Manakala dari segi istilah pula ia membawa maksud yang sedikit berbeza iaitu mengelokan hati dengan ikhlas dan dedikasi dalam melaksanakan sesuatu kerana Allah semata-mata dan bukan kerana niat lain.
Mengenai konsep ini, Nabi Muhammad menjelaskan:
“ Beribadat kamu kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, sesungguhnya Dia parti melihat kamu.” ( Direkodkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tarmidzi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad )
 Seterusnya, akhlak dan ihsan amat berkait rapat antara satu sama lain kerana apabila berakhlak baik, secara automatiknya kita melakukan sifat ihsan bagi mencari keredaan Allah.




************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com