Prinsip Utama Makanan Dan Minuman Dalam Islam

Oleh : Muhammad Ameerul Fadli B. Roshidi

PENGHARGAAN
Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, dengan limpah kurnianya, saya dengan jayanya menyiapkan tugasan CTU101. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah, Ustaz Abdul Aziz kerana memberi panduan dalam usaha menyiapkan tugasan ini.

Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan kerana memberikan panduan dan dorongan yang berterusan untuk menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah membalas jasa mereka dan memberikan kesejahteraan kepada mereka.

Saya serba sedikit mempelajari sesuatu yang baru berkenaan halal dan haram sesuatu makanan berdasarkan buku yang dijadikan sumber rujukan. Semoga semua mengambil iktibar.

Pendahuluan

Makan minum adalah satu perkara asasi yang mesti dilakukan oleh setiap makhluk yang hidup. Ia merupakan satu kepeluan yang tidak dapat diabaikan kerana kesihatan dan kekuatan tubuh badan bergantung sepenuhnya kepada makanan dan minuman. Walaubagaimanapin tidak dinafikan bahawa yang menghidupkan manusia atau umumnya sesuatu yang hidup serta membolehkan mereka bernafas dan bergerak ialah Allah S.W.T.
Walaupon soal makan minum ini adalah suatu perkara yang kadangkala dianggap remeh tetapi bukanlah begitu pada hakikatnya kerana Islam mempunyai nilai dan peraturan serta batas yang terrsendiri bukannya boleh mengikut hawa nafsu sahaja tanpa menghiraukan penetapan yang telah digariskan oleh al-Quran dan al-Hadis.
Kebanyakan orang islam mengetahui sedikit sebanyak garis-garis kasar yang ditetapkan oleh agama Islam misalnya makanan yang haram, halal, makruh dan sebagainya, tetapi mereka kurang mengetahui hikmat disebalik penetapan terssebut dan ini menyebabkan mereka terpesong jauh dari prinsip keagamaan; malah ada golongan yang sanggup melanggar ketetapan agama, sehingga mereka sanggup meneguk memakan makanan yang haram dan minum minuman yang haram. Blog ini dihasilkan adalah untuk memberi penerangan tentang prinsip utama makanan dan minuman dalam islam.

TAKRIF MAKAN DAN MINUM

Makan boleh dimaksudkan sebagai memamah, menguyah sesuatu benda yang bukan berbentuk cecair. Ia merupkan salah satu benda yang penting untuk meneruskan kehidupan serta menjaga kesihatan dan kekuatan tubuh badan.
Minum boleh diertikan sebagai perbuatan seseorang atau haiwan bagi meneguk, menghisap sesuatu yang cair. Manusia tidak boleh hidup tanpa air. Ini menunjukkan bahawa air merupakan satu keperluan yang penting untuk hidup.

Dalam istilah Ilmu Sains tidak dibezakan antara makanan dan minuman kerana kedua-duanya dimasukkan di bawah “proses pemakanan” dan yang menjadi makanan kepada manusia dikenal sebagai bahan kimia yang sebenarnya digunakan oleh hidup-hidupan.

Di dalam al-Quran banyak sekali menyatakan tentang makan minum, antaranya;

“Makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. ”
(Al-A”araf:31)

“Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah”
(Al-baqarah:60)

Banyak lagi ayat yang menyebut soal makan dan minum. Hal ini menunjukkan pentingnya makan minum itu. Manusia yang mempunyai akal dan fikiran sudah tentu dapat memilih jenis-jenis makanan dan minuman sesuai dengan kehendak dan tabiat mereka.

SEJARAH MAKAN DAN MINUM

Sebenarnya kita tidak mengetahui bilakah sejarah makan minum bermula, tetapi kita percaya semenjak manusia pertama dijadikan (Adam dan Hawa) mereka sudah pandai makan minum Cuma yang berbeza hanyalah jenis-jenis makanan dan minuman.

Mengikut kajian sejarah purba, manusia dahulu kala memakan benda-benda yang tidak dimasak  a nada juga golongan yang memakan daging manusia. Dari semasa ke semasa mereka bertambah maju dan tahu memilih makanan dan minuman sebelum di makan. Sekarang dapat di lihat berbagai-bagai jenis makanan dapat dilihat yang dicipta oleh mannusia sama ada dengan kemahiran manusia sendiri ataupun mesin.

Perasaan untuk makan minum adalah naluri semula jadi manusia dan binatang yang merupakan unsur paling utama untuk membolehkan mereka hidup. Matlamat makan dan minum adalah yang paling utama berbanding dengan keperluan-keperluan asasi yang lain. Apabila makan dan minum sudah dapat dipenuhi barulah manusia menghalakan pandangannya kepada keperluan lain seperti tempat tinggal, pakaian dan seterusnya.

MAKAN MINUM YANG HALAL HARAM DAN MAKRUH

Penentuan halal dan haram dalam islambukanlah suatu yang direka atau dicipta oleh akal manusia yang menganut agama islam, bukan juga oleh pesuruh Allah, Nabi Muhammad S.A.W. tetapi adalah ketetapan oleh Allah yang tidak boleh dipinda lagi.

MAKANAN YANG DIHALALKAN
  
BINATANG LAUT

“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu dan juga bagi orang-orang dalam pelayaran”
(Al-Maidah:96)

Antara kehidupan laut yang halal dimakan termasuklah ikan, ketam, udang dan lain-lain lagi asalkan tidak mengandungi racun dan memudaratkan orang yang memakannya.

Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai di minum. Sementara satu lagi masin lagi pahit dan (kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu) dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging yang lembut hidup-hidup.
(Al-Fathir:12)

BINATANG DARAT

Binatang darat termasuklah binatang ternakan hidupan liar di hutan atau jenis binatang lain yang berkeliaran di muka bumi ini. Tidak syak lagi bahawa kebanyakan ternakan adalah halal dimakan seperti ayam, itik, lembu, kerbau dan sebagainya. Penghalalan binatang-biatang darat juga tertakhluk kepada sama ada binatang itu kotor atau bersih, memudaratkan atau tidak. Andainya binantang itu bersih dan baik untuk dimakan, maka halallah di sisi islam dan sebaliknya kalau binanatang itu kotor dan memudaratkan, haramlah dimakan.

BINATANG TERBANG

Binatang terbang itu termasuklah ayam, itik, angsa, burung dan segala unggas yang berterbangan di angkasa raya. Walaubagaimanapun terdapat juga jenis burung yang haram dimakan iaitu burung yang mengandungi bisa, atau racun dan jenis-jenis burung yang kotor, memakan benda-benda najis dan bangkai.


TELUR BINATANG

Semua jenis telur binatang baik yang di udara, berenang di laut dan merayap di darat adalah halal dimakan asalkan ia tidak memahayakan kesihatan. Kitab Bugyah al-Tullab menebut tentang hal ini “Halal dimakan segala jenis telur walaupun pada binatang yang tidak boleh dimakan sekiranya ia tiada memberi mudarat kepada badan dan akal manusia. ”

HIKMAH DIHARUSKAN MAKAN MAKANAN YANG BAIK
Daripada Abu Hurairah ra meriwayatkan, katanya Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah itu baik, dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintah orang mukmin dengan apa yang diperintahkanNya kepada semua Rasul dengan firmanNya (seperti yang tersebut dalam hadis yang bermaksud): Wahai sekalian Rasul! Makanlah makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh. “
FirmanNya lagi:
“Wahai sekalain orang yang beriman, makanlah makanan yang baik yang telah Kami beri rezeki kepada kamu. Kemudian baginda menyebut, seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit (berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! pada hal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram. Makan bagaimanakah akan diperkenankan doanya!” (Hadis riwayat muslim)

1. Tuntutan perihatian kepada makanan dan minuman

Makanan, minuman dan pakaian adalah sebahagian daripada keperluan hidup manusia. Kita perlu mengambil makanan yang mengandungi pelbagai jenis zat yang terdiri daripada karbohidrat, proten dan vitamin. Pengambilan makanan yang seimbang membantu pertumbuhan badan dan melindungi diri dari serangan penyakit. Makan dan minuman kita mestilah dari sumber yang halal. Oleh sebab itu, Islam mewajibkan umatnya mencari pekerjaan yang halal.

Makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan pada keseluruhannya halal kecuali yang memudaratkan atau bercampur dengan dengan benda-benda yang haram. Manakala makan daripada haiwan yang halal wajib disembelih terlebih dahulu. Makan dari sumber laut pula halal dimakan kecuali yang beracun.
2. Hikmah memilih makanan dan minuman yang baik

Makan dan minuman memberi kesan kepada pembinaan fizikal dan mental seseorang. Oleh itu, kita perlu memilih makanan dan minuman yang berkahsiat.
Hikmah menjauhi makanan dan minuman yang haram:

- Menjaga kesihatan badan
- Memelihara kewarasan akal
- Menjaga marwah diri
- Dimakbulkan doa
- Mendapat pahala kerana mengikut sunnah
- Menjauhkan diri daripada azab neraka.

3. Hubungan makanan, minuman dan pakaian dengan ibadah

Dalam kehidupan seharian, kita sering berdoa supaya diberikan sesuatu yang dihajati dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati. Kadang-kadang kita merasakan seolah-olah doa kita tidak dimakbulkan Allah dansolat yang ditunaikan tidak mencegah daripada perbuatan mungkar.

Salah satu sebab doa seseorang tidak dimakbulkan Allah adalah berpunca daripada pengambilan makanan dan minuman yang haram dan memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Oleh itu, umat Islam perlu sentiasa perihatin menentukan makanan, minuman dan pakaian agar tidak melanggar batas-batas syarak. Jelaslah bahawa ibdat yang kita lakukan mempunyai kaiatan rapat dengan cara pengambilan makana, minuman dan pakaian seharian.

4. Rukhsakh makan dan minuman yang haram.

Umat Islam diharamkan makan makanan dan minuman yang haram sperti bangkai, arak dan dadah. Walau bagaimanapun dalam keadaan darurat umat Islam diharuskan makan dan minum yang diharamkan berdasarkan firman Allahu ta'ala yang bermaksud:

“Maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurah) sedang dia tidak berlebihan dan tidak pula melampaui batas (pada qadar benda yang di makan itu)' maka tidak berdosa atasnya”
Surah al-Baqarah: Ayat 173

Seseorang yang terpaksa makan makanan yang haram hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1) Hanya terdapat makan atau minuman yang haram sahaja.
2) Makan atau minum sekadar menyelamatkan nyawa.
3) Makan atau minum bukan untuk kenyang.

5. Hikmah rukhsakh makan dan minum yang haram dalam keadaan darurat

1) Islam mewajibkan menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga.
2) Memberi kelonggaran ketika darurat kepada umat Islam untuk meyelamatkan nyawa.
3) Melambangkan bahawa ajaran Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya.

Jelaslah bahawa wajib kepada umat Islam untuk menjaga diri dan keluarga daripada terjerumus ke lembah kebinasaan.

Makanan dan minuman yang diharamkan

Dimuka bumi ini terdapat banyak bahan yang boleh dijadikan makanan dan minuman yang baik, lazat dan halal di sisi undang-undang islam. Sesungguhpun begitu, tidak kurang pula bahan-bahan yang dilarang atau diharamkan oleh islam. Meminum atau memakan makanannya akan memudaratkan seseorang. Ini mungkin disebabkan benda-benda yang kotor, najis beracun dan sebagainya. Pengharaman benda-benda di atas dunia dapat ditinjau dari dua segi:

1)    Pengharaman kepada zat atau jenis benda itu sendiri seperti arak dan daging babi.
2)    Pengharaman kerana sebab lain yang bersangkutan dengannya misalnya barang-barang curi atau binantang yang tidak disembelih mengikut syarak. Pada hakikatnya zat benda itu halal tetapi oleh sebab-sebab tertentu maka diharamkan memakannya bagi umat Islam.

Antara makanan serta minuman yang haram :

Arak
Arak ialah perahan air yang biasanya diperoleh daripada buah anggur dan ia mengandungi bahan alcohol yang boleh memabuk dan menghilangkan akal orang yang meminumnya. Pengertian arak di dalam islam bukanlah terbatas kepada pencairan perahan anggur sahaja tetapi lebih luas daripada itu. Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlu berhati-hati dengan minuman yang memabukkan.

Bangkai
Bankai ialah semua jenis binantang yang telah mati dengan cara tidak disembelih tetapi tidak disebut nama Allah seperti penyembelihan untuk berhala dan sebagainya. Binatang yang mati dengan cara yang tidak disembelih, iaitu dengan cara dipukul, tercekik, mati dibunuh sesame sendiri, mati terjatuh, mati kerana diserang binatang buas.


Daging babi
Daging ini diharamkan pemakanannya kerana ia binatang kotor dan memakan najisnya sendiri. Dengan memakan daging babi, sejenis cacing yang dipanggil cacing pita akan berada di dalam badan manusia. Ia akan menyebabkan manusia cirit birit dan makanan tidak hadam.

Darah
Darah di sini termasuklah darah merah dan darah putih iaitu nanah kerana istilah sains mengatakan nanah itu adalah kumpulan dari sel darah putih. Darah asalnya ialah suatu benda yang mulia dan amat penting kepada hidupan kerana tanpa darah, manusia tidak akan hidup dan membesar. Kejadian darah adalah dari zat-zat makanan yang dimakan. Setelah melalui beberapa proses penghadaman, bahan itu bertukar dari satu peringkat ke satu peringkat dan akhirnya mengahasilkan darah berupa cecair bergerak atau mengalir di seluruh tubuh badan melalui urat saraf. Apabila darah itu terhenti pengalirannya, ia bererti sesuatu hidupan itu telah mati. Darah yang diharamkan oleh Islam ialah darah yang mengalir, manakala darah yang berketul seperti hati, limpa dan sebagainya adalah halal dimakan.

Binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah
Binatang yang disembelih tanpa terlebih dahulu disertai dengan menyebut nama Allah bolehla dianggap bangkai. Ini termasuk juga binatang yang disembelih untuk berhala yang ia merupakan suatu amalan Jahiliah di mana mereka melakukan sembelihan itu untuk menghampirkan diri kepada Tuhan mereka seperti al-Asnam, al-Thaghut, al-Lata, al-Uzza dan sebagainya. Cara penyembelihan untuk berhala ini juga boleh dimasukkan ke dalam sembelihan yang tidak menyebut nama Allah.

Binatang yang hidup dua alam
Bagi binatang yang hidup di dalam dua alam iaitu di darat dan di air adalah haram dimakan seperti ketam batu, katak, ular, nasnas, buaya, penyu, memberang dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, ketam laut adalah halal mengikut pendapat rojih imam Hanafi. Begitu juga dengan mazhab Imam Syafie.

Binatang di daratan dan di udara
Salah satu daripada jenis binatang yang diharamkan ialah binatang yang menerkam mangsanya. Biasanya binatang-binatang jenis ini mempunyai kuku dan taring yang tajam untuk mencengkam dan mengoyakkan daging mangsanya seperti singa, harimau, anjing, kucing, serigala, gajah, musang dan sebagainyya. Termasuk juga jenis-jenis binatang liar yang lain seperti beruang, badak, kuda liar, dan seumpamanya.


Binatang kacukan
Binatang yang lahir dari kacukan antara binatang yang halal dengan yang haram adalah haram. Misalnya anak kacukan kambing dengan anjing. Hal ini merupakan andaian semata-mata kerana mungkin mustahil berlakunya perkara-perkara yag sedemikian rupa.

Benda-benda lain yang diharamkan ialah benda yang dianggap najis sama ada dalam bentuk pepejal, beku atau cair. Ia seperti tahi, air kencing, bangkai, darah, nanah dan sebagainya.


Benda-benda lain yang diharamkan
Berbalik kepada jenis-jenis tumbuhan, binatang dan sebagainya yang terdapat di atas muka bumi ini ia adalah halal selagi tidak najis dan memudaratkan tubuh badan dan juga akal fikiran.


KESIMPULAN
Kita sebagai umat Islam seharusnya peka dengan makanan yang kita makan, kerana setiap makanan kita akan menjadi inti pati dalam badan dan akan menjadi darah. Mahukah kita segala amalan dan ibadah yang dilakukan tidak diterima oleh Allah S.W.T disebabkan makanan atau minuman yang haram? Oleh itu, sebagai seorang mukmin kita hendaklah memastikan makanan kita bebas dari perkara yang syubhah, lebih-lebih lagi yang haram. Semoga kita mengambil iktibar dari penulisan saya, sekian,


************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com