Islam dan wanita

Oleh: Noraishah Bt Ismail

Abstrak

Assignment ini tentang apa itu islam. Secara ringkasnya islam bermaksud serah,tunduk,patuh,selamat,sejahtera. Begitu juga dengan definisi wanita pada sudut pandang islam itu sendiri.
‘Islam dan wanita’ turut membuat perbandingan mengenai wanita zaman kini dan sewaktu zaman jahiliah dahulu. Serta, sebuah contoh artikel berkenaan isu di pihak wanita kini.
‘Islam dan wanita’ menyenaraikan keistimewaan yang ada pada diri seorang wanita itu. Malah, terdapat kisah pendek tokoh-tokoh wanita islam di zaman Rasulullah SAW.

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada ustz. Aziz, pensyarah subjek CTU 101 kerana memberi segala tunjuk ajar dalam menyiapkan assignment ini.
Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang turut sama terlibat secara tidak langsung terutama member sokongan moral.
Sekalung terima kasih turut diberikan buat penulis buku RIWAYAT BIDADARI SYURGA oleh MUNIF AHMAD kerana membantu saya dalam membuat rujukan.

ISLAM DAN WANITA
Apa itu islam? Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera, aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya.
Maksud Islam ialah, agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peraturan dan undang-undang yang merangkumi penyusunan kehidupan manusia, baik yang mengenai orang perseorangan, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan, kesempurnaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
1.    Patuh dan menyerah diri kepada Allah dengan penuh sedar dan rela.
2.    Peraturan hidup (way of life) yang mengatur seluruh sudut kehidupan manusia.
3.    Mengakui tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruhnya, menunaikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji jika mampu.
4.    Sistem hidup yang lengkap yang dibawa bermula dari Nabi Adam hinggalah Nabi Muhammad SAW.

Islam sbagai “Ad-Dinn” mengajar dan menyuruh umatnya berpandangan jauh dengan mengambil kira kepentingan dunia dan akhirat secara seimbang dan seiring. Islam memberi perhatian kepada kepentingan jasmani sama diberi kepada kepentingan rohani, agama dan kemajuan di dunia dan akhirat.
Pengertian “Ad-Dinn”

Perkataan “Ad-Dinn”dalam bahasa arab membawa pengertian kepada agama. Maksudnya suatu cara hidup atau atau bentuk hidup atau peraturan hidup atau suatu pegangan hidup. Islam ialah agama dan tidak semua agama itu Islam. Maka jika dua perkataan itu digandingan, ia menjadi Agama Islam yang membawa maksud suatu pegangan hidup atau cara hidup yang menjamin segala keselamatan di dunia dan akhirat. Firman Allah ;“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.”, Al-Imran ayat 19.
Apakah pandangan islam terhadap wanita?
 Dalam islam dengan jelas menerangkan bahawa kewajipan menuntut ilmu bagi kaum wanita sama haknya dengan kaum lelaki. Walaupun begitu agama islam menegaskan tiga aspek yang harus ditunaikan oleh kaum wanita, agar kaum wanita benar-benar menjadi insan yang solehah dan diredhai Allah SWT.

Pertama, wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati. Seorang suami yang penat mencari rezeki di luar memerlukan belaian kasih sayang seorang isteri. Apabila isteri menyambut kepulangan suami dengan senyuman ia akan dapat menenangkan hati suami yang penat bekerja.
FIRMAN ALLAH SWT “Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.”
(Ar Ruum, 21)
Tugas kedua yang harus ada dalam diri wanita solehah iaitu rasa kasih sayang yang mendalam, kerana dengan kasih sayang yang ada dalam diri wanita tersebut itu akan mengukuhkan lagi institusi rumahtangga. Jika mempunyai anak, maka anak-anak akan merasa senang dan tenteram kerana sentiasa dikasihi dan disayangi oleh ibu tercinta.
Firman Allah maksudnya: “Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari isteri-isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu.” (An Nahl, 27)
Apakah kedudukan wanita dalam islam?
Sebenarnya dalam agama islam itu sendiri amat menyanjung tinggi kedudukan wanita dalam segala aspek mengikut apa yang telah diturunkan oleh Allah. Yang mana seorang wanita itu begitu penting dan dihargai kerana dijadikan daripada tulang rusuk seorang insan bernama lelaki.

Disebabkan itu wanita yang solehah Allah menjanjikan syurga buat mereka. Adalah mudah bagi mereka untuk menghuni syurga dan begitu mudah untuk mereka munghuni neraka. Dengan syarat mengikut syariat Allah SWT.
50 keistimewaan wanita.
“Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita.”
1.    Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki. Sabda Rasulullah: “ Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.
2.    Wanita solehah lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3.    Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang wali.
4.    Seorang wanita solehah lebih daripada 70 orang lelaki soleh.
5.    Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6.    Sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya, maka pahalanya sama seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya. Maka sesiapa yang menyukankan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7.    Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. Jika pada hari pertama haidhnya dia membaca “ Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah( segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa)”, maka Allah akan membebaskannya dari neraka dengan mudah melalui siratul mustaqim dengan aman dari seksa. Bahkan Allah SWT akan mengangkat darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada’ apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8.    Sabda Rasulullah SAW: “wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga.”
9.    Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
10.    Daripada Aisyah r.a: “ sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penhalangbaginya daripada api neraka.
11.    Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
12.    Apabila dua orang ibubapamu memanggilmu, maka sahutlah panggilan ibumu dahulu.
13.    Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akn tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Dan masuklah mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki tanpa dihisab.
14.    Seorang wanita yang mentaati suaminya( serta menjaga solatnya dan puasanya), semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.
15.    Aisyah r.a berkata : “ aku bertanya kepada rasulullah siapakah yang lebih besarnya hak terhadap seorang wanita? “ jawab baginda, “suaminya.” “siapa pula yang berhak terhadap seorang lelaki?” jawab baginda, “ibunya.”
16.    Apabila seorang wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta mentaati suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana yang dia kehendaki.
17.    Allah akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya di dalam urusan agama ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.
18.    Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan 1,000 kejahatan.
19.    2 rakaat soalt seorang wanita yang hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20.    Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari.
21.    Wanita yang hamil akan mendapat pahala ibadat di malam hari.
22.    Apabila seorang wanita mulai sakit untuk bersalin, maka Allah akan mencatatkan pahala jihad di jalan Allah.
23.    Wanita yang bersalin akan mendapat akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah satu pahala haji.
24.    Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti ibunya yang melahirkannya.
25.    Sekiranya seorang wanita meninggal dunia dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26.    Seorang wanita yang menyusukan anaknya dengan susunya sendiri akan mendapat satu pahala dari setiap pahala dari setiap titis susu yang diberikannya.
27.    Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh(2 ½ tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.
28.    Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
29.    Seoarang wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan dosa-dosanya akan diampunkan olah Allah.
30.    Seoarng wanita yang menghiburkan hati anaknya, maka Allah akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
31.    Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya selama seminggu, maka Allah akan mencatatkan 1,000 kebaikan dan mengampunkan 2,000 kesalahannya. Bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan meminta keampunan baginya dan Allah akan mengangkatkan 1,000 darjat untuknya.
32.    Seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan baginya 8 pintu syurga yang akan dimasukinya dari mana-mana pintu tanpa dihisab.
33.    Seorang wanita yang menunggu suaminya pulang ke rumah, dibersihkan mukanya, dihamparkan alas duduknya, disediakan makan minum suaminya, direnung dan dipegang tangan suaminya dengan kasih sayang, diperelokkan hidangannya, dipelihara anak-anaknya dan dimanfaatkan hartanya untuk suaminya demi mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan setiap ucapan,langkah dan pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari kiamat nanti, Allah akan mengurniakan Nur sehingga tercengang semua wanita atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.
34.    Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang wanita yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35.    Seorang wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan seorang seorang lelaki yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
36.    Seorang wanita yang melayan suaminya tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37.    Seorang wanita yang melayan suaminya yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih dengan baik akan mendapat pahala jihad.
38.    Seorang wanita yang memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan seorang wanita yang memicit suaminya apabila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39.    Dari hazrat Muaz : mana-mana wanita yang berdiri diatas dua kakinya dan menyediakan makanan untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40.    Thabit Al Banani berkata : seorang wanita bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik terhadap suaminya. Dia pelita ketika apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya hinggaselesai makan. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu. Maka dia menjadikan rambutnya sebagai sumbu pelita. Pada keesokan harinya, matanya yang buta telah celik. Allah mengurniakan kemuliaan kepadanya itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya.

41.    Pada suatu ketika di madinah, Rasulullah keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati ada beberapa orang wanita di dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “adakah kamu menyembahyangkan mayat?” jawab mereka, “tidak” lalu baginda bersabda, “seeloknya kamu sekalian tidak perlu menziarahi jenazah kerana tidak ada pahala bagimu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.”
42.     Seorang wanita yang memrah susu ternakannya dengan membaca ‘bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43.    Seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca dengan ‘bismillah’, maka rezekinya akan diberkati oleh Allah.
44.    Seorang wanita yang menyapu lantai dengan berzikir kepada Allah akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
45.    Sabda Rasulullah : “ wahai Fatimah,untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka. Jarak dengan parit itu adalah langit dan bumi.
46.    Sabda Rasulullah: “ wahai Fatimah, setiap wanita yang menganyam yang dipintalnya akan ditentukan oleh Allah satu tempat khas untuknya diatas takhta di hari akhirat.”
47.    Sabda Rasulullah: “ wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang akan dicatatkan oleh Allah [erbuatan baik untuknya sebanyak utas benang yang dipintalnya dan memadamkan 100 perbuatan jahatnya.


48.    Sabda Rasulullah: “ wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya,menyuci pakaian mereka, dan memandikan mereka akan dicatatkan oleh Allah untuknya pekerjaan baik sebanyak helaian rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat mereka dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
49.    Sabda Rasulullah: “ wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengeratkan kukunya, akan diberi minum oleh Allah dari sungai di syurga serta diringankan sakaratul maut untuknya oleh Allah. Dia akan mendapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan oleh Allah baginya pelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintasi titian assirat.”
Kedudukan wanita sebelum kedatangan Islam.
Wanita sebelum Rasulullah S.a.w, berdarjat tidak berguna kecuali untuk memelihara keturunan dan mengatur rumahtangga. Apabila isteri melahirkan anak yang tidak cantik mereka pun membunuhnya. Wanita yang ‘subur’ dipinjam oleh lelaki (bukan suaminya) untuk melahirkan anak. Pendek kata, masa perkembangan peradaban Yunani, wanita hanya melayani cinta dan hawa nafsu.
Aristotles tidak berpandangan baik terhadap kaum wanita. Dalam pandangannya, wanita adalah manusia yang serba kekurangan. Kehidupan dalam rumahtangga adalah kehidupan yang impian, dan adalah silap untuk menyamakan setingkat laki-laki. Menurut Plato, keberanian laki-laki adalah dalam kepimpinan dan keberanian wanita adalah dalam melakukan pekerjaan-pekerjaan yang rendah.

Zaman Yahudi
Pada zaman Yahudi, sebahagian orang menjadikan anak perempuan setaraf pelayan, dan ayahnya berhak menjualnya. Wanita boleh menerima waris, kecuali bila ayahnya tidak mempunyai keturunan anak-anak lelaki. Dalam ‘Sifr ALJamiah’ dinyatakan, “Aku dan hatiku berkeliling untuk menyelidiki dan mencari hikmat dan akal, dan untuk mengetahui kejahatan adalah kebodohan, dan untuk mengetahui kedunguan adalah kegilaan. Aku mendapatkan yang lebih buruk dari maut adalah wanita yang merupakan jaring, sedang tangannya adalah perangkap dan tali”.
Pepatah orang China mengatakan, “Dengarkanlah isterimu dan jangan mempercayainya”.
Pepatah Russia mengatakan, “Tidaklah anda dapatkan dalam setiap sepuluh wanita kecuali satu jiwa.”
Pepatah Itali mengatakan, “Kendali itu untuk beradu cepat dan kuda lumba, sedangkan tongkat itu untuk wanita yang buruk akhlaknya.”
Pepatah Sepanyol mengatakan, “Takutilah wanita yang buruk tingkah lakunya dan jangan membanggakan wanita mulia.”

 Contoh artikel berkenaan isu di pihak wanita kini:
SIAPAKAH LEBIH MULIA ? ISTERI-ISTERI NABI DAN SAHABAT NABI ATAU WANITA ZAMAN KINI ?
 Assalamualaikum ? Wahai kaum wanita, pernahkah kamu terfikir bahawa taraf kamu sememangnya adalah jauh lebih rendah dari isteri-isteri para nabi atau pun sahabat-sahabat wanita. Mereka jauh lebih mulia darimu kerana mereka adalah hamba-hamba pilihan Allah dari segala zaman. Tetapi tidakkah kamu pernah terfikir, bahawa kamu adakalanya merasakan diri kamu lebih mulia dari mereka?
Ya betul, kamu tidak merasa begitu secara nyata atau direct, tetapi kamu telah menyatakan nya secara batiniah, iaitu ada antara kamu yang menolak poligami, yang enggan dipoligami, yang memandang rendah poligami apa lagi yang menentang poligami, Bukankah itu dari keegoan dan kesombongan yang berada dalam hatimu? Tahukah kamu semulia-mulia wanita seperti para isteri nabi dan sahabat pun sanggup berpoligami? Mereka berkedudukan mulia tetapi sanggup dimadukan tetapi bagaimana dengan kaum wanita sekarang? Sanggupkah kamu dimadukan?
Ada wanita yang menyatakan, “ala itu lain lah, jadi isteri nabi. Tetapi orang zaman sekarang ni mana ada macam nabi!” itulah yang anda tidak sedariperasan. Dan cuba anda tanya diri anda,, anda itu mulia seperti isteri nabi atau sahabat nabi? Untuk itu, adalah layak anda dimadukan dengan orang zaman sekarang kerana taraf anda mungkin tak jauh berbeza dengan lelaki yang akan madukan anda itu.

Tetapi untuk dimadukan itu perlu lah diperhati dari banyak sebab. Janganlah pula mahu dimadukan dengan lelaki yang berkahwin semata-mata kerana seks, kerana harta atau kerana rupa. Itu sebaik-baiknya anda jauhi wahai kaum wanita semua. Tetapi dekatilah lelaki yang berkahwin kerana agama, kerana mahu membantu kaum yang lemah, mengisi kekosongan bagi janda-janda yang ada tanggungan anak, membantu golongan yang payah jodoh, yang terdesak dan macam-macam lagi, asalkan niat untuk menolong kerana agama. itulah baru namanya anda berkorban demi saudara sesama Islam anda sendiri. Itu baru namanya tidak pentingkan diri sendiri dan kasihkan sesama saudara. Sepertimana sabda nabi yang bermaksud, “Tidak sempurna iman seorang kamu sehingga dia kasihkan saudaranya sepertimana dia kasihkan dirinya sendiri”.
Sudah tentu, kita selama ini telah dimabukkan dengan cinta Romeo dan Juliet, sebab itu lah wanita sampai sekarang konon-kononnya mahu seorang lelaki sahaja yang mencintainya, tak rela berkongsi kasih dengan wanita lain. Wanita sudah lupa sejak kedatangan Islam yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad S.a.w, martabat kaum wanita telah diangkat. Dari dulunya wanita diperlakukan seperti hamba abdi, hamba seks, dihina dan seumpamanya. Tetapi sejak Nabi Muhammad membawa ajaran agama pelengkap akhir zaman, kaum wanita sudah dinaikkan kembali tarafnya.

Tetapi kaum wanita sekarang ramai yang sudah lupa diri, tubuh sahaja lemah tetapi hati lebih keras dari batu. Wanita sekarang kononnya mahu sama taraf dengan lelaki. Apa yang lelaki boleh buat mereka juga mahu buat. Jadi, kenapa anda tidak menjadi wali nikah atau, tukang azan atau tok imam masjid atau dan sebagainya? Itu lah Allah telah mengaturkan dengan cantiknya, lelaki sebagai pemimpin dan perempuan sebagai penasihat. Tetapi wanita zaman sekarang gila kuasa, hinggakan gila ingin menjadi ketua,mahu jadi pemimpin dan sebagainya. Jadi, bagaimana negara tidak porak peranda, kerana dipimpin oleh golongan yang sepatutnya dipimpin, dipimpin oleh golongan yang emosionalnya seorang wanita.
Sebab itu hikmahnya lelaki boleh berkahwin lebih dari satu hingga 4. Kerana lelaki yang mempunyai akal anugerah Allah melebihi 9 kali dari perempuan. lelaki mempunyai bakat untuk memimpin sebenarnya, bukannya wanita. Tetapi wanita sekarang tidak berpuas hati, mahu juga menjadi pemimpin, suatu hari nanti, makin huru-hara dunia jika makin ramai wanita jadi pemimpin. Jangan salahkan sesiapa nanti, salahkan dirimu wahai wanita kerana ego, angkuh dan sombong yang ada dalam dadamu sendiri
Untuk itu wahai kaum hawa / wanita, apa lagi yang kamu nak tunjukkan pada dunia? Apa yang kamu hendak megah-megahkan sangat dengan dirimu yang sentiasa membawa najis. tetapi kita masih tak sedar-sedar diri. Masih nak bergaya, tunjuk cantik berlebih-lebih, seksi-meksi, berlagak, mengada-ngada, sombong, angkuh tunjuk pandai dan sebagainya. Tidak perasan lagi kah dengan tabiat buruk kita tu? Terasa baik sahaja? Memang lah, siapa manusia yang mahu katakan dirinya jahat? Orang jahat pun mengaku baik,

fikir-fikirlah wahai kaum wanita, jangan sampai anda lupa diri, dan berlebih-lebihan di muka bumi ini. Jadi sama-sama lah kita muhasabah diri kita sendiri ini yang sebenarnya terlalu banyak dosa. Semoga Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun mengampuni segala dosa-dosa kita, aamin. Bersama lah kita menuju jalan yang satu, jalan yang benar hanyalah jalan yang berpandukan pada Al Quran dan Al hadith.
Semua ini hanya nasihat bagi golongan wanita era kini.
Tokoh-tokoh wanita dalam sejarah tamadun Islam
Larian kasih Hajar R.A  Hindun yang Bijaksana
Ketika anak meraungkan tangisan, isteri cerdik yang solehah
 hati ibu tidak keruan, penyejuk mata
berlarilah Hajar dari Safa ke Marwah, penawar hati
 mencari petunjuk bantuan Allah, penenang fikiran
Hentakan kaki menerbitkan air  di rumah dia isteri
Penghilang dahaga dan kering di bibir di jalanan kawan
Hajar…hikayatmu merentas kurun  sewaktu kita buntu
Menjadi ingatan turun temurun  dia penunjuk jalan

Maryam si perawan suci  Kesabaran Ramlah di ganjar Allah
Akan tumbuhkan benih  iman dan taqwa ini
Tanpa air yang menyiram?  Begitu menusuk jiwanya
Akan mekarkah bunga  hingga pujukan ayahnya
Tanpa cahaya suria?  Gagal melenturkan hatinya
Maryam…engkau jadi pilihan Allah  Ayahnya yang musyrik
Membuktikan kudratnya yang Maha Kuasa. Suaminya Nasrani
   Wahai Ramlah,
Rahim Aminah binti Wahab kandungkan hikmah kesabaran diganjar Allah
Semulia-mulia rahim  Ayahmu menjadi muslim
Yang mengandungkan bayinya  dan suamimu kini Rasulullah SAW
Semulia-mulia wanita
Yang mengandungkan rahmat  Zainab bt Rasulullah SAW di
Tidak akan terulang lagi di dalam hikayat antara dua cinta
Kisah laksana Aminah binti Wahab  di kiri kekufuran di kanannya iman
Ibu pembawa berkat  di sisi suami di hati seorang ayah
Kisah Zainab binti Khuzaifah kepada si fakir di antara hokum dan di antara cinta
Wahai ibu orang-orang miskin  berdirinya dikau di tengah-tengah
Hatimu diciptakan Allah terlalu belas  bukan mudah menjadi puteri baginda
Kasihmu tertumpah pada yang fakir  ketika suamimu masih jahiliah
Simpatimu terlimpah pada yang dhaif

Lagenda cinta Khadijah R.A  Fatimah Azzahraa’ bunga syurga
Ketika dia keseorangan, dia bagaikan wangian bunga dari
Engkau menjadi teman  syurga
Ketika dia disisihkan  mekar di hati ayahanda
Engkau setia di sisinya  harum di hati umatnya
Ketika dia terbuang  siapa yang menginginkan pasangan
Engkau tetap menyayanginya  semulia Ali
Ketika dia kebuntuan  jadilah bunga
Engkau menjadi petunjuk jalan  seindah Fatimah Azzahraa’
Wahai Khadijah…
Cintamu menjadi lagenda  singgahsana Balqis
   Mana lagi nak ditemu hikayat
Pengorbanan Saudah  kisah Balqis dan Nabi Sulaiman
Wahai saudah   disinarkan cahaya pada jahil sang
Kau utamakan yang lebih utama di hati baginda ratu
Walau dirimu berendam air mata  dan di dalam cahaya mereka
“wahai rasulullah   bersatu
Biarkanlah aku terus menjadi isterimu
Kerana kedudukan itu lebih mulia daripada
seorang janda

Fitnah Aisyah dibela Allah  Naluri keibuan Yukabid tercabar
Khabar al-ifqi satu titik pemula  hatinya gundah jiwanya resah
Telah mencalar kebhagiaan  anak yang lahir menjadi rahsia
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa  ketika Yukabid menghanyutkan
Insan yang mulia atau sahaya  anaknya
Hatta dirimu ummahatul mukminin  hati rawannya tak putus berdoa
Yang standing al-mukatsirin  semoga selamat dan ditemukan semula
   Hanya Allah penentu segala
Pesona Zulaikha
Rayuan Zulaikha pada Yusof  Haruman Masyitah
Beralih pada yang Maha Satu  siapakah yang dapat melupakan
Kerinduan pada dambaan hatinya  haruman Masyitah
Bertukar pada yang maha qudus  wangian dari minyak yang mendidih
Wahai Zulaikha, menyambut pengorbanan Masyitah
Kau temui Cinta Khaliqmu  dan keluarganya
Ketika mengejar cinta Yusuf  sebelum disambut oleh wangian syurga

Asiah ratu syahadah di mahligai Susu Halimah Assa’adiah jadi
Fir’aun   santapan Rasulullah
Engkaulah permaisuri  senyum si yatim menyapa jiwa yang gundah
Di mahligai Tirani  kaki yang lesu kembali gagah
Teguh imanmu walau tersembunyi biar tidak berganda upah
Istana bukan penjara  asal diri terpilih menerima barakah
Nikmat yang alpa  engkaulah ibu susuan yang menatang
Sinar imanmu tak kelam permata hikmah
   Engkaukah Halimah Assa’adiah
Syurga menanti sumaiyyah sekeluarga
Sumaiyyah…  kasih Barakah pengasuh Rasulullah
Dalam dirimu yang selembut sutera wahai Barakah, ummu Aiman
Kau miliki iman yang teguh  si yatim ini kau asuh penuh kasih
Bak tentera kau nyalakanobor agama walau miskin tidak pernak kau sisih
Tempuh jahiliah dengan berani tanpa sedar dirinya insane terpilih
Semua makhluk jadi saksi  tak pernah sekali kau biarkan dia
Ketabahanmu dan keluarga  merintih
Semua malaikat menyambut ketibaan
kalian di syurga…


************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com