Fobia Yahudi Dan Barat Terhadap Islam -

Oleh: Hindun Sharmaine Zulkifli

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menolong saya dalam menyelesaikan tugasan ini secara langsung atau tidak langsung.

Tidak terlupa juga kepada ibu bapa saya yang sering mendorong saya agar melakukan yang sebaik mungkin dalam tugasan saya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya yang membimbing saya dalam proses penghasilan tugasan ini.
Buku yang telah saya pilih untuk membuat kajian ialah FOBIA YAHUDI DAN BARAT TERHADAP ISLAM. Buku ini telah ditulis oleh Haji Husseiny Bin Zambery dan mengandungi 15 tajuk besar di dalamnya. Namun begitu, saya hanya akan merumuskan 6 sahaja iatu :

1.    ISLAM DAN AHLI KITAB
2.    PENULISAN KITAB-KITAB AGAMA KRISTIAN
3.    PROPAGANDA ANTI ISLAM
4.    ADAKAH ISLAM DAN NABI MUHAMMAD S.A.W. ITU DISALAH ERTIKAN DI BARAT?
5.    SERANGAN-SERANGAN PADA 11 SEPTEMBER 2011
6.    BERTOLERANSI?

•    ISLAM DAN AHLI KITAB
Dalam bab ini, pengarang menceritakan tentang umat Islam yang telah diduga dengan pebagai tindakan serta kezaliman oleh pihak yang kurang arif dan kurang faham tentang ajaran Islam ini. Pengarang ini memulakan bicara dengan mengutarakan perihal ketika Nabi Muhammad SAW bersoal jawab dengan rombongan ahli kitab. Baginda telah menjelaskan persoalan mereka dengan membacakan ayat Ali-Imran 59-61. Ayat tersebut menjelaskan bantahan Allah terhadap kepercayaan yang Nabi Isa itu tuhan. Mengikut huraian daripada Hamka, ssekiranya benar Nabi Isa itu merupakan tuhan, maka Nabi Adam juga sewajarnya juga Tuhan tetapi mereka semua itu telah diciptakan Allah dari tanah.

Pengarang turut mengemukakan contoh penjelasan Nabi Muhammad SAW kepada Ady bin Haatim. Rasulullah telah menjelaskan kepada Ady bin Haatim tentang agama kristian yang secara tidak langsung telah menyembah padeti dan bukannya tuhan lagi. Ini kerana para paderi telah menghalalkan dan mengharamkan perkara yang bercanggahan dengan hokum-hukum Allah. Konsep ini secara tidak langsung merupakan satu perbuatan yang menganggapkan mereka itu sebagai tuhan selain dari Dia dan seyogianya merupakan satu bentuk mempersekutukan Tuhan.

Pengarang turut mengemukakan isu penggunaan istilah ‘Allah’ yang timbul apabila sebuah surat khabar ‘Herald Catholic’ telah menggunakannya di dalam satu isu keluaran mereka. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan umat Islam Malaysia. Oleh itu pengarang, telah mengemukakan kajian yang dilakukan oleh para pengkaji Islam dan bukan Islam tentang sumber perkataan Allah ini.

Mengikut kajian Karen Armstrong nama ‘al-Ilah’ bermaksud Tuhan yang Tertinggi dan telah digunakan oleh puak-puak Arab sebelum kemunculan Islam lagi. Manakala kajian yang dikemukakan oleh seorang ahli Bahasa Arab yang dimuatkan dalam buku Hamka ialah kalimat ALLAH telah digunakan oleh bangsa Arab yang bermaksud Yang Maha Esa. Kalimah ini adalah perkembangan dari kalimat AL-ILAH iatu merupakan jamak perkataan tersebut. Bagi orang-orang Islam pula sebutan nama Allah itu telah pun tercatat di dalam Al-Quran yang merujuk kepada Yang Menciptakan semua langit dan bumi dan yang mengaturkan matahari dan bulan serta Yang Memberikan rezeki seperti yang terdapat di dalam ayat Al-Ankabut ayat 61 dan 62.

Mengikut kenyataan Dr. Sayed Tawfik Al-Attas, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia; “ Dari segi maknawi, tidak terdapat tasawur kefahaman mengenai Allah dalam agama Kristian atau sebarang agama lain dan oleh sebab itu agama-agama tersebut tidak berhak untuk menggunakan istilah tersebut. Sekiranya masih lagi mereka mendesak, sudah tentunya agama tersebut tiada jati diri kerana telah merubah dan menyelewengkan kesucian ajaran Musa a. s serta Isa a. s.

Kini kita ke bab seterusnya iatu PENULISAN KITAB-KITAB AGAMA KRISTIAN.

•    PENULISAN KITAB-KITAB AGAMA KRISTIAN
Pengarang memulakan bab dengan sejarah kewujudan panggilan Paus (Pope) iatu panggilan yang diberikan kepada ketua masyarakat Kristian dan orang yang bertanggungjawab terhadap lembaga-lembaga keagaaman Kristian. Dia juga merupakan wakil (khalifah) Nabi Isa Al-Masih di kalangan mereka. Dia jugalah yang akan mengutuskan wakil-wakil dan pendakwah yang kemudiannya akan digelar sebagai ‘uskup’ (bishop). Kemudian mereka yang mengetuai sembahyang dan ketentuan masalah agama digelar sebagai ‘pastor’ (priest). Manakala golongan yang mengasingkan diri dengan masyarakat luar dan hanya beribadat digelar sebagai ‘biarawan’ (monk).

Walaupun terdapat pelbagai versi kitab injil yang boleh dijumpai, injil yang diakui sah oleh pihak gereja ialah 4 sahaja. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Hamka; ‘ Sebagaimana yang dimaklumi, Injil yang diakui sah oleh gereja hanyalah 4dan ditambah dengan kisah rasul-rasul dan surat-surat kiriman rasul, dan wahyu Yahya. Kaum Kristian mengakui bahawa banyak Injil yang tidak diakui oleh gereja, setengahnya telah dibakar dan setengahnya lagi disimpan di dalam khazanah kitab di Vatican. Dan di antara Injil yang tidak disahkan itu ialah Injil Barnaba atau Bernabas. ’

Barnaba merupakan seorang hawari (Saint) yang bekerjasama dengan Paulus (Paul) tetapi oleh disebabkan perselisihan faham telah berpisah. Dijelaskan juga bahawa Barnaba ini merupakan anak murid Nabi Isa Almasih semasa ia masih hidup dan timbulnya kemungkinan bahawa naskhah ini telah ditulisnya pada abad pertama.

Injil ini tidak diterima oleh pihak Kristian kerana ia terang-terangan menyebut akan kedatangan Muhammad, lalu orang-orang Kristian yang fanatik telah segera membuatkan Injil itu menjadi hilang, dirosakkan atau dibakar. Tinggallah satu naskhah lagi di dalam bahasa Itali kuno yang kini dikatakan disimpan di Perpustakaan Vatican.

Kitab ini menjadi bahan tikaian mereka yang tertentu kerana menuduh naskhah itu memasukkan nama ‘Muhammad’ secara tidak jujur serta nota ‘bahasa Arab’ yang menyatakan ‘Allah Subhana’. Bagaimanapun ini dibantah oleh Sayid Rasyid Ridha kerana orang-orang Islam tidak pernah menyatakan perkataan tersebut melainkan hanya Subhanallah. Bahkan seorang ilmuan orientalis yang bernama Prof. Maroliuth menyatakan bahawa Injil tersebut tidak diketahui kewujudannya oleh orang-orang Islam pada zaman tersebut.

Pengarang turut mengemukakan beberapa perbezaan kandungan antara kitab-kitab Injil yang diakui oleh pihak gereja ini.



Seterusnya kita akan mengkaji bab seterusnya iatu PROPAGANDA ANTI ISLAM

•    PROPAGANDA ANTI ISLAM
Penentangan oleh kaum Musyrikin kepada Islam telah bermula sejak Rasullullah telah membuat dakwah secara terbuka. Antara yang lantang menentang ialah keluarga Baginda sendiri iatu Abu Jahal serta konco – konconya. Di Eropah pula, khususnya di Sepanyol keadaan yang aman damai di sana timbulnya seorang rahib Kristian yang bernama Perfectus yang mencetuskan perasaan anti Islam terhadap masyarakat Islam di Andalus. Beliau telah mendakwa bahawa Rasulullah itu seorang yang mengakui dirinya seorang berpengetahuan tetapi tidak serta seorang yang menyalahgunakan seks. Bukan itu sahaja, malahan Baginda dituduh pula sebagai seorang yang ani Kristian.

Masyarakat Sepanyol, sebelum berlakunya peristiwa yang dicetuskan oleh Perfectus ini hidup di dalam keadaan bermasyarakat yang terbahagi kepada dua yang utama iatu masyarakat Islam serta masyarakat Kristian. Malahan mereka telah menerapkan nilai tamadun Islam serta aspek kebudayaan Arab di dalam cara kehidupan mereka.

Dalam sudut pentadbiran misalannya, walaupun terdapat pemberontakan kecil, ia tetap tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan pusat. Manakala dalam sudut ekonomi pula, hasil pertanian telah pun bertambah maju disebabkan oleh adanya system pengairan yang teratur. Manakala system pendidikan juga telah dijaga. Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan masjid – masjid yang digunakan oleh orang dalam serta luar Sepanyol ketika itu. Manakala ilmu- ilmu agama seperti hadis, tafsir dan ilmu kalam berkembang sejurus dengan tatabahasa Arab dan perkamusan turut dipelajari. Falsafah, perubatan, ekonomi, matematik, seni bina serta sejarah turut tidak dilupakan untuk diperkembangkan lagi.

Kembalinya kepada fitnah yang dilemparkan Perfectus kepada Rasullulah pula. Setelah siasatan yang dijalan oleh pihak Kadi Cordova, didapati punca Perfectus mengeluarkan pernyataan sedemikian kerana menjawab usikan daripada sekumpulan orang – orang Arab yang bertanyakan kepadanya, yang manakah satu Nabi yang terbaik antara Nabi Muhammad S.A.W atau Nabi Isa A. S. Setelah pihak yang menyiasat meneliti kes tersebut, Perfectus telah dimaafkan atas insiden tersebut. Ketika itu, apabila Perfectus menjawab persoalan yang dikemukakan Kadi, kelihatan beliau tersipu-sipu malu, ini adalah kerana ketika itu, adalah jelas suatu kesalahan yang besar untuk memburuk-burukkan Nabi Muhammad S.A.W. Namun begitu selepas beberapa hari sahaja dibebaskan, Perfectus telah mengulangi perbuatan yang sama malah melebihi tahap yang sebelumnya. Kali ini, beliau telah dijatuhkan hukuman bunuh atas perbuatan yang keterlaluan itu. Kejadian ini diambil kesempatan oleh mereka yang anti Islam untuk menggunakan isu ini untuk menentang kerajaan Islam, malahan Perfectus telah dianggap sebagai seorang yang telah ‘syahid’ kerana mati dalam menegakkan agama Kristian.

Akibat daripada sikap permusuhan ini maka wujudlah pergerakan Kristian yang dipimpin seorang bernama Ishaq. Ketika itu, tiadanya undang-undang yang menentang usha propraganda pihak Kristian terhadap Islam. Apa yang penting dalam Empayar Islam tersebut hanyalah tidak boleh sekali-kali nama Nabi Muhammad itu dicemari. Maka pemimpin Kristian, Ishaq itu pun diadili serta didapati bersalah dan selanjutnya dihukum bunuh.

Ketika itu, seramai 50 orang telah dihukum bunuh atas kesalahan menghina Nabi Muhammad S.A.W. Namun hukuman tersebut menyebabkan dua orang paderi Kristian menganggap mereka yang mati sebagai, ‘Tentera Tuhan’.

Pernyataan yang dikeluarkan oleh kedua orang paderi ini telah menyemarakkan lagi propraganda yang menyatakan bahawa Agama Islam itu adalah sebahagian satu persediaan yang bermatlamatkan sebagai anti Kristian.


Kita kemudiannya akan ke bab seterusnya iatu, ADAKAH ISLAM DAN NABI MUHAMMAD S.A.W. ITU DISALAH ERTIKAN DI BARAT?

•    ADAKAH ISLAM DAN NABI MUHAMMAD S.A.W. ITU DISALAH ERTIKAN DI BARAT?
Pada Zaman Pertengahan, orang – orang Barat sebenarnya tidak pun mengenali siapakah Nabi Muhammad S.A.W itu yang sebenarnya. Malahan mereka hanya mengenali baginda sebagai gelaran ‘Mahound’dan telah pun menjadi musuh bayangan yang sangat digeruni oleh orang – orang yang beragama Kristian. Ini merupakan sebuah fobia ciptaan mereka sendiri. Dalam fobia ini, Rasullullah digambarkan sebagai seorang ahli sihir dengan mengadakan mukjizat palsu, telah memusnahkan gereja di Afrika dan di Timur Tengah. Dikatakan juga bahawa Islam itu adalah agama pecahan daripada agama Kristian. Jelaslah fitnah yang telah dilemparkan itu berpunca daripada mereka yang terlalu jahil berkaitan dengan Sirah Rasulullah S.A.W.

Pengarang turut mengemukakan usaha – usaha yang dilakukan sesetengah pihak untuk menterjemahkan kitab – kitab agama Islam di Eropah. Gambaran – gambaran yang lebih tepat diperkatakan mengenai agama Islam baru mula merebak pada pertengahan abad ke-12. Namu begitu, ia adalah suatu tugas yang sukar bagi memberikan fakta yang tulen kepada mereka yang telah pun dinodai dengan mitos – mitos dan fahaman menebal terhadap mereka yang anti Islam. Hanya seorang paderi sahaja iatu Peter The Velnerable yang berusaha untuk mengumpulkan pengkaji-pengkaji yang terdiri daripada orang – orang Islam serta orang – orang Kristian di bawah seorang pemimpin berbangsa Inggeris yang bernama Robert. Mereka ini kemudiannya ditugaskan untuk menterjemahkan kitab – kitab agama Islam ke bahasa mereka. Maka mulalah projek menterjemahkan Al-Quran ke bahasa Latin. Turut disempurnakan ialah koleksi legenda-legenda berunsur agama Islam, sejarah dunia Islam, penerangan mengenai Pengajaran Agama Islam dan tulisan Al-Kindi.

Bagaimanapun, berita mengenai kekalahan Perang Salib telah pula terhebah di seluruh Eropah. Maka dengan itu propraganda anti Islam telah pula kembali dikemukakan oleh Bernard iatu seorang Abbot. Apabila Perang Salib Kedua berlaku Peter the Velnerable teah menulis seutus surat kepada Raja Lois VII dengan mengharapkan agar raja itu dapat membunuh seramai mungki orang – orang Islam. Nampak dengan jelaslah sikapp dan sentimen seorang Abbot Kristian yang ketika itu berusaha untuk menterjemahkan kitab – kitab Islam bagi faedah Barat tetapi pada waktu yang sama meru agar dipenggal kepala orang – orang Islam. Pengarang meyeru agar pembaca menghayati Surah Al-Baqarah ayat 135-136 seperti di bawah :


135. Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata : “Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi dan pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan dapat petunjuk. ” Katakanlah (wahai Muhammad: “Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakana itu) bahkan kami megikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang – orang yang musyrik. ”

136. Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman) : “Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishaq dan Nabi Ya’akub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil) dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-Nabi daripada Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka, (sebagaimana yang kamu – Yahudi dan Nasrani – membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata

Semasa Perang Salib, secara ironinya agama Kristianlah yang telah menegah penganut-penganutnya dari berbincang mengenai agama mereka sendiri, bukannya agama Islam seperti yang telah ditomahkan oleh mereka. Perkara ini telah mengakibatkan penentangan terhadap Gereja Katolik dan bermulalah pergerakan Protestan.

Semasa berlakunya Perang Salib, timbulnya pelbagai lagi tohmahan yang dilemparkan pemimpin tertinggi Kristian kepada Islam. Ini menimbulkan lagi permusuhan antara pihak Kristian dengan pihak Islam. Keadaan ini berlarutan dengan lamanya serta menjadi semakin meruncing.

Namun begitu, pada abad ke 18 itu telah mula ternampak akan gambaran kefahaman pihak Barat mengenai Agama Islam serta Nabi Muhammad S.A.W. Di sini kita mendapati bahawa kemudiannya tidak kesemua para penulis Orientalis itu yang anti terhadap agama Islam. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam karya seorang sasterawan Perancis bernama Alfonso De Lamarinte yang berpengaruh dalam aliran romantisme pada zamannya iatu buku bertajuk “Historie de le Turqui” iatu :

“Tidak pernah ada seorang manusia yang dengan sengaja mengatakan mahupun tidak pernah ada seorang manusia yang dengan sengaja mahupun tidak telah menetapkan sesuau matlamat yang sangat tinggi, kecuali dia (Muhammad S.A.W). Matlamat itu ialah matlamat arahan Tuhan untuk memusnahkan segala macam ketahayulan yang memisahkan manusia daripada Penciptanya. Untuk memulihkan idea suci dan rasional tentang ketuhanan di tengah-tengah kekacauan dewa-dewa materi yang disalah-gambarkan dalam bentuk penyembahan berhala. . . dia menerima konsepsi dan melaksanakan rencana besar tanpa serana selain dirinya sendiri, dan tiada bantuan selain daripada beberapa orang yang hidup di kawasan pasir. . . tidak ada orang selain dia yang dapat menyelesaikan revolusi besar dan kekal di dunia. Sebab, dalam waktu dua abad, setelah kemunculan Muhammad, Islam telah menguasai seluruh Tanah Arab, menakluki Parsi, Khurasan, Transoxasania, India Barat, Syria, Mesir, Habsyah, Sepanyol dan sebahagian Perancis. Lelaki ini tidak hanya mampu menggerakkan bala tenteranya, merumuskan hokum-hakam, menegakkan empayar-empayar dan dinasti-dinasti; tetapi dia juga sanggup menghimpunkan berjuta-juta para manusia di dalam sepertiga bahagian dunia yang dikenal orang pada masa hidupnya. . . Atas dasar isebuah kitab yang setiap hurufnya menjadi ketentuan hukum, ia telah menciptakan kebangsaan spiritual yang mempersatukan seluruh manusia daripada berbagai-bagai ras dan bangsa. Ia meninggalkan kepada kita cirri-ciri kebangsaan Muslimin yang tidak dapat dihapuskan, dan kebencian akan tuhan-tuhan palsu serta kecintaan kepada Tuhan Yang Maha Esa lagi Ghaib. . . ”

Ramai lagi para penulis Barat yang kebanyakannya telah memahami ajaran agama Islam dan kagum dengan Nabi Muhammad S.A.W. Selain itu, terdapat juga penulis Barat sendiri yang memberi amaran terhadap para penulis Barat yang lain. Misal contoh, terdapat seorang Orientalis berbangsa Perancis yang telah mengkaji perbandingan di antara agama-agama yang lain lalu akhirnya beliau sendiri telah memeluk agama Islam. Beliau telah menulis surat kepada seorang pendeta Kristian yang sering menyerang agama Islam. Dalam tulisannya, dia berkata : “Kami berada di suatu lembah dan tuan berada di lembah yang lain!. . . Kesalahan orang Eropah yang sangat besar ialah kerana mengkaji dan menganalisis kehidupan Nabi Muhammad dengan cara tabiat Eropah, padahal Nabi Muhammad bukanlah orang Eropah. Lagi pula logikkah Eropah tidak mungkin mendatangkan kesimpulan yang benar jika digunakan untuk memahami sejarah kehidupan para Nabi dan Rasul yang semuanya orang Timur. . . ”


Seterusnya kita ke bab SERANGAN-SERANGAN PADA 11 SEPTEMBER 2011

•    SERANGAN-SERANGAN PADA 11 SEPTEMBER 2011
Mengikut buku susunan Brad K. Berner, Osama Bin Laden telah menjelaskan bahawa dia sendiri yang telah memutuskan untuk melakukan serangan ke atas Amerika Syarikat. Ini disebabkan beberapa peristiwa yang berlaku di Lebanon.

Mengikut maklumat yang diketahui, serangan- serangan ke atas Menara Berkembar di New York, pusat ekonomi Amerika Syarikat dan Pentagon di Washington, yang merupakan Pusat Ketenteraan Amerika teelah dilaksanakan oleh 19 para pemuda Islam. Para pemuda ini ketika itu masih lagi menuntut di kolej-kolej pengajian di Amerika Syarikat dan ada di antara mereka yang belajar memandu kapal terbang di Bandar berdekatan. Pada 11 September itu mereka telah menaiki kapal terbang kemudian merampasnya lalu menuju ke sasaran yang telah ditetapkan.

Kini kita akan ke bab terakhir bagi buku ini iatu BERTOLERANSI?

•    BERTOLERANSI?
Mengikut kajian Umar Hasyim dalam bukunya Toleransi dan Kemerdekaan Beragama Dalam Islam Sebagai Dasar Menuju Dialog dan Kerukunan Antara Agama, Islam adalah suatu agama yang berbentuk toleransi. Dalam bahasa Arab ia disebutkan sebagai ikhtimal (sikap membiarkan, berlapang dada), dan tasaamukh (lunak, berhati ringan). Dengan kata-kata lain ia dikatakan sebagai kesabaran hati yang membawa masuk menyabarkan diri walaupun menghadapi masalah yang sukar.

Sejak dahulu lagi, iatu sejak zaman Perang Salib Dunia, Islam merasa bimbang akan ancaman daripada Barat. Tetapi umat Islam masih terus bersabar. Namun begitu, terdapatnya beberapa pemimpin Barat yang kelihatan ingin memulihkan hubungan antara dunia Islam dan dunia Kristian yang keruh. Sebagai contoh, telah dimasukkan kehadiran Presiden Barrack Obama ke Universiti Kaherah, selain itu terdapat juga peristiwa di mana sidang dewan di Australia telah ditinggalkan setelah Perdana Menterinya ketika itu iatu Kevin Rudd telah mengucapkan tahniah kepada Israel sempena 60 tahun penubuhannya. Ini menunjukkan pihak Barat sudah mulai sedar akan kekejaman Zionis serta bangsa Yahudi tersebut.


Begitulah yang dapat saya ringkaskan daripada buku “FOBIA YAHUDI DAN BARAT TERDAP ISLAM”. Setelah tamat buku ini, baru saya menyedari betapa diujinya kita sebagai umat Islam, namun kita tetap masih utuh dan tanpa jemu mempertahankan agama Islam daripada pihak yang memfitnah.

Buku ini juga menyedarkan saya tentang pentingnya perpaduan antara umat Islam di seluruh dunia. Bak kata pepatah Melayu, ‘Bersatu teguh, bercerai roboh’. Keadaan umat Islam di negara – negara daif misalnya perlu diambil berat oleh masyarakat Islam dalam negara maju kerana sekiranya masyarakat lain yang menolong mereka, sudah semestinya mereka akan mudah terpengaruh dengan niat jahat mereka dan seterusnya meninggalkan agama Islam yang suci dan memeluk agama lain.

Buku ini telah menaikkan semangat saya untuk menunjukkan kepada mata dunia bahawa Islam itu satu agama yang baik dari segala aspek dan bukannya seperti sekarang di mana Islam ditunjukkan sebagai satu agama yang menyokong keganasan.

Semoga masyarakat beragama Islam tetap utuh dan teguh walaupun dilanda pelbagai ujian dan dugaan. Insya-Allah akan ada ganjaran daripada Allah di akhirat kelak.


************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com